Assalamualaikum...
Come again after not blogging for how many years entah. Malas nak kira. So I'm back back back again!
Orang kata kat internet ni kita share benda-benda yang baik je so inilah benda baiknya! I am so happy that my alma mater, Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR) winning the 24th edition of Festival Wind Orchestra Sekolah Berasrama Penuh (SBP)!
| Lihatlah dunia!!! |
Ini kemenangan kedua SDAR selepas 10 tahun, yang mana ada jugak aku cover dulu dalam blog ni. Ni dia: LINK
Dah 19 tahun jugak lepas meninggalkan sekolah ni, dan aku masih follow team ni, walaupun hanya senyap-senyap.
Title entri ni bukan nak cerita pasal perjalan diorang ke arah memenangi event ni. Sebab ni blog aku kan so semuanya pasal aku lah. Kalau terjumpa blog aku dan korang nak cari benda lain, dah dah stop reading, klik pangkah dan cari semula. HAHAHAHA.
Back to me...
DISCLAIMER: Cerita lepas ni semuanya pasal aku, dan apa yang aku lalui mengikut ingatan dan perasaan aku semata-mata. Just in case ada lah kenalan rapat, senior, or junior aku yang ada versi lain yang tak sama atau kononnya datang dengan kisah sebenar ternampak blog aku yg sendu ni, simpan je tenaga tu. This is my blog, my story.
Aku sebenarnya pernah jadi one of the member of this band. Masuk pun bukan atas kerelaan rasanya sebab masa minggu orientasi Form 1, malam penutup ada kena buat persembahan. Aku join caklempong. That will be my only activity sampailah Form 5 kat SDAR dulu. Somehow, sebabkan itu aku tetiba terserap masuk dalam team Wind Orchestra sekolah. Lepas tu, aku pun tak tau macam mana aku di"assign" untuk main trumpet. So I guess now I'm a member then.
There is 1 sentimen (or mindset?) kat SDAR ni yg mana kalau kau join band (just a singkatan utk team wind orchestra), kau sahih PONDAN. Tak faham kat mana kaitannya. Aku masa tu dan sampai sekarang percaya sentimen ni dicipta oleh senior-senior yang datang dari dua team ni. Kalau tak budak ragbi, dia budak PKBM. Amende PKBM? Alah yang related dengan askar tu. Ini jugak punca aku ditarget sebagai pondan sekolah. Well, hanya aku. Kenapa aku? Kan aku kata ni blog aku, cerita aku. So ni versi aku lah LOL.
Aku mengharungi hidup aku kat SDAR masa Form 1 ni dengan pelbagai latihan hujung minggu sambil juggling dengan kerja sekolah dan permainan emosi yang tak menentu sebab diejek pondan. Sepatutnya aku dah lali part pondan ni, sebab masa aku sekolah rendah pun gara-gara tak pandai dan tak nak main bola sepak pun aku dah diejek pondan. Sebab aku masuk SDAR pun selain aku berjaya dapat 5A UPSR, aku memang nak lari daripada budak-budak kampung aku yang memang jahat dengan aku. Sampai sekarang pun aku simpan dendam dengan diorang walaupun umur dah nak masuk waktu Asar ni kan.
Join band ni seronok sebenarnya. Aku walaupun tak tau kenapa aku kena main trumpet, aku enjoy. Belajar muzik adalah satu ilmu baru yang aku takkan dapat kat mana-mana masa tu. Ada certain time, dapat jemputan main kat acara luar. Seronok la sebab dapat keluar sekolah. Tapi untuk beberapa event dulu, nama aku selalu kena tinggal. Maksudnya aku tak dipilih untuk terlibat. Mestilah aku tak puas hati. Balik-balik nama aku. Ini untuk cerita seterusnya.
Band SDAR masa aku join dulu (2003) bagi aku tak hebat mana pun. In comparison, band Sekolah Sultan Alam Shah (SSAS), Kolej Tunku Kurshiah (TKC) dan Sekolah Seri Puteri (SSP) at least sekali diorang dah pernah main kat luar Malaysia. Masa tu band SDAR tak pernah dapat peluang tu lagi. Dalam event SBP Wind Orchestra pun, susah betul SDAR nak dapat placing. Top 3 pun tak pernah. Boleh kata zaman aku join tu zaman kegelapan. Tak pernah betul-betul ada trainer yang valid. Trainer masa tu pun aku lupa dah siapa nama dia. Entah masih hidup lagi ke tak sekarang.
Aku sempat jugak lah main untuk SBP Wind Orchestra masa aku join tu. Tahun 2003, SDAR jadi tuan rumah. Teringat masa cuti pertengahan tahun, aku kena balik awal seminggu sebab kena berlatih. Sekolah sunyi sepi tanpa budak-budak lain, hanya ada kitorang yang bersemangat untuk capai kejuaraan yang masa tu hanya angan kosong. To reflect my own life, aku memang suka betul join benda-benda yang memerlukan pengorbanan ni. Sampai ke universiti pun sama. Tapi hujung-hujungnya aku tinggalkan, lupakan. Eh lah dah terspoiler. Takpe. Aku cerita kat bawah.
Back to this event sulung aku, at the end kononnya trumpet aku out of tune, senior cakap kat aku untuk jangan tiup langsung masa persembahan. At what cost lah kan aku dok tamatkan cuti awal seminggu join latihan yang akhirnya disuruh aku macam "lip-sync" je? Act like you play the instrument but jangan tiup satu nota pun? Masa aku taip ni, aku rasa zaman tu juri boleh tgk aku tak tiup pun. Banyak markah deduct kat situ. Patutlah Top 3 pun kalah.
After the event, kurang lah latihan sebab event besar dah berlalu. Ada sekali dua dipanggil buat persembahan, ada sekali dua juga nama aku didrop senior dengan sengaja so aku tak dapat join. Sakit hati betul aku masa tu.
Then come 2004. Tahun kedua (dan terakhir aku join). Still the same story, same training. Cuma tahun ni sekolah macam ada budget lebih, dipanggilnya instructor yang quite valid, yang berjaya membentuk band SSP jadi band yang hebat untuk train SDAR. Kalau cari Wikipedia SDAR, boleh nampak nama benar instructor tu. Edwin Yap Hock Beng. Mana lah pergi dia ni sekarang ye. I have unfinished business with him. Gtuh. Ok. Of course dia bentuk kitorang macam mana dia ajar SSP band masa tu. Mode serius yang tak pernah on sebelum ni terus on. Sebab takut jugak kalau tak perform memang dia tak pilih untuk main kat event tahun tu. For him, quality over quantity. Dia boleh hantar team 20 orang main untuk event tahun tu kalau 20 orang tu betul-betul berkualiti dan pandai main, daripada hantar 50 orang tapi sumbang.
We trained bagai nak rak jugak. Kali ni aku boleh tiup. Masa 2004, sekolah main lagu Knightbridge's Chronicles dengan apa lagu melayu satu tu lupa pulak. Istana Cinta ke apa tajuk dia. Tapi the same treatment aku terima drpd senior. Embarassing. Sebab dah Form 2. Malu dgn Form 1 masa tu dapat layanan sebegini, like aku ni bodoh sangat. Dipendekkan cerita, walaupun SDAR antara finalist masa tu, tapi overall placement nombor 7 drpd 8 finalis.
This is the part yang buat aku meninggalkan band untuk selamanya tanpa kehendak aku. Aku tak tau apa latihan band masa tu. Tapi aku dah penat. Aku meluat. Aku decide utuk ponteng latihan. Aku pergi outing dengan alasan nak beli tiket balik kampung. Padahal nak balik kampung tak payah belik tiket macam kau duduk Kedah Kelantan sangat pun kahkahkah. Jarak aku ni boleh dianggap dekat la sebenarnya. Tindakan ponteng aku ni buat senior tak puas hati. jadi pada satu malam masa prep, aku dipanggil oleh diorang untuk diorang buli aku. Among the pondans and few yang tak pondan dalam band tu, diorg decide nak ajar aku cukup-cukup sebelum diorang halau aku. Ketuk ketampi beratus kali, pumping berpuluh kali (sebab nak tumbuk sepak tak boleh kan, jadi cara macam ni la yang legal) diselang seli dengan profanities, tuduhan aku besar kepala, dan paling utama, one of the senior tu memang benci sangat dengan aku tanpa sebab, dan dia reveal yang dia la yang drop nama aku drpd join beberapa persembahan luar sekolah dulu. Sampai sekarang jugak aku dendam dengan those seniors especially yang benci aku tu. Tu la hari last aku dalam band sekolah.
Its quite a news dlm batch aku yang aku keluar band, sebab dari mula aku cerita yang aku ni pondan sebab join band, so supposely aku takkan keluar sampai habis Form 5. Tapi itu jelah hayat aku dalam band.
About unfinished business with the SSP instructor Mr. Edwin ni, sebabnya masa aku Form 4, aku cuba untuk join semula band, lepas senior yang ragging aku tadi dah habis Form 5. Masa Form 4 ni dah boleh kata quite senior jugak la kan so harapnya boleh la join balik. But oh no. Beloved Mr. Edwin ni menghalang hasrat aku tadi. I feel so heartbroken and ashamed. Dia tak bagi aku masuk balik. So yeah. Aku kalau boleh jumpa dia dalam keadaan sekarang ni aku nak tanya dia apa masalah dia tak kasi aku join balik. Apa yang senior cakap pasal aku kat dia. Too many unresolved issues.
Nak dijadikan cerita, masa 2005, tahun aku dah quit, band SDAR tiba tiba dapat naib johan masa tu. If it's all about me, aku akan buat naratif yang aku ni bad luck untuk team, jadi bila aku quit, band SDAR terus mencipta kegemilangan. Dan betul, sampai 2007, masa aku Form 5, band SDAR tanpa aku tu maintain top 3. Agak terkilan dalam gembira sebab kalau tak disebabkan benda benda bodoh yang berlaku masa zaman kejunioran aku, mungkin aku boleh berbangga jadi salah satu lipatan sejarah band. Tapi tu lah. Yang dah jadi tetap jadi.
Sampai sekarang aku masih support band sekolah aku ni. Tapi bukan dalam peranan yang jelas lah. Support dalam diam, senyap senyap pergi tengok event macam 10 tahun lepas tu. Aku takkan menggelabah untuk mengakui aku salah seorang alumni yang terlibat dalam band. Tapi aku tetap sokong sebab diorang bawak nama SDAR. Aku happy gila masa SDAR menang buat kali pertama 10 tahun lepas. Dan aku masih berbangga dengan pencapaian band SDAR sekarang.
Aku perasan keahlian band SDAR masih kecik. Less than 45 student? Adakah sentimen "band = Pondan" masih digembar gemburkan oleh team ragbi atau PKBM sekolah? Aku harap keahlian diorang akan bertambah lepas ni. Mana tau kan lepas ni dapat perform kat luar negara? Mestilah ramai nak join disebbabkan boleh pergi oversea.
Oh. Ada cerita pasal aku yang aku tertinggal. Tapi tak payah cerita lah. Just in case tetiba yang berkaitan ternampak entri ni, do you remember BAILAM? Kihkihkih...
Tamatlah sudah, alkisah aku. Wassalam.