Satu fenomena yang selalu muncul apabila Ramadhan menjelma. Surat khabar mesti menyediakan ruangan yang dipanggil "Salam Perantauan".
Masa ni lah warga-warga Malaysia di luar negara, Majoritinya berada di negara beriklim 4 musim akan menghantar gambar secara solo atau berkumpulan berlatar belakangkan pemandangan indah luar negara. Biasanya UK, US, Jepun mesti ada. Tak lupa juga disertai ucapan selamat berpuasa mahupun selamat hari raya.
Setahu aku, kalau mengikut ilmu-ilmu Geografi aku yang cetek ni, bahagian Hemisfera Utara sedang mengalami musim panas. Tak pun musim luruh.
KEJADAHNYA HANTAR GAMBAR KAU TENGAH MAIN SALJI???
Tiba-tiba sisi lain diri aku mengutuk menghanjeng diri ku. Dalam erti kata lain, monolog:
"Iqbal, tak payah kutuk lebih-lebih sangat. Kau tu jeles sebenarnya. Padan la muka kau. Suruh struggle SPM tak mahu. Tengok gambar diorang kat surat khabar, nak kutuk-kutuk pulak. Kau tu memang dengki sebenarnya. Tak payah nak meluat sangat la... "
Ekceli, ayat "bajet monolog" aku tu jugak mungkin akan digunakan mereka yang sedang belajar di oversea itu untuk memaku aku.
Eleh, tak heran. Ada aku kesah? Belajar kat luar negara bukan pengukur pandai bodoh seseorang. Tambah-tambah sekarang yang fail SPM pun boleh belajar kat oversea asalkan dia ada mak bapak yang kaya ataupun pak sedara, mak sedara, ibu tiri, adik beradik kerja kat JPA, MARA, dan sebagainya. Kabel la tu. Lagi la tak heran.
Jatuh standard. Hehe...
~Alhamdulillah seminggu berpuasa~
1 comment:
tu dia penenang diri dan aku tambah dah guna duit kerajaan, taknak balik keje kat sini sebab gaji murah katanyer...eh, ada ucapan undersea lagi siok untuk kita join..
http://blogserius.blogspot.com/search/label/Serius%20Khidmat%20Masyarakat
Post a Comment