expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Followers

Korang Yang Ke...

Showing posts with label Merepek. Show all posts
Showing posts with label Merepek. Show all posts

Sunday, March 14, 2021

Kita Rangkumkan Cerita 3 Tahun Dalam 1 Entri

Assalamualaikum... *tiup-tiup blog bersawang

Yeah terma "blog bersawang". So 2012. 

What happen with me? Still same. Masih single, masih tak de aset, masih sebegitu. 

Jadi mari kita imbas kembali apa jadi sepanjang 3 tahun since my last entry. It's gonna be a loooong entry. Kalau malas nak baca, tak payah baca. LOL.

2019

Merging

This is the crucial time for me. My old boss decide to merge his company to the bigger audit firm. Tapi kita semua tau lah. Dia sebenarnya jual company dia kat audit firm tu. Kami semua risau mengenang nasib karier kami. Ye lah, mana tau the bigger audit firm tu mungkin hanya berminat nak klien kitorang je, bukan the staff. Tapi turns out diorg setuju nak ambil kitorang kerja. Selamat lah. Selamat? Not a good choice of word for me. Sebab bila belajar pasal work ethics n culture diorang, baru tau aku dengan other colleague selama ni banyak praktik cara yang salah selama ni. And it bites me back lah. Especially bila LHDN datang dengan surat cinta a.k.a penalti untuk klien lama kitorang. Im a bit serabut (until now) sebab manager baru aku really not teaching me dalam hal-hal berkaitan cukai ni. Oh, kerja aku sekarang ialah pembantu cukai. Sangat lah berbeza dengan manager lama aku sebelum ni. Tapi tak pe lah kan mungkin aku boleh belajar daripada kesilapan. 

Seriously? 2019 hanya ini je lah yang boleh aku ceritakan. 

2020

Part-Time Degree

Haaa ni big decision aku ambik. Dah ada degree in Actuarial Science kat UKM, buat apa bazir duit ambik degree lagi? Tu la kan. Tapi banyak aku fikir. Aku kena ambil sebab nak memenuhi permintaan kerja zaman sekarang. Aku dah dalam audit firm, dengan tak de apa-apa basic tentang accounting, aku struggle untuk bertahan dalam industri ni. Lagi satu, financial pun masih menjadi masalah besar. Siapa nak bayar yuran aku? Tapi Alhamdulillah, semua ada penyelesaiannya. Maka aku pun mendaftar degree in accounting secara part time kat UiTM. Yuran? Bayar pakai akaun 2 KWSP. 

Degree in Actuarial Science yang aku dapat waaaayyyy back in 2012 sebenarnya jujur bagi aku merupakan sehelai kertas yang tak berguna. Result yang langsung tak menampakkan aku seorang actuarist. Tak de siapa nak pandang aku kalau aku gunakan sebagai kelayakan untuk masuk dalam industri tu. Professional exam yang aku berangan nak ambik masa 2016? Aku decide untuk lupakan terus. Dah tak ada guna aku cuba-cuba nak masuk dalam industri yang aku rasa tak welcoming langsung untuk seorang graduate yang banyak main-main sepanjang 3 tahun belajar. The result? CGPA jahanam, lecturer benci, kena pulau dengan coursemate, etc etc. Yeeee tuan tuan puan puan. Sejak 2012 sampai sekarang saya meroyan pasal itu. Tak payah la nak muak sebab sampai bila bila saya akan meroyan kalau saya ingat balik. 

How am I doing now in my second degree? Alhamdulillah. Aku ada coursemate yang sumpah baik. Sama - sama tolong menolong, walaupun tak pernah berjumpa. Aku dah habis dua semester sekarang. Result aku Alhamdulillah even more better compare dengan macam mana keadaan aku masa degree UKM dulu. Biasa-biasa je.

Kejap, kenapa tak pernah jumpa coursemate?

Soalan tu membawa kepada peristiwa yang mengubah hidup warga Bumi 100% iaitu.....

COVID-19

Virus celaka yang membawa kepada kemusnahan sejagat dalam pelbagai aspek. Virus yang bermula di sebuah pasar basah di Wuhan, China yang menjual daging-daging eksotik macam kelawar, ular, dan apa-apa sahaja binatang yang tak pernah dibuat makanan oleh manusia normal. Dah start sejak 2019 dah pun sebab tu nama dia COVID-19. Bila start je jangkitan besar-besaran kat Malaysia yang dikatakan bermula daripada program Tabligh, 18 Mac 2020, terus lockdown. Maka apa yang terjadi kat aku? Aku start bekerja dari rumah, sebab tak boleh keluar rumah kecuali untuk beli groceries. Macam-macam arahan yang wajib dipatuhi untuk mengekang penularan COVID-19. Degree aku tadi? Ya, belajar dari rumah jugak. Sebab tu aku tak pernah jumpa coursemate aku. 

Orang kata norma baharu. Jefri cakap Normah Baharom. Maka banyak lah yang terpaksa warga Bumi termasuk aku sesuaikan untuk terus hidup dalam pandemik celaka anak haram ni. Topeng muka kini suatu kewajiban. MySejahtera menjadi kelaziman. Beratur untuk masuk ke mana-mana kedai menjadi perkara baharu yang harus dinormalkan. Penjarakan sosial sesama manusia diamalkan. Tak de dah bersalam bertepuk tampar berpelukan. Aktiviti yang melibatkan perkumpulan orang ramai macam perkahwinan, upacara agama, dan lain lain dilarang sama sekali. Kali pertama segala perayaan tak boleh disambut sesama keluarga. Sebab tak nak dijangkiti dan menjangkiti. 

Masa COVID-19 ni, politik Malaysia jatuh ke lembah paling hitam busuk keji. Bermula dengan Langkah Sheraton. Aku tak nak cerita lanjut pasal ni. Cuma impaknya kepada rakyat terlalu besar. Rakyat makin terhimpit teruk sebab mereka. Itu je. 

Aku struggle untuk mulakan norma baharu ni. Semua jadi tak clear. Makan banyak due dates yang terlanggar. My life for another 2 3 years will be hell sebab LHDN nanti. Manager aku pun not helping, masing masing nak selamatkan diri sendiri. 

Dan tahun ni jugak lah aku dapat berita buruk iaitu...

Diabetes

Haihh... Ini semua sebab bisul. Aku kena bisul kat belakang kepala lepas balik majlis kenduri kakak aku. Masa ni belum COVID lagi. Jadi boleh balik kampung macam biasa. Aku sabar menahan kesakitan tu sampailah aku decide nak pergi klinik ambik ubat. Who knows la kan. Doktor, nurse buat segala check up. Cek blood sugar, tinggi nak mampos. Not suprising sebab aku tak jaga makan. Aku bukanlah suka makan benda manis tapi aku suka makan nasi. Mungkin tu lah punca nya. 

Jadi start disitulah aku terpaksa mengamalkan satu lagi norma baharu untuk aku, iaitu menelan segala macam ubat. Aku kena jaga makan, which is aku masih degil. Well aku salahkan pandemik COVID lah. Dan suasana kerja lagi bagi aku tak berapa membantu aku. Stress aku dibuatnya. Tapi sampai bila nak degil kan. Nak tunggu potong kaki ke baru nak insaf?

