Saturday, April 9, 2011

Lokcing

Assalamualaikum...

Dalam blog semua sibuk nak bercerita pasal telur tiruan. Tak taulah sama ada niat mereka itu betul-betul nak beri kesedaran dekat warga Malaysia ataupun sekadar nak upkan trafik. Wallahua'lam. Tapi kalau dah hampir semua nak cerita pasal telur tiruan tu, apa maknanya? Sah-sah kau nak upkan trafik blog kau kan? Keji! Ahahaha....

Okeh. Berbalik pada tajuk entri aku.

Lokcing. Apekebenda tah aku pun tak tau. Maka aku mulakan pencarian google. Dan aku menemuinya. Blogwalking banyak blog yang stori pasal lokcing. Lokcing tu rupa-rupanya sejenis satay dari bebola ikan.

Kredit kat tulisblog.com

Famous kat Kelantan katanya. 

Tapi kenapa aku sibuk nak mencari pasal lokcing ni? Begini ceritanya.

Menurut page Makanan Dan Minuman Yang Dicemari Kesucian Untuk Umat Islam kat Facebook, bahan utama untuk membuat lokcing ni bukanlah ikan sebenarnya. Kalau bukan ikan, apa?

Kenapa namanya lokCING????

Menurut page tu jugak, katanya ramuan utama untuk menghasilkan lokcing ialah daging kucing.

kucing
Kucing
KUCING
KUCING
KUCING??? 

Miaooo~

Takkanlah. Rakyat Malaysia ni bukannya macam Indonesia tu. Tikus pun dia goreng. Ular pun buat jadi burger. 

Atau juga sebenarnya betul lokcing yang dari Kelantan tu memang dibuat dari ikan. Tak tahulah.

Ataupun info dari page tu (klik link tu untuk maklumat lanjut) tipu je?

Entahlah. Sesiapa yang tau tu bolehlah share ye. Food lovers macam aku ni nak jugak try makan tapi kalau dah eksotik sangat bahannya, muntahlah aku. Hehehe~

~Damn, tak stadi lagi~

11 comments:

  1. wowowo... ak selalu beli... kdg2 rm5 hengget... sebab penjual lokcing nie selalu lalu depan umah ak ye... ye... sebenarnye dripada kucing...... punye makanan... iaitu ikan... sbenarnye, lokcing nie dri ikan ye... sekian.. -.-"

    ReplyDelete
  2. oww,... bru aku taw name die lokcing... haha
    slalu kot aku beli mase kcik2 dlu... seriyesshit sedap gile..
    lame tak mkn.. grrr

    ReplyDelete
  3. sedap kee... nak try gak. ni konfem bukan dri kucing ye... :)

    ReplyDelete
  4. kalau kat kelantan,orang jual lokcing akan dtg rumah aku..skali beli bpuluh2 hingit..makan satu family..sedap masa panas..

    ReplyDelete
  5. pehh kucin . tak sanggup nak makan

    ReplyDelete
  6. no no no
    lokcing is not kucing2
    aku membesar dgn makan makanan tu
    gila ape nak makan kucing..
    yg jual sumenye org mlayu..
    hehe

    ni yg buat xsaba nak balik nak makan nih
    kadang2 habis sampai berpuluh2 ringgit siap xpayah makan nasik dah heeee

    ReplyDelete
  7. so nak lokcing ori pg klantan la gamaknye... x berani nak makan lokcing luar dari kelantan. ahahaha

    ReplyDelete
  8. sekarang peminat lokcing tak lagi perlu ke kelantan hanya semata-mata ingin merasai keunikan lokcing, kerana syarikat kami, Nebula Horizon Resources telah pun menjadikannya sebagai perniagaan ala francais dengan branding Aroi Lokcing...boleh view website kami http://steamboatfactory.blogspot.com/ untuk keterangan lanjut

    ReplyDelete
  9. sekarang peminat lokcing tak lagi perlu ke kelantan hanya semata-mata ingin merasai keunikan lokcing, kerana syarikat kami, Nebula Horizon Resources telah pun menjadikannya sebagai perniagaan ala francais dengan branding Aroi Lokcing...boleh view website kami http://steamboatfactory.blogspot.com/ untuk keterangan lanjut

    ReplyDelete