Assalamualaikum...
Wah banyak idea ye hujung tahun ni.
As the title above, jika ada yang membaca blog ni, korang akan perasan 3 entri terkini aku semuanya berkaitan dengan satu perkataan yang menjadi tajuk entri kali ni.
PONDAN
 |
| Mak hayam mencemar duli |
Memang memori masa kecik aku dipenuhi dengan cercaan, ejekan, sampai ugutan sebab aku dilabel pondan. Cumanya, banyak persoalan dalam kepala aku.
- Betul ke aku pondan?
- Kenapa budak-budak ni ejek aku pondan?
- Aku ada make-up atau pakai gown ke?
Tak de jawapan pun untuk semua tu.
Semestinyalah aku tak mengaku aku pondan. Mak abah aku besarkan aku jadi lelaki. Tak pernah pun ada baju kurung dalam senarai outfit aku. Tak pernah pun aku bergincu, cuma interested jugak tengok kakak-kakak aku tonyoh gincu. Yes ada calit la gincu saja suka-suka. Tapi setakat ni tak pernah sampai aku keluar rumah main dengan kawan-kawan pakai gincu. Paling-paling pun kalau nak keluar jalan-jalan atau pergi sekolah mak aku wajibkan aku sapu bedak Cuticura kat muka dan pakai minyak rambut Zam-Zam. Sampai sekarang pun mak aku pakai. Aku tak pakai dah hahaha.

 |
| These two smells good NGL... |
Aku tak rasa benda tu menjadikan aku pondan.
Aku ada banyak tekaan kenapa budak-budak ejek aku pondan dulu
- Masa tadika aku cengeng (kuat nangis)
- Aku banyak berkawan dengan budak perempuan
- Aku kaki bangku (refer entri Anti Sukan)
- Aku lagi suka main masak-masak atau zero-point daripada main permainan budak lelaki
- Jiran aku pun sama macam aku. Kitorang masa kecik on/off berkawan
- Aku suka Sailormoon lebih daripada Dragon Ball
Dan sebagainya yang aku tak ingat dah kahkahkah
Macam aku certia kat entri terkini aku, its hard being a pondan when you know yourself you are not that. Walaupun tak setiap hari, tapi akan ada masa-masa dia.
Aku pulak lahir je dah ada kakak dua orang. Lepas tu aku bongsu. Sepanjang membesar tak pernah aku sebut "abang" sebab aku tak ada abang. Tak boleh bayang kalau aku ada abang. Entah dia benci aku ke kan sebab aku lemah gemalai gini. Mesti dia malu ada adik tak serupa lelaki kahkahkah.
Bukan dalam kalangan budak-budak je. Dalam saudara mara sendiri pun ada yang mengata aku pondan, hanya aku nampak lembut gemalai. Sepupu yang lelaki pun sama je macam budak-budak kat kampung aku. Ejek, tak nak kawan, macam-macam lagi. Tambah lagi perangai cengeng aku. Haha not proud of it tapi memberi kesan la sekarang. Aku kurang rapat dengan saudara aku baik belah abah atau belah mak. Hidup aku hanyalah keluarga aku saja, diorang boleh syuhh syuhhh daripada hidup aku.
 |
| Syuhhhhhh |
Dalam pengalaman aku ni, bila kau pondan lembik kelempuk ni, memang budak lain yang acah gagah jantan ni tunjuk kuat dengan cara untuk menyakitkan kau.
Ada satu kes masa aku Darjah 5, dimana ada budak ni, dia dah tingkatan 2 kot, cari pasal dengan aku. Siapa tak sakit hati. Aku lawan la balik dengan kata kesat. Lah dia sentap. kau buat aku boleh, aku lawan balik kau merentan. Dia ugut nak belasah aku. Dia nak menyorok dalam semak, tunggu aku balik sekolah sorang-sorang nanti dia keluar. Kau bayangkan Nobita kena ugut dengan Giant je lah konsepnya.
 |
| Lembik betul Nobita ni. Aku pun geram. |
Hidup tak tenang, asyik nervous je aku masa tu, walaupun masa balik sekolah abah aku tak pernah tak jemput aku balik. Mujur tak kacau pelajaran aku. Aku kan budak pandai. (Refer entri Anti Sukan dan Kepimpinan).
So budak tu memang betul tunggu dalam semak nak ambush aku. Ada kebetulan aku jalan kaki lepas balik sekolah agama petang tu nak pergi ke warung tenpat abah aku ngeteh. Aku melolong menjerit biar kecoh sampai semua orang dengar. I do whatever I can. Memang tak jadi la budak tu nak belasah aku dan kes habis kat situ bila budak tu sedar yang abah aku nampak dia. End of story.
Ada jugak satu kes yang lebih kurang sama aku pernah hadap. This budak memang kaki buli. Benci dengan aku sebab aku pondan. Memang suka hati nak ugut belasah aku. Pernah dia buat gitu masa aku dargah 3 kot. Dah lah masa aku main dengan budak lain tu lepas aku balik sekolah agama pagi. Kejap lagi pukul 12:30 nak pergi sekolah kebangsaan pulak. Ugut tunggu aku kat jalan nak balik rumah untuk belasah aku. Dah tak memasal aku nak meredah semak samun untuk balik rumah. Mujur sempat. Sampai rumah aku cerita kat mak aku.
Budak dalam kes kedua aku ni memg sangat jahat. Kaki hisap gam, tak sekolah (sebab makpak dia miskin, anak ramai) dan kaki pecah rumah orang. Sekarang ni last aku tau memang tak menjadi orang. Hidup menyusahkan orang sekeliling. tak berhenti merompak rumah orang dan hisap dadah. Keluar masuk penjara macam check in hotel je. Buto pak ang.
Macam aku cerita kat entri Kepimpinan tu, aku pulun akademik aku sampai aku dapat 5A UPSR (korang tak tau UPSR ni apa. Dasar Gen Z). Lepas tu aku dapat tawaran masuk SDAR. Aku melompat kegembiraan walaupun aku tak tau SDAR tu apa masa tu. Aku cuma tau aku tak nak sekolah menengah kat kampung aku sebab aku akan jumpa balik budak-budak yang kuat ejek aku masa sekolah rendah. Aku tak nak jumpa dah diorang.
Diulangi, bila aku masuk SDAR, dengan suasana baru, aku macam nak sorok kelembutan aku ni. Bukan tahap cringe la tapi at least aku cuba untuk tak dipanggil pondan.
You think I succeed?
TIDAKKKKK. PAKCIK FAILLLL!!!
 |
| I cant hide my pondanness |
Haih...
Now the same cycle restart again. Aku kena hadap lagi benda yang sama, daripada budak-budak yang baru aku kenal ni. Dia kira macam 2.0 version lah. Lebih kejam kiranya. Bukan saja pondan, aku dipanggil bapok, darai, dan yang semaksud dengannya. Lagi best untuk menyakitkan hati, dituduhnya aku ni mencabar Allah sebab tak mengikut fitrah. Banyak lagi lah cabaran yang aku kena hadap. Dah lah aku join orkestra sekolah pulak (Refer entri Wind Orchestra 2026). Lagi kuat aku kena.
Biasanya masa remaja ni emosi dan hormon tak stabil. Aku pun tak tau macam mana aku boleh bertahan dengan semua tu tanpa aku rasa depress. Mujur aku masih normal.
Time ni pun aku ada kes. Sorang budak ni, bukan sekelas dan bukan satu dorm dengan aku masa Tingkatan 1. Tapi tak bermakna aku tak boleh jadi mangsa. Aku menjadi target dia untuk diejek dan didera mentally. Lepas tu naik tingkatan 2, boleh pulak satu dorm dengan dia dan kekal sampai Tingkatan 4. I've been abused and ridiculed by him throughout the year. Surprisingly aku masih boleh survive semua ni cuma menyampah je lah kena kacau kan. Sampai Tingkatan 5 ada budak sama batch yang dah jadi prefek (Rujuk entri Kepimpinan kalau nak tau proses jadi prefek kat SDAR masa aku macam mana) dia nampak struggle aku dan kesiankan aku. Dia pindahkan nama aku ke dorm yang lain. Aku bersyukur ada yang perasan.
Kalau compare in akademik, dia lagi pandai daripada aku. Dia pun daripada keluarga kaya. Aku percaya bukan perbezaan ni yang buat dia pick aku untuk dibuli. Naratif aku sekarang ni, aku percaya sebab luaran aku nampak lembik kelempuk, maka aku diperlakukan sebegini.
Tak semua pembuli ni terima kifarah seperti yang kita harapkan sebagai mangsa buli. Masa sekolah rendah, yang ugut nak belasah aku tu memang haram jadah kehidupan dia sekarang. Tapi untuk sekolah menengah ni, murah rezeki dia, berjaya dalam bidang yang dia ceburi sekarang. Aku pulak yang struggle untuk hidup. Buat aku banyak fikir kenapa nasib dia tak seperti yang aku harap lepas segala torturing dan abuse yang dia bagi kat aku dulu? Aku serahlan kat Allah je lah part ni. Takpe lah aku biarkan dia enjoy je dengan rezeki yang dia ada sekarang ni.
Habis SDAR, bala apa entah, aku dipaksa pulak masuk Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Kepala De Bana betul lah.
 |
| Grrr... |
3 bulan join menatang alah ni tak ada apa yang best pun melainkan jumpa kawan baru. Tapi aku straight to the cases.
Aku ditempatkan di Kem PLKN Kg Hijrah, Penor, Kuantan. Dan aku fikir aku sorang je dari kampung aku ni yang kena masuk menatang alah ni. Dah sampai sana siap settle in, tetiba aku dapat tau ada sorang lagi orang kampung aku kebetulan masuk kat kem yang sama. Hishhh.
Ye dendam masa sekolah rendah dengan kebanyakan budak lelaki tu tak pernah padam lagi. Walaupun dah 5 tahun tak bertemu. Ingatkan habis kat situ. Dia boleh pecah cerita kat kawan yang dia baru kenal ni yang aku ni pondan. Kenapa entah kau kena bagitahu kawan-kawan baru kau yang aku pondan. Cumanya 3 bulan duduk sini tak sempat sangat nak ejek mengejek buli membuli pun kan. Mujur je dia tak sama company. Dia Charlie, aku Delta.
Ada satu lagi kes pendek dimana mentaliti kampung ni susah nak padam. Ada sorang ni konon rockers kapak. Mentaliti dia adalah kalau kau minat Siti Nurhaliza kau auto pondan. Jantan kena jadi rockers, layan XPDC, Wings, Search tu.
 |
| Tak memasal minat Tokti je kena cop pondan. |
Aku terlalu bandar untuk memahami konsep ni jadi gimampos lah kau. Walupun lepas tu aku baru faham yang konsep dia betul sebenarnya HAHAHAHA. Aku tak lah minat sangat pun.
Habis PLKN masuk Matrikulasi Pahang. Ahh my best life walau setahun. Tak ada kes jadi kita boleh skip. Nak tau sila rujuk entri aku berkaitan life kat matrix.
Habis Matrix, masuk UKM. Kat UKM jugak lagi meluas aku jumpa kerenah orang. 3 tahun kat sini, Aku dah tak jadi budak pandai. Prestasi aku merosot teruk. Tak tau lah lalai ke apa kan. Emosi aku pulak tak pernah stabil tapi bukan sebab aku pondan sekarang ni. Ada sebab lain. Well for recap, masuk UKM aku dapat course Sains Aktuari. Tapi aku tak boleh bawak course ni. Ditambah lagi dengan isu lain antara aku dengan coursemate lain yang tak payah diungkit lagi. Cuma tak berkaitan dengan isu pondan lah,
Yang best kat sini. aku dapat berkawan dengan mereka yang aku boleh kata sekufu dengan aku. Yes sama sama lembut. Tapi diorg ni lah yang paling baik dengan aku, ngam dengan aku, sama-sama beraktiviti walaupun bukan lah aktiviti yang layak dilabel aktiviti jantan. Banyak antara diorang yang aku masih kekal berkawan sampai sekarang, dan aku harap kekal berkawan sampai bila bila.
Dekat sini jugak aku macam develope satu kebencian kat konsep kelakian/kejantanan sejati. Maklumlah kononnya dah terdedah sangat dengan dunia kan, banyak benda baru lah belajar. Jadinya, apa je perkara yang kau kena buat untuk jadikan kau jantan gagah dimata orang lain, aku menentang sepenuh hati. Itu namanya TOXIC MASCULINITY (TM).
Kalau ikut apa yang aku dah alami, perkara kat bawah ni tergolong dalam TM. Means, kau nak jadi jantan kau:
- Kena minat dan pandai bersukan, terutama bola sepak
- Mesti merokok
- Tak boleh pakai payung, tak kira hujan atau panas.
- Kena tahu buat kerja berat (Contoh: Bertukang)
- Tak boleh ada skincare routine. Jantan kena muka berjerawat
- Pernah accident sampai berparut
Dan banyak lagi yang aku tak jumpa sebab aku tak tahu lagi.
Jadinya konsep kejantanan ni kau kena ada pengalaman cedera patah riuk badan sampai berparut, kau tak boleh jadi pembersih, dan wajib tahu kerja-kerja yang selayaknya untuk seorang jantan.
 |
| Euwww |
Kalau itu lah pengukur kejantanan, rela aku jadi pondan selama-lamanya.
Jujurnya aku pernah cuba untuk jadi jantan tu. Cuba main bola sepak, pernah jugak cuba merokok, tapi untuk apa kalau jiwa kau bukan untuk jadi jantan yang diharapkan? Sebab tu lama-lama aku memang benci konsep tu dan aku hidup dengan cara aku sendiri.
Now, aku nak highlight isu utama.
Adakah PONDAN = GAY?
Kalau pengalaman masa kecik tak de sesiapa yang tuduh aku suka jantan. Ejekan tu lebih kepada aku yang nampak lembut je. Tapi bila dah kenal dunia, bila kau tahu apa orang fikir bila Lorong Haji Taib disebut, tambah lagi dengan Drama Sutun, orang akan kaitkan kelembutan kau dengan jiwa kau yang menyerupai perempuan, termasuklah naluri meminati jantan ni.
Aku nak cakap macam mana ye...
Tak semua lelaki yang berperwatakan lembut itu pondan, dan tak semua pondan itu gay. There's the statement.
Sebab kita tak boleh teka naluri orang macam tu je. Ada jantan yang diam-diam suka jantan. Ada yang dipandang pondan ni sebenarnya tak pernah ada nafsu pun kat jantan.
Aku? Tell me macam mana aku nak suka jantan kalau aku sendiri benci konsep TM kat atas tu? Lagipun aku nak bercinta secara normal pun aku rimas, ni pulak nak bercinta dengan jantan. Aku lagi suka berseorangan sebenarnya hehehe~
So yeah, aku harap ni entri last aku cakap pasal pondan ni. Banyak benda lain boleh dicerita tapi aku pilih nak cerita pasal pondan pulak hahaha. Takpe kalau rajin kita cerita benda lain pulak lepas ni ye.
Bye.