Apa jadi dengan.....

2021

Monolog Budak Hari Jadi

Ingat aku tak ade buat dah kan? Haaa ni ada ni.

Tahun ni ada la my new set of friends sambut. Alhamdulillah. Walaupun dalam keadaan PKP, PKPB, apa jadah lagilah semua tu, sempat jugak kitorang celebrate. Dan dalam keadaan aku menghidap diabetes, makan lah apa yang boleh dimakan sikit-sikit. So far baik-baik sahaja. Harapnya aku akan OK untuk beberapa tahun mendatang.

Pendek je. Sebab ada jugak orang sambut birthday aku, jadi aku happy. 

COVID-19 2021

Masih belum berakhir ya pandemik ni. Sebenarnya nak bagitau, Malaysia berjaya mengekang penularan COVID-19 ni. SOP dah mula longgar sebab kes hampir tak de. Tapi disebabkan nafsu serakah politaik2 Malaysia menjadi punca kes kat Malaysia semakin naik, sampai 5000 kes sehari. Lagi teruk sebab diorang langsung tak nak mengaku ni salah diorang. Tapi salahkan rakyat yang tak sedar diri katanya. Jari tengah la. Cant wait to buang diorang habis habisan next PRU. Malaysia ni bakal hancur kalau diorang masih memerintah, regardless of what politic party they are in. Semuanya haram jadah. 

Tahun ni vaksin dah mula diedarkan ke seluruh dunia lepas banyak research and developement dilakukan. Not surprising, diorang jugaklah yang mula-mula nak berebut. Rakyat kena tunggu turn, diorang claim diorang frontliner jugak jadi layak dapat suntikan vaksin jugak. Are you? Jangan memandai nak claim siapa nak jaga negara akalu diorang sakit. Dude, kau sihat pun jaga negara macam baboon. 

Haha meroyan panjang pasal COVID. 

Cari kerja baru

Aku makin stress dengan kerja sekarang. Makanya another job hunting session dimulakan semula tahun ni. Nak jadi lagi baik compare dengan tahun-tahun sebelumnya. Semoga dipermudahkan urusan. Aminn..

Maka berakhirlah rangkuman apa yang terjadi kat aku sepanjang 3 tahun tak berblog. Bila lagi next entry? Aku tak tahu. Tengoklah kalau aku rajin. Semoga panjang lagi umur aku InsyaAllah. 


Thursday, May 16, 2019

Bukan monolog birthday tapi royanan birthday

Assalamualaikum...

Setahun sekali la nampaknya update blog ni. Lagipun dah takde orang nak jenguk blog dah sekarang ni kan. Safe place kot untuk aku membebel. Kalau ada yang jumpa, jumpalah.

Straight to the point.

Aku ni jeles tau bila tengok orang sambut birthday ni. Dah masuk umur tua bangka pun masih ada kengkawan yg sambut birthday kawan dia.

Aku? Langsung tak de.

Kenapa aku jeles?

Aku datang daripada famili yang tak memikirkan sangat pasal birthday ni. Ucapan je dah. Tak payah nak beli kek lah, bagi hadiah lah, buat parti lah. Jadi kat sini je aku rasa kau orang yang terjumpa blog aku ni entah dari mana entah sebab blog aku sendu je kot... eh apa meraban ni.

Ok sambung.

Kau orang boleh get the idea kot kenapa isu birthday ni penting bagi aku.

Macam mana aku boleh terpengaruh dengan idea sambutan birthday ni? Mestilah daripada TV. Kartun ke, cerekarama ke, reality show ke, semua tu bagi kesan mendalam kat aku.

Mestilah dalam kepala dok fikir, kenapa ea tak de orang sambut birthday aku?

Tak de jawapan. Aku pun tak tahu.

Bila dah besar ni kan, since famili pun tak beriya, mana lah tau kawan-kawan NAK sambut birthday aku. Maklumlah aku ni New Year Baby. Lahir pun 1 Januari.

NON HADOOO. Kena herdik lagi ada. Masa birthday aku pulak tu kena maki. Ada aku cerita sebelum ni.

Sebab tu kadang-kadang aku terfikir bila aku tengok orang sambut birthday ni.

Aku kawan dengan orang yang salah ke?

Kenapa kawan-kawan sekeliling aku beriya sambut birthday kawan diorang tapi buat tak tahu bila birthday aku?

Memang aku ni tak penting ke?

Kawan-kawan aku baik je. Cuma pasal birthday ni aku memang jd touchy.

Plus, aku excited dengan birthday diorang. Why I don't get the same in return?

Aku kadang2 kalau berduit tu ada spend sikit untuk beli hadiah diorang. Apa aku dapat?

Dah lah buat tak tahu. Wish pun tak. Ada pulak yg wish aku mati cepat. Dalam kepala dia dah plan nak sambut kematian aku dengan gembiranya.

Tahun depan aku dah masuk 3-series. Bila aku bising pasal birthday ni ada je yg cakap "kau dah tua bal, tak yah fikir la pasal birthday2 ni"

Kau tak faham yang seumur hidup aku ni....

AKU TAK PERNAH SAMBUT BIRTHDAY
AKU TAK PERNAH EXPERIENCE SURPRISE PARTY
AKU TAK PERNAH TERIMA HADIAH HARI JADI
AKU TAK PERNAH RASA SUASANA DIRAIKAN

Aku nak rasa je kot moment ni.

Rasa kesal pun ada kadang-kadang bila 1 Januari tu datang. Tapi mana boleh aku bersedih pasal ni!

Takpe. Tahun depan aku beli kek sendiri, aku beli barang yg aku suka sendiri, anggap macam hadiah. Aku celebrate sorang-sorang je dalam bilik aku sambil layan Youtube.

Sounds lonely isn't it?

Dah orang sekeliling aku macam tu. Takkan aku nak paksa diorang celebrate aku.

Make yourself happy before make others happy.

Dah. Done meroyan. Bye.

Friday, July 22, 2016

Blog: Relevan lagi ke?

Assalamualaikum...

Entri pertama 2016 yalls!!!

Sekarang bulan 7 2016. Baru je lepas menyambut raya. Mood raya masih ada. Yang tak ada mood berblog.

Relevan lagi kah blog pada masa sekarang ye?

Depends. Tapi yang aku perasan, most of us stop blogging bermula pada tahun 2014 sampai sekarang. Tahun ni melihatkan ramai jugaklah blogger yang boleh dikatakan famous (blogfemes kalau tak silap termanya) dah mula slow berblogging.

Aku sendiri start buat blog tahun 2008. Tahun yang paling indah lah bagi aku sebab ni tahun aku mendaftar di Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh), kampus Gambang. Well, hari hari di matrix adalah sangat menyeronokkan walaupun stress dengan study. Tapi sebenarnya stress ni hampir tak de. Banyak masa terluang untuk study dengan member, beriadah, or lepak malam-malam layan movie, dan berblog la of course. Maka terlahirlah blog ini pada 2008.

Bermula dengan tanggapan bahawa blog ini ialah sebuah diari alam maya, tahun demi tahun aku mula mengetahui bahawa banyak perkara yang boleh dilakukan dengan blog. Ada yang mula menggunakan blog sebagai punca pendapatan. Tak kiralah sama ada meggunakan blog sebagai medium perniagaan, ataupun sebagai punca pendapatan pasif melalui agensi pengiklanan seperti Nuffnang (the famous one sebab banyak blog yang tepek iklan Nuffnang dalam blog diorang). Yang berusaha keras akan dapat pulangannya. Bila dah mencapai tahap blogfemes, semua kenal kita. Nuffnang pun ada jugak bagi pas-pas percuma untuk sebarang event anjuran mereka.

Masa ni jugak ramai yang berusaha untuk mengindahkan blog mereka. Background cantik-cantik, header blog yang menarik perhatian (ada jugak upah orang untuk buat header yang gempak), taruk lagu dalam blog untuk menemani waktu-waktu korang, dan sebagainya. Semuanya untuk beberapa tujuan. Nak tambah viewpage dan nak tambah pendapatan iklan Nuffnang. Masa ni jugaklah aku kenal Alexa.com, website yang paparkan ranking blog kita sama ada femes atau tidak. Salah satu cara nak bagi orang sentiasa baca blog kita ialah penggunaan Search Engine Optimization (SEO). Kena pandai main keyword yang membolehkan orang sentiasa berkunjung ke blog kita. Contohnya, kita taip "PTPTN". Ni salah satu keyword yang terkenal jugaklah. Of course bila orang google PTPTN, blog kita akan tersenarai dalam carian tu. Kalau blog tak femes, tengoklah page 5 6 ke belakang.

Ada jugak yang menggunakan blog ni sebagai medium mencari kenalan maya. Di sini peranan blogfemes amat kuat. Maka terlahirlah kelab-kelab blog secara rasmi ataupun picisan semata-mata. Masa blog masih femes ni, kelab-kelab ni banyak jugak buat aktiviti-aktiviti untuk mengeratkan silaturrahim mahupun menambah kenalan baru. Ada jugaklah bertukar pandangan dan fikiran tentang bagaimana nak mastikan blog mereka kerap dilawati.

Kalau tanya aku, yup memang pernah jugak rasa nak blog ni femes, nak guna blog untuk cari duit, macam-macam lagi lah. Tapi lama lama aku malas. Maka blog ni eloklah jadi tempat meroyan je. Hahaha....

Bila dah mula nak mencari kerja, aku sendiri pun dah jarang buka blog aku ni. Sibuk mencari kerja. Bila dah kerja aku pulak tak de masa nak berblog, Bila ada masa aku asyik main Facebook, Twitter, Youtube, macam-macam lagi lah.

Around 2013 sampai sekarang, dah makin banyak blog yang makin sepi. Ada yang dah delete terus blog dia. Lama kelamaan yang betul-betul aktif je yang masih wujud. Aku tak tergolonglah dalam kalangan yang aktif tu. Tapi untuk delete blog, aku rasa tak kot. Ini kenangan. Dokumentasi hidup aku start 2008 sampai sekarang. Dah 8 tahun rupanya usia blog aku ni. Bila baca balik entri lama-lama, aku rasa geli dan kelakar bila mengenangkan zaman-zaman BBNU aku.

Jadi, relevan lagi ke blog?

Tengok keadaan. Yang nak berniaga mungkin masih relevan walaupun dah ramai beralih ke Instagram untuk buat perniagaan online. Kelab-kelab blog pun rasanya dah sunyi.

Kalau ada masa, aku akan up entri baru, walaupun tak de orang jenguk, tinggal jejak, atau komen.

Wednesday, November 21, 2012

McDonalds... Parappappappa... I'm Lovin' It

Siti Nadia Binti Alimin (bukan nama sebenar). Seorang mahasiswa di universiti awam di Malaysia. Mempunyai satu kegemaran. Belajar di restoran McDonalds. Selain daripada belajar, dia juga suka dengan burger di sana. Ditambah lagi dengan isian semula Coke percuma, mana mungkin McDonalds tidak menjadi tempat yang sesuai untuk belajar.

Pada suatu hari, ketika di laman sosial heboh tentang kempen memboikot McDonalds setelah ia amat sinonim dengan membantu Israel menghancurkan umat Islam di Gaza, dan kebetulan pada waktu itu akibat tidak mahu dilabel "kafir" oleh saudara semuslim, Siti Nadia Binti Alimin (bukan nama sebenar) terpaksa berhenti belajar di McDonalds dan memilih untuk belajar di bilik sahaja. Tetapi pada suatu hari sedang dia melayari Facebook, dia terlihat sesuatu yang menyentap hatinya.


Gambar dia sedang belajar di McDonalds sambil menikmati burger kegemarannya dengan kapsyen dibawah "Manusia yang telah menyumbang kepada butir-butir peluru di Gaza. Kafirlah perempuan ini!!!"

Siti Nadia Binti Alimin (bukan nama sebenar) telah menerima tekanan emosi gara-gara penyebaran gambar itu. Dia dicemuh oleh rakan-rakan sekuliah. Dikeji oleh manusia yang tidak dia kenali. Di herdik oleh golongan-golongan alim di universiti. Akibat tidak mampu mengawal emosi, dia telah ditemui pengsan akibat "overdose" minuman shake Herbalife dan masih koma sehingga sekarang.

Sebulan selepas kempen memboikot McDonalds berakhir, di suatu sudut di dalam restoran McDonalds, kelihatan dua orang gadis Muslim sedang rancak berbual.

"Padan muka Nadia. Puas hati aku. Asyik dia je yang score 4 Flat. Lepas ni bolehlah aku rampas takhta pelajar cemerlang tu dari dia!"
"Berangan!! Kau sedar tak kau tu paling kurang mesti ada satu dua subjek yang fail? Ni last semester ni boleh ke kau grad?"
"Ada aku kesah? Yang penting aku puas tengok dia merana! Hahaha.."
"Setan jugak kau ni kan?"

Gelak tawa disambung sambil mengunyah kentang goreng McDonalds.

Tuesday, September 25, 2012

Hectic Week: Day 1.

Assalamualaikum...

*Ni nak feeling professional sket. Jadi entri harini adalah dalam English. Ehem...*

After my practical week at Felda Prodata System Sdn. Bhd. is over, i have so many things to do. I need to settle my repeat exam (now i feel angry because if only i pass my risk theory test previously, i can swing my legs (goyang kaki) at my village waiting for my graduation day). So my hectic week started yesterday, as i started to live at my buddy's room at Rahim Kajai College. Yes, I'm going back to UKM just for a sake of studying.

I feel happy at first because i can meet my old friends who still have 1 year to finish their studying. They need to finish their 4-year course while i only need 3 years to finish my course. And that feeling is still same. Just when i think about this repeat exam, and the subject which i did not understand at all, i want to rage. I want to find the table so i can flip it to express my anger. Like it or not, i need to study that subject, or otherwise, i will fail again in the repeat exam and i will need to wait a year until i can graduate. Just hope that my lecturer will pass my paper. I think she need to do it. She cant stand to teach a lazy student like me. Haha...

This week also, I have about 4 job interviews. This is unexpected. Why i said so? Because i think my coursemate still struggling to get a job. Some of them get a permanent job at their company where they had their practical assessment. Congrats! Compare to my friends, my pointer is the lowest among them. I didn't have to tell my CGPA accurately. Just imagine, my super duper lower CGPA will not allowed me to get a better job. Yeah, there is still a company which put the person with higher CGPA as a priority, despite their skill at work. I didn't blame them. They have rights.

Get an interview for me is like a miracle because i thought that nobody will hire me, as my CGPA is bad enough to tell all about myself. I am really really grateful to ALLAH.

So my journey start yesterday. Wake up in the morning feeling like P-Diddy.... WTH?? No. Wake up, Doing my Subuh, wearing something nice and get ready to going back to UKM. Just so you know, i'm really bad at packing my things. I tend to bring something unnecessary an as a result, im feeling stuffed and bulky. And I'm not driving or riding a motorcycle. I'm taking a bus and KTM. So just imagine how uncomfortable i was. Not to mention the others. There is one nyonya who sitting infront of me in the bus, facing me, keep touching my things because she cant sit properly, due to my stuff. I feel annoyed with her. *Sorry for being racist for a while*

To make it short, i arrived at UKM at 9 o'clock approximately. After putting my bags in my buddy's room, i take a rest for a while because i will have so many things to do later. When i feel energized for a while, i take out my formal attire. I need it for my interview in the evening. After iron it and take a bath, i wear it and make a move to Pusanika, UKM. I need to fill my stomach. Then i buy a management file to put my resume and SPM slip into it. Then i go to the cyber cafe below to print some document an resume, and to the photostat shop tp photostat my IC card and my SPM slip. Oh, my SPM certificate was missing in action. Later, i need to get a copy at Putrajaya. :(

At noon, i take a bus to KTM. And i arrive at my interview place at 2 o'clock approximately. The day was so hot. I'm melting. Sweat was over my body and my shirt was wet. Before that, i get the call to attend this interview at Sunday, from a company called Rio Kiara Sdn Bhd. I never heard of it before. I reject the other interview because of the repeat exam. (rage again).  After i found the place, i entered the office and the girl welcomed me. She asked me to fill in the company form. Then i was called into the room. There was an Indian guy who will interviewed me. He asked me about myself, then my strength and weaknesses. After that, he said that i get a job as a collection officer at AEON Credit Service (M) Sdn. Bhd. He tells me about the description of the job. The interview was going smooth, as I was confirmed to get a job. Tomorrow (Wednesday, 26/9/2012) i need to report myself at AEON. Supposely i need to start to work tomorrow. Still because of repeat exam (Rage again), i need to hold it until next week.

I was lucky to get a job so fast then i expected. But now i need to study for my repeat paper. I hate it. :(

Tomorrow i will tell about what happen today.

Wednesday, May 23, 2012

Mansuh itu ini

Assalamualaikum...

Malam tadi semua nak tweet atau berstatus pasal debat PTPTN yang berlangsung malam tadi. Aku tertunggu-tunggu kalau ada yang nak share link Youtube. Aku nak tengok.

Kalau ikut anak muda yang tweet malam tadi, ramai yang bajet tahu apa yang berlaku. Tak kurang jugak pesen yang nak menyindir wakil kerajaan dan pembangkang. Haha...

Bila cakap pasal mansuh PTPTN, rasanya apa yang patut dimansuhkan ialah faedahnya. Bukan keseluruhan PTPTN tu. Sebab PTPTN banyak jugak membantu pelajar yang tak berkemampuan atau tak layak menerima bantuan lain (macam aku. sobs). Interest itu yang tak patut wujud. Setelah banyak sistem perbankan Islam wujud kat Malaysia ni, kenapa PTPTN tak nak buat sistem pinjaman ini secara islamik? Mungkin banyak halangan yang wujud.

Tapi pesen sampai nak berdemo dan menyusahkan orang lain ni memang bagi aku sangat tak de kerja. Apatah lagi kalau tujuan asal nak tunjuk perasaan untuk mansuhkan PTPTN tapi menjerit terpekik terlolong "HIDUP ANWAR! GULING NAJIB! GULING ROSMAH!". Mana PTPTN punya laungan?

Aku memang tak suka nak berdemo. Tapi kalau demo yang ini mesti aku pergi:

1) Demo Mansuhkan Peperiksaan Universiti


Kih Kih Kih. Banyak sebab tau kenapa Peperiksaan Universiti kena tangguh. Sebab dah la satu sem berapa bulan je. Tak cukup masa nak setadi. Dan membazir pokok. Kesian pokok ditebang hanya untuk membuat kertas peperiksaan. Kalau pesen aku yang tak pernah jawab habis soalan lepas tu hantar, da siap tanda mestilah kertas tu kena buang macam tu je. Selamatkan pokok dengan mansuhkan exam!!! (masa ni la nak jadi aktivis alam sekitar ye?? haha)

2) Demo Mansuhkan Sistem CGPA


Ni pun aku join sekali. Sebab sistem CGPA terdapatnya jurang dalam segala macam hal. Baik dari segi mendapatkan kerja sampailah persahabatan. Semua nak ikut pointer. Haha... Jadi macam budak medik kan senang. Lulus gagal je yang diorang ambik tahu

3) Demo Mansuhkan Hantaran Kahwin Ribu-Ribu


Ini berkait rapat dengan 2 point kat atas ni. Bila exam gempak, CGPA 4.00, mak bapak sesuka hati moyang mereka je nak letak harga hantaran 50K minimum. Sebab anak aku ni belajar sampai PHd, katanya. Ini tak boleh jadi! Nanti sampai bila pun aku tak kahwin! Hahaha...

4) Demo Pecat Kakitangan Gomen Yang Pemalas


Ramai je yang ada masalah dengan kakitangan gomen. Pesen yang tak da integriti. Kalau nak cakap pasal perangan diorg ni pun cukup satu entri. Jap tengok apa perangai diorang:

  1. Kalau nak kelulusan/tandatangan, dia suruh kita jumpa orang tu. Lepas tu orang tu suruh jumpa orang ni. Orang ni suruh jumpa orang lain. Sampai kau dah letih, tetiba orang tu cakap "pegawai tu tak datang la harini. Datang esok ye" dengan muka tak bersalah.
  2. Lunchbreak pukul satu. Pukul 12.10 dah keluar pejabat. Orang nak berurusan disuruhnya tunggu pukul 2.30 baru bukak. 
  3. Pesen suka tengking-tengking orang kalau ada silap kecik dalam mengisi borang-birang tertentu. Kurang ajar betul.
  4. Masuk-masuk tengok semua kakitangan ada yang mengumpat, ada yang bukak Facebook, ada yang borak-borak dengan boifren guna telefon pejabat. Nak berurusan ni. Tak de sapa layan.
  5. Kalau hospital kerajaan pulak, nursenya pesen tak ikhlas. Mungkin nak kerja kat hospital swasta tapi tak dapat. Kerja kat hospital kerajaan lepas buat kerja nak merusuh je. Maki-maki pesakit tak kiralah budak-budak ke, orang tua ke.
Orang macam ni patu dibuang kerja. Benci!

Tapi kenapa tak de orang yang nak berdemo pasal perkara-perkara ni?

Sebab tak de unsur politik. Tu je.

~tesis~

Sunday, May 20, 2012

Ayam atau Telur dahulu?

Assalamualaikum...

Perdebatan yang bagi aku tak pernah habis.

Yang mana satu dahulu?
Ayam atau telur? Yang mana tercipta dahulu?

"Mestilah ayam. Sebab ayam yang menghasilkan telur."
"Tapi ayam berasal dari telur kan?"

Inilah premis yang selalu kita dengar.

Apa kata aku cadangkan idea ini.

Macam kita semua tahu, sejarah penciptaan manusia dimulai dengan ALLAH S.W.T mencipta manusia pertama iaitu Nabi Adam A.S. Kemudian terciptanya Hawa dari rusuk kiri Nabi Adam. Setelah diturunkan ke Bumi akibat melanggar perintah ALLAH agar tidak memakan buah khuldi, mereka melahirkan anak mereka yang bernama Qabil dan Habil.

*Apa yang aku ingat macam ni ceritanya...*

Nampak tak kat situ? Maka apa yang aku nak sampaikan, kena ada pelahir dulu barulah makhluk itu berkembang. Jadi ikut logiknya, ayamlah yang terlebih dahulu tercipta.

Kenapa bukan telur? Sebab telur perlukan haba panas untuk ia berkembang menjadi makhluk yang sempurna, yakni ayam. Kalau terciptanya telur dahulu, mana datang sumber haba itu? Matahari? Kalau tengah hari memang panas. Tapi siang hari je lah. Sedangkan telur perlukan haba yang konsisten barulah isi telur tu mampu menjadi anak ayam. Ye dak?

Siapa setuju???

---------------------(bunyi cengkerik)-----------------------

Kbai.

Thursday, May 17, 2012

Menyesal

Assalamualaikum...

~Menyesal ku akui.... Tak terima cintamu.... Dan kini engkau pergi meninggalkan diriku~

Ehh... masuk-masuk je dah karok. Mohon ampun.

Lama jugak tak menaip. Sibuk jugak sekarang ni. Maklumlah pelajar tahun akhir. Dengan dilema tesis, tempat praktikal yang sudah penuh (dalam erti kata lain, POINTER KAU JAHANAM! TAK HINGIN AKU NAK AMBIK KAU PRAKTIKAL KAT TEMPAT AKU!!), assignment yang semakin banyak tatkala final exam semakin hampir, dan sebagainya. Tensi aku macam ni.

Semua orang pernah menyesal dengan apa jua keputusan yang dia dah buat. Dan semua kena tahu yang tak guna menyesal.

Macam aku lah. Bergelumang dengan "this actuary thingy" yang sangat menyeksakan dada.

*aku harap lecturer aku tak baca entri ni. aminn~

Sejarahnya, aktuari ni pilihan kelima atau keenam dalam borang online UPU yang aku isi. Aku pun dah lupa. Aku nak jadi cikgu. Maka sebab itulah ia jadi pilihan pertama aku. Lagipun itu cita-cita aku sejak mula kenal huruf dan angka.

Takdir Tuhan penentu segalanya. Remuk redam hati bila cek keputusan UPU itu. Maknanya aku dah fail dalam interview lah kalau aku da belajar kos aktuari. Tapi aku cuba positifkan hati. Aku boleh.

Maka aku masuk ke UKM dengan harapan untuk mengejar pointer yang lebih baik. (Serbanitas tak payah nak alim ulamak sangat) Tapi sepanjang pengajian aku. aku rasakan aku sedang mengalami mimpi ngeri yang tak berkesudahan.

Ni tanggapan aku sebagai insan biasa. Bukan seorang yang pandai. Tengok point-point ni.

  1. Kos aktuari ni hanya yang betul-betul minat dan yang dah nampak kau boleh pergi jauh dalam bidang ni sahaja. Mereka ini yang layak untuk menuntut ilmu dalam kos ini.
  2. Kos aktuari kat UKM ni biasanya pelajarnya dah bond dengan bank. Maksudnya yang ditaja oleh mana-mana bank atau institusi kewangan atau korporat di Malaysia. Kira kalau biasiswa JPA tu dah kira cikai. Aku yang pemegang PTPTN ni lagilah hina. Sebab tu lecturer agak terkejut bila dapat tahu perkara ni. Batch aku rasanya tak de siapa pun yang bond dengan bank.
  3. Minat Matematik? Membantu sikit-sikit tapi minat je tak cukup. Sebab di tahap universiti, kau dah kurang deal dengan nombor. Semua kira-kira menggunakan huruf. Bagi aku agak celaka disitu. 
Itu je lah bagi aku. Tapi sepanjang pengajian aku, aku banyak terima perkara buruk dari baik. Dan semua yang buruk ni bagi kesan kat aku. Aku jadi pasif, malas nak buat kerja, dan sebagainya. Padahal aktuari ni semuanya ada berkenaan dengan matematik. Subjek yang aku minat sejak Darjah 1. 

Bagi aku sendiri, semua ni berlaku bila interview aku untuk jadi cikgu gagal. Dan sepatutnya dari dulu aku mintak tukar kos. Patutnya aku merayu-rayu nak dapatkan kos cikgu. Sayangnya aku tak bersungguh-sungguh. Nanti nak cerita pasal birokrasi dah kena entri baru pulak. Aku simpan lain kali.

Aku cuma harap aku boleh habiskan baki pengajian aku, grad, cai kerja, bayar hutang PTPTN. Itu sahaja. Lain agenda akan difikirkan.

Apa-apapun, menyesal itu tak berguna. Benda dah jadi

Thursday, February 16, 2012

Drama "Aishiteru" dan UKM

Assalamualaikum...

Buat masa sekarang drama bertajuk "Aishiteru" sedang ditayangkan di TV9 setiap Khamis jam 8.30 malam. Masa cuti lepas, lepas makan malam aku terbuntang didepan tv bersama mak aku sambil mengunyah kacang Ngan Yin.


Hai Erin... awak chantek. :D

Dalam drama ni, ada shooting di UKM. Macam kebiasaan mana-mana drama tipikal Melayu, kalau shooting kat universiti, mesti watak tu sedang belajar dalam jurusan sains sosial. Maka itulah shooting drama ni dijalankan di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UKM.

Tapi peliknya, hero ni katanya belajar dalam kos Mechanical Engineering. Awatlah tak shooting kat Fakulti Kejuruteraan tu. Ish.

Dan satu lagi. Katanya beliau sedang menuntut di Universiti Malaya. Tapi suasana, fakulti, dan even hostelnya berasal dari UKM. Apekah??

Sebagai pelajar UKM, aku rasa kelakar sikit tengok cerita ni. Hairan pun ada. UM mengharamkan sebarang shooting drama dilakukan ke?

Tapi aku kena faham jugak. Nama pun drama. Tak perlulah terlalu realistik sangat kan? Tapi aku rasa kelakar sikitlah dengan usaha meng"UM"kan UKM. Haha~

~Santai saja. Tak perlu rage.~

Wednesday, February 15, 2012

Mimpi

Assalamualaikum...

Bila bercuti dari sesi pembelajaran di universiti, maka secara rasminya blog aku ni akan dibiarkan tak berusik. Maka tiada update terbaru. Dan sekarang aku online menggunakan berukben kakak aku. Haha

Oh, lupa. Student UKM sekarang ada yang hepi, ada yang sedih, ada yang marah, dan juga ada yang tak de perasaan. Semua perasaan ni gara-gara result exam dah keluar. Cuba teka perasaan aku.

Ni perasaan aku.


Bukan sebab result aku teruk. Tapi sebab aku tak dapat cek lagi result aku. Ada hutang lagi 500. Mana nak cekau. aku letakkan kesalahan ini kepada unit zakat UKM. Malas cakap banyak. Aku serang unit tu esok. Grr...

Ok. Biasanya pada waktu-waktu gentingmacam ni, masa menunggu keputusan, aku selalu bermimpi pasal result aku. Dan aku tak taulah kebetulan atau apa. Tapi setiap mimpi aku berkenaan result akan menjadi kenyataan.

Aku tak tipu ye. Betul ni. Dulu masa 2nd Year, aku mimpi yang aku fail 3 subjek dan menyebabkan pointer aku peroleh adalah dibawah 1. Yup. 0.97. Dan duit PTPTN aku disekat. Dan apa yang berlaku di realiti, aku hanya fail satu subjek. Tapi keputusan tetap teruk dan menyebabkan PTPTN aku disekat. Hampir-hampirlah dengan mimpi aku tu.

3 hari lepas, mimpi pasal result ni menjengah lagi. Kali ni aku tak clear pasal result aku. Tapi aku yakin aku lulus semua subjek. Dalam mimpi tu je lah. Dan kawan kosmet aku kebetulan ada dalam mimpi aku dan aku tengok dia ada fail satu subjek. Hari ni, pagi tadi dia call aku dan kata kat aku yang dia fail satu subjek. WAW! Tepat betul dengan mimpi aku.

Aku terfikir jugak. Aku ni ada kebolehan istimewa ke? Haha... Merepek je.

Aku harap result aku memuaskan hati aku kali ni. Aku tak mau kena extend.

Friday, January 20, 2012

Scumbag Teacher

Assalamualaikum...

Dari pandangan pelajar, ada je perkara yang buat kita jadi menyampah, sakit hati, meluat, atau apa-apa je kat cikgu kita. Masa darah masih panas lagi. Darah orang muda katakan. Ingat lagi tak kebanyakan perkara yang cikgu korang pernah lakukan yang membuatkan korang sakit hati? Cuba tengok list kat bawah ni kalau-kalau ada yang bertepatan.


  1. Mintak student tanya kalau tak faham. Tapi bila tanya, dia kata "Saya dah ajar pun tak faham lagi?"
  2. Selagi kelas bising, selagi tu dia tak bersuara.
  3. Tak benarkan rujukan internet sebagai sumber untuk tugasan. Wajib gunakan buku semata-mata.
  4. Loceng rehat/balik berbunyi. Selagi dia tak habis mengajar, dia tak benarkan rehat/balik.
  5. Bagi tugasan sekurang-kurangnya 10 mukasurat lepas tu mengeluh dalam kelas pening nak menanda tugasan tu.
  6. Bagi soalan bocor waktu exam tapi satu soalan pun tak keluar.
  7. Melarang student cakap perkara selain yang berkaitan dengan apa yang dipelajari tapi masa mengajar sibuk cerita pasal pengembaraan dia, anak-anak dia, etc.
  8. Student betulkan kesalahan dia, lepas tu dia kata "Saya nak uji kamu je".
  9. Tak bagi student makan dalam kelas. Tapi sentiasa makan dalam kelas.
  10. Ada student ponteng. Lepaskan kemarahan dekat student yang hadir.
Ada lagi tak? Jangan malu-malu komen. Hehe...

Friday, January 13, 2012

McDonalds dan Tutti Fruiti - Mahal Dan Tak Memuaskan

Assalamualaikum...

Nafsu makan aku memang serupa gajah. Tengok badan la. Haha... Aku amat berkira dalam membelanjakan duit untuk baju, seluar, buku, alatulis dan sebagainya tapi kalau pasal makan, aku sanggup bayar mahal asalkan mengenyangkan dan memuaskan. Kalau mahal tapi end up aku kena korek periuk nasi (kat rumah) atau ke kafe untuk makan nasi (kalau kat uni), aku akan menyesal kerana telah membazirkan duit belanja aku untuk makanan yang amat mahal tapi tak mengenyangkandan memuaskan. Tak berbaloi.

Banyak sebenarnya contoh makanan mahal tapi tak pernah memuaskan perut aku. Tapi aku lebih berminat untuk menjadikan dua tempat makan ni sebagai modal entri aku kali ni. McDonalds dan Tutti Frutti.


1) McDonalds. 

Pernah beberapa kali aku pergi. Tapi lepas tu aku cakap kat diri aku, aku takkan pilih tempat ni untuk makan. Harga makanan bagi aku kalau nak dibandingkan dengan tahap kekenyangan aku memang tak sama. Jauh beza. Spicy Chicken McDeluxe sebagai contoh. Ayam dua ketul jugak. Kenapa lepas makan aku tak kenyang walaupun sudah baca doa makan? Jauh beza dengan makan ayam dua ketul kat KFC. Jadi lepas tu memang aku tak pernah nak makan-makan kat McDonalds dah. Cuma aku masih suka dengan McFlurry Strawberi. Aiskrim memang tak mengenyangkan. Dan aku memang beli bukan untuk kenyang. Haha...


2) Tutti Frutti

Aku baru sekali merasa benda alah ni. Itupun kakak aku belikan untuk aku sebagai usaha memujuk. (Tak payah tahulah pujuk apa). Aku cuma tahu, nak makan benda ni, mula-mula kena layan diri. Okey. Bagus. Yang azabnya ialah sistem pembayaran. Harga dikira mengikut berat frozen yogurt yang kita ambil. Tak tahulah berapa untuk 1 gram. RM2.00 mungkin? Atau lebih? Yang pasti, terlebih ambil, memang terkejutlah bila membayar nanti. Oh, ia juga bukanlah untuk mengenyangkan tapi ia tak memberi kepuasan pada aku. Aku salahkan sistem dia tu. Haha...

Sebenarnya kalau bisnes makanan ni, mana boleh fikir untung je. Kepuasan pelanggan kena kira jugak kan? Rugilah kedua-dua restoran ini sebab kehilangan seorang pelanggan macam aku. (Bajet retis) Tapi kalau ramai lagi yang fikir serupa dengan aku, boleh gulung tikar jugak.

Ok aku lapar. Fuuu~

Tuesday, January 3, 2012

Monolog Budak Hari Jadi Edisi 2012 (Belated)

Assalamualaikum...

Entri pertama di Tahun Baru!!! Yeah. 2 hari lepas besday aku. Ucap cepat!! Ceh memaksa pulak. Haha...

Selamat Hari Jadi,
Selamat Hari Jadi,
Selamat Hari Jadi Iqbal,
Selamat Hari Jadi..


Yeah. Tetap Foreveralone.jpg macam tahun-tahun sebelumnya.

Well, inilah edisi birthday aku yang paling teruk. Ada 2 sebab utama.

1) Minggu Exam
2) Food Poisoning

Yes. Final exam merosakkan mood aku. Tapi itu tak teruk lagi. Kena food poisoning pulak.


Sudah 5 hari CIRTI BIRTI. Hoi azabnya lah. Sampai hari ni aku decide nak tangguh je paper exam aku petang tadi. Nasib baik badan rasa segar bila petang. Jadi tak jadi nak tangguh exam. Lagipun doktor tak bagi MC. Tak boleh nak mengada-ngada lah. Haha...

Aku pun tak tahu kenapa. Cuma aku ingat last thing aku makan ialah nasi goreng cili api dengan telur dadar. Aku syak aku termakan telur busuk yang telah didadarkan. Fuuu....

Ataupun...


Macam mana? Well, diorang kan rela mati demi K-POP. Kahkahkah...

Ah tak lawaklah.

Baiklah. Cukup untuk malam ini. Mari setadi sampai lebam. Haha~

Saturday, December 31, 2011

Entri Penutup 2011

Assalamualaikum...

Esok dah masuk Tahun Baru. Kesibukan membuatkan kita tak sedar yang sekejap je 2011 dah berakhir. Kan?

Aku rasa macam baru semalam aku buat entri ni. SILA KLIK

Dan seperti biasa, 1 Januari merupakan tarikh bermakna bagi aku. Dah tentulah sebab tarikh itu merupakan tarikh kelahiran aku.

"Iqbal, malanglah kamu kerana lahir pada hari itu. 1 Januari itu FREEMASON! Maka janganlah kamu menyambutnya. HARAMMMM...."

Eh serbanitas ni. Pelangkung jugak karang. MINGGIR KAMU!!! Sibuk je.

Paling bermakna dalam hidup aku pada 2011 ni bila aku mula kenal rakan-rakan blogger yang berhaluan kiri. Maksud aku, tak gila SEO, tak gila trafik, tak gila Nuffnang, tak gila segmen merapu tah hape-hape dan sebagainya. Tak macam blogger berhaluan kanan yang lain. Respek kat mereka. Banyak ajar aku yang semua itu bukanlah segala-galanya dalam berblogging ni. Selain itu, diorang ni jugak masuk air. Hahaha...

Takyah mentionlah nama mereka. Yang membaca entri aku ni pasti tahu aku maksudkan siapa. Makan cili, rasa sendiri pedasnya kan? Hahaha...

Dan juga aku tak sedar sudah 2 tahun aku berblogging sejak kali pertama aku mencipta blog aku atas nama MY PRECIOUS BLOG pada 2008. Yeah. Blog aku memang berharga bagi aku. Walaupun tak de flash header macam Faiz Tapit (curi trafik. kahkahkah) dan tidak secantik blog yang lain, tapi aku tetap sayang blog aku walaupun dulu pernah terbengkalai.

Cakap pasal terbengkalai, semua ni gara-gara aku buta HTML. Aku tak tahu apa aku buat mengakibatkan habis semuanya jadi caca marba. Aku cuma nak tukar background je pun. Bila dah terabur, maka aku biarkan blog ni mereput sendiri lalu membuka akaun Wordpress. Tapi tak lama sebelum aku decide untuk kembali ke Blogspot semula.

Kadang-kadang jeles jugak. Baru buat blog tapi follower dah ribu-ribu. Aku ni dah lebih 2 tahun tapi baru 330 follower. Itu dululah sebelum aku sedar yang semua benda-benda SEO, trafik, kejar follower, segmen semua ni buang masa dan tak berfaedah. Maaflah cakap ye. Itu pendapat peribadi aku.

Eh merapu panjang pulak. Maaf ye. Hehehe...

Oklah aku ada final exam 3 Januari ni. Harap-harap aku dapat buat yang terbaik untuk exam kali ni. Da penat jadi "the stupid person" dalam kelas tu.

Selamat ulangkaji bagi pelajar UKM.

Tuesday, September 27, 2011

Berdosakah aku?

Assalamualaikum...

Wahai pembaca-pembaca sekalian..
Nak tanya sikit.

Apakah menjadi satu dosa atau aib sekiranya aku langsung tak kenal top blogger?

Ada yang cakap kalau tak kenal mereka, tak guna jadi blogger.
Kasar sikit ayat: Kau tak kenal? Baik kau pergi mati dohh~ Jadi blogger tapi tak kenal top blogger. Malu dohh~

Salah ke?
Adakah mereka itu wajib untuk aku kenali?

Semalam (26 September 2011), semasa Pesta Konvo.
Ada orang kata Fatin Liyana datang UKM.
Siyes aku tak kenal. =_=!

Nak jadi blogger berjaya kenalah kenal mereka. Barulah femes blog kau...

Apa kaitannya statement di atas ni? Siapa cakap aku nak jadi top blogger?

Cuba tengok rupa blog ni. Tengok header. Hina kan rupa dia? Tak de Flash Header yang boleh gerak-gerak tu.
Memang sengaja direka sehodoh itu tandanya aku sekadar nak ada header je.

Jangan salah faham pulak dengan entri aku kali ni. Tujuan aku berblog ni lain. Bukan nak kejar duit nuffnang je. (Walaupun aku ada letak). Bukan jugak nak kejar trafik dan SEO (yang mana aku sangat meluat).

Jadi kalau kau rasa kau nak dikenali sebagai blogger berjaya, kenalah selalu pergi ke blog-blog yang dah ternama dan femes dan top itu. Aku tak kejar glamor. Bukannya boleh bawa mati pun.

~pagi-pagi dah rage. lulz~

Thursday, September 22, 2011

Aku belum matang

Assalamualaikum...

Aku suka hari Sabtu dan Ahad. Sebab pagi-pagi ada kartun.

Aku suka tengok kartun macam ni:







Aku benci tengok kartun macam ini:








Sejak kecik sampai sekarang aku memang tak suka kartun-kartun yang banyak tunjuk keganasan dan terselit sikit-sikit agenda politik Amerika.

Yang Bleach tu sebab sampai sekarang tak habis-habis lagi anime dan manga. Bila tah nak habis aku pun tak tahu. Blerghhh~

Mungkin aku dah 21 tahun. Tapi minat aku pada kartun yang hanya sesuai untuk budak pra-sekolah dan 5 tahun ke bawah belum hilang lagi.

Lagipun aku suka benda yang comel. Orang kata kalau nak anak comel, banyakkan tengok benda-benda comel. Ye ke? Hehehe~

Buah hati pengarang jantung pun belum ada lagi. Dah fikir pasal anak. Hahaha...

Apa-apa pun, yang penting, mak aku tetap bebelkan aku setiap kali aku menonton kartun. Tak kiralah sama ada kartun yg aku benci atau tak.

"Dah bujang pun suka tengok cerita budak-budak lagi"

Dan mak aku bencikan Upin Ipin. Aku rasa mak aku ialah orang pertama di Malaysia yang benci Upin Ipin. Hahaha~

Apa salah kami mak cik??

Tuesday, August 9, 2011

Pak Abu hai...... (Mengeluh)

Assalamualaikum...

Dammit. Sejam aku mencari. Jumpa jugak akhirnya.

Kenal dengan Pak Abu? Kalau tak kenal, tengok video di bawah:


Baik TV1, TV2, TV3, TV9, NTV7, dan 8TV. Habis je rancangan, iklan ni mesti ada. Tak lupa juga kalau korang selalu naik bas Rapid KL, ada TV kat dalam bas tu. Tayang jugak.

Siapa Pak Abu? Mari aku kenalkan. Pak Abu ni:

1) Seorang Warganegara Malaysia.
2) Mempunyai seorang isteri dan 2 anak. Lelaki dan perempuan.
3) Tinggal di kawasan perumahan dimana jiran-jirannya terdiri daripada pelbagai kaum termasuklah kaum-kaum di Sabah dan Sarawak. Siap pakai baju tradisional lagi. (penyebaran dakyah 1Malaysia)
4) Seorang yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi.
5) Bila pesan minuman, satu sudu gula je. (Kempen "Satu sudu gula dah cukup. Kurang lebih baik")
6) Seorang yang sentiasa memakai batik 1Malaysia.
7) Seorang yang sentiasa menjaga kesihatan dengan keluarga.
8) Seorang yang sentiasa melaporkan jenayah kepada polis tanpa rasa takut.
9) Menentang segala budaya Barat.
10) Status di Facebook miliknya tak pernah lari dari topik 1Malaysia.
11) Sentiasa menjaga sungai dengan baik.
12) Tidak rasis.

Dan sebagainya...

Itu dia gambaran keluarga yang maha sempurna. Mendokong segala usaha kerajaan. Paling penting, Penyokong kuat dakyah 1Malaysia.

Realitinya....

Ada ke manusia sebegitu??? Ada ke keluarga sebegitu???

Mungkin harapan kerajaan supaya mencontohi Pak Abu sekeluarga ni.

Mana yang baik, contohilah ye. :P

~merapu~

Tuesday, June 14, 2011

Saya sibuk. Banyak event kena hadir.

Assalamualaikum...

Sebelum tu, iklan.

1) X-Pac menawarkan plan baru. 28 sen untuk setiap 10 minit panggilan dan video call. Hah. Pe lagi. Borak sampai panas telinga tu. Maklumat lanjut, sila ke LINK INI.
2) Selain itu, kalau nak diskaun untuk melancong ke luar negara, boleh cek kat LINK INI JUGA.
3) Satu lagi. Suka makan M&M? Korang suka warna apa? Undilah warna kegemaran korang di LINK INI JUGA.

Sekian iklan hari ini. Terima kasih.

*************************

Pagi yang hening. Daud terjaga sebab terasa gegaran. Macam gempa bumi. Jadahnya? Lalu dia mandi seperti biasa dan terus membuka laptop usai dia mandi. Dia bukak blog dulu. 10 blog cerita pasal "Gegaran gempa bumi di Sumatera Utara". Lalu Daud memaki mereka lantaran mereka hanya mahu mengejar trafik dan SEO semata-mata. 

"Cilake!" Kata beliau dalam hati tetapi terkeluar juga dari mulutnya perkataan itu.

Daud bosan melihat situasi itu lalu dia bukak Facebook miliknya. Sementara loading sempat juga dia menggentel tahi hidungnya. Ya. dia sangat "pembersih". 

Mata ke atas, tangan ke dada.
Pembersih la sangat... =_=!

Daud melihat notification. Ada 12. Nampak famous. Lalu Daud klik untuk melihatnya. 

"Rahim Evans send you a request in Cityville"
"Gadis Gedik send you a request in Farmville"
etc...

Kecewa. Tapi ada 10 lagi notification. Daud teliti lagi. 

"Joyah Lembu menjemput anda ke acara "Tolong like gambar""
"Karim Rongak menjemput anda ke acara "Follow blog saya""
"Maimun Buntal menjemput anda ke acara "You follow I, I follow your blog""
etc...




Daud tension. Dah lah friend request langsung tak de. Lalu dia terminate akaun Facebooknya tanda protes.

P/S: Function event kat Facebook itu gunanya untuk sebarkan sebarang acara macam kenduri kahwin, program kolej, pertandingan, dll. Bukannya untuk suruh like gambar dan follow blog. SEDARLAH DIRI BLOG KAU BUKANNYA BAGUS MANAPUN NAK BUAT EVENT-EVENT SURUH ORANG FOLLOW PULAK. DESPERATE GILE. =_=!

Sunday, June 12, 2011

Manusia memang tak sempurna

Assalamualaikum...

Lumrah manusia. Memang selalu buat silap. Walaupun kesilapan tu amatlah bodoh, tak perlu kot nak menghukum macamlah kita ni sempurna sangat.



Kesian Daudsu. Hehe... buat masa ni, bersabar jelah ye. Hehe...

gambar diambil dari page FB "See More". (ye kot.)

~entri pendek~

Wednesday, June 1, 2011

Masa aku Form 2

Assalamualaikum...

Korang tau tak? Masa aku 14 tahun yakni Form 2...
  1. Aku tak pernah pasang awek (Kau sekolah lelaki je semuanya)
  2. Aku tak pernah sentuh perempuan bukan muhrim
  3. Aku tak pernah ada Facebook
  4. My Precious Blog pun tak wujud lagi
  5. Aku tak tahu kondom tu apa
  6. Aku tak pernah hisap rokok
  7. Aku tak reti berfesyen Emo, Gothic, Punk, bla bla bla~ 
  8. Aku tak tahu melancap tu apa dan cara-cara melancap pun aku tak tahu
  9. Aku tak tahu apa tu threesome, foursome, fetish, bla bla bla~
Naif kan aku?

Korang tahu tak? Budak Form 2 sekarang...
  1. Dah pandai kapel-kapel
  2. Dah pandai pegang-pegang tangan dengan bukan muhrim
  3. Dah pandai main Facebook
  4. Dah ada blog sendiri (Tapi buat macam diari. Benda dalam kelambu pun heboh)
  5. Bukan setakat mengenal kondom. Malahan lubricant pun ada sekali. 
  6. Shisha pun dia hisap. Rokok apatah lagi.
  7. Bukan fesyen je. Menganut lagi fahaman emo segala bagai tu, 
  8. Melancap je tak puas. Kasi rodok dalam vagina gegurlz baru puas.
  9. Bukan setakat tahu apa tu threesome, foursome, fetish. Applikasi pun dibuatnya sekali tanda betul-betul faham maksud istilah tu.
Paling teruk, umur baru 14 tahun. DARA PUN DAH PECAH. Member aku 14 tahun lelaki selisih dengan dia pun bapak dia semacam da.


AKU TAK ADA DARA, AKU ADA MARUAH DIRI, AKU OKAY.

Abah kau. Tanya Pakcik Google apa maksud 'maruah diri'.

Sekian.

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics