expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Followers

Korang Yang Ke...

Showing posts with label Suka-suka. Show all posts
Showing posts with label Suka-suka. Show all posts

Saturday, October 21, 2023

Anti Sukan

Assalamualaikum...

Sekadar meroyan. Ahh gtuh...

Frasa "blog berhabuk" terasa mengembangkan tekak dikala ini. Let's not do that. 

Baiklah. 

Bersukan, bersenam, berekreasi bersama keluarga, berbudaya sukan, jadikanlah amalan.... MALAYSIA CERGAS!!! YEAHH!!!




But not for me. Aku sangat benci dengan sukan. Seboleh-bolehnya aku mengelakkan diri daripada terlibat dengan apa-apa aktiviti sukan. 

Tapi kenapa?

Jom lah aku nak bercerita tragedi yang memberi kesan mendalam terhadap mentaliti aku terhadap sukan secara umum. 

Korang tahu kan subjek PJK? Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. 


Nohhh edisi SJKT hahaha...


Aku suka lah bila tiba masa PJK ni. Masa Darjah 1 - 3 kat sekolah rendah dulu, aku sekolah sesi petang. Jadi PJK ni memang masa terakhir dalam satu hari tu lah. Seronok masa tu cikgu ajar macam-macam mainan kanak-kanak. Aku suka main bola beracun (Kalau sekarang orang panggil "Dodgeball" kot). Rasanya dari darjah 1 sampai 3 tu memang permainan utama kanak-kanak la kot. 

Tapi...

Bila naik Darjah 4, dah kena sekolah sesi pagi pulak. Subjek PJK ni jadi subjek pertama pada hari berkenaan. Tak ada masalah. 

Cuma seiring dengan pertambahan umur, kita kena bertindak matang juga. Jadi dengan mindset yang tak rasmi ditetapkan seantero dunia, budak-budak lelaki diwajibkan bermain bola sepak dan budak-budak perempuan diwajibkan bermain bola jaring.

Aku emo. Kenapa dah tak boleh main bola beracun???

Aku terpaksa ikut serta, walaupun simpulan bahasa Melayu menetapkan orang yang tak reti bermain bola sepak macam aku digelar "Kaki Bangku". Aku sabar. 

Tapi...

Ada satu hari tu, cikgu PJK masa tu, Cikgu Azab (bukan nama sebenar) telah membuat peraturan yang seronok (untuk dia lah bukan untuk aku) dimana pasukan mana yang bolos kena tanggal baju sebagai denda. 

APENI CIKGU

Gambaran perasaan dalam hatiku ketika itu

Sebagai budak yang tak berdaya untuk melawan, aku terpaksa mengikut arahan tak munasabah tersebut dan bermain je macam biasa. 

Nak dijadikan cerita, team aku bolos. Makanya terpaksa lah buka baju. 

Aku memberontak. Kalau aku fasih English masa tu aku dah jerit kuat kuat "THAT'S IT!!! ENOUGH IS ENOUGH!!!" dan berlari ke tandas yang seperti kita tahu memang mengerikan rupanya. Patutlah ada je kes budak berak dalam seluar. Bukan aku lah.

Lupa. Setiap tindakan mesti ada kesan. Akibat tindakan aku tadi, Cikgu Azab telah mencubit pinggang aku sampai tersiat kulit. Zaman aku sekolah tak ada lagi nak saman-saman ni. Jadi terima je akibat tu. 

Minggu depannya, aku tetap memberontak. Aku nekad tak nak bawak baju sukan. Budak-budak dah mula nak menakutkan aku dengan denda sebab berani memberontak. Aku keraskan muka dan teguhkan pendirian je lah. Masa PJK, budak-budak bermain, aku duduk tepi je, enggan melibatkan diri. 

Tindakan aku ini juga ada akibatnya. Apa yang Cikgu Azab ni buat? Kali ni dia tak cubit. Tapi dia suruh aku berdiri depan kelas dan dia buat sesi public humiliation kat aku. Budak sekelas dah makin seronok tengok aku dimalukan. 

Sedikit backstory, aku ni dulu sejak kecik dah diejek pondan. Jadi bila aku ni pondan, tak reti main bola sepak pulak tu, lepas tu buat perangai macam tu, memang berganda lah ejekan yang aku dapat. 

Aku penat membina reputasi sebagai budak pandai dalam sekolah, setiap kali periksa mesti dapat nombor 1, 2, 3. Tak pernah lagi dapat nombor 4 ke bawah. Tapi budak-budak lelaki ni diorang tak pandang semua tu sebab asal kau tak reti main bola sepak kau bukan lelaki sejati dan kau pondan. 

Well, ni yang aku selalu cerita kat kawan-kawan yang aku dah kenal masa aku dewasa kini. Ada satu lagi tragedi yang buat aku bertambah benci kepada sukan, particularly bola sepak. Benci sial kimak arghhhhhhhhhh

Masa Darjah 4, budak-budak semua wajib join aktiviti ko-kurikulum. Cikgu dengan kuasa veto masa tu dah aturkan budak ni masuk unit beruniform mana satu, kelab mana satu, dan sukan mana satu. Bukan kita pilih sendiri, budak-budak tak ada kuasa tu. Tapi seronok la berebut nak tengok kat papan kenyataan masa tu kita kena join apa. 

Aku tengok la satu satu bermula dengan unit beruniform. 

Pengakap. Ok. Famous so semua nak jadi cool kids dapat jadi pengakap. Ada nama aku. 

Lepas tu kelab dan persatuan.

Nama aku kat Kelab Seni Kreatif. Ala-ala subjek pendidikan seni. Best la boleh berkarya. 

Then sukan... You guessed it...

Celaka

Bala apa yang menimpa aku ni. 

Perasaan aku ketika itu

Fast forward, hari tu ada perjumpaan untuk sukan. Sebagai budak tak berdaya, datang je lah. Ingatkan perjumpaan biasa macam Pengakap dan Kelab Seni Kreatif yang aku dah hadir sebelum tu. Cikgu yang jaga sukan bola sepak masa tu, Cikgu Husaini (ahh aku letak je nama sebenar. aku benci betul dia sejak tragedi ni terjadi) dah train budak secara professional. Dia suruh aku gelecek bola. Mana aku reti bodoh. Kau suruh pondan ni main bola buat apa? Lepas tu dia suruh kitorang semua lari pusing padang 5 round. Apa semua ni?????

Aku penat. aku pancit. Cikgu Husaini tu panggil semua budak tadi termasuk aku berkumpul. 

BOOM. Kena maki kena cerca sebab tak ada effort. Semestinya aku yang kena maki lebih sebab aku lembik, layaklah diejek pondan. Kata Cikgu Husaini. 

Kau tak rasa budak-budak seronok bila cikgu sendiri, sebagai manusia matang ada akal fikiran menjatuhkan maruah aku macam tu? 

Last-last Cikgu Husaini cakap: "Awak berhenti je lah join sukan ni. Buang masa saya je". 

Dah lah aku dipaksa masuk kelab Bola Sepak secara paksa, train aku tiba tiba, bila aku tak tunjuk effort buang aku macam tu je. Hello, aku pun tak nak lah jadi wakil sekolah!!!

Ya, dua tragedi silam ni lah yang buat aku benci dengan segala aktiviti yang melibatkan kecergasan dan semua aktiviti sukan, terutamanya bola sepak. Sampai sekarang aku benci bola sepak. 

Aku fokus betul dengan akademik aku masa sekolah rendah. Walaupun naik darjah 4 dah tak secemerlang dulu, tapi aku kekal dapat nombor 1, 2, 3 bila periksa. lepas tu jadi Ketua Murid bila Darjah 6, tu pun sebab  aku pandai semata-mata, bukan sebab aku berkaliber dan berkepimpinan. Budak-budak lelaki tak pernah respek aku masa tu sebab aku pondan, di mata diorang lah. 

Jujurnya, aku pun tak tau macam mana entah aku boleh terlepas masuk SBP bila aku berjaya dapat 5A UPSR. Eh korang tau tak apa tu UPSR? Tidakkkk pakcik dah tuaaaaaa (Pinjam ayat Jefri kat blog suci dia)

Teka lah kat mana ni hew hew hew

Aku tak ada langsung rekod penglibatan dalam sukan sepanjang aku sekolah rendah. Semua disebabkan tragedi tu. Ikutkan tak layak aku dapat masuk SBP masa tu walaupun aku ada rekod lain yang cemerlang. Aku ada jugak jadi wakil sekolah pertandingan bercerita, walaupun tak pernah menang. Tapi tu je lah. Aku syukur jugak dapat SBP ni sebab aku memang tak mau sambung sekolah menengah kat kampung aku sebab pastinya aku kena bersemuka dengan budak-budak yang selalu ejek aku pondan tu. 

Dekat SBP tu lagi hebat aku kena ejek. Dan juga aku berjaya mengelak dari melibatkan diri dalam aktiviti sukan, terutamanya bola sepak. Tapi tu untuk entri lain lah bila aku rajin nak menaip lagi dalam blog sendu mendu ni. Siapa je berblog sekarang???

Tu je royanan. Sekian. 

Monday, November 28, 2016

Financial Plan Untuk Seorang Aku.

Assalamualaikum...

Aku tak tau kalau-kalau aku share financial plan aku kat blog ni akan jadi satu perkara yang membahayakan aku. Tapi tak pe lah. Hopefully tak. Aku bukan orang kaya. Gaji pun biasa je. Tak de hasil pun rompak aku.

Lagipun siapa je tengok blog aku. Wakakaka.....

Dah 4 tahun bekerja. Sampai la ni aku masih tak de savings. I mean, LANGSUNG. Supposely dalam tempoh 4 tahun ni banyak dah savings aku. Let say aku simpan RM100 tiap-tiap bulan:


2013 (Julai - Disember)     : RM100 x 6 = RM600
2014 (Januari - Disember) : RM100 x 12 = RM1200
2015 (Januari - Disember) : RM100 x 12 = RM1200
2016 (Januari - sekarang)  : RM100 x 11 = RM1100

Total : RM600 + RM1200 + RM1200 + RM1100 = RM4100

Dah sedap hidup aku at least. Nak lagi sedap, tambahkan simpanan. So berganda lah.

Masalahnya aku sekarang, Gaji masuk, habis. Simpanan? Illek.

Angan-angan nak kahwin, beli rumah, kereta, boleh kelaut semuanya.

Kadang-kadang sedih jugak. Dah kerja patutnya duit gaji aku cukup untuk sebulan. Tapi kenapa mesti tak cukup. Something must be change.

Nak menghadap zaman Najib ni, terpaksalah jadi bijak mengawal perbelanjaan.

So untuk 2017, Aku berharap tak terlambat untuk aku mula menyimpan duit. Walaupun pakar-pakar kewangan kat Facebook semua kata macam dah terlambat. Ye ke? Entah. Saja je cakap camtu hahaha...

Planning kena rahsia dulu. Tak boleh share kat sini. Bahaya.

Tengok nanti cemana plan aku tu menjadi ke tak. Haha.

Thursday, August 11, 2016

Pokemon Go Untuk Handphone Android Jellybean Kebawah

Assalamualaikum...

Hah siapa main menatang ni?


Wakakakaka.....

Semua memang teruja nak main. Aku pun sama. Cuma aku sedih. Handphone aku masih lagi Android Jellybean 4.2.2.

Ya kengkawan. Pokemon Go hanya support Android Kitkat 4.4 ke atas. Jadi kalau rasa stress kenapa handphone kau tak boleh download game ni, cek balik handphone kau. Jellybean lagi ke? Ke tetap setia dengan Gingerbread?

The only solution untuk korang main ialah beli handphone baru. Lagipun, kemonlah. Android dah masuk version Nougat kot.

Atleast itu yang aku fikirkan. Sampailah aku terjumpa kat Youtube.

ANDROID JELLYBEAN PUN BOLEH MAIN!!!

Macam mana tu? Haaa aku nak share kat sini. Mula-mula, tengok video ni dulu:


Ok aku terangkan step dia:

1) Download APK File Pokemon Go. Tak payah install dulu. Memang takkan boleh install punya.
2) Download pulak apps APK Editor Pro. Dah download, boleh install.
3) Masuk apps tu. Kat muka depan dia, pilih Select An APK File.
4) Cari APK Pokemon Go dan pilih. Kemudian pilih Full Edit.
5) Dia tunjuk dulu apa reason kau tak boleh main. Lepas tu kat hujung kanan tu ada Manifest. Sentuh kat situ.
6) Dia akan keluar coding result. Kat sini la kau kena ubah sikit coding tu supaya Handphone ko yang tak up to date tu boleh jugak main.
7) Pilih baris pertama dalam kelompok yang dinamakan Applications, Nampak tak baris tu ada nombor 19? Kat situ lah kita kena ubah no dia. Bergantung jugak pada version Android kau. ni list dia:
  • Android 4.3-18 
  • Android 4.2-17
  • Android 4.1-16
  • Android 4.0.4 , 4.0.3-15
  • Android 4.0 -14
  • Android 3.2-13
  • Android 3.1-12
  • Android 3.0-11
  • Android 2.3.7 , 2.3.3 -10
  • Android 2.3 - 9
  • Android 2.2- 8
  • Android 2.1-7
  • Android 2.0.1-6
  • Android 2.0-5
  • Android 1.6-4
  • Android 1.5-3
  • Android 1.1-2 
  • Android1.0-1
Tak mungkinlah ada lagi yang pakai Android 2.2 kebawah ye dak?

8) Save perubahan tu. Tunggulah dalam 5 minit untuk apps tu jalankan kerja dia.
9) Bila proses tu dah siap dan berjaya, kau boleh dah install. Have fun!

Link untuk download boleh didapati kat video description tu. Sila cek video tu. Jangan malas sangat.

Ok aku nak buat pesanan khidmat masyarakat ni.

PLEASE la jangan main Pokemon Go ni masa korang:

1) Tengah kerja
2) Tengah menunggang motor (kalau kau pembonceng takpe)
3) Tengah memandu kereta (kalau kau penumpang takpe)
4) Dalam kelas/kuliah masa cikgu/pensyarah korang mengajar
5) Mengunjungi sanak saudara, sahabat rapat, bakal mertua, etc
6) Sepatutnya tidur malam tapi sanggup bersengkang mata untuk tangkap Pokemon

Pandai-pandailah kawal diri ye. Orang yang tak main Pokemon Go ni pandang sinis je kat kau, terutama yang rasa dia lebih ISLAM daripada kau agaknya. Silap haribulan diorang ni ludah kau sebab kau jijik dan dia rasa dia mulia.

*pergi meninggal la orang camni*

Ok. Have fun and GOTTA CATCH 'EM ALL!!

Friday, July 22, 2016

Blog: Relevan lagi ke?

Assalamualaikum...

Entri pertama 2016 yalls!!!

Sekarang bulan 7 2016. Baru je lepas menyambut raya. Mood raya masih ada. Yang tak ada mood berblog.

Relevan lagi kah blog pada masa sekarang ye?

Depends. Tapi yang aku perasan, most of us stop blogging bermula pada tahun 2014 sampai sekarang. Tahun ni melihatkan ramai jugaklah blogger yang boleh dikatakan famous (blogfemes kalau tak silap termanya) dah mula slow berblogging.

Aku sendiri start buat blog tahun 2008. Tahun yang paling indah lah bagi aku sebab ni tahun aku mendaftar di Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh), kampus Gambang. Well, hari hari di matrix adalah sangat menyeronokkan walaupun stress dengan study. Tapi sebenarnya stress ni hampir tak de. Banyak masa terluang untuk study dengan member, beriadah, or lepak malam-malam layan movie, dan berblog la of course. Maka terlahirlah blog ini pada 2008.

Bermula dengan tanggapan bahawa blog ini ialah sebuah diari alam maya, tahun demi tahun aku mula mengetahui bahawa banyak perkara yang boleh dilakukan dengan blog. Ada yang mula menggunakan blog sebagai punca pendapatan. Tak kiralah sama ada meggunakan blog sebagai medium perniagaan, ataupun sebagai punca pendapatan pasif melalui agensi pengiklanan seperti Nuffnang (the famous one sebab banyak blog yang tepek iklan Nuffnang dalam blog diorang). Yang berusaha keras akan dapat pulangannya. Bila dah mencapai tahap blogfemes, semua kenal kita. Nuffnang pun ada jugak bagi pas-pas percuma untuk sebarang event anjuran mereka.

Masa ni jugak ramai yang berusaha untuk mengindahkan blog mereka. Background cantik-cantik, header blog yang menarik perhatian (ada jugak upah orang untuk buat header yang gempak), taruk lagu dalam blog untuk menemani waktu-waktu korang, dan sebagainya. Semuanya untuk beberapa tujuan. Nak tambah viewpage dan nak tambah pendapatan iklan Nuffnang. Masa ni jugaklah aku kenal Alexa.com, website yang paparkan ranking blog kita sama ada femes atau tidak. Salah satu cara nak bagi orang sentiasa baca blog kita ialah penggunaan Search Engine Optimization (SEO). Kena pandai main keyword yang membolehkan orang sentiasa berkunjung ke blog kita. Contohnya, kita taip "PTPTN". Ni salah satu keyword yang terkenal jugaklah. Of course bila orang google PTPTN, blog kita akan tersenarai dalam carian tu. Kalau blog tak femes, tengoklah page 5 6 ke belakang.

Ada jugak yang menggunakan blog ni sebagai medium mencari kenalan maya. Di sini peranan blogfemes amat kuat. Maka terlahirlah kelab-kelab blog secara rasmi ataupun picisan semata-mata. Masa blog masih femes ni, kelab-kelab ni banyak jugak buat aktiviti-aktiviti untuk mengeratkan silaturrahim mahupun menambah kenalan baru. Ada jugaklah bertukar pandangan dan fikiran tentang bagaimana nak mastikan blog mereka kerap dilawati.

Kalau tanya aku, yup memang pernah jugak rasa nak blog ni femes, nak guna blog untuk cari duit, macam-macam lagi lah. Tapi lama lama aku malas. Maka blog ni eloklah jadi tempat meroyan je. Hahaha....

Bila dah mula nak mencari kerja, aku sendiri pun dah jarang buka blog aku ni. Sibuk mencari kerja. Bila dah kerja aku pulak tak de masa nak berblog, Bila ada masa aku asyik main Facebook, Twitter, Youtube, macam-macam lagi lah.

Around 2013 sampai sekarang, dah makin banyak blog yang makin sepi. Ada yang dah delete terus blog dia. Lama kelamaan yang betul-betul aktif je yang masih wujud. Aku tak tergolonglah dalam kalangan yang aktif tu. Tapi untuk delete blog, aku rasa tak kot. Ini kenangan. Dokumentasi hidup aku start 2008 sampai sekarang. Dah 8 tahun rupanya usia blog aku ni. Bila baca balik entri lama-lama, aku rasa geli dan kelakar bila mengenangkan zaman-zaman BBNU aku.

Jadi, relevan lagi ke blog?

Tengok keadaan. Yang nak berniaga mungkin masih relevan walaupun dah ramai beralih ke Instagram untuk buat perniagaan online. Kelab-kelab blog pun rasanya dah sunyi.

Kalau ada masa, aku akan up entri baru, walaupun tak de orang jenguk, tinggal jejak, atau komen.

Sunday, May 3, 2015

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015

Assalamualaikum...

Sebelum memula cerita,  aku nak mukadimah sikit.  Just so you know,  setiap kali wujudnya pesta buku kat Malaysia ni,  aku tak pernah dapat pergi.  Kebiasaannya hanya ada 2 sebab.  Aku tak de duit,  dan aku tak berada di KL.

Tapi tahun ni Alhamdulillah.  Dua sebab diatas tak berlaku kat aku tahun ni.  Maka dengan fabulousnya aku menapak kaki untuk menjenguk suasana di Pesta Buku kali ini.

Masih di venue yang sama,  di PWTC.  Cuaca agak panas.  Aircond pun tak mampu melegakan peluh yang merecik-recik.  Didalam penuh dengan gerombolan budak-budak sekolah yang mengunjungi Pesta Buku ini. Lemas aku.

Tapi tujuan aku untuk datang ke pesta ni satu je.

Aku nak jumpa penulis ni:


Nak dijadikan cerita, aku selalu jalan-jalan kat IOI Mall Puchong (yang lama bukan yang baru) jadi aku suka masuk kedai buku. Kat situ ada kedai buku Popular. Masuk-masuk aku nampak buku ni kat display. Baca la sekejap. Lepas tu gelak sorang-sorang. Lepas tu semua pandang. Damn. Mungkin sebab aku tak beli Suamiku bla bla bla agaknya.Tapi masa tu tak ada duit. Sedih...

Aku nekad untuk beli satu bila aku dah bergaji.

Dan gaji pun dapat. Aku pun beli satu.

Dan mengekeh sorang-sorang dalam bilik.

Sudahnya, bulan depannya aku beli satu lagi. Dan mengekeh lagi.

Lepas tu dalam Facebook penulis ni bagitau yang dia akan datang untuk signing session buku baru dia. Ekceli BM version of the comic book dalam gambar atas tu. Macam aku cakap kat atas tu, dua halangan tu berjaya aku tempuh tahun ni maka aku pun gigih nak pergi untuk beli buku dia dan mintak sain.

Nak sainnnn... (tarik baju nampak bahu. yek)

Pendek cerita, aku dapat jumpa penulis ni. Orangnya awesome, ramah dan fasih BM. Sebab dia orang Melaka kot. Very nice of him.

Nah gambar kasi campak satu:







Hai bro. Tepek muka u kat blog i sat naa... hiks

Ernest Ng nama dia.

Puas hati dapat beli dan sain. Lepas tu baliklah. Dan sambung mengekeh dalam bilik macam orang gila. HAHHAHAHAHAHAHAHA

Lawat blog dia dan terus mengekeh.

*Dia aktif dalam tahun 2011 - 2012. Zaman universiti aku. Why la tak jumpa masa tu. Tu lah sibuk meroyan pasal kosmet je. Shit.

Saturday, November 15, 2014

Kembali Semula

Assalamualaikum...

Aku dah lama tak berblog. Dah kerja ni memang tak de masa nak jenguk blog.

Rasanya dah nak dekat setahun lebih jugak aku tak jenguk. Tapi blog ini masih dikunjungi. Terutama budak sekolah yang panas hati dengan entri blog aku yang kutuk KPOP. Eh salah. Kutuk diorang budak sekolah yang dah miang nak kahwin dengan jambu jambu KPOP and whatsoever. Pergi baca buku lah. Aku sampai malas nak layan. Haha..

Sebelum itu, jangan nak jadi bodoh sangat nak kaitkan penulisan aku dengan tempat aku belajar. Aku ialah aku. Tempat aku belajar tak de kaitan dengan penulisan aku sama ada aku bersopan atau kurang ajar. So leave it kalau sakit buntut. Faham kan? Unless BM PMR (atau PT3) ko fail. Haha...

Oh. Dan satu lagi. Terima kasih kepada bakal-bakal pencari kerja yang nyaris ditipu oleh MELAYU sendiri. Real Ingenious, Dynamic Wise, Premier Podium, lepas tu ape entah lagi syarikat FOREX SCAM yang akan tertubuh bila diorang dah tutup. Malang sekali kenapa penipu penipu tu masih bebas berdagang dan menipu para-para graduan yang berniat baik nak bekerja, cari duit, bina hidup baru.

Untuk koramg yang nyaris ditipu lepas membaca entri tersebut, aku gembira dapat membantu korang sebelum korang ditipu dan mengalami kerugian yang banyak. Bagi yang dah rugi, takziah aku ucapkan. Jadikan ia pengalaman hidup dan usah rasa terkesan sebab korang dah rugi banyak. KJerja boleh dicari. Duit pun boleh dicari. Usahalah sekuat mungkin.

*Mungkin kita boleh buat grup di Facebook untuk berkongsi pengalaman dan seterusnya membantu orang diluar sana daripada terus ditipu. Tak pun kita boleh pergi ke pejabat operasi diorang untuk heret diorang ke muka pengadilan. :)

Ok lah itu saja. Blog ni takkan diabaikan. Andai ada masa aku akan cuba update sekerap mungkin. Daa~

Thursday, June 27, 2013

Masterchef Malaysia dan Teori Naik Rating Astro

Disclaimer: Entri ini hanyalah pendapat semata-mata.

Assalamualaikum...

Lama aku tak meroyan di laman blog ni. Sibuk mencari kerja. Alhamdulillah dapat jugak aku kerja walaupun hanya menjadi Management Trainee merangkap cashier di 7-Eleven. Tak pe lah. Syukur dapat kerja. Cukup 2 bulan gaji dapatlah aku beli sematpon sebijik. :D

Sekarang ni aku banyak kerja syif petang. 3 petang sampai 11 malam. Jadi memang dah banyak terlepas tengok Masterchef Selebriti 2. Tau-tau je dah pun habis dan pemenangnya ialah Syura. Tahniah. Murah rezeki lepas bertudung ni.


Syura dengan suami dia. (gambar dari Sinar Harian)

OK. Teori Naik Rating Astro. Ni diperkenalkan oleh kawan aku yang suka baca forum dekat cari.com tu. Untuk makluman, kebanyakan ahli-ahli forum yang membincangkan pasal Masterchef ni (dan pasal gosip-gosip artis Malaysia) ialah pondan. Boleh detect daripada gaya bahasa mereka. Kelakar bila baca forum tu. Dalam tu jugaklah banyak prediction tentang juara Masterchef dibincangkan. Dan kebanyakan prediction itu berdasarkan Teori Naik Rating Astro ni.

Dalam Masterchef Malaysia, tak kiralah sama ada versi biasa ataupun selebriti, pada pendapat aku, teori ini diguna pakai untuk memilih peserta yang bukan sahaja mampu memasak dengan baik, tetapi juga mampu untuk menaikkan rating dan imej rancangan Masterchef. Lepas aku baca forum tu, dan analisis yang aku buat semasa aku kebosanan, begini caranya bagaimana Teori Naik Rating Astro ini berfungsi:

1) Keputusan hanya nampak keadilannya pada awal rancangan

Dalam 20++ orang yang terlibat, sekiranya ada dikalangan mereka tersingkir awal dalam pertandingan, memanglah oleh kerana mereka gagal dalam tugasan yang diberi. Maknanya, misal kata ada 25 peserta yang bertanding, 15 daripada mereka yang tersingkir tu memang tak reti masak la kiranya. Keputusan juri nampak adil pada awal-awal pertandingan je.

2) Latar belakang peserta diambil kira.

Kalau tengok kembali Masterchef 1, yang menang ialah Ezani, seorang doktor gigi yang menewaskan Wahidan, seorang petani. Petani je pun. Apa je tarafnya kalau nak banding dengan doktor gigi. Bagi aku, kalau Astro rasa rating itu penting, Wahidan patut menang. Bayangkan tajuk akhbar "Petani menewaskan doktor gigi". Tak ke sesuatu yang tak dijangka? Barulah realiti. Tapi doktor gigi jugak yang menang. Bukan aku kata kemenangan dia tak layak. Bukan ya. Tidak sekali-kali.

Masterchef Selebriti 1 pun sama. Final menemukan Fazley dengan Angah. Fazley dah seorang penyanyi, pelakon dan pakar motivasi. Angah pulak pelawak je. Nak banding pakar motivasi dengan pelawak. Mana satu yang nampak gah. Mestilah pakar motivasi.

Sama jugak dengan Masterchef 2. Izyan, pegawai geologi. Ah Hong, arkitek. Along, student je. Fikir logik dengan teori ni, layak ke student nak menang? Memang tewas la.

3) Bukan Melayu susah nak menang

Kalau masuk final sekalipun, kalau bukan melayu, jangan mimpi nak menang. Contohnya, Masterchef 2. Izyan dengan Ah Hong. Tak kiralah sedap manapun Ah Hong masak, susahlah untuk bukan melayu mewakili Masterchef untuk sebarang demonstrasi masakan. Masterchef Selebriti 2 pun macam tu jugak. Celina kalah dengan Syura.

Aku sendiri, dan mungkin ramai lg orang kat luar sana agak was-was sikit kalau makan makanan bukan Islam ni. Jadi bagi aku faktor ini mungkin diambil kira untuk memilih juara Masterchef.

4) Imej, dan rupa paras jadi ukuran

Macam apa yg cuba disampaikan Dang Suria dalam On-Air, kalau kau gemuk dan hodoh, kau tak layak masuk bidang seni. Sama jugak dengan Masterchef. Maksud aku, imej tu penting. Cuba tengok senarai pemenang. Semua ada imej yang bagus. Paling menakjubkan, Ezani, Izyan, dengan Syura. Semua bertudung.  Orang bertudung ni memang manis dipandang. Nampak tak imej tu penting? Haha...

Kesimpulannya....

Teori ni sekadar suka-suka dan pendapat peribadi semata-mata. Bukan nak kata yang menang tu berdasarkan teori yang aku senaraikan kat atas. Sebab kalau teori kat atas diguna pakai, baik tak payah ada juri-juri 3 orang tu. Kan?

Tapi kalau kurang ajar dengan juri, layaklah kau dibuang. Kelaut la masakan kau sedap ke tak. Haha...

Thursday, June 14, 2012

Sardin Mentah

Assalamualaikum...

Exam pagi tadi adalah exam paling lahanat pernah aku jawab. Aku benci kertas pagi tadi. Perancangan dan Pengawalan Aktuari. Sia-sia tak tidur malam menghafal lepas tu dalam dewan langsung otak kehilangan memori. Vangang. Bak kata Johan Raja Lawak. Grr...

Tuhan tolong lembutkan hati lecturer itu...

Oh. Kebiasaannya akibat tensen stadi, perut akan lapar. Perut meminta-minta diisi makanan. Tekak aku ni asyik nak sardin je. Maka gigihlah google resipi sardin yang mudah dan tak memerlukan masak memasak ni. Dah jumpa, teruslah ke kedai berdekatan membeli barang keperluan.

Klentang klentung, pung pang pung pang, siap jugak sardin mentah versi hostel. Hehe...

Semua tau kot buat macam mana. Share gambar je lah bagaimana pembikinannya.


Aku guna limau kasturi 2 bijik (masam dia sedap. bau pun wangi), cili padi dalam 7 biji, bawang besar sebiji. 


Of course kena ada sardin. Kalau tak de bukanlah namanya Sardin Mentah. :D


Hiris kasar-kasar cili padi dengan bawang besar tu.

Lepas tu, keluarkan isi sardin, perah limau, campurlah barang hirisan tu. Lepas tu, PUFFF!!!!


Siap sudah Sardin Mentah...


Makan dengan nasi panas + telur dadar beli kat kafe kolej. Nyum!!

Terisi sudah perut aku. Kenyang Alhamdulillah. Hehe...

~sambung buat tesis~

Thursday, March 8, 2012

Cermin Mata

Assalamualaikum...

Lama jugak tak menaip entri. Bukan sibuk. Tapi tak de idea.

Esok akan mencatatkan satu sejarah dalam hidup aku. Buat pertama kalinya sejak aku hidup selama 22 tahun di muka bumi ciptaan ALLAH ini, aku akan bermata empat.

Dalam erti kata lain, aku sudah rabun dan memerlukan cermin mata.

Tapi tak lah aku kena memakainya sentiasa. Aku perlukan cermin mata ni masa dalam kuliah je. Almaklumlah dah la tak da keberanian nak duduk depan dalam kuliah. Duduk belakang tapi kabur je slide.

Mesti nampak nerd, skema, dan lain-lain. Tapi kenapa ya aku tengok orang lain macam kacak/cantik kalau bercermin mata?



Sampai aku je pakai, mesti rasa.......



Benci betul ada dilema macam ni.

Apa-apapun, aku pilih untuk bercermin mata daripada menggunakan kanta lekap. Rimas, leceh, cerewet, dan segala yang negatiflah senang cerita. Haha~

Maaf, saya tak minat kamu...
Nampaknya aku perlukan carrot dalam makanan aku selepas ni. Moga-moga tak perlu sentiasa bercermin mata. Hehe~

~Dah ada guide untuk tesis. Boleh start menaip~

Thursday, March 1, 2012

Mindfuck Yang Celaka

Assalamualaikum...

Tahu tak makna "Mindfuck"?

*Kanak-kanak bawah 17 tahun dilarang membaca dan mengetahui makna ini*

Ni terma bahasa urban. Maksudnya ialah "an idea or concept that shakes one's previously held beliefs or assumptions about the nature of reality". Kalau kefahaman aku la, bila kau baca sesuatu atau dengar sesuatu perkara, apa pegangan kau sebelum ni akan goyah. Kau akan rasa was-was.

Ni contoh mindfuck yang bagi aku macam shelaker. Sila klik link ini:

http://s1.hubimg.com/u/2016296_f520.jpg  

Perhati gambar tu. Katanya muka orang tu pernah datang dalam mimpi semua orang di dunia tapi in real life tak pernah wujud. Waddehel?

Gambar ini berjaya buat aku rasa was was. Benci. Buat aku rasa macam aku pernah jumpa muka itu dalam mimpi aku. Tapi aku konfiden 100% yang aku tak pernah jumpa muka ni.

Aku yakin ini hanyalah konspirasi Amerika semata-mata! Ehh...

Dan last-last... rupa-rupanya dah jadi meme dah. Puii...

Tapi muka dia creepy gila. Menakutkan.

~gundah gulana~

Wednesday, February 29, 2012

Tak Suka Gemuk... Tapi Suka Makan

Assalamualaikum~

Lama pulak tak menaip entri. Sempena hari lompat ni (29 Februari 2012), maka eloklah aku berceloteh sebentar. Ye dak?

Jeles betul bila tengok badan macam ni:


JANGAN FIKIR BUKAN BUKAN! :P

Lepas tu tengok badan sendiri. Alamak... Nak jugak kurus, ada six pack itu. Tapi sekarang ni tengok perut balik, macam susah je.

Ah, sedangkan Adele mampu kurus semula, ni kan aku! Oyeah!!!

Lagipun mempunyai lemak yang banyak itu berbahaya.

Aku selalu tonton Man vs Food kat channel 707.


Perkenalkan Adam Richman.


A normal person with a huge appetite. Kata beliaulah. Selalu tengok dia dalam rancangan tu sedang jalan-jalan cari makan kat restoran-restoran kat sekitar Amerika. Lepas tu di hujung rancangan dia akan bertanding untuk menghabiskan makanan dalam saiz yang agak besar dan mustahil untuk dihabiskan oleh manusia biasa dalam masa yang ditetapkan.


Kau mampu melantak burger gergasi ni sorang-sorang?

Dalam masa yang sama, aku geleng kepala jugak. Sudahlah restoran yang dilawati tu jual makanan yang mostly jenis fast food. Berlemak, bergula, berkalori tinggi. Dengan dia ni kalau cabaran makan tu tak nak besar pulak saiznya. Macam burger tu. Ni mahu berjuta kalori terkandung. Dengan melantak sorang-sorang.
Tersumbat salur darah aku melihatnya. :P Dah la dia ni saiz pun agak gemuk jugak.

Memang sedap kalau dapat makan makanan berkalori tinggi ni. Tapi kalau selalu je makan, memang tak lama lagi berkunjunglah diabetes, darah tinggi, sakit jantung dan sebagainya.

Patutlah 9GAG stereotaipkan Orang Amerika dengan masalah kegemukan. Tengoklah lambakan restorannya.


Aku pun takut satu hari nanti aku kena semua penyakit kegemukan ni. Tak guna dah hidup macam tu. Masa muda sedap la melantak tak ingat dunia. Bila tua nanti baru menangis.

Eii takut.. Nak kurus. Kalau duit PTPTN aku dapat sem ni, adalah sikit portion untuk usaha menguruskan badan.

Mohon pengedar-pengedar Jusmate dan Herbalife tak spam komen entri saya. HAHAHA~

Thursday, February 23, 2012

Entri Ucapan Tahniah Perkahwinan Lisa Surihani dan Yusry KRU

Assalamualaikum...

Sekadar ingin mengucapkan tahniah buat Lisa Surihani yang telah pun rasmi bergelar isteri kepada Yusry KRU.
Semoga perkahwinan ini berkekalan sehingga ke anak cucu. Tak mo dah cerai berai. Harapnya jodoh berkekalan sampai bila-bila.

Sedikit gambar perkahwinan Lisa dan Yusry.


Eh ni gambar imaginary Faiz Tapit! Silap upload! Haha~


Credit untuk OhBulan.com.

~Cantik Lisa Surihani. :D~

Bila Facebook Apps Bagi Aku Nasihat

Assalamualaikum~

Lately aku sangat down dengan diri aku. Haih~

Sekali masa suka-suka main Facebook Apps yang satu ni, dia bagi aku nasihat pulak.


Balance Your Life.

Baiklah. Aku cuba seimbangkan hidup aku yang agak kucar kacir ni.

Don't Let The Pressures Get To You

Tekanan aku sekarang banyak sangat. Aku cuba untuk tak membiarkan tekanan ni mempengaruhi aku.

Arrange Your Schedule Better

Maknanya aku kena buat jadual harian hidup macam masa kanak-kanak dulu? Kalau perlu aku buatlah~

New Opputurnities May Come Knocking At Your Door

Aku menunggu saat itu. Buat masa ni peluang tu pergi kat orang lain dan tak pernah datang ke arah aku. So sad~

Pandai pulak benda-benda macam ni baca minda aku. Macam tau-tau je apa yang berlaku kat aku sekarang ni.

~down~

Thursday, February 16, 2012

Drama "Aishiteru" dan UKM

Assalamualaikum...

Buat masa sekarang drama bertajuk "Aishiteru" sedang ditayangkan di TV9 setiap Khamis jam 8.30 malam. Masa cuti lepas, lepas makan malam aku terbuntang didepan tv bersama mak aku sambil mengunyah kacang Ngan Yin.


Hai Erin... awak chantek. :D

Dalam drama ni, ada shooting di UKM. Macam kebiasaan mana-mana drama tipikal Melayu, kalau shooting kat universiti, mesti watak tu sedang belajar dalam jurusan sains sosial. Maka itulah shooting drama ni dijalankan di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UKM.

Tapi peliknya, hero ni katanya belajar dalam kos Mechanical Engineering. Awatlah tak shooting kat Fakulti Kejuruteraan tu. Ish.

Dan satu lagi. Katanya beliau sedang menuntut di Universiti Malaya. Tapi suasana, fakulti, dan even hostelnya berasal dari UKM. Apekah??

Sebagai pelajar UKM, aku rasa kelakar sikit tengok cerita ni. Hairan pun ada. UM mengharamkan sebarang shooting drama dilakukan ke?

Tapi aku kena faham jugak. Nama pun drama. Tak perlulah terlalu realistik sangat kan? Tapi aku rasa kelakar sikitlah dengan usaha meng"UM"kan UKM. Haha~

~Santai saja. Tak perlu rage.~

Friday, January 20, 2012

Scumbag Teacher

Assalamualaikum...

Dari pandangan pelajar, ada je perkara yang buat kita jadi menyampah, sakit hati, meluat, atau apa-apa je kat cikgu kita. Masa darah masih panas lagi. Darah orang muda katakan. Ingat lagi tak kebanyakan perkara yang cikgu korang pernah lakukan yang membuatkan korang sakit hati? Cuba tengok list kat bawah ni kalau-kalau ada yang bertepatan.


  1. Mintak student tanya kalau tak faham. Tapi bila tanya, dia kata "Saya dah ajar pun tak faham lagi?"
  2. Selagi kelas bising, selagi tu dia tak bersuara.
  3. Tak benarkan rujukan internet sebagai sumber untuk tugasan. Wajib gunakan buku semata-mata.
  4. Loceng rehat/balik berbunyi. Selagi dia tak habis mengajar, dia tak benarkan rehat/balik.
  5. Bagi tugasan sekurang-kurangnya 10 mukasurat lepas tu mengeluh dalam kelas pening nak menanda tugasan tu.
  6. Bagi soalan bocor waktu exam tapi satu soalan pun tak keluar.
  7. Melarang student cakap perkara selain yang berkaitan dengan apa yang dipelajari tapi masa mengajar sibuk cerita pasal pengembaraan dia, anak-anak dia, etc.
  8. Student betulkan kesalahan dia, lepas tu dia kata "Saya nak uji kamu je".
  9. Tak bagi student makan dalam kelas. Tapi sentiasa makan dalam kelas.
  10. Ada student ponteng. Lepaskan kemarahan dekat student yang hadir.
Ada lagi tak? Jangan malu-malu komen. Hehe...

Cuba Teka Bangunan Apa

Assalamualaikum...

Mari aku nak share kat korang beberapa gambar bangunan yang awesome gile.












Apakah ini? Apartment?

Bukan. PENJARA.

Ini bangunan penjara di Leoben, Austria.

Penjara? Mewahnya. Kalau aku, rela aku buat jahat. Dapat kemewahan macam ni. Tak payah susah-susah kerja berat.

Betul jugak. Walaupun penjenayah, mereka berhak dapat layanan seperti manusia. (walaupun masa buat jahat mereka tak pernah bertindak macam manusia)

Kalau kat Malaysia ada macam ni, ramailah yang sanggup buat jahat untuk tinggal dalam penjara mewah ni.

Sumber: http://conceptrends.com/2009/08/13/can-you-guess-what-kind-of-building-is-it/

Tuesday, January 17, 2012

Shopping Buku Di MPH Mid Valley

Assalamualaikum...

Memandangkan baucer buku itu akan luput pada bulan Mac 2012, maka aku berseorangan telah pergi ke Mid Valley untuk shopping buku. Secara tepat dan nyatanya, aku borong novel je tadi. Haha...

Ye lah. Pergi seorang diri. Aku kan foreveralone.jpg


Seronok jugak berseorangan. Tak terikat dengan masa orang lain. Tapi kalau pergi dengan kawan lagi best. Nak ajak Pak Cek Biola tapi dia nak saving duit katanya. So berseoranganlah aku. :P

Setelah menahan mata, tersengguk-sengguk dalam KTM, sampai jua aku di Mid Valley. Lama dah tak sampai. Terus aku ke MPH. Duit tak ada banyak so tak mau merepek nak makan KFC pulak. Lagipun tujuannya memang nak beli novel je pun.

Puas aku mencari novel yang aku nak. Dalam entri lepas aku ada cakap yang aku teringin nak beli novel "Pecah" karya Khairulnizam Bakeri.


Malangnya tak de kat rak yang melonggokkan novel-novel Fixi. Tanyalah akak kat kaunter pertanyaan. Sebab kat database, ada lagi 3 buah. Dah cari, lepas tu akak tu datang dan kata kat aku yang buku tu dah disimpan dalam stor. Sebab nanti MPH pindah ke level bawah. Kat mana aku tak tau la. So tak dapat beli.

Tak pe lah. Aku beli novel lain. Inilah hasil borongan aku...


Tidak ku tahu ada diskaun 15% untuk setiap buku. Bila kira, berlebih la pulak. So aku pilih novel Alaf 21 secara rawak di kaunter tu untuk mencukupkan RM100.

Kasih Yang Suci. Tenung kulit novel tu.

"Adaptasi Drama Nora Elena"

Fuuu.....~

Baca je lah. Mesti novel lagi awesome dari drama. Harap-haraplah.

Oh lupa nak cakap. Baucer buku ni hanya sah digunakan untuk beli buku dan alatulis sahaja. Tadi aku tanya akak kaunter pertanyaan tu, majalah, board games dan selain daripada buku dan alatulis tak boleh guna baucer itu.

Itu kat MPH la. Kat kedai buku lain aku tak tahu. :P

~Stadi untuk last paper~

Random Entry: Baucar Buku...

Assalamualaikum...


+






=

Buku teks guna duit PTPTN. sebab kalau guna baucar, tak terasa puas. :D

Aku harap ini bukan salah satu penyalahgunaan.

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics