expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Followers

Korang Yang Ke...

Showing posts with label Sukan. Show all posts
Showing posts with label Sukan. Show all posts

Saturday, October 21, 2023

Anti Sukan

Assalamualaikum...

Sekadar meroyan. Ahh gtuh...

Frasa "blog berhabuk" terasa mengembangkan tekak dikala ini. Let's not do that. 

Baiklah. 

Bersukan, bersenam, berekreasi bersama keluarga, berbudaya sukan, jadikanlah amalan.... MALAYSIA CERGAS!!! YEAHH!!!




But not for me. Aku sangat benci dengan sukan. Seboleh-bolehnya aku mengelakkan diri daripada terlibat dengan apa-apa aktiviti sukan. 

Tapi kenapa?

Jom lah aku nak bercerita tragedi yang memberi kesan mendalam terhadap mentaliti aku terhadap sukan secara umum. 

Korang tahu kan subjek PJK? Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. 


Nohhh edisi SJKT hahaha...


Aku suka lah bila tiba masa PJK ni. Masa Darjah 1 - 3 kat sekolah rendah dulu, aku sekolah sesi petang. Jadi PJK ni memang masa terakhir dalam satu hari tu lah. Seronok masa tu cikgu ajar macam-macam mainan kanak-kanak. Aku suka main bola beracun (Kalau sekarang orang panggil "Dodgeball" kot). Rasanya dari darjah 1 sampai 3 tu memang permainan utama kanak-kanak la kot. 

Tapi...

Bila naik Darjah 4, dah kena sekolah sesi pagi pulak. Subjek PJK ni jadi subjek pertama pada hari berkenaan. Tak ada masalah. 

Cuma seiring dengan pertambahan umur, kita kena bertindak matang juga. Jadi dengan mindset yang tak rasmi ditetapkan seantero dunia, budak-budak lelaki diwajibkan bermain bola sepak dan budak-budak perempuan diwajibkan bermain bola jaring.

Aku emo. Kenapa dah tak boleh main bola beracun???

Aku terpaksa ikut serta, walaupun simpulan bahasa Melayu menetapkan orang yang tak reti bermain bola sepak macam aku digelar "Kaki Bangku". Aku sabar. 

Tapi...

Ada satu hari tu, cikgu PJK masa tu, Cikgu Azab (bukan nama sebenar) telah membuat peraturan yang seronok (untuk dia lah bukan untuk aku) dimana pasukan mana yang bolos kena tanggal baju sebagai denda. 

APENI CIKGU

Gambaran perasaan dalam hatiku ketika itu

Sebagai budak yang tak berdaya untuk melawan, aku terpaksa mengikut arahan tak munasabah tersebut dan bermain je macam biasa. 

Nak dijadikan cerita, team aku bolos. Makanya terpaksa lah buka baju. 

Aku memberontak. Kalau aku fasih English masa tu aku dah jerit kuat kuat "THAT'S IT!!! ENOUGH IS ENOUGH!!!" dan berlari ke tandas yang seperti kita tahu memang mengerikan rupanya. Patutlah ada je kes budak berak dalam seluar. Bukan aku lah.

Lupa. Setiap tindakan mesti ada kesan. Akibat tindakan aku tadi, Cikgu Azab telah mencubit pinggang aku sampai tersiat kulit. Zaman aku sekolah tak ada lagi nak saman-saman ni. Jadi terima je akibat tu. 

Minggu depannya, aku tetap memberontak. Aku nekad tak nak bawak baju sukan. Budak-budak dah mula nak menakutkan aku dengan denda sebab berani memberontak. Aku keraskan muka dan teguhkan pendirian je lah. Masa PJK, budak-budak bermain, aku duduk tepi je, enggan melibatkan diri. 

Tindakan aku ini juga ada akibatnya. Apa yang Cikgu Azab ni buat? Kali ni dia tak cubit. Tapi dia suruh aku berdiri depan kelas dan dia buat sesi public humiliation kat aku. Budak sekelas dah makin seronok tengok aku dimalukan. 

Sedikit backstory, aku ni dulu sejak kecik dah diejek pondan. Jadi bila aku ni pondan, tak reti main bola sepak pulak tu, lepas tu buat perangai macam tu, memang berganda lah ejekan yang aku dapat. 

Aku penat membina reputasi sebagai budak pandai dalam sekolah, setiap kali periksa mesti dapat nombor 1, 2, 3. Tak pernah lagi dapat nombor 4 ke bawah. Tapi budak-budak lelaki ni diorang tak pandang semua tu sebab asal kau tak reti main bola sepak kau bukan lelaki sejati dan kau pondan. 

Well, ni yang aku selalu cerita kat kawan-kawan yang aku dah kenal masa aku dewasa kini. Ada satu lagi tragedi yang buat aku bertambah benci kepada sukan, particularly bola sepak. Benci sial kimak arghhhhhhhhhh

Masa Darjah 4, budak-budak semua wajib join aktiviti ko-kurikulum. Cikgu dengan kuasa veto masa tu dah aturkan budak ni masuk unit beruniform mana satu, kelab mana satu, dan sukan mana satu. Bukan kita pilih sendiri, budak-budak tak ada kuasa tu. Tapi seronok la berebut nak tengok kat papan kenyataan masa tu kita kena join apa. 

Aku tengok la satu satu bermula dengan unit beruniform. 

Pengakap. Ok. Famous so semua nak jadi cool kids dapat jadi pengakap. Ada nama aku. 

Lepas tu kelab dan persatuan.

Nama aku kat Kelab Seni Kreatif. Ala-ala subjek pendidikan seni. Best la boleh berkarya. 

Then sukan... You guessed it...

Celaka

Bala apa yang menimpa aku ni. 

Perasaan aku ketika itu

Fast forward, hari tu ada perjumpaan untuk sukan. Sebagai budak tak berdaya, datang je lah. Ingatkan perjumpaan biasa macam Pengakap dan Kelab Seni Kreatif yang aku dah hadir sebelum tu. Cikgu yang jaga sukan bola sepak masa tu, Cikgu Husaini (ahh aku letak je nama sebenar. aku benci betul dia sejak tragedi ni terjadi) dah train budak secara professional. Dia suruh aku gelecek bola. Mana aku reti bodoh. Kau suruh pondan ni main bola buat apa? Lepas tu dia suruh kitorang semua lari pusing padang 5 round. Apa semua ni?????

Aku penat. aku pancit. Cikgu Husaini tu panggil semua budak tadi termasuk aku berkumpul. 

BOOM. Kena maki kena cerca sebab tak ada effort. Semestinya aku yang kena maki lebih sebab aku lembik, layaklah diejek pondan. Kata Cikgu Husaini. 

Kau tak rasa budak-budak seronok bila cikgu sendiri, sebagai manusia matang ada akal fikiran menjatuhkan maruah aku macam tu? 

Last-last Cikgu Husaini cakap: "Awak berhenti je lah join sukan ni. Buang masa saya je". 

Dah lah aku dipaksa masuk kelab Bola Sepak secara paksa, train aku tiba tiba, bila aku tak tunjuk effort buang aku macam tu je. Hello, aku pun tak nak lah jadi wakil sekolah!!!

Ya, dua tragedi silam ni lah yang buat aku benci dengan segala aktiviti yang melibatkan kecergasan dan semua aktiviti sukan, terutamanya bola sepak. Sampai sekarang aku benci bola sepak. 

Aku fokus betul dengan akademik aku masa sekolah rendah. Walaupun naik darjah 4 dah tak secemerlang dulu, tapi aku kekal dapat nombor 1, 2, 3 bila periksa. lepas tu jadi Ketua Murid bila Darjah 6, tu pun sebab  aku pandai semata-mata, bukan sebab aku berkaliber dan berkepimpinan. Budak-budak lelaki tak pernah respek aku masa tu sebab aku pondan, di mata diorang lah. 

Jujurnya, aku pun tak tau macam mana entah aku boleh terlepas masuk SBP bila aku berjaya dapat 5A UPSR. Eh korang tau tak apa tu UPSR? Tidakkkk pakcik dah tuaaaaaa (Pinjam ayat Jefri kat blog suci dia)

Teka lah kat mana ni hew hew hew

Aku tak ada langsung rekod penglibatan dalam sukan sepanjang aku sekolah rendah. Semua disebabkan tragedi tu. Ikutkan tak layak aku dapat masuk SBP masa tu walaupun aku ada rekod lain yang cemerlang. Aku ada jugak jadi wakil sekolah pertandingan bercerita, walaupun tak pernah menang. Tapi tu je lah. Aku syukur jugak dapat SBP ni sebab aku memang tak mau sambung sekolah menengah kat kampung aku sebab pastinya aku kena bersemuka dengan budak-budak yang selalu ejek aku pondan tu. 

Dekat SBP tu lagi hebat aku kena ejek. Dan juga aku berjaya mengelak dari melibatkan diri dalam aktiviti sukan, terutamanya bola sepak. Tapi tu untuk entri lain lah bila aku rajin nak menaip lagi dalam blog sendu mendu ni. Siapa je berblog sekarang???

Tu je royanan. Sekian. 

Tuesday, November 22, 2011

Team Bola Sepak Malaysia Menang. Alhamdulillah.

Assalamualaikum...

Semalam sampai sekarang mesti ramai rakyat Malaysia yang bergembira atas kemenangan team bola sepak kita merangkul dan mempertahankan pingat emas dalam acara bola sepak Sukan Sea tahun ni. Tahniah diucapkan. Aku yang selama ni langsung tak pernah ambil tahu pasal bola sepak mahupun nak tengok live pun sanggup dibasahi hujan sebab nak tengok bola sepak semalam.

Suasana di kedai mamak Ameer Ali, Sek. 15 semalam...
Biarpun hujan, aku dengan member aku bertahan je. Kuyup jugak la. Tapi berbaloi bila Malaysia menang dengan sepakan penalti. Aku lupa skornya tapi kalau tak silap 5-4. Kalau salah, betulkan.

*update: Sepakan penalti 4-3. Terima kasih Lavender Harum Wangi. 

Sebenarnya, perlawanan ini bagi aku bukan setakat mempertahankan pingat emas semata-mata. Ia lebih dari itu. Mereka bermain untuk maruah negara setelah kita dihina dina oleh sakai-sakai dari Indonesia. Aku tak tahu apa yang boleh aku cerita untuk menggambarkan buruknya perangai mereka. Dari penyokong sampailah kepada penganjur, semuanya teruk. Mahu bukti? Jom aku paparkan video berikut:


Ni perlawanan silat antara Indonesia dan Thailand. Rasanya semua dah tengok. Macam ni, aku pun boleh dapat emas sukan Sea. Korang pun boleh.


Yang ni Vietnam lawan Indonesia. Aku belum lagi tengok. Tapi berdasarkan apa yang aku dengar dari kawan aku, ade seorang penyokong batak Indonesia masuk gelanggang dan tumbuk coach Vietnam. Kalau salah info, betulkan.


Ni kisah tak boleh terima kekalahan lepas Malaysia menang semalam. Habis je game terus player Malaysia dipaksa menjalani ujian doping (cek air kencing ada dadah ke tak kot). Aisehmen... Y U NO ACCEPT LAA???

Dalam website sendiri, sakai-sakai Indonesia tak habis-habis cerca maki hina Malaysia. Dari mak bapak kita sampailah kepada sultan kita. Apakah dendam kesumat mereka ni? Aku pun tak tahu.

Tapi aku pasti segala kesusahan yang dialami team bola sepak Malaysia semenjak berada di sana menjadi pembakar semangat untuk mereka berjuang habis-habisan. Tambah lagi dengan kata perangsang jurulatih team Malaysia, Ong Kim Swee (sekali lagi, kalau salah, betulkan)

"They don't respect you, they don't respect our flag, they don't respect our King and they don't respect your parents. If you allow this to happen, then you are cowards. You must teach them what being Malaysian is all about."

Maksud dalam bahasa Melayu:

"Mereka tak hormat kamu, mereka tak hormat bendera kita (Jalur Gemilang), mereka tak hormat Sultan kita dan mereka tak hormat ibubapa kamu. Kalau kamu benarkan semua ini terjadi, kamu memang pengecut. Ajar mereka apa erti sebenarnya menjadi orang Malaysia!"

Ternyata membuahkan hasil. Alhamdulillah...

Tak de apa lagi yang perlu dirisaukan. Malaysia dah menang "Ibu" segala pingat emas. Jadi biarkan Indonesia menang keseluruhan dengan pingat emas berjuta-juta sekalipun. Biarkan mereka dengan kata-kata dialek hina mereka. Warga Malaysia kan bertamadun. Lagupun anjing dah penat menyalak nanti diam la tu. Hehe...

p/s: Aku tak arif sangat pasal sukan ni. Jadi mungkin akan ada beberapa kesilapan fakta. Jadi kalau salah tu tegur-tegur la ye. :D

p/s/t: Blogger bersedia dengan kemungkinan blog atau website anda bakal diceroboh hackers dari seberang.

Saturday, May 21, 2011

Pasukan bola sepak Indonesia digantung FIFA

Assalamualaikum...

Sari berita Buletin Malam Buta bersama saya, Iqbal Zarin. (chewah...)

Seperti yang kita sedia maklum, pasukan bola sepak Indonesia teramatlah ganas. Mungkin terhadap Malaysia sahaja keganasannya. Lihat sahajalah apa yang berlaku semasa Piala AFF Suzuki 2010 yang berlangsung akhir 2010. Keganasan dan kebodohan penyokong-penyokong mereka yang sangat radikal (terutamanya bimbo terkenal, Julia Perez yang kononnya mahu pakai coli laser) mengancam nyawa pemain bola sepak Malaysia, terutamanya Safee Sali dan Khairul Fahmi Che Mat. Sampai terpaksa naik kereta kebal khabarnya. Namun semua itu terbalas apabila Malaysia berjaya menewaskan Indonesia dan membawa pulang piala itu. Khabar yang menyakitkan untuk Indonesia.

Info yang baru kami (?) terima ini bakal mengoyakkan lagi luka dalam Indonesia terhadap Malaysia khususnya. Khabarnya, pasukan bola sepak Indonesia bakal digantung dan dilarang menyertai sebarang perlawanan bertaraf antarabangsa selama 3 tahun. Walaubagaimanapun, pencarian teliti di internet tidak mengaitkan penggantungan itu dengan kes disiplin penyokong Indonesia. Isu sebenarnya mengenai tindakan Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI) menghalang 4 calon daripada bertanding untuk pemilihan jawatan dalam persatuan itu pada 20 Mei nanti. (Agaknyalah)

Jika penggantungan itu bakal terjadi, maka mungkin ia satu khabar gembira buat penyokong Malaysia. Tiada lagi perlawanan yang bakal mengorbankan nyawa gara-gara sikap tidak profesional penyokong mereka. Dikhabarkan juga andainya perkara itu berlaku, maka kelibat mereka tidak akan kelihatan dalam perlawanan antarabangsa, termasuklah Piala AFF Suzuki 2012 dan Sukan Sea 2011 (yang kebetulan Indonesia jadi tuan rumah)

Sekian untuk Buletin Malam Buta.

Sumber: http://mforum1.cari.com.my/viewthread.php?tid=534449

~Padan muka. Buat jahat lagi~

Friday, October 15, 2010

Commonwealth Games 2010 Delhi: Tahniah Malaysia!

Assalamualaikum...

Sukan Komanwel 2010 baru saja melabuhkan tirainya semalam. Dan Malaysia telah menunjukkan prestasi yang amat menyerlah pada temasya komanwel kali ini. Aku sangatlah berbangga. Sebab dulu rasanya amatlah susah Malaysia nak tuai pingat emas. Dan tahun ni bukan sahaja Malaysia menepati sasaran 10 emas. Tapi dapat 2 emas bonus! So over target la kiranya. Bangga!

So mari tengok siapa penyumbangnya:

Emas - 12

  1. Amirul Hamizan Ibrahim - Angkat Berat (56 kg)
  2. Aricco Jumith - Angkat Berat (62 kg)
  3. Josiah Ng - Basikal Trek (Keirin)
  4. Badminton (Berpasukan)
  5. Nicol David - Skuash (Perseorangan Wanita)
  6. Nur Suryani Mohammed Taibi, Nur Ayuni Halim - Menembak (10m Air Rifle Wanita Berpasangan)
  7. Pandelela Rinong - Akuatik (Terjun 10m Platform)
  8. Bibiana Ng - Menembak (10m Air Pistol Perseorangan Wanita)
  9. Koo Kien Keat, Chin Eei Hui - Badminton (Beregu Campuran)
  10. Elaine Koon - Gimrama (Apparatus Gelung)
  11. Lee Chong Wei - Badminton (Perseorangan Lelaki)
  12. Koo Kien Kiat, Tan Boon Heong - Badminton (Beregu Lelaki)

Perak - 10

  1. Mohd Rizal Tisin - Basikal Trek (1,000m Ujian Masa Individu)
  2. Naharudin Mahayudin - Angkat Berat (62 kg)
  3. Hasli Izwan Amir Hassan, Hafiz Adzha - Menembak (25m Rapid Fire Pistol Berpasangan)
  4. Hasli Izwan Amir Hassan - Menembak (25m Rapid Fire Pistol Individu)
  5. Memanah (Recurve Berpasukan Lelaki)
  6. Nur Ayuni Halim - Menembak (10 meter Air Rifle Individu)
  7. Leong Mun Yee, Pandelela Rinong - Akuatik (Terjun 10m Platform Seirama)
  8. Nor Hashimah Ismail, Zuraini Khalid - Boling Padang (Berpasangan Wanita)
  9. Elaine Koon - Gimrama (Apparatus Bola)
  10. Wong Mew Choo - Badminton (Perseorangan Wanita)

Gangsa - 14

  1. Raihan Yusoff - Angkat Berat (53kg)
  2. Edward Khor, Benjamin Khor - Menembak (Double trap)
  3. Bibiana Ng - Menembak (25m Pistol Individu)
  4. Muhammad Hafifi Mansor - (69 kg)Ping Pong (Berpasukan Wanita)
  5. Basikal Trek (Pecut Berpasukan)
  6. Ping Pong (Berpasukan Wanita)
  7. Nur Suryani Mohammed Taibi - Menembak (10m Air Rifle Individu)
  8. Boling Padang (Regu Lelaki)
  9. Bryan Nickson, Yeo Ken Nee - Akuatik (Terjun 3m Papan Anjal Berirama)
  10. Ong Beng Hee, Datuk Nicol David - Skuash (Beregu Campuran)
  11. Bryan Nickson - Akuatik (Terjun 10m Platform)
  12. Elaine Koon - Gimrama (Individu All-Around)
  13. Elaine Koon - Gimrama (Apparatus Tali)
  14. Elaine Koon - Gimrama (Apparatus Riben)

Sumber » Pungutan Pingat Malaysia Sukan Komanwel XIX Delhi 2010 | KFZoom
credit: kfzoom.blogspot.com

Dalam banyak-banyak pencapaian emas, emas dari gimrama (gelung) dan akuatik (terjun) merupakan "emas ajaib". Sebab bagi aku acara tu susah dan memang didominasi negara-negara yang hebat seperti Australia contohnya. Memang tak di sangka lah Malaysia mampu dapat emas dalam acara ni. Tahniah!

Next is Sukan Asia kat Guangzhou, China. Kalau tak silap la. harapnya Malaysia terus menunjukkan prestasi yang lebih hebat dan memberangsangkan. Sebab saingan lebih kuat terutamanya dari negara-negara oriental seperti Jepun, China, dan Korea Selatan contohnya. So keep the spirit okay? Wish all of you luck!!

~jangan biar aku bersorak Arirang (cheers Korea Selatan)pulak. Derhaka pada negara sendiri. Haha~

Monday, May 17, 2010

Kemarau THOMAS berpanjangan lagi...

Assalamualaikum...

Semua dah tau yang China menang piala Thomas semalam dan Korea Selatan menang piala Uber. Malaysia berputih mata sahaja. Huhu.. apakan daya. Nampaknya PUAN UBER memang tak suka iklim Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun. ENCIK THOMAS pula mungkin mahu bermastautin di China agaknya. Penantian berpanjangan lagi....

Semalam aku ada beli Mingguan Malaysia. Baca berita pasal Malaysia tewas pada China pada semi final. Terbaca pasal Lin Dan yang 'menghentam' Dato' Lee Chong Wei dan Badminton Association Malaysia (BAM) dengan komen pedasnya. Ni katanya:

“Tidak.. saya tidak berminat untuk merampas kedudukan No. 1 dunia. Sasaran saya adalah mencari kejuaraan besar dan bukan mencari ranking yang baik. Tidak kisahlah apa pun ranking saya, saya tetap akan diingati sebagai pemain yang hebat kalau saya memenangi pingat emas Olimpik, gelaran dunia, All England dan membantu negara saya menjuarai Piala Thomas. Saya sudah memiliki semua gelaran besar, bermakna karier saya sudah lengkap. Sekarang adalah masa untuk saya lebih relaks dan menikmati permainan. Ia saya mengharungi detik yang menyeronokkan dalam karier saya"


Komen Lin Dan ni, walaupun macam bongkak, ada betulnya. Seharusnya kita jangan nak condemn Lin Dan ni dan dalami ayat2 dia.

Ranking bagi aku pun macam side dish la kalau samakan ia dengan makanan. Tak lah penting sangat pun. Its the same thing dalam debat. Tak guna juga kau dapat ranking 1st best speaker tapi team ko tak lepas suku. Malu je. Tengok balik Lin Dan ni, kejayaan dia besau2 belaka. Ranking die mantap jugak walaupun bukan no 1. Performance pon superb.

So, komen beliau pun ada memberi kesan pada aku.

Jangan marah beliau dengan komen riak beliau. Dia nak riak tu masalah dia tapi try memahami mesej tersirat dalam komen beliau.

(-_-)

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics