expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Followers

Korang Yang Ke...

Showing posts with label Puasa. Show all posts
Showing posts with label Puasa. Show all posts

Monday, August 8, 2011

Salam Perantauan. Err...

Assalamualaikum...

Satu fenomena yang selalu muncul apabila Ramadhan menjelma. Surat khabar mesti menyediakan ruangan yang dipanggil "Salam Perantauan".

Masa ni lah warga-warga Malaysia di luar negara, Majoritinya berada di negara beriklim 4 musim akan menghantar gambar secara solo atau berkumpulan berlatar belakangkan pemandangan indah luar negara. Biasanya UK, US, Jepun mesti ada. Tak lupa juga disertai ucapan selamat berpuasa mahupun selamat hari raya.

Setahu aku, kalau mengikut ilmu-ilmu Geografi aku yang cetek ni, bahagian Hemisfera Utara sedang mengalami musim panas. Tak pun musim luruh.

KEJADAHNYA HANTAR GAMBAR KAU TENGAH MAIN SALJI???

Tiba-tiba sisi lain diri aku mengutuk menghanjeng diri ku. Dalam erti kata lain, monolog:

"Iqbal, tak payah kutuk lebih-lebih sangat. Kau tu jeles sebenarnya. Padan la muka kau. Suruh struggle SPM tak mahu. Tengok gambar diorang kat surat khabar, nak kutuk-kutuk pulak. Kau tu memang dengki sebenarnya. Tak payah nak meluat sangat la... "

Ekceli, ayat "bajet monolog" aku tu jugak mungkin akan digunakan mereka yang sedang belajar di oversea itu untuk memaku aku. 

Eleh, tak heran. Ada aku kesah? Belajar kat luar negara bukan pengukur pandai bodoh seseorang. Tambah-tambah sekarang yang fail SPM pun boleh belajar kat oversea asalkan dia ada mak bapak yang kaya ataupun pak sedara, mak sedara, ibu tiri, adik beradik kerja kat JPA, MARA, dan sebagainya. Kabel la tu. Lagi la tak heran.

Jatuh standard. Hehe...

~Alhamdulillah seminggu berpuasa~

Tuesday, August 2, 2011

Pesanan Bulan Ramadhan...

Assalamualaikum...

Sempena bulan Ramadhan yang diberkati ini, marilah kita semua, wahai rakan-rakan blogger:

1) Mengejar pahala puasa, bukan MENGEJAR TRAFIK ALEXA, RANKING BLOG, SEO, DAN SEBAGAINYA.
2) Mengawal 5 pancaindera kita sebaik-baiknya di bulan puasa ini. JANGAN ASYIK NAK BERGADUH SESAMA BLOGGER JE.
3) Sentiasa memikirkan nikmat berpuasa. bukan ASYIK MEMIKIRKAN IDEA UNTUK NEXT ENTRI BLOG JE.
4) Memenuhkan hari-hari di bulan Ramadhan dengan amalan-amalan yang diberkati ALLAH, bukan MEMENUHKAN HARI DENGAN UPDATE BLOG 13++ ENTRI SEHARI.
5) Kuatkan ibadah kita kepada ALLAH, bukan MENGUATKAN "IBADAH" KITA KEPADA "TUHAN BLOGGER"

Sekian entri pendek aku hari ini.


Selamat Berpuasa!!

Tuesday, June 7, 2011

Rejab, Syaaban, RAMADHAN!!!

Assalamualaikum.

Ye. Aku tahu lambat lagi nak puasa. Tapi aku ada sebab untuk tak sabar berpuasa. Pastinya puasa tahun ni berbeza dari puasa tahun sebelumnya.

Tahun ni PUASA PENUH DI RUMAH. Okay???

(sila celebrate please...)

Sangat-sangat tak sabar. Aku rindukan suasana berpuasa di rumah. Dah 8 tahun tak dapat puasa kat rumah. Start masa aku Form 1. Sedihnya masa pertama kali berbuka di sekolah. Faham-fahamlah masakan dining hall. Tak sama macam mak masak kat rumah. Sabar je lah.

Aku mengharunginya selama tahun. Sedar tak sedar la jugak. Dah tua rupanya aku. :P

Dan tahun 2011, aku akhirnya dapat berpuasa di rumah. Oh syurganya..... :D

Well, setiap perkara kat dunia ni ada pros and cons. Jadi puasa di rumah juga ada pros and cons nya. Apa dia?

PROS
  1. Dapat makan masakan mak.
  2. Tak payah fikir duit yang makin kering.
  3. Tak perlu rasa letih terkejar-kejar kuliah semasa bulan puasa.
  4. Boleh tengok Jejak Rasul (siyes miss gile dokumentari ni)
CONS
  1. Tak dapat tarawih (sebab kena teman mak kat rumah... :P)
  2. Tak dapat pergi bazar ramadhan (Tak ada kat Felda aku. Kalau nak pergi jugak, kena ke Felda sebelah. Malas...)
  3. Tak dapat buka puasa dengan member.
Ahh... aku listkan aje. Apa aku kisah. Yang penting puasa kali ni sangat-sangat seronok. :D

Tak sabar. Tak sabar. Tak sabar.

Okey. Sapa meluat, GET OUT!!! Bahahahahaha~

Monday, September 6, 2010

Ramadhan 2 zaman

Assalamualaikum.

Sempat update kejap. Beberapa jam lagi nak mid sem. Harap hayatinya.


Ramadhan satu nasib tak serupa
Peluangnya sama natijah berbeza

Ramadhan mereka gemilang cemerlang
Mukmin berjasa di awal zaman
Ramadhan kami malam terbuang
Muslim berdosa di akhir zaman

Mereka gembira kerana kedatanganmu
Kami gembira dengan pemergianmu
Malam mereka meriah disimbah nur Al-Quran
Tapi malam kami muram bertemu dengkur

Mereka berlumba mengejar makrufat
Tapi kami lesu diburu nafsu
Hati mereka bercahaya digilap takwa
Jiwa kami gelap didera dosa

Takbir mereka takbir kemenangan
Hadiah mujahadah sebulan Ramadhan
Takbir kami lesu tak bermaya
Tanda kalah lemah tak berdaya
Puasa sekadar lapar dan dahaga

Harap hayati dan fikirkan bersama.

~selamat hari raya~

Sunday, August 15, 2010

Insaflah Saleh Gregor Samsa...

Assalamualaikum...

Wah! Aku buat entri lagi satu. Mari aku share kat korang semua satu gambar ini. Nilailah sendiri.

Bagi aku, sedih. Moga-moga ALLAH berikan petunjuk dan hidayah kepada hambaNya yang sorang ni supaya bertaubat...



Kalau tak nampak, klik link ni:

http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fa.imageshack.us%2Fimg152%2F4717%2Fsalehhanjing1.jpg&h=319bb

~sangat-sangat mahu beliau insaf lepas ni~

Berhati-hati bila ke bazaar ramadhan

Assalamualaikum...

Orang kata, ajal tak berbau. Bila-bila masa je kita boleh mati. Even kita di tengah-tengah kesibukan bazaar ramadhan pun boleh meninggal.

Aiyoo...

Tengok je lah apa yang berlaku kat Jasin, Melaka hari jumaat lepas.

Patutlah kat UKM hujan lebat....



Al-Fatihah untuk mangsa yang terkorban...

~siap-siap untuk mengucap bila pergi bazaar~

Saturday, August 14, 2010

Fakta dan auta tentang puasa

Assalamualaikum...

Berapa hari puasa? Tak ingat. Tapi tau je berapa hari lagi nak raya. Keji sangat. Ahahaha...

Hari ni nak share sikit info berkenaan fakta dan auta tentang puasa. Jadi kalau ada yang konfius, bolehlah rujuk di sini.

1. Mandi ketika berpuasa untuk menyegarka
n badan.

Auta
:
Mandi ketika puasa adalah makruh.

Fakta:
Tidak benar, bahkan mandi ketika berpuasa adalah HARUS. Rasulullah sendiri pernah mencurahkan air ke atas kepala Baginda disebabkan dahaga atau panas.

Kata aku
: Dulu pernah ada orang kata ia makruh sebab air mandi kita tu boleh masuk ke liang-liang roma kita, menyebabkan ia makruh. Wah... kalau camtu aku lurut je lengan aku, mencucurlah air keluar. Haha...

Caye panas laa...

2. Korek hidung, telinga atau rongga-rongga
yang berlubang.

Auta: Memasukkan apa saja benda ke dalam rongga yang berlubang adalah membatalkan puasa.

Fakta:
Tidak ada dalil yang menunjukkan hukum sedemikian rupa. Sedangkan yang benar ialah perkara yang membatalkan puasa hanyalah berlegar antara tiga perkara; makan, minum, dan bersetubuh.

Kata aku
: Baru tau. So lepas ni tiada masalah untuk korek hidung anda masa puasa. Dan lepas ni tiadalah orang yang terdesak nak berbuka kerana makanan tak de lepas tu korek hidung sebagai pengganti buka puasa. Sengal~

Koyek idong tak batal poce. Weekkk... :P

3. Penetapan waktu imsak iaitu kira-kira 5 hingga 10 minit sebelum masuk waktu Subuh.

Auta
:
Wajib atau sunat untuk berhenti makan dan minum sebelum masuk waktu imsak sebagai langkah berjaga-jaga.

Fakta:
Menetapkan waktu imsak 5 atau 10 minit sebelum masuknya waktu Subuh adalah satu ketetapan yang tidak ditetapkan oleh al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih, malah ia menjauhi tuntutan sunnah untuk mengakhirkan waktu sahur. Alasan “berhati-hati” adalah tidak perlu kerana kita dibolehkan makan dan minum sehingga jelas masuknya waktu Subuh.

Kata aku
: Makanlah selagi boleh. Haha~

Ngantok lagi... 5 minit cebeyom cahur caye angun...

4. Makanan yang disunnahkan berbuka dengannya.

Auta
:
Disunnahkan makan benda-benda manis atau buah-buahan tempatan.

Fakta:
Disunnahkan berbuka puasa dengan rutab, tamar atau air.

Kata aku
: Air dulu aku terkam. Haus... hehe..

Penat la poce.... nak air je.

5. Merasai makanan dengan lidah.

Auta
:
Batal puasa bagi orang yang merasai makanan dengan lidah kerana hal itu seperti dia memakan makanan itu, tiada bezanya.

Fakta:
Merasai makan adalah dibolehkan dengan syarat selagi mana tidak sampai memasuki tenggorokan (tekak dan salur makanan).

Kate aku
: Jangan ada yang guna point ni buat alasan... Haha...


mama macak cedap tak buke nanti???

6. Memasuki waktu subuh dalam keadaan berjunub.


Auta: Seseorang yang berjunub saat masuknya waktu subuh dikira terbatal puasanya.

Fakta:
Hal ini pernah berlaku kepada Rasulullah shallahu’alaihi wasallam, sedangkan baginda kemudiannya mandi, bersolat dan meneruskan puasa seperti biasa.

Kata aku: Manalah tau kan tengah-tengah bulan puasa pulak kita mimpi basah... Tak bangun sahur pulak. Bangun-bangun je matahari dah atas kepala. Jadi jangan risau la.

Ni bukan mimpi basah... ni terkencing sampai basah. Haha...

7. Bolehkah bercumbu-cumbuan dengan isteri ketika puasa?

Auta: Tidak boleh, batal sekiranya bercumbu. Bukankah bulan puasa bulan menahan syahwat?!

Fakta: Hal ini mempunyai hukum yang berbeza-beza mengikut tahap kemampuan masing-masing. Bagi yang dapat mengawal gelojak nafsu agar dengan cumbuan itu tidak menjurus kepada persetubuhan, maka dipersilakan. Tapi, buat yang tidak mampu, maka dia dimakruhkan sama sekali.

Kata aku: Bulan Ramadhan jugak kau pilih nak bercium. Bulan lain tak nak pulak??

Caye nak tanah... nak camak.... euuu

8. Menggosok gigi ketika sedang berpuasa.

Auta: Boleh menyebabkan batal atau kurang pahala puasa. Ditakuti tertelan ubat gigi berperisa strawberi.

Fakta:
Tidak mengapa menggosok gigi bahkan digalakkan. Lagipun Islam adalah agama yang mementingkan kebersihan, sedangkan gigi yang kuning melambangkan empunya diri yang kurang menjaga kebersihan.

Kata aku
: Takut tertelan ubat gigi rasa strawberi? Ooo... perisa lain tak batal la ye? Ngeng... haha...

gocok gigi, muyut caye wangi...

9. Lafaz niat puasa.

Auta
:
Wajib untuk melafazkan niat puasa iaitu “nawaitu shauma qhadin…”. Bagi yang tidak melafazkannya, maka puasanya tidak dikira kerana setiap perkara dimulakan dengan niat.

Fakta: Tiada lafaz niat puasa, ini hanyalah bid’ah yang diada-adakan. Bahkan niat itu tempatnya di hati. Sesiapa saja yang terlintas di hatinya bahawa dia akan berpuasa pada bulan Ramadhan, maka itu sudah cukup baginya.

Kata aku
: Ye ke? Aku pun ragu-ragu. Baca je lah niat...

Cahaje aku poce...

10. Tidur ketika sedang berpuasa.


Auta: Tidur orang puasa adalah ibadat.

Fakta: Memang benar terdapat hadith yang menyebut bahawa tidur orang yang berpuasa adalah ibadat. Namun, tiada satupun daripadanya yang sahih dan dapat dijadikan hujah.

Kata aku: Jangan tidur lama-lama. Baik tak payah puasa macam tu.

Dari sumber yang boleh dipercayai

Itulah sedikit sebanyak tentang fakta dan auta ketika berpuasa. Mudah-mudahan puasa kita mendapat keberkatan ALLAH...

~nak pergi bazaar~

Friday, August 28, 2009

Puasa...

Seminggu dah berpuasa. Dan aku berpuasa di UKM buat pertama kalinya. Tiada apa pun yang meriah. Rasa macam hari-hari biasa je. Huhuhu... teringat musim-musim puasa di sekolah dan matrix dulu.

Kalo kat sekolah, complete 5 tahun la berpuasa kat SDAR. Cuaca agak panas lagipun (bile tyme puasa la) jadi aku kurangkan bergerak. Riadah jauh sekali la... hahaha... aku jenis malas turun padang. Tapi kalau hal makanan, mase Form 1 mcm teruk sikit la. tambah-tambah lagi bile dining masak kurma ayam. Tak tau la nape dining tu hanyir semacam bila menu hari tu ialah kurma ayam. nak muntah pon ade. Kenangan yang sangat best bila dapat pergi bazaar ramadhan kat Taman Tunku Jaafar. Dekat je. Memacam juadah ade. Penuh jugak la tangan membeli. Yang pasti duit terbang melayang jua... Tarawih wajib 8 rakaat plus 3 rakkat untuk witir... kat sekolah jelah pergi tarawih. Kat rumah x pergi. Hahaha...

Kat matrix pulak. Puasa tetap meriah. Masih terasa kehangatan berpuasa. Shiok jugalah berpuasa di matrix. Kelas habis pukul 4. Jadi balik bilik berehat kejap. Pastu turun la ke bazaar jugak. Dalam KMPh jugak... X payah nak berjalan jauh. tapi jauh jugaklah dari blok aku. Penat jugak lah. Pada ramadhan keberapa tah. Boleh pulak demam... adoi... bulan puase demam pulak aku... Kalau x puasa memang aku mahu telan ubat dan tidur je. Tapi aku gagahkan puasa la. Lelaki mane boleh tak puase sebab demam. Buat malu je... Gagahkan jugak diri pergi kuliah dan tutor. Kepala berat sangat. Petang tu jugak aku pergi klinik. Berdozen ubat aku dapat sebab aku kasi berdozen jugak sebab sakit. Hahaha...

Still aku suke keriangan berpuasa di KMPh dan SDAR.

Camne ngn UKM???

Hm... aku baru First Year kat sini. Serius aku x rase kehangatan berpuasa macam dulu. Rindunye suasana itu... aku melalui hari-hari macam bukan bulan puasa. Bezanya aku puasa dan tarawih malam tu. Sudahahlah kelas banyak petang. Ade pulak kelas yang sengaja dipanjangkan ke pukul 7. Wei.... orang nak bukak pose la.... x de pikir ke??? Pulak tu ade pulak lec yg mengugut. "Kalau nak balik awal, awak miss subtoopik ni dan saya akan ajar bab baru minggu depan. saya tak ulang lagi." Banyak cantik muke... ni tidak menghormati Islam nih... gr... geramnye....... eh, cukup melalut. Nanti x pasal-pasal blog aku dijumpai orang atasan. Sakit aku nanti.

~selamat berpuasa dan selamat hari raya....~

Saturday, September 6, 2008

I'm Fasting!!!!!

Khamis aritu, Lecturer BI aku suruh kami pergi language lab untuk buat presentation pasal return assignment kami. Malangnya, grup aku x buat lagi power point tu. N lagi malang, semua grup pun x buat lagi!!! Alamak... marah la die. aku pn x tau ape alasan nak diberikan. then, kami pun berlakon la. Cucuk pendrive, then buat-buat tercari-cari mane power point 2. (padahal langsung x buat) Kemarahan lecturer aku memang meluap-luap la. Mujur bulan puase je. Dengan menahan perasaan n masih bersabar, die yelling "I'M FASTING!!!". Kesian pulak tgk die. Aku quite guilty la. Tapi semalam aku dah siapkan. N kami akan buat yang terbaik untuk present report kami. Harap-harap dapat la markah tinggi.

"FORGIVE ME MISS ZAKIAH!!!"

Wednesday, September 3, 2008

Beza puasa di Matrix dan SDAR

Ni 1st time aku berpuasa di Kolej Matrikulasi Pahang. amat berbeza sekali suasananya berbanding time aku puasa di SDAR dulu. Yang paling ketara sekali, duit cepat habis!!! Huwa... next time aku kene berjimat. N lagi, sahur n buka puasa bukan lagi ditaja seperti di sekolah dulu. Sebab 2 duit aku laju macam air mengalir. Tarawih pun laen. Bacaan antara rakaat x bace. Straight je. Aku agak pelik la. Tapi lame2 dah biase.

Memang berbeza la suasana berpuasa di sini. 2 je la aku bleh cakap.

Blog aku ni bukan blog ilmiah

Rujuk kembali post aku yg bertajuk "Nak balik dah!!".

Aku mendapat komen dari seorang hamba Allah yang mengupas tentang tajuk yang aku utarakan. Menarik katenye. I don' know. Tapi ape yang dikomennye langsung x berkaitan dengan ape yang aku taipkn kat post tu. Die menceritakan kepada aku pasal kematian. Sblum lebih lanjut, terima kasih kerana tazkirah ringkas itu wahai hamba Allah. Tapi aku lebih tertarik dengan ayat lastnye yang berbunyi seperti berikut:

"dalam merapu pun mesti ade hikmah..."

Actually, memang aku saje-saje merapu kerana aku bukanlah nak menjadikan blog aku ini blog ilmiah. Aku hanye mahu berkongsi cerita sahaja. Dan aku x mahu serius sangat jika nak dibandingkan dengan hamba Allah punye blog ini yang terlalu serius. Ya, hidup ini pun kadangkala kene serius. Aku tau. tapi di dalam blog aku ni aku x mau la nak jadi serius. Dan merapu aku itu memang tak ade hikmah pun melainkan aku nakkan ade hikmah dalam merapu itu. Terus terang aku agak kecik hati bile bace komen itu. Tapi aku x boleh nak marah lebih lanjut memandangkan ilmu agamanya yang lebih tinggi berbanding aku. Ajak berdebat pun memang aku kalah. Lagipun Imam Hassan Al-Banna pernah cakap (kalau aku x silap) berdebat hanya membawa banyak keburukan dari kebaikan. Jadi aku mengalah aje la.

Bagi hamba Allah itu, sekali lagi saya berterima kasih atas komentar bernas anda itu. Minta maaf sekiranya saya telah menghalang anda daripada menuai pahala dengan memberi tazkirah secara percuma. Cuma saya mahu memberi penjelasan tentang tema blog saya. Selamat berpuasa

Wassalam...

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics