expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Followers

Korang Yang Ke...

Saturday, May 29, 2010

Crocs ni macam artis la...

Assalamualaikum...

Crocs... tak kiralah kau murah ke, mahal ke, aku memang tak suka design kau. Hahaha... Better aku beli selipar lain. Lagipun, bukankah aku memang kureng sikit dalam hal2 bergaya ni... so up to u lah kalau nak kata aku ape pon. Nak kate aku macam pak cik KTM umo 50 tahun nak pencen ke, ape aku kesah???

Sebenarnya, dah bersepah dah blogger lain buat isu ni. Pasal lambang Crocs tu menyerupai kalimah ALLAH dah posisi logo itu di tapak kasut dimana kita pijak setiap hari. Dan ramai nak buat sebab gila trafik dan gila ranking di Alexa tu. Tapi aku bukan macam tu. Malas nak kejar trafik dan ranking.

Kembali pada isu tu, aku pun tak boleh nak kata apa. Sebab perkara ni masih dalam keraguan. Boleh jadi founder tu sahaja yang perasan macam tu dan hebahkan. Bila orang lain tertanya-tanya, pergi jelaskan lagi guna marker nak nampak kalimah ALLAH. Lepas tu ramai percaya. Haish...

No komen bout this. Tapi, selagi belum mendapat pengesahan dari badan2 islam, jangan kita bertindak dahulu. Jika selepas anda mengetahui hal itu, anda berasa was-was, maka baik jangan pakai. Jika yakin, pakai sahaja tanpa masalah. Itu lebih bagus. Dan jika sudah keluar fatwa mengatakan haram, maka haramlah Crocs itu.

Perkara ini mengingatkan aku masa zaman sekolah dahulu. Masa beli pemadam yang ada gambar bendera dulu, ramai yang akan kikis pemadam yang ada gambar bendera dari negara England, Norway, Finland, Sweeden, dan sebagainya sebab bendera tu ada salib. Bahkan aku pernah dicop kafir oleh budak-budak ni sebab aku tak kikis. Biasalah zaman budak2 lagi. sudahnya aku kikis jugak.

Jadi kalau anda dah ada koleksi Crocs tapi sayang nak buang kasut tu, potong sahaja gambar buaya tu, simpan, pakai lah macam biasa. Mudah je. Haha...

Jangan bertindak melulu tanpa kita mengetahui apa yang berlaku. Kelak binasa diri.

Crocs, kau ni macam artis la. Sedang nama kau naik, tiba2 ada kontroversi pulak kan? Kau ni macam Fasha Sandha la. Haha... (opss... jangan marah kak..)

Friday, May 28, 2010

Don't deserve to get that title?

Assalamualaikum...

Susahnya nak online cuti2 ni. Tambah2 lagi ada perkara getir menunggu aku minggu depan. 2 Jun ambik test lesen P untuk moto n kete sekaligus. 4 jun result keluar. Cuak...

Ok. Balik kpd cerita asal.

Maybe ramai dah tahu senarai sekolah yang sudah menerima title Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Dan sekolah aku dalam senarai tu. Suka sangat. Walaupun dah bergelar x-student, tapi aku sayang lagi sekolah aku tu.

Tapi ada jugak yang tak sedapnya.

Sakit hati jugak bila dapat berita bahawa ada segelintir yang pertikai kenapa sekolah dia tak dapat title dari KPM dan merasakan sekolah aku x layak terima title tu. Tau kan sekolah mana tu. Alaa... yang ranking SPM 1st 3 tahun berturut2 tu... Student2nye lah yang tak puas hati. Ye lah kan. Da ranking SPM mantap tapi KPM pandang sebelah mata je (kata diorang). Tak cukup dengan tu. Diorang carut2 lagi sekolah aku, remeh2kan pencapaian sekolah aku, dan bermacam2 lagi perlakuan yang langsung tidak menyerupai BUDAK PANDAI 1ST SPM MALAYSIA.

Hal ni dah lama berlaku. But aku rasa mereka makin lama makin melampau.

Aku tak faham. Diorang ni rasa diorang tu lagi pandai ke dari panel penilai yang dilantik untuk mengiktiraf sesebuah sekolah untuk dapat kluster atau SBT? Diorang main marah, carut tanpa ambil tahu dalam2 hal ni. Tak selidik lagi dalam. Seharusnya aku rasa korang patut cari balik apa penetapan dan kriteria2 untuk melayakkan sesebuah sekolah diiktiraf samaada sebagai kluster ataupun SBT. tengok, buat banding beza. Dengan itu baru korang akan tahu apa sebab sekolah korang tak layak. Panel penilai tu bukan bodoh macam korang sangka. Kalau korang dah pandai sangat, nak sangat title tu, buat memorandum, hantar kat KPM tu. kalau korang eager untuk dapat title tu.

Dan kebencian diorang ni kat sekolah aku lagi terserlah bila katanya, dalam SBP yang dapat title SBT, sekolah aku yg paling x layak. Bukan maen lagi korang ea???

Kenapa korang benci sekolah aku? Tingtong jap kat sini. Ko nak kata student skolah aku sombong? well korang lagi sombong aku rasa. aku boleh tengok raut wajah korang setiap kali nampak kami dalam mana2 event. Aku pernah ke sekolah korang waktu f3 dan aku boleh lihat kesombongan korang.

Susah tau tak nak memuaskan hati pihak lain. tambah2 lg yang pe'el mcm diorang tu.

Makin lama makin biadap korang mencerca sekolah aku kan? Seb baik aku ada baca blog junior aku. kat ctu korang caci maki ea. Seb baik aku tau.

yang masih bergelar student kat situ: tolong kaji selidik sesuatu perkara sebelum mencaci maki membuta tuli. jangan main serang sesuka hati korang. dalam alam maya boleh la korang carut dengan bahasa minda kelas ketiga tu. woi. kalau berani aku cabar korang pergi jumpa pengetua sekolah aku tu atau kau pergi buat bantahan, demonstrasi kat KPM tu, cakap sekolah aku tak layak. tgk ade berani tak buat.

untuk x-student sekolah tu: perangai junior korang secara x langsung juga aku buleh nyatakan hampir 90% puncanya dari korang sendiri. kalau korang x letakkan mind set macam tu, hal remeh temeh yang hanya berpunca dari kedengkian takkan bernanah macam ni. Korang bertanggung jawab atas apa yang berlaku.

untuk guru2 disana (kalau terbaca): maafkan saya atas keterlanjuran budi bahasa yang kurang ajar ini. tapi mungkin anda tak tahu begini perangai murid2 anda. saya nyatakanan kebenaran sahaja.

oh ye. Aku x peduli ape2 komen counter attack jika ada yg membaca entri ini. just want to tell it, bila aku sayang sesuatu, aku sayangkan ia macam aku sayang mak bapak aku. bila outsiders mula buat macam2 tentang benda kesayangan aku, maknanya sama macam korang cari pasal dengan aku. sumpah aku sakit hati dengan perlakuan korang. nak bantai aku dalam ni? aku peduli ape?

Thursday, May 20, 2010

Bukan senang jadi guru

Assalamualaikum...

Aku sangat mahu bekerja sebagai seorang guru. Walaupun dulu cita2 asyik bertukar2. Kejap nak jadi saintis botani, kejap nak jadi engineer, pengurus hotel, but then, ending dengan menuntut dalam aktuari. Tapi sampai sekarang lekat lagi nak jadi guru. Aku apply untuk kos pendidikan masa isi UPU online. Lepas exam bertulis, pergi interview. But then, aku malang dalam interview. Gagal untuk dapat kos itu. Agak kecewa. Walaupun sekarang aku masih belajar aktuari, aku terbeban dengan international exam yang harus aku ambil. Harga sangat mahal. Mungkin sampai grad aku tak ambil exam tu.

Someone suggest kat aku. Katanya jika aku masih nak jadi guru, apply untuk KPLI. Bagus jugak. Harap2 peluang untuk menjadi guru masih terbuka.

Mulia kan tugas guru? Mendidik anak murid untuk jadi insan yang berguna dewasa kelak. Fungsi guru ni aku tak nampak sehingga aku masuk sekolah menengah. Waktu ni, guru itu lebih daripada seorang guru. Tugasnya bukan sekadar mengajar, malahan menjadi ibu bapa kita di sekolah. Bila ibu bapa kita jauh di rumah, merekalah yang menjaga kita. Pendek kata, masa di sekolah menengah, dari bukak mata sampai tutup mata balik, guru je di sekeliling.

Guru yang kejut aku bangun subuh, guru yang mengajar apa yang tiada dalam silibus (means mengajar utk menjadi manusia berguna), guru yang menemani pabila prep malam, memantau kami supaya sentiasa belajar, banyak jugaklah kerja guru ea? Haha...

Besar jasa seorang guru. Namun...

Ada yang tak nampak. Semua perbuatan guru adalah salah di mata student sekarang. Kerjanya nak membantah je. Bila didenda, simpan dendam. Yang manja dan kaya pulak tu, nanti saman guru. Sedih dengan apa yang berlaku sekarang.

Dengar cerita my junior telah mencarut2 dalam blognya untuk semua guru2 aku di SDAR. Aduhh... kalau benar apa yang diceritakan ni, benarlah mereka ni manusia tak da adab. Mereka sudah lupa adab2 belajar. Dah tak hormat guru2 yang dah sah2 lagi berilmu dari mereka. Kecil hati mereka. Penat berbudi, racun diberi.

Sudah beberapa kali aku ke SDAR waktu aku sudah bergelar mahasiswa. Sekadar melepaskan rindu bertemu guru2 yang pernah mengajar aku dulu. Kesian mendengar rintihan mereka. Sabarlah. Itu saja yang dapat aku katakan.

Memang susah nak menghadap budak2 sekarang yang kaki pemberontak. semuanya salah. dia saja yang betul. Payah la macam ni...

Tapi itu cabaran seorang guru.

Masih nak jadi guru? Aku nak. Tak kira.

~selamat hari guru @ pendidik untuk pendidik2 di SK Felda Mayam, Sekolah Dato'Abdul Razak, Kolej Matrikulasi Pahang dan Universiti Kebangsaan Malaysia~

(^_^)

Monday, May 17, 2010

Kemarau THOMAS berpanjangan lagi...

Assalamualaikum...

Semua dah tau yang China menang piala Thomas semalam dan Korea Selatan menang piala Uber. Malaysia berputih mata sahaja. Huhu.. apakan daya. Nampaknya PUAN UBER memang tak suka iklim Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun. ENCIK THOMAS pula mungkin mahu bermastautin di China agaknya. Penantian berpanjangan lagi....

Semalam aku ada beli Mingguan Malaysia. Baca berita pasal Malaysia tewas pada China pada semi final. Terbaca pasal Lin Dan yang 'menghentam' Dato' Lee Chong Wei dan Badminton Association Malaysia (BAM) dengan komen pedasnya. Ni katanya:

“Tidak.. saya tidak berminat untuk merampas kedudukan No. 1 dunia. Sasaran saya adalah mencari kejuaraan besar dan bukan mencari ranking yang baik. Tidak kisahlah apa pun ranking saya, saya tetap akan diingati sebagai pemain yang hebat kalau saya memenangi pingat emas Olimpik, gelaran dunia, All England dan membantu negara saya menjuarai Piala Thomas. Saya sudah memiliki semua gelaran besar, bermakna karier saya sudah lengkap. Sekarang adalah masa untuk saya lebih relaks dan menikmati permainan. Ia saya mengharungi detik yang menyeronokkan dalam karier saya"


Komen Lin Dan ni, walaupun macam bongkak, ada betulnya. Seharusnya kita jangan nak condemn Lin Dan ni dan dalami ayat2 dia.

Ranking bagi aku pun macam side dish la kalau samakan ia dengan makanan. Tak lah penting sangat pun. Its the same thing dalam debat. Tak guna juga kau dapat ranking 1st best speaker tapi team ko tak lepas suku. Malu je. Tengok balik Lin Dan ni, kejayaan dia besau2 belaka. Ranking die mantap jugak walaupun bukan no 1. Performance pon superb.

So, komen beliau pun ada memberi kesan pada aku.

Jangan marah beliau dengan komen riak beliau. Dia nak riak tu masalah dia tapi try memahami mesej tersirat dalam komen beliau.

(-_-)

Friday, May 7, 2010

Adamaya... BEST!

Assalamualaikum...

Dah lama aku tak update blog. Lagipun aku bukannya selalu ada idea untuk menaip. Lainlah cam otai bligger (BLIGGER pon bolehhhh.... blogger) macam die ni. Satu hari dalam 5 6 entri. Rajin sangat. Haha...
Sekarang ni aku bercuti di rumah. Tak sangka ada WIFI free kat sini. Makanya hari2 nak online pon boleh. Hahaha... shioknya hidup. Download pun laju. Tadi download ADAMAYA 10 minit je.

Cakap pasal ADAMAYA, cerita ni sangatlah best. Seronok tonton. Melihat Adam yang kendu lite2 dan Maya yang kiut gile2, diorang memang berjaya melakonkan watak couple dengan berkesan. No wonderlah ramai yang emosi bila si Dani tak habis2 mengejar Maya lagi walaupun dah 5 tahun berlalu dalam cerita tu. aku tengok pun geram. Hahaha... tapi tu hanya cerita. rilek sudah. Jangan emosi sangat. Haha... Sebab kat UKM pun aku tak de masa nak tengok, petang pulak tu, maka download adalah cara terbaik untuk aku menonton ADAMAYA. Thanks Internet Download Manager kerana memudahkan urusan download aku. (ceh, siap promot). Kalau ada yang nak dari aku, boleh je. Aku kasi je. Tak de bayaran. Supaya korang pon leh tengok bila2 masa kalau korang sibuk macam aku. (sibuk apenye?)
Sweet.... Semak ah ko Dani! :(



ADAMAYA ni stok je. Sebab sekarang ni prioriti aku adalah cerita Korea. Gila tol aku kalau Korea nih. Sekarang tengah tengok cerita ni:

Jumong

Rasanya aku terkedepan sikit. Sebab tak tayang lagi kat Malaysia. Harap-haraplah. Banyak lagi drama korea dalam simpanan aku beratur untuk ditonton.

Oh, next sem aku pindah kolej baru. Jadi, bye2 lah untuk Keris Mas yang mahal. Harap2 jimat duit aku lepas ni. Amin~

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics