expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Followers

Korang Yang Ke...

Thursday, November 12, 2026

PONDAN

 Assalamualaikum...

Wah banyak idea ye hujung tahun ni.

As the title above, jika ada yang membaca blog ni, korang akan perasan 3 entri terkini aku semuanya berkaitan dengan satu perkataan yang menjadi tajuk entri kali ni. 

PONDAN

Mak hayam mencemar duli

Memang memori masa kecik aku dipenuhi dengan cercaan, ejekan, sampai ugutan sebab aku dilabel pondan. Cumanya, banyak persoalan dalam kepala aku. 

  1. Betul ke aku pondan?
  2. Kenapa budak-budak ni ejek aku pondan?
  3. Aku ada make-up atau pakai gown ke?

Tak de jawapan pun untuk semua tu. 

Semestinyalah aku tak mengaku aku pondan. Mak abah aku besarkan aku jadi lelaki. Tak pernah pun ada baju kurung dalam senarai outfit aku. Tak pernah pun aku bergincu, cuma interested jugak tengok kakak-kakak aku tonyoh gincu. Yes ada calit la gincu saja suka-suka. Tapi setakat ni tak pernah sampai aku keluar rumah main dengan kawan-kawan pakai gincu. Paling-paling pun kalau nak keluar jalan-jalan atau pergi sekolah mak aku wajibkan aku sapu bedak Cuticura kat muka dan pakai minyak rambut Zam-Zam. Sampai sekarang pun mak aku pakai. Aku tak pakai dah hahaha.

These two smells good NGL...

Aku tak rasa benda tu menjadikan aku pondan. 

Aku ada banyak tekaan kenapa budak-budak ejek aku pondan dulu

  1. Masa tadika aku cengeng (kuat nangis)
  2. Aku banyak berkawan dengan budak perempuan
  3. Aku kaki bangku (refer entri Anti Sukan)
  4. Aku lagi suka main masak-masak atau zero-point daripada main permainan budak lelaki
  5. Jiran aku pun sama macam aku. Kitorang masa kecik on/off berkawan
  6. Aku suka Sailormoon lebih daripada Dragon Ball
Dan sebagainya yang aku tak ingat dah kahkahkah

Macam aku certia kat entri terkini aku, its hard being a pondan when you know yourself you are not that. Walaupun tak setiap hari, tapi akan ada masa-masa dia. 

Aku pulak lahir je dah ada kakak dua orang. Lepas tu aku bongsu. Sepanjang membesar tak pernah aku sebut "abang" sebab aku tak ada abang. Tak boleh bayang kalau aku ada abang. Entah dia benci aku ke kan sebab aku lemah gemalai gini. Mesti dia malu ada adik tak serupa lelaki kahkahkah. 

Bukan dalam kalangan budak-budak je. Dalam saudara mara sendiri pun ada yang mengata aku pondan, hanya aku nampak lembut gemalai. Sepupu yang lelaki pun sama je macam budak-budak kat kampung aku. Ejek, tak nak kawan, macam-macam lagi. Tambah lagi perangai cengeng aku. Haha not proud of it tapi memberi kesan la sekarang. Aku kurang rapat dengan saudara aku baik belah abah atau belah mak. Hidup aku hanyalah keluarga aku saja, diorang boleh syuhh syuhhh daripada hidup aku. 

Syuhhhhhh

Dalam pengalaman aku ni, bila kau pondan lembik kelempuk ni, memang budak lain yang acah gagah jantan ni tunjuk kuat dengan cara untuk menyakitkan kau. 

Ada satu kes masa aku Darjah 5, dimana ada budak ni, dia dah tingkatan 2 kot, cari pasal dengan aku. Siapa tak sakit hati. Aku lawan la balik dengan kata kesat. Lah dia sentap. kau buat aku boleh, aku lawan balik kau merentan. Dia ugut nak belasah aku. Dia nak menyorok dalam semak, tunggu aku balik sekolah sorang-sorang nanti dia keluar. Kau bayangkan Nobita kena ugut dengan Giant je lah konsepnya. 

Lembik betul Nobita ni. Aku pun geram.

Hidup tak tenang, asyik nervous je aku masa tu, walaupun masa balik sekolah abah aku tak pernah tak jemput aku balik. Mujur tak kacau pelajaran aku. Aku kan budak pandai. (Refer entri Anti Sukan dan Kepimpinan). 

So budak tu memang betul tunggu dalam semak nak ambush aku. Ada kebetulan aku jalan kaki lepas balik sekolah agama petang tu nak pergi ke warung tenpat abah aku ngeteh. Aku melolong menjerit biar kecoh sampai semua orang dengar. I do whatever I can. Memang tak jadi la budak tu nak belasah aku dan kes habis kat situ bila budak tu sedar yang abah aku nampak dia. End of story. 

Ada jugak satu kes yang lebih kurang sama aku pernah hadap. This budak memang kaki buli. Benci dengan aku sebab aku pondan. Memang suka hati nak ugut belasah aku. Pernah dia buat gitu masa aku dargah 3 kot. Dah lah masa aku main dengan budak lain tu lepas aku balik sekolah agama pagi. Kejap lagi pukul 12:30 nak pergi sekolah kebangsaan pulak. Ugut tunggu aku kat jalan nak balik rumah untuk belasah aku. Dah tak memasal aku nak meredah semak samun untuk balik rumah. Mujur sempat. Sampai rumah aku cerita kat mak aku. 

Budak dalam kes kedua aku ni memg sangat jahat. Kaki hisap gam, tak sekolah (sebab makpak dia miskin, anak ramai) dan kaki pecah rumah orang. Sekarang ni last aku tau memang tak menjadi orang. Hidup menyusahkan orang sekeliling. tak berhenti merompak rumah orang dan hisap dadah. Keluar masuk penjara macam check in hotel je. Buto pak ang. 

Macam aku cerita kat entri Kepimpinan tu, aku pulun akademik aku sampai aku dapat 5A UPSR (korang tak tau UPSR ni apa. Dasar Gen Z). Lepas tu aku dapat tawaran masuk SDAR. Aku melompat kegembiraan walaupun aku tak tau SDAR tu apa masa tu. Aku cuma tau aku tak nak sekolah menengah kat kampung aku sebab aku akan jumpa balik budak-budak yang kuat ejek aku masa sekolah rendah. Aku tak nak jumpa dah diorang. 

Diulangi, bila aku masuk SDAR, dengan suasana baru, aku macam nak sorok kelembutan aku ni. Bukan tahap cringe la tapi at least aku cuba untuk tak dipanggil pondan. 

You think I succeed?

TIDAKKKKK. PAKCIK FAILLLL!!!

I cant hide my pondanness


Haih...

Now the same cycle restart again. Aku kena hadap lagi benda yang sama, daripada budak-budak yang baru aku kenal ni. Dia kira macam 2.0 version lah. Lebih kejam kiranya. Bukan saja pondan, aku dipanggil bapok, darai, dan yang semaksud dengannya. Lagi best untuk menyakitkan hati, dituduhnya aku ni mencabar Allah sebab tak mengikut fitrah. Banyak lagi lah cabaran yang aku kena hadap. Dah lah aku join orkestra sekolah pulak (Refer entri Wind Orchestra 2026). Lagi kuat aku kena. 

Biasanya masa remaja ni emosi dan hormon tak stabil. Aku pun tak tau macam mana aku boleh bertahan dengan semua tu tanpa aku rasa depress. Mujur aku masih normal. 

Time ni pun aku ada kes. Sorang budak ni, bukan sekelas dan bukan satu dorm dengan aku masa Tingkatan 1. Tapi tak bermakna aku tak boleh jadi mangsa. Aku menjadi target dia untuk diejek dan didera mentally. Lepas tu naik tingkatan 2, boleh pulak satu dorm dengan dia dan kekal sampai Tingkatan 4. I've been abused and ridiculed by him throughout the year. Surprisingly aku masih boleh survive semua ni cuma menyampah je lah kena kacau kan. Sampai Tingkatan 5 ada budak sama batch yang dah jadi prefek (Rujuk entri Kepimpinan kalau nak tau proses jadi prefek kat SDAR masa aku macam mana) dia nampak struggle aku dan kesiankan aku. Dia pindahkan nama aku ke dorm yang lain. Aku bersyukur ada yang perasan. 

Kalau compare in akademik, dia lagi pandai daripada aku. Dia pun daripada keluarga kaya. Aku percaya bukan perbezaan ni yang buat dia pick aku untuk dibuli. Naratif aku sekarang ni, aku percaya sebab luaran aku nampak lembik kelempuk, maka aku diperlakukan sebegini. 

Tak semua pembuli ni terima kifarah seperti yang kita harapkan sebagai mangsa buli. Masa sekolah rendah, yang ugut nak belasah aku tu memang haram jadah kehidupan dia sekarang. Tapi untuk sekolah menengah ni, murah rezeki dia, berjaya dalam bidang yang dia ceburi sekarang. Aku pulak yang struggle untuk hidup. Buat aku banyak fikir kenapa nasib dia tak seperti yang aku harap lepas segala torturing dan abuse yang dia bagi kat aku dulu? Aku serahlan kat Allah je lah part ni. Takpe lah aku biarkan dia enjoy je dengan rezeki yang dia ada sekarang ni. 

Habis SDAR, bala apa entah, aku dipaksa pulak masuk Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Kepala De Bana betul lah. 

Grrr...


3 bulan join menatang alah ni tak ada apa yang best pun melainkan jumpa kawan baru. Tapi aku straight to the cases. 

Aku ditempatkan di Kem PLKN Kg Hijrah, Penor, Kuantan. Dan aku fikir aku sorang je dari kampung aku ni yang kena masuk menatang alah ni. Dah sampai sana siap settle in, tetiba aku dapat tau ada sorang lagi orang kampung aku kebetulan masuk kat kem yang sama. Hishhh. 

Ye dendam masa sekolah rendah dengan kebanyakan budak lelaki tu tak pernah padam lagi. Walaupun dah 5 tahun tak bertemu. Ingatkan habis kat situ. Dia boleh pecah cerita kat kawan yang dia baru kenal ni yang aku ni pondan. Kenapa entah kau kena bagitahu kawan-kawan baru kau yang aku pondan. Cumanya 3 bulan duduk sini tak sempat sangat nak ejek mengejek buli membuli pun kan. Mujur je dia tak sama company. Dia Charlie, aku Delta. 

Ada satu lagi kes pendek dimana mentaliti kampung ni susah nak padam. Ada sorang ni konon rockers kapak. Mentaliti dia adalah kalau kau minat Siti Nurhaliza kau auto pondan. Jantan kena jadi rockers, layan XPDC, Wings, Search tu.

Tak memasal minat Tokti je kena cop pondan.

Aku terlalu bandar untuk memahami konsep ni jadi gimampos lah kau. Walupun lepas tu aku baru faham yang konsep dia betul sebenarnya HAHAHAHA. Aku tak lah minat sangat pun. 

Habis PLKN masuk Matrikulasi Pahang. Ahh my best life walau setahun. Tak ada kes jadi kita boleh skip. Nak tau sila rujuk entri aku berkaitan life kat matrix. 

Habis Matrix, masuk UKM. Kat UKM jugak lagi meluas aku jumpa kerenah orang. 3 tahun kat sini, Aku dah tak jadi budak pandai. Prestasi aku merosot teruk. Tak tau lah lalai ke apa kan. Emosi aku pulak tak pernah stabil tapi bukan sebab aku pondan sekarang ni. Ada sebab lain. Well for recap, masuk UKM aku dapat course Sains Aktuari. Tapi aku tak boleh bawak course ni. Ditambah lagi dengan isu lain antara aku dengan coursemate lain yang tak payah diungkit lagi. Cuma tak berkaitan dengan isu pondan lah, 

Yang best kat sini. aku dapat berkawan dengan mereka yang aku boleh kata sekufu dengan aku. Yes sama sama lembut. Tapi diorg ni lah yang paling baik dengan aku, ngam dengan aku, sama-sama beraktiviti walaupun bukan lah aktiviti yang layak dilabel aktiviti jantan. Banyak antara diorang yang aku masih kekal berkawan sampai sekarang, dan aku harap kekal berkawan sampai bila bila. 

Dekat sini jugak aku macam develope satu kebencian kat konsep kelakian/kejantanan sejati. Maklumlah kononnya dah terdedah sangat dengan dunia kan, banyak benda baru lah belajar. Jadinya, apa je perkara yang kau kena buat untuk jadikan kau jantan gagah dimata orang lain, aku menentang sepenuh hati. Itu namanya TOXIC MASCULINITY (TM).

Kalau ikut apa yang aku dah alami, perkara kat bawah ni tergolong dalam TM. Means, kau nak jadi jantan kau:
  1. Kena minat dan pandai bersukan, terutama bola sepak
  2. Mesti merokok
  3. Tak boleh pakai payung, tak kira hujan atau panas. 
  4. Kena tahu buat kerja berat (Contoh: Bertukang)
  5. Tak boleh ada skincare routine. Jantan kena muka berjerawat
  6. Pernah accident sampai berparut
Dan banyak lagi yang aku tak jumpa sebab aku tak tahu lagi. 

Jadinya konsep kejantanan ni kau kena ada pengalaman cedera patah riuk badan sampai berparut, kau tak boleh jadi pembersih, dan wajib tahu kerja-kerja yang selayaknya untuk seorang jantan. 

Euwww

Kalau itu lah pengukur kejantanan, rela aku jadi pondan selama-lamanya. 

Jujurnya aku pernah cuba untuk jadi jantan tu. Cuba main bola sepak, pernah jugak cuba merokok, tapi untuk apa kalau jiwa kau bukan untuk jadi jantan yang diharapkan? Sebab tu lama-lama aku memang benci konsep tu dan aku hidup dengan cara aku sendiri. 

Now, aku nak highlight isu utama.

Adakah PONDAN = GAY?



Kalau pengalaman masa kecik tak de sesiapa yang tuduh aku suka jantan. Ejekan tu lebih kepada aku yang nampak lembut je. Tapi bila dah kenal dunia, bila kau tahu apa orang fikir bila Lorong Haji Taib disebut, tambah lagi dengan Drama Sutun, orang akan kaitkan kelembutan kau dengan jiwa kau yang menyerupai perempuan, termasuklah naluri meminati jantan ni. 

Aku nak cakap macam mana ye...

Tak semua lelaki yang berperwatakan lembut itu pondan, dan tak semua pondan itu gay. There's the statement. 

Sebab kita tak boleh teka naluri orang macam tu je. Ada jantan yang diam-diam suka jantan. Ada yang dipandang pondan ni sebenarnya tak pernah ada nafsu pun kat jantan. 

Aku? Tell me macam mana aku nak suka jantan kalau aku sendiri benci konsep TM kat atas tu? Lagipun aku nak bercinta secara normal pun aku rimas, ni pulak nak bercinta dengan jantan. Aku lagi suka berseorangan sebenarnya hehehe~

So yeah, aku harap ni entri last aku cakap pasal pondan ni. Banyak benda lain boleh dicerita tapi aku pilih nak cerita pasal pondan pulak hahaha. Takpe kalau rajin kita cerita benda lain pulak lepas ni ye. 

Bye. 

Wednesday, October 7, 2026

Kepimpinan

Assalamualaikum...

Eh aku datang lagi. 

Saja lah bosan-bosan ni kan. Nak buat nampak bizi kat ofis ni walaupun sebenarnya update blog kahkahkah. 

Baiklah. Kepimpinan. Leadership. Apa tewww? Cari sendiri. 

Again, this blog is about me, and I will share anything that i can think of, from my perspective, in my own narrative. 

For starters, leadership and me are not meant to be together. Kepimpinan dan aku ibarat hubungan yang antonim, bukan sinonim. Tak wujud ye. 

Meh lah aku cerita. 

Dalam entri lain aku dah cerita yang aku ni masa sekolah rendah memang budak pandai. Periksa nombor 1, 2, 3 saja. Aku tak pernah dapat nombor 4 ke bawah. Jadinya di mata cikgu masa tu. pandai bermakna mampu untuk memimpin. How naive of me. Masa kecik dah menggelabah nak dilantik jadi pengawas sekolah. Tapi sebelum tu ketua kelas. Masa kecik pun kau hanya tau jadi ketua kelas tu kerjanya lead kelas ucap "Assalamualaikum Cikgu" setiap kali cikgu masuk mengajar. Job description pun kau tak tau apa. 

Memang aku dilantik jadi pengawas start aku masuk Darjah 3. tapi lantikan aku pun bukan sebab cikgu pandang aku mampu memimpin, tapi sebab kau budak pandai. Itu je. Aku pulak suka nak membangga pakai baju sekolah warna kuning, bukan putih. Jadi nampak elitis sikit lah. 

Me looking at those white uniform peasants:

Masalahnya, seperti yang aku pernah cerita di entri lain, aku ni pondan. Jadi nya, memegang title pengawas tak menjadikan aku dihormati pun. Budak biasa tetap mengejek aku jugak. Bila aku tak dihormati, cubaan untuk memimpin pun akan gagal. 

Tapi jujur lah, memang masa kecik aku tak tau pun memimpin tu apa LOL. 


Naik darjah 4, kena join ko-kurikulum. Untuk murid tahap atas (Darjah 4, 5, 6). Setiap murid dah di assign 1 unit beruniform, 1 kelab dan 1 sukan. Aku nak fokus kat unit beruniform dan kelab saja sebab dua cabang ni ada organisasi. Ada Pengerusi sampai Ahli Jawatankuasa. 

Aku dengan bangganya ingin memberitahu bahawa dari Darjah 4 sampai Darjah 6 TAK ADA SORANG PUN MURID YANG PERCAYA DENGAN AKU. Maksudnya, aku tak diberi peluang langsung untuk memegang jawatan dalam organisasi. Tak ada yang mencalonkan aku, dan kalau dicalonkan pun tak ada yang mengundi aku. 

Adakah aku lalai? Pecah amanah? Berlagak? Tidak ya. Semuanya kerana satu sebab, AKU PONDAN. 

Ini kisah masa Darjah 5. Aku lupa kelab apa aku join masa Darjah 5. Jadi masa perjumpaan pertama kelab, agenda utama mestilah membentuk organisasi. Nama aku dicalonkan untuk menjadi Pengerusi kelab tu. 

Lepas nama aku dilantik, terdengar suara sial berkata: 

"Tak yah la lantik dia. Dah la pondan."

The f**k you said to me?

Macam tu je aku dinafikan oleh budak tu. Dan semestinya lah tak ada siapa undi untuk aku. 

Those sentence feels like a curse to me tau. Sudahnya memang aku tak berjawatan langsung dalam kelab/unit beruniform. Aku tak pernah kisah pasal sukan sebab aku anti sukan. 

Sampai Darjah 6 pun, aku hanya kekal sebagai pengawas, tak ada jawatan lain dalam ko-kurikulum. Tahun akhir sekolah rendah ni, cikgu lantik aku jadi Ketua Pengawas/Ketua Murid pulak. Atas sebab yang sama, aku pandai. Itu je. Aku berpaut pada jawatan ni saja sebagai merit kononnya untuk kiraan markah kalau nak mohon SBP atau MRSM, Entah aku pun tak tau. Sepanjang tahun tu pun nobody looks at me with respect. masih kena ejek pondan. Tapi part aku pun menyumbang jugak. Ye lah memimpin tak reti, nak tarik org untuk hormat pun tak reti. Pernah aku jumpa cikgu luahkan rasa ni, konon nak dapatkan rasa hormat tu. Tapi aku kan budak, berperangai tak berkredibiliti selayaknya seorang ketua. Yang ini cikgu lain pernah sembur aku. Sakitnya tak terkira tapi memang betul apa cikgu tu cakap. Sampai tokoh murid pun cikgu rela memilih sorang lagi budak tu yang hebat dalam sukan, tapi akademik so-so je. Takpe lah yang penting aku dapat 5A UPSR. Budak tu 3A 2B je. Pffttt.

Well, you think masuk sekolah menengah aku boleh start anew? Turn over new leaf? 

TIDAK YA ANAK ANAK. PAKCIK INI MASIH GAGAL DIPERCAYAI. 

Kita cerita part ko-kurikulum jelah. Aku kan masuk SBP. SDAR. Sekolah lelaki. Yang dipilih macam-macam latar belakang. Ada yang memang berkaliber dari sekolah rendah diorang dulu. Aku boleh dikatakan tak ada aura kepimpinan tu. Jadinya aku kerap tenggelam dalam berpuluh murid-murid yang lain. Ibaratnya aku hanya arang dalam seguni arang. Gituuu. 

Nak cerita pasal pemilihan pengawas sekolah pulak. Yang ni bukan main susah ya. Kalau dapat jadi pengawas (kita tukar term jadi Prefek pulak lepas ni) lagi-lagi SBP pulak maknanya kau bukan calang-calang lah. Kau memegang nama sekolah. Kau kena ada kaliber seorang pemimpin. Aku tak ada lah semestinya tapi aku cuba la join pencalonan dah cikgu bukak kan. 

Cikgu kaunseling yang handle proses pemilihan masa tu. Bermula dengan saringan pertama. Kena jawab questionaire personaliti. Lepas jawab nanti tengok kita dalam kategori mana. Aku baru google ni. Nama test tu True Colours. 


Lepas jawab tu result nya aku dapat warna hijau. Kemudiannya aku lepas next level tak? 

IDOK LA NAKK. PAKCIK FAILED.


Cikgu nya tapis result tadi, yang warna emas dan oren je layak ke next level. Tengok la trait setiap warna tu. Korang rasa warna hijau layak jadi pengawas tak? 

Balik kepada ko-kurikulum tadi, dari tingkatan 1 sampai 5 pun, tak ada satu pun jawatan aku dapat dalam mana-mana kelab/persatuan. Hatta AJK pun tak layak. 

Kenapa aku cerita kisah zaman dulu? Apa kaitan nya dengan life aku skrg? 

Jadinya, rangkuman semua kisah zaman silam ni dah membentuk diri aku sekarang. Lebih ke arah negatif. 

Disebabkan aku tak pernah ditunjukkan jalan untuk menjadi seorang yang mampu memimpin (dah ada tapi budak kecik mana tau apa-apa masa tu) maka aku jadi seorang yang malas. Tak mau memimpin. 

Aku tak berminat kejar pangkat walaupun faedahnya besar. Sebab aku malas.

Aku tak berminat nak kahwin, sebab jadi suami kena memimpin anak bini. Aku malas. 

Nak memimpin diri sendiri pun aku malas. 

Dan ikut naratif aku, semuanya bermula daripada ayat sial budak tu kat aku.

"Tak yah la lantik dia. Dah la pondan."

Dalam usia sekarang memang aku betul-betul malas. Hidup pun stagnant. Pergi kerja balik kerja macam tu je. 

Aku tengok macam mana boss tempat aku kerja sekarang ni rajin dia membangunkan syarikat keluarga dia. Sana sini buat seminar, meeting, etc. Sabtu Ahad pun ada saja event diorang join. Disamping menjaga nak dekat 1000 staf syarikat. 

Lepas tu aku pandang diri aku dan kata: "Ini bukan hidup aku. Aku tak mau bersusah macam ni". Langsung aku tak terinspirasi. 

Betul lah umur dah masuk waktu Asar hujung-hujung ni, dah tak larat aku nak kejar pangkat dalam kerja. Nanti banyak tanggungjawab, dan semestinya ada benda yang aku kena jadi ketua dalam satu satu kerja tu. Nak jadi ketua keluarga lagilah malas. Nak jaga bini, kalau ada anak nak jaga anak. nak fikir macam mana nak pimpin bini dan anak jadi orang baik. Aku malas.

Kalau tak pondan mesti orang percaya aku kan? 

Subjektif. Ada pondan yang dipercayai. Ada yang tak. Kalau tak pun, mesti sebab lain. Bukan sebab pondan semata mata. 

Dan aku percaya label PONDAN tu yang menghalang aku daripada tunjuk sama ada aku layak memimpin atau tak.

Bila orang dah tak percaya aku, aku pun malas nak buktikan yang aku boleh memimpin. Jadi aku pun malas mengejar. Lantak lah. 

Sekian. Itu saja untuk entri hari ni. Tak yah la komen. Malas nak layan. 

Sunday, August 23, 2026

Wind Orchestra SBP ke 24: FINALE (dan cerita aku)

Assalamualaikum...

Come again after not blogging for how many years entah. Malas nak kira. So I'm back back back again!

Orang kata kat internet ni kita share benda-benda yang baik je so inilah benda baiknya! I am so happy that my alma mater, Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR) winning the 24th edition of Festival Wind Orchestra Sekolah Berasrama Penuh (SBP)! 

Lihatlah dunia!!!

Ini kemenangan kedua SDAR selepas 10 tahun, yang mana ada jugak aku cover dulu dalam blog ni. Ni dia: LINK

Dah 19 tahun jugak lepas meninggalkan sekolah ni, dan aku masih follow team ni, walaupun hanya senyap-senyap. 

Title entri ni bukan nak cerita pasal perjalan diorang ke arah memenangi event ni. Sebab ni blog aku kan so semuanya pasal aku lah. Kalau terjumpa blog aku dan korang nak cari benda lain, dah dah stop reading, klik pangkah dan cari semula. HAHAHAHA. 

Back to me...

DISCLAIMER: Cerita lepas ni semuanya pasal aku, dan apa yang aku lalui mengikut ingatan dan perasaan aku semata-mata. Just in case ada lah kenalan rapat, senior, or junior aku yang ada versi lain yang tak sama atau kononnya datang dengan kisah sebenar ternampak blog aku yg sendu ni dan cuba untuk komen like "Kau jangan buat cerita dongeng. Kau sebenarnya...", simpan je tenaga tu. This is my blog, my story. Kau nak nafikan cerita aku pergi post dalam media sosial kau. 

Aku sebenarnya pernah jadi one of the member of this band. Masuk pun bukan atas kerelaan rasanya sebab masa minggu orientasi Form 1, malam penutup ada kena buat persembahan. Aku join caklempong. That will be my only activity sampailah Form 5 kat SDAR dulu. Somehow, sebabkan itu aku tetiba terserap masuk dalam team Wind Orchestra sekolah. Lepas tu, aku pun tak tau macam mana aku di"assign" untuk main trumpet. So I guess now I'm a member then. 

There is 1 sentimen (or mindset?) kat SDAR ni yg mana kalau kau join band (just a singkatan utk team wind orchestra), kau sahih PONDAN. Tak faham kat mana kaitannya. Aku masa tu dan sampai sekarang percaya sentimen ni dicipta oleh senior-senior yang datang dari dua team ni. Kalau tak budak ragbi, dia budak PKBM. Amende PKBM? Alah yang related dengan askar tu. Persatuan Kadet Bersatu Malaysia nama penuhnya. Ini jugak punca aku ditarget sebagai pondan sekolah. Well, hanya aku. Pelik kan. Others batchmate yang join tak de pun yang dicop pondan tapi aku jugak jadi target walaupun aku cuba menjadi macam mana lelaki sepatutnya hidup. Somehow aku fikir aku dibenci tanpa sebab. Apa-apa je lah. 

Aku mengharungi hidup aku kat SDAR masa Form 1 ni dengan pelbagai latihan hujung minggu sambil juggling dengan kerja sekolah dan permainan emosi yang tak menentu sebab diejek pondan. Sepatutnya aku dah lali part pondan ni, sebab masa aku sekolah rendah pun gara-gara tak pandai dan tak nak main bola sepak pun aku dah diejek pondan. Sebab aku masuk SDAR pun selain aku berjaya dapat 5A UPSR, aku memang nak lari daripada budak-budak kampung aku yang memang jahat dengan aku. Sampai sekarang pun aku simpan dendam dengan diorang walaupun umur dah nak masuk waktu Asar ni kan. 

Join band ni seronok sebenarnya. Aku walaupun tak tau kenapa aku kena main trumpet, aku enjoy. Belajar muzik adalah satu ilmu baru yang aku takkan dapat kat mana-mana masa tu. Ada certain time, dapat jemputan main kat acara luar. Seronok la sebab dapat keluar sekolah. Tapi untuk beberapa event dulu, nama aku selalu kena tinggal. Maksudnya aku tak dipilih untuk terlibat. Mestilah aku tak puas hati. Balik-balik nama aku. Ini untuk cerita seterusnya. 

Band SDAR masa aku join dulu (2003) bagi aku tak hebat mana pun. In comparison, band Sekolah Sultan Alam Shah (SSAS), Kolej Tunku Kurshiah (TKC) dan Sekolah Seri Puteri (SSP) at least sekali diorang dah pernah main kat luar Malaysia. Masa tu band SDAR tak pernah dapat peluang tu lagi. Dalam event SBP Wind Orchestra pun, susah betul SDAR nak dapat placing. Top 3 pun tak pernah. Boleh kata zaman aku join tu zaman kegelapan. Tak pernah betul-betul ada trainer yang valid. Trainer masa tu pun aku lupa dah siapa nama dia. Entah masih hidup lagi ke tak sekarang. 

Aku sempat jugak lah main untuk SBP Wind Orchestra masa aku join tu. Tahun 2003, SDAR jadi tuan rumah. Teringat masa cuti pertengahan tahun, aku kena balik awal seminggu sebab kena berlatih. Sekolah sunyi sepi tanpa budak-budak lain, hanya ada kitorang yang bersemangat untuk capai kejuaraan yang masa tu hanya angan kosong. 

To reflect my own life lah kan, aku memang suka betul join benda-benda yang memerlukan pengorbanan ni. Sampai ke universiti pun sama. Tapi hujung-hujungnya aku tinggalkan, lupakan. Eh lah dah terspoiler. Takpe. Aku cerita kat bawah.

Back to this event sulung aku, at the end kononnya trumpet aku out of tune, senior cakap kat aku untuk jangan tiup langsung masa persembahan. At what cost lah kan aku dok tamatkan cuti awal seminggu join latihan yang akhirnya disuruh aku macam "lip-sync" je? Act like you play the instrument but jangan tiup satu nota pun? Masa aku taip ni, aku rasa zaman tu juri boleh tgk aku tak tiup pun. Banyak markah deduct kat situ agaknya. Patutlah Top 3 pun kalah. 

After the event, kurang lah latihan sebab event besar dah berlalu. Ada sekali dua dipanggil buat persembahan, ada sekali dua juga nama aku didrop senior dengan sengaja so aku tak dapat join. Sakit hati betul aku masa tu. 

Then come 2004. Tahun kedua (dan terakhir aku join). Still the same story, same training. Cuma tahun ni sekolah macam ada budget lebih, dipanggilnya instructor yang quite valid, yang berjaya membentuk band SSP jadi band yang hebat untuk train SDAR. Kalau cari Wikipedia SDAR, boleh nampak nama benar instructor tu. Edwin Yap Hock Beng. Mana lah pergi dia ni sekarang ye. I have unfinished business with him. Gtuh. Ok. Of course dia bentuk kitorang macam mana dia ajar SSP band masa tu. Mode serius yang tak pernah on sebelum ni terus on. Sebab takut jugak kalau tak perform memang dia tak pilih untuk main kat event tahun tu. For him, quality over quantity. Dia boleh hantar team 20 orang main untuk event tahun tu kalau 20 orang tu betul-betul berkualiti dan pandai main, daripada hantar 50 orang tapi sumbang. 

We trained bagai nak rak jugak. Kali ni aku boleh tiup. Masa 2004, sekolah main lagu Knightbridge's Chronicles dengan apa lagu melayu satu tu lupa pulak. Istana Cinta ke apa tajuk dia. Tapi the same treatment aku terima drpd senior. Embarassing. Sebab dah Form 2. Malu dgn Form 1 masa tu dapat layanan sebegini, like aku ni bodoh sangat. Dipendekkan cerita, walaupun SDAR antara finalist masa tu, tapi overall placement nombor 7 drpd 8 finalis. 

This is the part yang buat aku meninggalkan band untuk selamanya tanpa kehendak aku. Aku tak tau apa latihan band masa tu. Tapi aku dah penat. Aku meluat. Aku decide utuk ponteng latihan. Aku pergi outing dengan alasan nak beli tiket balik kampung. Padahal nak balik kampung tak payah belik tiket macam kau duduk Kedah Kelantan sangat pun kahkahkah. Jarak aku ni boleh dianggap dekat la sebenarnya. Tindakan ponteng aku ni buat senior tak puas hati. jadi pada satu malam masa prep, aku dipanggil oleh diorang untuk diorang buli aku. Among the pondans and few yang tak pondan dalam band tu, diorg decide nak ajar aku cukup-cukup sebelum diorang halau aku. Ketuk ketampi beratus kali, pumping berpuluh kali (sebab nak tumbuk sepak tak boleh kan, jadi cara macam ni la yang legal) diselang seli dengan profanities, tuduhan aku besar kepala, dan paling utama, one of the senior tu memang benci sangat dengan aku tanpa sebab, dan dia reveal yang dia la yang drop nama aku drpd join beberapa persembahan luar sekolah dulu. Sampai sekarang jugak aku dendam dengan those seniors especially yang benci aku tu. Tu la hari last aku dalam band sekolah. 

Its quite a news dlm batch aku yang aku keluar band, sebab maybe diorg ingat aku akan stay sampai habis Form 5. Tapi itu jelah hayat aku dalam band. What happen after that for the remaining years, terpaksa aku join Kadet Polis. Ermmm sangat. Bukan jiwa aku tapi terpaksa lah. 

About unfinished business with the SSP instructor Mr. Edwin ni, sebabnya masa aku Form 4, aku cuba untuk join semula band, lepas senior yang ragging aku tadi dah habis Form 5. Masa Form 4 ni dah boleh kata quite senior jugak la kan so harapnya boleh la join balik. But oh no. Beloved Mr. Edwin ni menghalang hasrat aku tadi. I feel so heartbroken and ashamed. Dia tak bagi aku masuk balik. So yeah. Aku kalau boleh jumpa dia dalam keadaan sekarang ni aku nak tanya dia apa masalah dia tak kasi aku join balik. Apa yang senior cakap pasal aku kat dia. Too many unresolved issues. 

Ada satu cerita yang tak berapa nak sahih jugak yang aku tak pasti, tapi ada cerita yang mengatakan assistant (?) kepada Mr. Edwin masa tu cuba-cuba untuk buat scene menghalau aku masa next training session. Failed sebab aku dah quit lepas insiden ragging tu. Too much la sampai nak menjatuhkan maruah aku macam tu sekali. OMG too many things happened yang aku kena bagitau dalam diri aku sendiri sekarang yang dah berpuluh tahun benda tu jadi, aku kena let it go dan berdamai dengan takdir. Tapi sakit hati dan malu tu takkan dapat hilang ya. I do not deserve those treatment. 

Nak dijadikan cerita, masa 2005, tahun aku dah quit, band SDAR tiba tiba dapat naib johan masa SBP competition tu. If it's all about me, aku akan buat naratif yang aku ni bad luck untuk team, jadi bila aku quit, band SDAR terus mencipta kegemilangan. Dan betul, 2006, SDAR dapat tempat ketiga, dan 2007, masa aku Form 5, band SDAR dapat naib johan semula. Aku gembira hanya sebab band SDAR bawak nama SDAR dan berjaya menunjukkan peningkatan, tapi mostly aku terkilan sebab aku dah bukan salah seorang daripada band. Kalau tak disebabkan benda benda bodoh yang berlaku masa zaman kejunioran aku, mungkin aku boleh berbangga jadi salah satu lipatan sejarah band. Aku mungkin boleh improve skill main trumpet aku, atau mungkin boleh jadi conductor. Tapi tu lah. Yang dah jadi tetap jadi. Takdir dah tertulis. Aku nak meroyan sampai mana sekalipun takkan dapat ubah balik takdir yang dah jadi. 

Sampai sekarang aku masih support band sekolah aku ni. Tapi bukan dalam peranan yang jelas lah. Support dalam diam. 10 tahun lepas aku senyap senyap pergi tengok event kat UKM. Sekarang ni ada shared live kat Youtube, jadi aku tak perlu susah-susah nak beriya sangat ambik cuti pergi tengok depan mata. Yang penting sokongan aku adalah senyap dan in background je. Aku tak sampai nak tunjuk muka kat depan cikgu pengiring dan band diorg like aku ni orang penting, ataupun selamba beruk buat hebahan dalam media social untuk tunjuk yang aku pernah join band SDAR dulu. No I will never do that. Aku takkan menggelabah untuk mengakui aku salah seorang alumni yang terlibat dalam band. Tapi aku tetap sokong sebab diorang bawak nama SDAR. Aku happy gila masa SDAR menang buat kali pertama 10 tahun lepas. Dan aku masih berbangga dengan pencapaian band SDAR sekarang. 

Aku perasan keahlian band SDAR masih kecik. Less than 45 student? Adakah sentimen "band = pondan" masih digembar gemburkan oleh team ragbi atau PKBM sekolah? Those non-band student ni perlu dicuci balik otaknya. Kalau aku pengetua aku memang suruh senior-senior paksa junior diorg untuk hentikan mindset ni. To the extreme kalau boleh. For the band, aku harap keahlian diorang akan bertambah lepas ni. Mana tau kan lepas ni dapat perform kat luar negara? Mestilah ramai nak join disebbabkan boleh pergi oversea. 

Oh. Ada cerita pasal aku yang aku tertinggal. Tapi tak payah cerita lah. Just in case tetiba yang berkaitan ternampak entri ni, do you remember BAILAM? Kihkihkih...

Tamatlah sudah, alkisah aku. Wassalam. 

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics