expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Followers

Korang Yang Ke...

Showing posts with label Pendapat. Show all posts
Showing posts with label Pendapat. Show all posts

Sunday, March 14, 2021

Kita Rangkumkan Cerita 3 Tahun Dalam 1 Entri

Assalamualaikum... *tiup-tiup blog bersawang

Yeah terma "blog bersawang". So 2012. 

What happen with me? Still same. Masih single, masih tak de aset, masih sebegitu. 

Jadi mari kita imbas kembali apa jadi sepanjang 3 tahun since my last entry. It's gonna be a loooong entry. Kalau malas nak baca, tak payah baca. LOL.

2019

Merging

This is the crucial time for me. My old boss decide to merge his company to the bigger audit firm. Tapi kita semua tau lah. Dia sebenarnya jual company dia kat audit firm tu. Kami semua risau mengenang nasib karier kami. Ye lah, mana tau the bigger audit firm tu mungkin hanya berminat nak klien kitorang je, bukan the staff. Tapi turns out diorg setuju nak ambil kitorang kerja. Selamat lah. Selamat? Not a good choice of word for me. Sebab bila belajar pasal work ethics n culture diorang, baru tau aku dengan other colleague selama ni banyak praktik cara yang salah selama ni. And it bites me back lah. Especially bila LHDN datang dengan surat cinta a.k.a penalti untuk klien lama kitorang. Im a bit serabut (until now) sebab manager baru aku really not teaching me dalam hal-hal berkaitan cukai ni. Oh, kerja aku sekarang ialah pembantu cukai. Sangat lah berbeza dengan manager lama aku sebelum ni. Tapi tak pe lah kan mungkin aku boleh belajar daripada kesilapan. 

Seriously? 2019 hanya ini je lah yang boleh aku ceritakan. 

2020

Part-Time Degree

Haaa ni big decision aku ambik. Dah ada degree in Actuarial Science kat UKM, buat apa bazir duit ambik degree lagi? Tu la kan. Tapi banyak aku fikir. Aku kena ambil sebab nak memenuhi permintaan kerja zaman sekarang. Aku dah dalam audit firm, dengan tak de apa-apa basic tentang accounting, aku struggle untuk bertahan dalam industri ni. Lagi satu, financial pun masih menjadi masalah besar. Siapa nak bayar yuran aku? Tapi Alhamdulillah, semua ada penyelesaiannya. Maka aku pun mendaftar degree in accounting secara part time kat UiTM. Yuran? Bayar pakai akaun 2 KWSP. 

Degree in Actuarial Science yang aku dapat waaaayyyy back in 2012 sebenarnya jujur bagi aku merupakan sehelai kertas yang tak berguna. Result yang langsung tak menampakkan aku seorang actuarist. Tak de siapa nak pandang aku kalau aku gunakan sebagai kelayakan untuk masuk dalam industri tu. Professional exam yang aku berangan nak ambik masa 2016? Aku decide untuk lupakan terus. Dah tak ada guna aku cuba-cuba nak masuk dalam industri yang aku rasa tak welcoming langsung untuk seorang graduate yang banyak main-main sepanjang 3 tahun belajar. The result? CGPA jahanam, lecturer benci, kena pulau dengan coursemate, etc etc. Yeeee tuan tuan puan puan. Sejak 2012 sampai sekarang saya meroyan pasal itu. Tak payah la nak muak sebab sampai bila bila saya akan meroyan kalau saya ingat balik. 

How am I doing now in my second degree? Alhamdulillah. Aku ada coursemate yang sumpah baik. Sama - sama tolong menolong, walaupun tak pernah berjumpa. Aku dah habis dua semester sekarang. Result aku Alhamdulillah even more better compare dengan macam mana keadaan aku masa degree UKM dulu. Biasa-biasa je.

Kejap, kenapa tak pernah jumpa coursemate?

Soalan tu membawa kepada peristiwa yang mengubah hidup warga Bumi 100% iaitu.....

COVID-19

Virus celaka yang membawa kepada kemusnahan sejagat dalam pelbagai aspek. Virus yang bermula di sebuah pasar basah di Wuhan, China yang menjual daging-daging eksotik macam kelawar, ular, dan apa-apa sahaja binatang yang tak pernah dibuat makanan oleh manusia normal. Dah start sejak 2019 dah pun sebab tu nama dia COVID-19. Bila start je jangkitan besar-besaran kat Malaysia yang dikatakan bermula daripada program Tabligh, 18 Mac 2020, terus lockdown. Maka apa yang terjadi kat aku? Aku start bekerja dari rumah, sebab tak boleh keluar rumah kecuali untuk beli groceries. Macam-macam arahan yang wajib dipatuhi untuk mengekang penularan COVID-19. Degree aku tadi? Ya, belajar dari rumah jugak. Sebab tu aku tak pernah jumpa coursemate aku. 

Orang kata norma baharu. Jefri cakap Normah Baharom. Maka banyak lah yang terpaksa warga Bumi termasuk aku sesuaikan untuk terus hidup dalam pandemik celaka anak haram ni. Topeng muka kini suatu kewajiban. MySejahtera menjadi kelaziman. Beratur untuk masuk ke mana-mana kedai menjadi perkara baharu yang harus dinormalkan. Penjarakan sosial sesama manusia diamalkan. Tak de dah bersalam bertepuk tampar berpelukan. Aktiviti yang melibatkan perkumpulan orang ramai macam perkahwinan, upacara agama, dan lain lain dilarang sama sekali. Kali pertama segala perayaan tak boleh disambut sesama keluarga. Sebab tak nak dijangkiti dan menjangkiti. 

Masa COVID-19 ni, politik Malaysia jatuh ke lembah paling hitam busuk keji. Bermula dengan Langkah Sheraton. Aku tak nak cerita lanjut pasal ni. Cuma impaknya kepada rakyat terlalu besar. Rakyat makin terhimpit teruk sebab mereka. Itu je. 

Aku struggle untuk mulakan norma baharu ni. Semua jadi tak clear. Makan banyak due dates yang terlanggar. My life for another 2 3 years will be hell sebab LHDN nanti. Manager aku pun not helping, masing masing nak selamatkan diri sendiri. 

Dan tahun ni jugak lah aku dapat berita buruk iaitu...

Diabetes

Haihh... Ini semua sebab bisul. Aku kena bisul kat belakang kepala lepas balik majlis kenduri kakak aku. Masa ni belum COVID lagi. Jadi boleh balik kampung macam biasa. Aku sabar menahan kesakitan tu sampailah aku decide nak pergi klinik ambik ubat. Who knows la kan. Doktor, nurse buat segala check up. Cek blood sugar, tinggi nak mampos. Not suprising sebab aku tak jaga makan. Aku bukanlah suka makan benda manis tapi aku suka makan nasi. Mungkin tu lah punca nya. 

Jadi start disitulah aku terpaksa mengamalkan satu lagi norma baharu untuk aku, iaitu menelan segala macam ubat. Aku kena jaga makan, which is aku masih degil. Well aku salahkan pandemik COVID lah. Dan suasana kerja lagi bagi aku tak berapa membantu aku. Stress aku dibuatnya. Tapi sampai bila nak degil kan. Nak tunggu potong kaki ke baru nak insaf?

Apa jadi dengan.....

2021

Monolog Budak Hari Jadi

Ingat aku tak ade buat dah kan? Haaa ni ada ni.

Tahun ni ada la my new set of friends sambut. Alhamdulillah. Walaupun dalam keadaan PKP, PKPB, apa jadah lagilah semua tu, sempat jugak kitorang celebrate. Dan dalam keadaan aku menghidap diabetes, makan lah apa yang boleh dimakan sikit-sikit. So far baik-baik sahaja. Harapnya aku akan OK untuk beberapa tahun mendatang.

Pendek je. Sebab ada jugak orang sambut birthday aku, jadi aku happy. 

COVID-19 2021

Masih belum berakhir ya pandemik ni. Sebenarnya nak bagitau, Malaysia berjaya mengekang penularan COVID-19 ni. SOP dah mula longgar sebab kes hampir tak de. Tapi disebabkan nafsu serakah politaik2 Malaysia menjadi punca kes kat Malaysia semakin naik, sampai 5000 kes sehari. Lagi teruk sebab diorang langsung tak nak mengaku ni salah diorang. Tapi salahkan rakyat yang tak sedar diri katanya. Jari tengah la. Cant wait to buang diorang habis habisan next PRU. Malaysia ni bakal hancur kalau diorang masih memerintah, regardless of what politic party they are in. Semuanya haram jadah. 

Tahun ni vaksin dah mula diedarkan ke seluruh dunia lepas banyak research and developement dilakukan. Not surprising, diorang jugaklah yang mula-mula nak berebut. Rakyat kena tunggu turn, diorang claim diorang frontliner jugak jadi layak dapat suntikan vaksin jugak. Are you? Jangan memandai nak claim siapa nak jaga negara akalu diorang sakit. Dude, kau sihat pun jaga negara macam baboon. 

Haha meroyan panjang pasal COVID. 

Cari kerja baru

Aku makin stress dengan kerja sekarang. Makanya another job hunting session dimulakan semula tahun ni. Nak jadi lagi baik compare dengan tahun-tahun sebelumnya. Semoga dipermudahkan urusan. Aminn..

Maka berakhirlah rangkuman apa yang terjadi kat aku sepanjang 3 tahun tak berblog. Bila lagi next entry? Aku tak tahu. Tengoklah kalau aku rajin. Semoga panjang lagi umur aku InsyaAllah. 


Wednesday, September 28, 2016

Mula Belajar Actuary: Diploma atau Degree Terus?

Assalamualaikum...

Dah lama tak update pasal actuary. So far aku masih mencari nota-nota percuma yang sedikit sebanyak dapat membantu aku untuk study. Banyak dah jumpa. InsyaALLAH aku akan mula atur balik jadual hidup aku untuk study balik. By the way, aku start dengan first paper dahulu, berkenaan statistik dan kebarangkalian. Harap dapatlah aku catch up balik. Amin...

Kalau nak masuk bidang Actuary, paling penting kau kena ada ilmu Matematik yang teramatlah kuat. Sejak tadika lagi kau dah kena suka Matematik. Camtu. Ok let say, kau memang cemerlang. SPM kau pun cemerlang terbilang gemilang gitu. Matematik dengan Matematik Tambahan kau skor A+. Dan kau pun memang target nak belajar course Actuary. Tapi kau nak sambung belajar kat Malaysia je. Kat Malaysia, Ada dua pilihan cemana kau nak sambung belajar dalam bidang Actuary:

1) Diploma
2) Degree

Kalau nak lompat degree terus, kenalah kau sambung STPM ataupun Matrikulasi. Aku tak sure pasal diploma tapi rasanya masih sama. Isi UPU.

Jadi, antara dua pilihan ni, yang mana satu lagi baik? Mestilah ada pros and cons.

Diploma

Aku tak de pengalaman belajar level diploma so aku tak tahu cemana silibus diorang. Tapi boleh aku kata untuk level diploma ni dia banyak ajar basic dulu. Bagi aku bagus sebab tak de lah nanti student hilang arah. Student pun boleh kejar pembelajaran sepanjang tahun-tahun diploma. Dan paling penting, untuk Actuary khususnya, dalam tahun-tahun diploma ni kau boleh dah plan untuk ambil Professional Exam. Kalau banyak duit, konfiden, boleh daftar terus. Dalam 3 tahun tu insyaALLAH kau dah boleh lepas at least 2 atau 3 exam. Sambil-sambil tu mestilah boleh skor pointer 4flat untuk diploma. Nanti bila sambung degree, subjek yang betul-betul mendalam pasal actuary insyaALLAH boleh skor jugak. Cons ni aku tak jumpa lagi. Kena tanya diorang yang start dengan diploma lah.

Diploma Actuary hanya terdapat di UITM untuk IPTA. Aku tak keep track untuk IPTS.

Degree

Pilihan utama kebanyakan bakal student. Masa yang cepat sebab degree hanya 3 tahun je belajar. Banding dengan diploma 3 tahun lepas tu degree 2 tahun, maka ramai yang pilih untuk sambung belajar di Matrikulasi atau STPM dahulu kemudian terus masuk IPTA sambung degree. Itu pro. Cons dia, silibus memang pack (bagi aku) dan kalau tak bersedia, memang kau akan terkapai-kapai sepanjang pengajian kau. Macam aku lah. Haha... Tapi aku ni kes terpencil. Ramai yang pilih jalan ni skor dengan jayanya. Berkenaan professional exam, boleh ambil masa pengajian jugak. Banyak duit, konfiden, daftar je lah. Most student (Chinese usually) diorang dah habis 4 exam by the end of their 2nd year. Masa 3rd year dah rilek. Tumpu nak maintain pointer je.

Degree Actuary ada kat UKM, UM, USIM, dan UITM untuk IPTA. Aku tak keep track untuk IPTS.

Jadi, personaly, aku rasa kalau kau slow learner (macam aku. sedih tol dah 4 tahun lepas grad baru sedar haha), baik lah mulakan dengan diploma dulu. Kuatkan basic berkenaan actuary supaya nanti korang boleh skor professional exam dan pointer sepanjang pengajian. Degree bagi aku tak macam tu sebab expectation kau dah ada basic tu. Sebab tu ia menjadi masalah buat aku. Bayangkan student science yang tiba-tiba kena belajar ekonomi. Mau terkejut otak kau. Tapi kalau berusaha insyaALLAH boleh grab jugak.

Tapi kalau kau tengah memilih ni, make sure kau tahu apa yang kau buat. Aku dulu terlalu ikut mainstream flow. Sambung matrikulasi then dapat degree Actuary. Semuanya sebab mentaliti "diploma tu level cikai je". Ye aku memang berfikir macam tu dulu. Inilah hasilnya. Orang boleh bagi pendapat kat kau je. Jangan ambil diploma nanti lama sangat, katanya. Tak kiralah dari mana pun kau bermula, kalau kau ada keazaman tu, peluang kau kat luar lebih cerah kalau kau ada faktor yang mampu buat kau lebih menonjol. Walaupun kau bermula dengan diploma.

Satu lagi mentaliti. Aku dulu dimomokkan dengan kata-kata oleh manusia tersebut (rahsia) bahawa graduan yang bermula daripada diploma (senang cerita, kau masuk UITM) tak laku dalam pasaran kerja. Katanya asal company besar-besar dalam bidang actuary ni tau kau asal UITM, diorang tak pandang kau. NO. NO. NO. Screw that person. Aku sekarang tak percaya dengan teori sampah ni. Pendapat aku, asal kau ada ilmu Actuary yang kuat, lepas tu kau lulus banyak professional exam, itu dah cukup untuk buat kau menonjol daripada orang lain yang sama-sama fight dengan kau. Kat mana kau belajar tu tak penting sebab ilmu yang dituai tu sama je. I guess i was too young too dumb to realize what am i doing in my previous 7 years.

Lastly, mana-mana pun jalan yang dipilih, belajarlah betul betul. Diploma dan degree ada pros and cons tapi berdasarkan pengalaman aku, memulakan actuary dengan degree adalah satu kesilapan. Dan aku nak tebus kesilapan ni. Semoga semuanya berjalan lancar untuk aku. InsyaALLAH.

p/s: segala pendapat yang aku taip dalam entri ni adalah berdasarkan pengalaman aku semata-mata dan diharap tidak mempengaruhi mana-mana keputusan yang dibuat dalam hidup kau orang. Kalau rasa nak mula dengan degree, go for it. Kalau rasa nak masuk UITM, go for it also. Asalkan kau orang tau bagaimana nak aturkan jalan hidup korang. Hehe...


Tuesday, September 6, 2016

Handphone Pre-Order: Tersontot Dan Menyontot

Assalamualaikum....

Lucah tajuk entri. Tapi sebenarnya tak lucah pun.

Muka depan Harian Metro (5 September 2016) pasal ejen jual handphone murah tengah tersontot dek supplier yang dah bawak lari duit hasil jualan handphone murah secara pre-order ni. Sampa kena ugut bunuh, rogol, santau, dan sebagainya. Bila kita cakap pasal kerugian dan handphone ni, boleh jangka lah sebenarnya berapa banyak kerugian tu. Jangan ingat handphone murah tu kalau rugi sikit je amaun nya. Handphone murah, order pun mesti banyak. Expecting amount tu juta-juta jugaklah.

Kenapa aku nak stori pasal pre-order handphone ni?

~SEBAB AKU MANGSA PENIPUAN NI LAH~

Tapi aku bukan ejen. Aku hanya customer sahaja. 

Macam mana aku terlibat?

Aku cuma nak support bisnes member je. Dia yang yang jadi dropship untuk jualan handphone ni. Lagipun harga murah kot. iPhone 5 harga RM 199.00. Kau rasa? Banyak lagi model yang dia jual ni. Tapi aku tak berapa gemar iPhone sebab dah lah kecik, bateri pun kecik. Aku ni suka handphone besar-besar. Maka aku order la Samsung J7 (2015) dengan harga yang sama. RM199.00. Sebab yakin jugak next sale aku order lagi iPad 2 dengan harga RM 280.00. Each product cas RM 30.00 penghantaran. Dibundarkan semua, RM 520.00 duit aku terbang.

Nak dipendekkan cerita, sehingga sekarang, handphone tah kemana entah. Maka makin ramailah yang mula panas punggung, termasuklah aku. (bukan kerana disontot. please~) Bukan apa. Aku order dalam bulan Januari ke Februari 2016 aritu. Sampai sekarang, dah dekat 8-9 bulan la menunggu. Habuk pun tara....Lama kot.

Tapi nak kata aku mangsa pun tak boleh jugak. Masa ni jugak aku desperate nak guna duit sebab baru pindah bilik sewa maka aku decide untuk offer kat sesiapa dalam group Whatsapp sale handphone ni untuk sambung tunggu. Ada lah sorang nak sambung tunggu untuk Samsung J7 (2015) aku. Untuk iPad 2 aku mintak refund. Alhamdulillah urusan dipermudahkan. Jadi sekarang kes aku boleh kata tutuplah.

So, biar aku explain sikit daripada pemahaman aku sendiri berkenaan bisnes pre-order handphone dan penipuan yang sedang berlaku.

Aliran (flow) bisnes ni seperti yang aku dan mungkin korang faham adalah seperti ini:

Kita (pelanggan) pesan barang kat dropship yang terlibat, diorang kumpul pelanggan, bagi kat ejen, kemudian ejen akan buat senarai berapa banyak model-model yang dipesan dan senarai tu akan dihantar kepada pembekal. Bila pembekal berjaya dapatkan model yang telah dipesan, ia akan diberikan kepada ejen. Ejen akan bahagikan model tersebut mengikut pesanan  daripada setiap ejen. Kemudian ejen akan beri model tersebut kepada pelanggan. Kalau rasa salah tolong betulkan. After all, ini cuma pemahaman aku.

Seems legit. Well it is kalau kitaran ni tidak dikacau.

Bagaimana penipuan berlaku?

Dalam kes sekarang, ramai yang mengatakan ia berpunca daripada pembekal sendiri. Pembekal MUNGKIN hanya mengumpul duit hasil jualan daripada pelanggan dan tidak membuat apa-apa pesanan handphone pun. Sebagai seorang yang dah mahir menipu orang, pelbagai cara dilakukan untuk mengaburi mata ejen, dropship, dan terutama sekali pelanggan untuk meyakinkan kita bahawa mereka sedang deal untuk membuat pesanan tersebut. Tapi sebenarnya non hadoo...

Pembekal tak lah songlap 100% duit jualan tu. Seperti yang dah dipersetujui MUNGKIN dengan ejen dan dropship, mereka akan dapat komisyen untuk setiap model yang dijual. Bisnes gini memang kena ada komisyen kan. Mana ada free free buat kerja.

Modus operandi untuk meyakinkan pelanggan? Macam ni:

1) Sale sulung akan dibuat. Promosi besar-besaran (hopefully) melalui akaun Instagram dropship dan ejen. Dalam masa sama diorang akan open vacancy untuk jadi dropship diorang jugak. Sale sulung ni akan berjalan lancar. Tempoh menunggu tak lama dan model handphone akan sampai on time. Kalau dijanjikan tunggu 2 bulan maka 2 bulan lah tunggu. Handphone dapat, pelanggan suka hati.

2) Bila dah dapat kepercayaan, bukak lagi satu sale. Atau boleh juga 2 3 sale selepas tu dengan cara yang sama. Proses berjalan lancar, barang yang ditempah dapat pada waktunya.

3) Bila dah tamak, di sini pembekal mula jadi setan. Setiap sales akan dibuka dalam jangka masa yang pendek dan kerap. Sales seminggu, habis dateline, tunggu dalam seminggu dua, kemudian bukak lagi sales lain. Dan lagi dan lagi. Pelanggan dah makin banyak untuk setiap sales. Bila duit dah dikumpul dan diserahkan kepada pembekal, pembekal dah bagi komisyen pada ejen dan dropship, dia pun pergi joli sakan dengan duit jualan tu.

4) Pembekal a.k.a penipu ni dia tak lah hilangkan diri terus. Dia masih wujud untuk mewujudkan kepercayaan terhadap ejen dan dropship. Sebab kalau lari terus nampaklah penyangak sangat. Jadi penipu ni masih boleh dihubungi ejen dan dropship berkenaan. Bila tanya bila stok sampai, macam-macam alasan la diberi. Padahal dah kenyang songlap duit masa tu.

5) Sales yang dibuka secara kerap itu pun sebagai alasan kononnya setiap sales banyak order dan kena settlekan satu satu sales dulu. Nak melengah-lengah je ni. Kononnya bizi buat quality control untuk setiap model.

Ada yang kata bisnes pre-order ni bisnes rolling duit. Aku tak faham. Tapi macam ni la kawan aku (mangsa jugak) explain:

Pembekal memang buat order untuk stok handphone tapi unit yang dipesan sikit je. Dalam 100 unit contohnya. Unit ni dijual sebagai unit READY STOCK. Maknanya macam pelanggan beli kat kedai. Buat order, terus ambik. Takde tunggu-tunggu. Harga unit tu mahal daripada unit pre-order tapi murah daripada kat kedai. Hasil jualan ready stock ni digunakan untuk next ready stock sales. 

Unit pre-order? Tak order pun. Duit dah songlap awal-awal. Unit ready stock tu sepatutnya jadi unit pre-order tapi dia buat ready stock. Sebab tu kalau korang perasan setiap sales mesti ada ready stock.

Jadi, siapakah yang menyontot dan disontot ni?

TERSONTOT

Pelanggan. Harapan nak guna iPhone untuk eksyen kat kengkawan hancur berkecai. Duit burn macam tu sahaja. Tunggu punya tunggu langsung tak dapat. Hati da panas. Mintak refund kat dropship memasing, kalau dapat syukurlah. Kalau tak dapat, memang mengundang kemarahan. Duit sekarang bernilai kot untuk dibazirkan dalam penipuan ni.

TERSONTOT DAN MENYONTOT

Ejen dan dropship. Situasi tersontot tu berlaku bila pelanggan dah mula mendesak untuk dipulangkan semula duit diorang. Kalau diorang masih tau halal haram, diorang akan gunakan harta benda diorang sendiri untuk bayar semula duit yang diminta. Ini ejen/dropship yang bagus. Masih ingat halal haram. Yang menyontot pulak yang tak ingat halal haram tu lah. Dah lah tak pernah jaga hati pelanggan. Bila pelanggan tanya selalu dibalas dengan sombong. Sekarang bila dah terduduk macam ni, masih lagi nak menyalahkan pelanggan yang dah bagi diorang ni rezeki sampai hidup senang. Malas panjang cerita. Korang jenguk blog ejen ni. KLIK SINI.

MENYONTOT

Pembekal. Perangai serupa Jho Low. Dah terang dah kat atas tu perangai supplier. Malas nak cakap lebih-lebih.

Fuh penat taip panjang-panjang. Bukan ada nak baca pun.

Conclusion. Lain kali kalau nak pakai iPhone simpan je la duit tu dulu. Dah cukup baru beli. Jangan dikejar sangat teknologi ni. Kita memang tak terkejar. Takkan setiap kali model baru keluar kita pun nak berhabis duit beli yang baru semata-mata nak up to date kan. Matilanakkk.... Untuk yang baru-baru nak berjinak nak berbisnes tolonglah jadi cerdik bisnes dulu. Dalami selok belok bisnes.

Ok lah itu sahaja. Bye

*kerja lah*

Monday, August 29, 2016

Pokemon Go: Main tipu aku report

Assalamualaikum...

Dah hampir sebulan rasanya Pokemon Go ni release kat Malaysia. Banyak dah Pokemon di tangkap. Banyak dah gym ditawan. Semua sibuk dengan taktikal, power, second power, IV, CP, menatang apa jadah semua ni.

Aku? Aku cuma berminat nak penuhkan Pokedex aku je. Lain daripada tu aku tak berminat.

Ada sebabnya. Personally, menangkap Pokemon lebih memberi keseronokan pada aku. Setiap kali kita jumpa Pokemon baru, mesti rasa excited. Walaupun CP dia rendah.

Oh. CP tu Combat Power.

Tapi keseronokan aku main Pokemon Go ni hanya terarah kepada menangkap Pokemon je lah. nak battle, rampas gym, aku tak minat.

Dulu aku nak buat semua tu. Tapi sekarang tak dah. Disebabkan perkara yang hanya wujud kat Malaysia je aku rasa.

BUSUK HATI DAN DENGKI

Biasa lah hal ni kat Malaysia kan. Pantang tengok orang berjaya. Rasa alergik. Maka segala usaha untuk menjatuhkan orang yang berjaya tu dibuat. Bila dah jatuh, rasa puas hati tu tak tergambar dek kata-kata. 

*Zoom in muka penjahat ala-ala sinetron*

Macam mana situasi ni berlaku dalam Pokemon Go?

Dalam usaha Niantic (developer) untuk mewujudkan suasana permainan yang adil dan saksama, Niantic telahpun menguatkuasakan peraturan ketat dimana sebarang penggunaan aplikasi 3rd party yang bertujuan untuk menaiktaraf tahap pemain ke tahap yang tak sepatutnya adalah dilarang sama sekali. Haram bak kata Yizlumik. Macam main tipu la kiranya. Semua applikasi 3rd parti tidak dibenarkan. Tak kira lah kau nak cek Pokemon kat sekitar kau ke, kau nak cek Eevee kau boleh jadi apa lepas evolve ke, kau nak cek IV Pokemon kau ke, semua tu TAK BOLEH. Ngerti nggak?

Peraturan Niantic ni tak salah tapi kelemahannya ialah pihak Niantic tak ada masa dan takkan mahu cek sama ada kau betul-betul main jujur atau menipu. Once kau kantoi, Niantic akan delete akaun kau selama-lamanya. Nak tau kau kantoi ke tak? Bila kau tak boleh log in game langsung. Biasanya keluar macam ni:

Keluar gambar bahasa Itali pulak. Tapi maksudnya server fail to get your data.

Bila kau cek emel yang kau guna untuk daftar akaun kau, ada emel daripada Niantic yang mengatakan akaun kau permanently banned. Maka sia-sia lah usaha kau selama ni.

Walaupun kau boleh merayu untuk dapatkan balik akaun kau, aku boleh kata yang Niantic malas nak layan rayuan kau. Kalau dapat reply kata diorang akan siasat, tapi jangan mimpi lah kau boleh dapat balik. Sekarang ni ada dua pilihan. Buat akaun baru atau tak payah main dah.

Kelemahan peraturan ni membuatkan banyak player di Malaysia ambik kesempatan untuk merepot player-player lain yang lebih tinggi level dia daripada sang perepot. Level ni tak kisahlah level kau ke atau level Pokemon kau. Biasanya berlaku bila kau menang battle kat gym. Previous owner of the gym tak puas hati sebab kau dah kalahkan dia maka dia pun report kau supaya kau tak boleh main dah game ni.

Dalam kes lain pulak, ada manusia yang tak percaya kau main jujur. Maka manusia ni pun berlagak pejuang keadilan a.k.a PokePolice akan report kau ke Niantic supaya kau dibanned walaupun kau tak pernah guna 3rd party apps ataupun mana-mana hack yang wujud. 

PokePolice, anda lah yang kami cari!
*Team Rocket cari pelapis*
Dah ramai yang kena ban kat Malaysia ni. Boleh aku teka dalam 60% yang kena ban ni main jujur tapi jadi mangsa pendengki macam PokePolice ni. Tak patut sungguh.

Macam aku cakap, hal ni berlaku kat Malaysia je. Aku tanya kawan aku kat England sekarang ni, yang kena ban kat sana pun sebab kantoi pakai 3rd party apps. Orang sana tak de masa nak repot-repot ni. Ye lah buang masa kut nak pedajal orang. Baik cari Pokemon.

Jadi orang Malaysia? Sakit hati tengok usaha orang sedangkan kau tu nak keluar pun malas. Bukak Pokemon Go dengan harapan datanglah segala pokemon kepada kau walaupun kau tak guna Incense. Dasar gemok pemalas.

Sebab benda busuk ni lah tujuan aku dah berubah daripada nak battle dan conquer gym kepada melengkapkan Pokedex semata-mata. Biarlah CP Pokemon aku tak tinggi pun. 

Jadi aku boleh cadangkan beberapa perkara untuk memastikan akaun kau kekal dan terselamat daripada dibanned Niantic:

1) Jangan mengada-ngada install 3rd party apps
2) Conquer gym at your own risk
3) Jangan kepoh sangat dengan pencapaian kau
4) Jangan join community group kat Facebook

Personally, aku rasa jelek dengan Niantic. Berlagak nok mapuh. Aku search kat internet pun ada khabar bilangan pemain dah jatuh sampai berapa billion je pemain yang setia. Memang masih ramai. Tapi trend ni dijangka akan terus menurun bila Niantic masih bertindak zalim macam ni. Bye bye je la lepas tu. Berlagak lagi kan.

*Nak Pikachu

Friday, August 26, 2016

OCD itu sesuatu yang cool?

Assalamualaikum...

Korang tau kan apa itu OCD (Obsessive Compulsive Disorder) ? Sejenis ............. (aku tak tahu nak guna perkataan "penyakit" atau "kecelaruan") yang mana penghidapnya semacam menitikberatkan kesempurnaan. Macam tu lah definisi aku sendiri. Nak yang lebih tepat bolehlah google sendiri. Bersepah jurnal kesihatan membincangkan pasal OCD ni.

Aku bukan OCD. Alhamdulillah tak pernah lagi ada kawan OCD. Sebab melalui pembacaan aku, orang yang x OCD takkan faham apa yang dialami penghidap OCD. Cuba bayangkan kalau kau kapel dengan penghidap OCD ni. Let say nak makan kat luar. Kau dah biasa duduk depan dia kat meja tapi kali ni kau nak duduk sebelah dia. OCD akan seboleh-bolehnya paksa kau untuk duduk depan dia jugak sebab dia tak biasa dengan perubahan tu. Atau susunan kutleri (lama gila tak guna perkataan ni) atas meja. OCD akan pastikan susunan tu betul mengikut kebiasaan dia. Terlari sikit, memang akan jadi bahan gaduh. (Adakah ini OCD? Betulkan kalau salah) Banyak lagi contoh-contoh yang terjadi pada penghidap OCD. Google lah sendiri yek.

Tapi paling utama sekali aku nak HIGHLIGHT kat sini ialah salah satu ciri-ciri OCD yang bagi aku sebagai bukan penghidapnya rasa unik. Kecenderungan untuk mengasingkan sesuatu mengikut bentuk, warna, saiz, dan sebagainya.





Sekadar beberapa contoh. Gambar ni nampak amazing kan?

Disebabkan ini lah ada yang tak OCD terus nak mengaku ada OCD sebab rasa awesome, rasa trendy, rasa cool bila dia dapat bagitahu kat orang yang dia OCD.

WHAT THE WHAT???

First and last (Tak de second third dah sebab ini yang paling utama), buat la research dulu sebelum nak claim diri tu OCD. OCD bukan setakat mengemas barang macam gambar tu. Tang ni semua boleh buat sebab nampak lawa. Even bukan penghidap OCD pun boleh buat. Rajin malas je. OCD lebih daripada itu. Dan sebenarnya penghidap OCD ni dia sendiri rimas sebab dia ada OCD. Diorang nak hidup normal macam orang lain. Macam kita yang bukan OCD ni. Cuba kau bayangkan hidup kau yang sebelum keluar kena hempas pintu kuat-kuat 3 kali, cuci tangan kena 10 kali, pakai kasut kena hentak kaki 5 kali, baru kau boleh hidup dengan aman. Tak buat semua tu tak lengkap hidup kau. Dan most of the time OCD ni akan menyusahkan orang sekeliling dia. Sebab tu yang bukan OCD takkan faham penderitaan OCD dan yang OCD pulak tertekan akibat orang sekeliling yang tak faham dia ada OCD. Kesian depa.

Memang aku tak fahamlah masih wujud manusia yang mengharap dia OCD sebab dia rasa dia cool dengan adanya OCD. Adalah artis yang suara mesin tebu tu, yang bela anak "tak sah taraf" kononnya mengaku dia OCD. Padahal rumah bersepah. (Jangan tanya cemana aku tau. Dia yang tayang rumah dia kat Instagram) Bila dah kantoi, banyak pulak justifikasi dia. Haram jadah punya perangai.

Last sekali, semua penyakit kat dunia ni tak cool pun.

Bye.

Wednesday, August 24, 2016

Kahwin

Assalamualaikum...

Hari ni aku bukak Facebook, skrol atas bawah, then terpampang satu gambar. Aduh. Sorang lagi batchmate Gemilang 03'7 dah kahwin. Aku tak tau pulak tu. Cis. Tapi tahniah jugak sebab dah berani pegang tanggungjawab sebagai suami. Haha... Moga kekal sampai kiamat jodohnya. Amin...

*batchmate Gemilang 03'7 = nama batch kami SDARian yang masuk Tingkatan 1 tahun 2003

Sebut pasal kahwin...

Umur aku sekarang 26 tahun. Memang dah layak sangat kahwin. Well, kalau kahwin itu semudah cari perempuan, tarik dia jumpa imam, akad, dan selesai. Semua boleh kahwin macam tu. Tapi ia tak semudah tu.

Ya kengkawan. Bukan mudah nak kahwin. Ia memerlukan lebih dari sekadar nafsu kau semata-mata. banyak benda nak kena prepare. Dari hal mencari calon pilihan, merisik, merancang, bla bla bla..... entah aku tak tahu sebab belum fikir nak kahwin jadi aku tak tau apa proses yang betul.

Bila tengok ramai kawan-kawan dah kahwin (aku khususkan pada lelaki je, perempuan kau kahwin masa Tingkatan 2 pun aku tak kisah) aku kagum sebab mereka dah bersedia nak pegang tanggungjawab sebagai seorang suami, imam, dan bakal bapa dalam keluarga dia. Lebih-lebih lagi yang kahwin pada usia muda ni. Tapi kalau kau anak orang kaya, hantaran pun mak bapak sponsor, aku tak heran lah. You are not my role model okay. Akasia sangat hidup kau. (Sumpah benci gila slot Akasia sekarang. Kenapalah aku boleh suka tengok Adamaya dulu sekitar 2010)

Niat memang nak kahwin. Tapi aku memikirkan keadaan aku sekarang ni, memanglah tak sesuai sangat untuk aku settle down. Kenapa?

1)Kewangan tak kukuh

Asal tengah bulan gaji habis. Dah lah nak menyimpan pun tak mampu. Aku sangat-sangat nak deal problem ni.

2) Belum berpunya

Asalnya aku nak salahkan keputusan aku masuk All-Boys School macam SDAR ni. Tapi aku tau bukan itu puncanya. Sebenarnya aku memang tak pernah mencari pun zaujah zaujah ni. Tapi aku bukan ummah LGBT ye. Haha...

3) Langsung tak de keyakinan diri untuk mencari pasangan hidup

Yakin kalau hal lain aku boleh buat tapi kalau nak yakin mencari pasangan ni, itu memang fail. Bukan apa. Tipulah kalau perempuan sekarang tak pandang rupa dan harta. Tambah-tambah lagi kalau kau peminat novel cinta dan slot Akasia pukul 7. Aku memang bukan lelaki yang menepati ciri-ciri yang difantasikan kaum wanita sebegitu. Tapi aku boleh kata yang aku tidaklah memandang sangat rupa perempuan. Bagi aku asal dia dapat menerima aku pun aku dah syukur sangat. Pokoknya, aku tak de keyakinan disebabkan hal memandang rupa dan harta nilah, which is aku tak ada. (Tapi aku rasa aku hensem je. Wah!!!!!!!!)

4) Memikirkan masa depan

Bukan hal kahwin je. Semua benda aku fikir kedepan dulu. Kalau kahwin ni, aku fikir situasi aku sekarang dan kalau aku kahwin, apa akan jadi. Kan aku ni lemah hal-hal financial. Cemana aku nak tanggung bini aku nanti? Besar tanggungjawab tu.

5) Mak aku tak desak pun

Korang jangan nak kata "dalam hati siapa tahu". Ni mak aku kot. Aku kenal mak aku cemana. Aku sebut pasal kahwin pun dia boleh gelakkan aku. Memang aku tak pernah sebut dah la hal kahwin ni. Mak aku pun tau anak dia sorang ni memang tak reti nak berjimat. Jadi cemana nak kahwin?

Sebenarnya boleh kata banyak jugak sebab kenapa aku tak boleh kahwin lagi walaupun rasa tu dah ada. Pendek cerita......


JODOH TAK SAMPAI LAGI


Tak pe lah. Biar aku stabil kan diri aku dulu dari segala aspek, barulah aku fikir pasal kahwin. Sabar je lah. Hahaha

*p/s: aku tak mula lagi stadi SOA ni. Cis.
*p/s 2: Tahniah batchmate, Muhammad Nazari bin Marso @ Samiran. Semoga dapat baby comel dan                       pandai cakap jawa. kikiki~

Tuesday, September 24, 2013

Pointer Rendah. Senang Tak Nak Kerja?

Assalamualaikum...

Awal bulan 9 ni start sem baru dan freshie baru nak masuk universiti. *Kenapa bahasa aku pelik?* Apa-apapun, selamat belajar dan menempuh alam universiti.Nikmatilah kehidupan kampus sepuas-puasnya tetapi jangan lupa tanggungjawab sebagai mahasiswa.

Kalau malas belajar, nanti pointer rendah. Susah nak cari kerja. Hehe...

Dapat kerja atau tak itu rezeki masing-masing. Pointer cuma nilai tambah dalam menentukan hala tuju kehidupan kita selepas graduasi. Cuma dalam situasi sekarang, tak dinafikan pointer itu amat penting. Sebab bagi aku, bila pointer (atau CGPA) kita bagus, ia menggambarkan 3 perkara tentang diri kita:

1) Anda seorang yang bijak
2) Anda seorang yang rajin
3) Anda seorang yang berdisiplin

Maka sebab itulah digalakkan untuk berusaha mendapatkan pointer tinggi semasa belajar di universiti.



Kalau pointer rendah tak dapat kerja ke?

Siapa kata tak dapat kerja. Dapat. Cuma mimpilah nak kerja bagus-bagus. Sales executive je yang layak korang dapat sebab memang itu jelah position yang bersepah-sepah dan tak mengira apa yang korang belajar masa di universiti.


Ah pointer tu tak seberapa. Aku ada softskills. Konfem dapat kerja bagus.

Wake up my friend. Aku pun ada softskills. Tapi ternyata tak membawa aku kemana-mana pun. Kerja di bank misalnya, memang realitinya dia nak tenaga kerja yang pointernya bagus sebab menjimatkan masa dan kos untuk memberi latihan kepada pekerja baru. Softskills boleh dididik. Lagipun kalau setakat duduk di opis menghadap komputer je, ada praktik ke softskills yang bagus tu?

Habis tu cemana nak dapat kerja???

Sebab tu dari mula jejak kaki ke universiti, belajar elok-elok. Pada masa yang sama, enjoy your campus life. Tapi kalau dah nasib pointer rendah sampai kau rasa musnah masa depan kau, aku boleh suggest beberapa cara:

1) Rendahkan ego. Course memang gempak tapi pointer jahanam. Macam aku. Nama je student sains aktuari tapi pointer jahanam. Jadi jangan berangan nak kerja kat syarikat yang gah kalau result tak gah. Kalau memilih sangat, sampai tua lah kau tak kerja, tak kumpul harta, tak ada bini (pesen sekarang kan hantaran riban2) dan tak ada segalanya. Nak mati sia-sia?

2) Keep in touch dengan coursemate, terutamanya yang lagi pandai dari kau. Kira kau kena ada kabel jugak. Kalau desperate sangat nak kerja, mungkin kau boleh cucuk-cucuk kengkawan kau pasal kekosongan jawatan kat tempat kerja diorang. Mana tahu ada rezeki.

3) Kumpul pengalaman kerja banyak-banyak. Walaupun kau dapat kerja yang tak sealiran dengan apa yang dipelajari, teruskan. Aku cuma bekerja di 7-Eleven. Niat aku  untuk mencari pengalaman bekerja selama mungkin. Sebab dengan pengalaman kerja yang banyak, nescaya penemuramah akan lebih yakin untuk ambil kau bekerja, walaupun pointer rendah. Pointer bukan lagi satu perkara yang diberi tumpuan bila pengalaman kerja yang kau ada lebih meyakinkan diri mereka untuk ambil kau jadi pekerja mereka.

4) Paling penting, doalah banyak-banyak moga-moga urusan job hunting kau diredhai ALLAH.

itu je lah pendapat yang aku nak share. mungkin betul mungkin tak. Cuma pointnya, selagi ada masa, perbaikilah diri dan bangkit dari kegagalan. :)

Saturday, June 29, 2013

Bila Melayu Berniaga Makanan...

Assalamualaikum...

Kejap lagi kerja overtime ye kawan-kawan. 7 petang sampai 7 pagi. New experience for me. :)

Apapun, jom bincang pasal satu topik ni. Bila bangsa Melayu buka kedai makan. Paling lama berapa tahun boleh tahan? Paling lama aku boleh agak pun 5 tahun. Berbeza dengan kedai makan Cina yang ada sesetengahnya bertahan sejak zaman sebelum Malaysia merdeka lagi. Resipi turun temurun nenek moyang katanya. Sedap tak sedap itu aku tak tahu. Aku tak makan babi pulak nak bagi pendapat pasal rasa. Haha..

Kenapa kedai makan Melayu tak pernah nak kekal lama bertahun-tahun?

Sebelum tu, aku nak stori pasal kisah kedai makan kat Taiping, Perak yang menyediakan 10 jenis juadah yang berbeza setiap hari, hanya RM3 satu kepala. WAW!!!


Link berita: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0428&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm

Datang sorang ke, 10 orang ke, tetap RM3. Air minum free je. Alkisah kenapa RM3 tu, owner dia niat bukak kedai makan tu sekadar untuk bayar nazar selepas dia kemalangan. Nampak macam rugi, tapi menariknya dia masih boleh dapat modal pusingan. Lepas la beli barang basah hari-hari.

Nampak tak bila ikhlas nak berniaga, ALLAH tolong?

Lain sangatlah dengan kebanyakan kedai makan  dan restoran Melayu sekarang. Tak de variasi. Seluruh pelosok Malaysia ni ada restoran tomyam. Lepas tu bila burger bakar jadi fenomena, berduyun-duyun tumbuh gerai burger bakar. Harga pulak boleh tahan mahal. Belum aku sentuh topik kualiti makanan dan servis. Hampeh pun ada.

Korang jangan ingat kedai makan yang pernah masuk Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) tu betul-betul sedap dan bagus ye. Nak masuk TV je tu. Bila kita sendiri pergi, baru nampak realiti sebenar kedai tu.

Try baca kat sini. LINK

Aku teringat satu kedai makan yang pernah masuk JJCM dulu. Masa tu Maria Tunku Sabri masih jadi pengacara JJCM. Ada satu restoran dekat bandar yang berhampiran dengan kawasan FELDA aku. Nama restoran tu aku tak reti eja. Jamantogheeh. Macam tu la lebih kurang. Harga memang mahal. Harga KL la bak kata mak aku. Strategi tak kena. Masa tu orang FELDA tak de la mewah macam sekarang. Mana mampu nak makan harga mahal macam kat KL. Tak lama lepas tu lingkup. Jadi lot kosong kalau tak silap.

Belum lagi cerita kisah perangai Melayu yang suka dengki mendengki sampai pakai bomoh. Ah Metrowealth betul kisah macam tu.

Kesimpulannya, apa yang aku faham kenapa kedai makan dan restoran Melayu jarang boleh bertahan lama sampai bertahun-tahun adalah seperti berikut:

1) Harga cekik darah
2) Servis macam hampeh
3) Sifat Melayu suka dengki bila orang lebih sikit
4) Suka ikut mainstream

Baik pergi Perak makan kat kedai makan RM3 tu. Boleh jugak buat amal jariah untuk owner tu. :)

Thursday, June 27, 2013

Masterchef Malaysia dan Teori Naik Rating Astro

Disclaimer: Entri ini hanyalah pendapat semata-mata.

Assalamualaikum...

Lama aku tak meroyan di laman blog ni. Sibuk mencari kerja. Alhamdulillah dapat jugak aku kerja walaupun hanya menjadi Management Trainee merangkap cashier di 7-Eleven. Tak pe lah. Syukur dapat kerja. Cukup 2 bulan gaji dapatlah aku beli sematpon sebijik. :D

Sekarang ni aku banyak kerja syif petang. 3 petang sampai 11 malam. Jadi memang dah banyak terlepas tengok Masterchef Selebriti 2. Tau-tau je dah pun habis dan pemenangnya ialah Syura. Tahniah. Murah rezeki lepas bertudung ni.


Syura dengan suami dia. (gambar dari Sinar Harian)

OK. Teori Naik Rating Astro. Ni diperkenalkan oleh kawan aku yang suka baca forum dekat cari.com tu. Untuk makluman, kebanyakan ahli-ahli forum yang membincangkan pasal Masterchef ni (dan pasal gosip-gosip artis Malaysia) ialah pondan. Boleh detect daripada gaya bahasa mereka. Kelakar bila baca forum tu. Dalam tu jugaklah banyak prediction tentang juara Masterchef dibincangkan. Dan kebanyakan prediction itu berdasarkan Teori Naik Rating Astro ni.

Dalam Masterchef Malaysia, tak kiralah sama ada versi biasa ataupun selebriti, pada pendapat aku, teori ini diguna pakai untuk memilih peserta yang bukan sahaja mampu memasak dengan baik, tetapi juga mampu untuk menaikkan rating dan imej rancangan Masterchef. Lepas aku baca forum tu, dan analisis yang aku buat semasa aku kebosanan, begini caranya bagaimana Teori Naik Rating Astro ini berfungsi:

1) Keputusan hanya nampak keadilannya pada awal rancangan

Dalam 20++ orang yang terlibat, sekiranya ada dikalangan mereka tersingkir awal dalam pertandingan, memanglah oleh kerana mereka gagal dalam tugasan yang diberi. Maknanya, misal kata ada 25 peserta yang bertanding, 15 daripada mereka yang tersingkir tu memang tak reti masak la kiranya. Keputusan juri nampak adil pada awal-awal pertandingan je.

2) Latar belakang peserta diambil kira.

Kalau tengok kembali Masterchef 1, yang menang ialah Ezani, seorang doktor gigi yang menewaskan Wahidan, seorang petani. Petani je pun. Apa je tarafnya kalau nak banding dengan doktor gigi. Bagi aku, kalau Astro rasa rating itu penting, Wahidan patut menang. Bayangkan tajuk akhbar "Petani menewaskan doktor gigi". Tak ke sesuatu yang tak dijangka? Barulah realiti. Tapi doktor gigi jugak yang menang. Bukan aku kata kemenangan dia tak layak. Bukan ya. Tidak sekali-kali.

Masterchef Selebriti 1 pun sama. Final menemukan Fazley dengan Angah. Fazley dah seorang penyanyi, pelakon dan pakar motivasi. Angah pulak pelawak je. Nak banding pakar motivasi dengan pelawak. Mana satu yang nampak gah. Mestilah pakar motivasi.

Sama jugak dengan Masterchef 2. Izyan, pegawai geologi. Ah Hong, arkitek. Along, student je. Fikir logik dengan teori ni, layak ke student nak menang? Memang tewas la.

3) Bukan Melayu susah nak menang

Kalau masuk final sekalipun, kalau bukan melayu, jangan mimpi nak menang. Contohnya, Masterchef 2. Izyan dengan Ah Hong. Tak kiralah sedap manapun Ah Hong masak, susahlah untuk bukan melayu mewakili Masterchef untuk sebarang demonstrasi masakan. Masterchef Selebriti 2 pun macam tu jugak. Celina kalah dengan Syura.

Aku sendiri, dan mungkin ramai lg orang kat luar sana agak was-was sikit kalau makan makanan bukan Islam ni. Jadi bagi aku faktor ini mungkin diambil kira untuk memilih juara Masterchef.

4) Imej, dan rupa paras jadi ukuran

Macam apa yg cuba disampaikan Dang Suria dalam On-Air, kalau kau gemuk dan hodoh, kau tak layak masuk bidang seni. Sama jugak dengan Masterchef. Maksud aku, imej tu penting. Cuba tengok senarai pemenang. Semua ada imej yang bagus. Paling menakjubkan, Ezani, Izyan, dengan Syura. Semua bertudung.  Orang bertudung ni memang manis dipandang. Nampak tak imej tu penting? Haha...

Kesimpulannya....

Teori ni sekadar suka-suka dan pendapat peribadi semata-mata. Bukan nak kata yang menang tu berdasarkan teori yang aku senaraikan kat atas. Sebab kalau teori kat atas diguna pakai, baik tak payah ada juri-juri 3 orang tu. Kan?

Tapi kalau kurang ajar dengan juri, layaklah kau dibuang. Kelaut la masakan kau sedap ke tak. Haha...

Friday, December 14, 2012

Kekecewaan Mencari Kerja

Assalamualaikum...

Rasa amat kecewa dengan bangsa sendiri. Ni nak cerita la ni.

Kelmarin, pada tarikh yang cantik (12/12/12), aku pergi interview kerja kat syarikat yang bernama Premier Podium Sdn. Bhd. Syarikat ni letaknya kat Northpoint Office, Mid Valley. Pergi interview pun sebab kakak aku yang suruh. Sebab jawatan yang kosong tu sebagai Eksekutif Pentadbiran dengan gaji RM2200 - RM2800. Rambang mata.


Oleh sebab kerja aku sekarang ni (metal trader consultant kat GB Consulting) waktu kerjanya fleksibel, aku sempat la pergi untuk interview ke Premier Podium Sdn. Bhd (PPSB). Interview berjalan lancar. Cuma aku tak sempat nak prepare lebih la. Background syarikat pun aku tak tahu. Maka ruangan yang bertanyakan tentang pengetahuan aku tentang company ni aku kosongkan. Dah aku tak tau.

Interview tamat dalam 10.45 pagi. Dah habis, aku pun terus ke opis aku. Jauh berjalan hari tu. Sampai-sampai je, aku terus buat research tentang PPSB ni. Apa yang aku jumpa amat mengecewakan.

Ada 2 blog yang indirectly cerita pasal kewujudan company ni. Dalam blog tu cerita diorg pasal company bernama Real Ingenious Sdn. Bhd. Tapi PPSB ni lebih kurang sama macam Real Ingenious la. Company ni company scam atau yang aku faham, menipu. Target diorg ialah manusia-manusia yang fresh graduate. Baru je lepas grad dan desperately nak kerja. Macam aku la. Gaji mahal, siapa tak nak kan.

Secara rumusannya, dari blog yang aku baca tu, ini modus operandi mereka:

1) Kebanyakan target mereka ialah fresh graduate yang berbangsa Melayu. Oleh itu, kebanyakan staf mereka berbangsa Melayu. Ini untuk first impression mungkin.
2)Masa interview, dia akan kata kerja kita macam ni, macam tu. Tapi masa training, bukan itu yang akan diajar. Dia akan ajar kita tengok market, analisis graf, tengok turun naik harga. By the way, company ni, company FOREX scam.
3) Diorang akan berbelah bagi dan sentiasa bagi alasan bila korang mintak offer letter. Apa yang susah sangat nak bagi tak tahu lah.
4) Masa cuti Sabtu Ahad, ada la staf akan call korang. Konon caring tanya itu ini. Ada udang di sebalik batu rupanya.
5) Staf-staf situ akan pujuk korang hari-hari untuk ajak famili korang invest. Invest bukan seratus dua ratus. Beratus ribu jugak la.
6) Gaji dan komisyen sangat kabur. Means, korang akan blur cemana sistem pemberian gaji diorang. Dapat ke tidak.
7) Bila kantoi kena tangkap dengan polis, diorang akan bukak lagi kompeni lain dengan nama lain.

Dan macam-macam lagilah cara diorang nak menipu. Paling tak tahan tu, bangsa sendiri, MELAYU pun join menipu. Tak ke sedih?

Aku kecewa sangat-sangat. Cuba tengok CINA contohnya. Yes aku akui yang kaum-kaum CINA ni memang sesetengahnya racist dengan bangsa lain, MELAYU terutamanya. Tapi, aku kagum sebab jahat diorang tu bukan terhadap kaum dia sendiri. Sama-sama CINA saling bantu membantu. Sebab tu banyak CINA kaya kat KL/Selangor ni. Nak banding MELAYU? Terbalik. Baik kemain dengan bangsa lain, pijak semut pun tak mati. Dengan bangsa sendiri? Tipu orang, khianat orang. Sanggup makan duit haram sebab nak kaya. Dah la imej semua baik-baik je. Semua bertudung. Tapi hati busuk!!!

So guys and ladies, kalau korang nak apply job, make sure siasat dulu latar belakang company. Kalau tak de website company tu, baik tak payah la pergi interview. Memang sah-sah menipu. Jangan la tertarik dengan gaji yang mahal-mahal.

Aku ni kalau susah sangat dapat kerja, aku nak bukak perniagaan sendiri je. Bukan ke memang digalakkan dalam Islam?

Wednesday, September 12, 2012

Meleis dan Gangnam Style

Assalamualaikum...

From my own definition, the word "Meleis" which is derive from the word "Malays" means something sinical. Dalam erti kata lain (amek terus bahasa melayu lepas tak mampu nak taip inggeris) perkataan "Meleis" itu memang bertujuan untuk menyindir segolongan orang Melayu yang...... cemana aku nak cakap ni... Aku tak jumpa perkataan yang sesuai untuk gambarkan sifat golongan Melayu yang Meleis ni.

Cuma dari pemerhatian seorang Iqbal Zarin yang tak terkenal, bukan tweetfamous, bukan top blogah, mahupun bukan seorang yang dekan setiap semester (motif kau sebut semua tu?), ciri-ciri Meleis ni macam ni la lebih kurang:

1) Cuba untuk menjadi lebih berilmu daripada orang lain
2) Cuba untuk menjadi lebih Islam daripada orang lain
3) Punya tendency untuk melihat orang lain sebagai jahiliah (cetek ilmu agama) daripada mereka
4) All is Freemason. All is Illuminati.
5) Semua benda ialah lagha dan membuang masa kecuali yang berkaitan agama (well of course hal agama bukan perkara lagha)

Move on to Oppa Gangnam Style. (sambil dengar lagu itu)

Kita pedulikan hal budak sekolah yang obses dengan KPOP sampai lupa PMR SPM. Ini bukan hal Big Bang, Beast, Super Junior dan sebagainya.

Sejak kepopularan lagu Oppa Gangnam Style dendangan PSY, video klip lagu ni jadi viral di Youtube. Banyak parodi diterbitkan. Kat Malaysia je dah banyak. Cuma rasa awkward la bila tengok org Malaysia terkinja-kinja dengan Gangnam Style Dance. Meremang bulu roma pun ada. Hehe...

Aku cuma tertanya-tanya kenapa Meleis buat benda ni. Ini memalukan.


Aku belajar bahasa korea. Walaupun tak habis tapi aku faham la maksudnya sikit-sikit. Sedikit pengetahuan bahasa korea. (Ehem.) Dalam bahasa Korea, perkataan "Nabi" bermaksud rama-rama. Jadi kalau ada lagu KPOP yang terselit perkataan "Nabi" dalam liriknya, adakah kita terus nak tuduh yang lagu itu hina Nabi? terutamanya Rasulullah S.A.W? Tak mustahil Meleis akan terus hukum begitu.

Silang tangan? Salib?


Ultraman ni apecer? Silang tangan jugak. Tak de pun orang nak kata Ultraman ni ejen Illuminati.

Mungkin jugak semua ni dicipta oleh kaki-kaki troll tegar. Kerjanya bangun pagi bukak lappy cari bahan lepastu troll. Tak de life betul. Kalau nak troll sekalipun, tak payahlah nak letak kalimat suci ALLAH. Tak payahlah nak troll sampai main-main hukum agama.

Apa pun, aku still tak faham kenapa Meleis suka buat kerja tak berfaedah macam ni. Ada yang kaji sampai ke Zaman Eropah abad ke-17 lagi pasal tarian ni. Ada jugak yang nak isukan benda ni. Kononnya nak sekat lagu ni la, suruh elakkan umat Islam kat Malaysia daripada ketagih lagu ni la, kononnya menyesatkan dan melalaikan, etc.

Dengan satu lagu je, yang liriknya ditafsirkan oleh Meleis yang tak pernah tahu bahasa Korea, kononnya iman boleh tergugat. Memang lah umat akhir zaman ni imannya senipis kulit bawang. Tapi takkan dengan satu lagu je iman kita tergugat?

Yang eager sangat nak suruh umat Malaysia berhenti dengar lagu ni. Apa iman korang tebal macam daging lembu ke?

Tarian lucah katanya. Kalau tarian lucah, tak payah ikut. Dengar lagu je. Isn't that simple?

Kat Malaysia je orang isukan lagu ni. Negara lain tak de. Indonesia pun setakat ni tak de pun nak kata Oppa Gangnam Style ni Yahudi ke apa. This is the "uniqueness" of Malaysia. Thanks to Meleis.

Banyak lagi perkara lain yang perlu diberi keutamaan. Tak berfaedah langsung nak berdebat pasal Oppa Gangnam Style ni. Pathetic tahu?


Sampai orang lain terpaksa "facepalm"kan aku.

Wednesday, July 18, 2012

Herbalife: Memutuskan Persahabatan?

Assalamualaikum...


Jangan salah faham. Aku bukan ejen Herbalife. Hehe...

Semakin ramai yang amat pentingkan kesihatan sekarang ni. Untuk memastikan badan kita ni boleh dipakai sampai terpisah roh dari jasad, macam-macam cara dan usaha dilakukan untuk tujuan itu. Baguslah. Lagipun Malaysia kan ada ramai manusia-manusia obesiti. Kira-kira 2 daripada 5 rakyat Malaysia mempunyai masalah obesiti. (Sambil tenung perut sendiri dan berkata: aku salah seorang daripada 2 orang tu.) Salah satu cara yang mainstream sekarang ni ialah dengan mengambil suplemen tambahan seperti Herbalife. Kalau ikut apa yang testimoni daripada pengguna yang berpuas hati kata, mereka merasakan perubahan positif lepas mengamalkan Herbalife. Dan untungnya apabila Herbalife turut membuka peluang perniagaan kepada mereka yang mahu menjana pendapatan sehingga RM500 seminggu. Itu apa yang ejen-ejen Herbalife claim.

Dan bahan entri aku dipagi yang hening (dan sakit dada yang kembali bila dapat tau result exam dah nak out) ialah berkenaan dengan perniagaan Herbalife ni dan bagaimana perniagaan ni boleh buat orang benci kat ejen-ejen yang tersebar di seluruh Malaysia.

Yang aku pasti, Herbalife ni mengamalkan pelan perniagaan MLM. Tengok. Sebut je MLM dah ramai yang meluat. Belum lagi aku nak cerita perihal taktik dan cara-cara nak approach orang untuk join.

Kita semua mesti ada kawan yang join Herbalife ni. Apa perasaan korang kalau kawan baik korang yang selama ni dekat Facebook dia penuh dengan status jiwang-jiwang tapi lepas tu dah berubah jadi tempat dia promosi Herbalife? Dan apabila dia memikirkan korang ni kawan dia, dia pun approach korang untuk makan Herbalife dan join bisnes?

"Aku tengok kau ni makin membesar. Apa kata kau makan Herbalife. Boleh kempiskan perut kau. Kalau kau jadi ejen, boleh dapat side income lagi..."

Tak rasa terhina ke? Nak approach tapi salah cara. Ada yang boleh terima, ada yang tak. Kalau yang rasa terhina (macam aku), memang hilanglah bakal customer kau.

Sekarang perihal side income yang dikatakan boleh dapat RM500 sampai RM2500 seminggu. Tengok je nilai tu, siapa tak mau. Tapi kan, marilah kita fikir secara logik. Andaikan kawan korang baru je join. Assume korang memang tau dia baru je join. 2 hari lepas tu dia claim dia da dapat pulangan modal. RM200 misalnya. Mustahil kan? Tak mustahil jugak sebenarnya kalau kawan korang memang pandai cari pelanggan tambahan pulak Herbalife  punya reputasi memang tengah baik. Tapi bila korang mintak kawan korang belanja, banyak pulak alasannya. Sepatutnya kalau da dapat banyak duit tu, belanja la kawan-kawan kan? Masa belanja tu, hah promot la Herbalife tu. Baru la orang yakin nak join. Barulah orang percaya yang Herbalife mampu bagi kesenangan.

Tapi masalah sekarang ni, pum pang kat status FB dapat duit riban-riban tapi realitinya non hadoo. Sekadar gebang semata-mata. Kebanyakan ejen baru memang macam ni.

Masa aku join Infinity Downline dulu, aku dapat banyak emel yang mengajar aku cara-cara untuk menarik dan memikat orang supaya tertarik dengan Infinity Downline ni. Ada skrip lagi untuk dijadikan status FB. Cemana aku nak kata yang hari ni aku baru je join da pulang modal RM100 padahal cari orang pun belum lagi? Kan ke menipu tu namanya?

Samalah konsepnya dengan ejen-ejen yang baru sehari join Herbalife tapi dah claim dapat RM500. Logik ke? Lu fikirlah sendiri.

Tak cukup ke sebab-sebab yang aku jelaskan ni jadi punca kenapa kadang-kadang hubungan persahabatan pun boleh terputus gara-gara Herbalife khususnya? Bukan aku sembang kosong. Kawan-kawan aku pun ramai dah meluat dengan cara ejen-ejen Herbalife ni approach orang. Cara dah la tak kena tempat. Menipu lagi. Ingat orang nak percaya ke?

Bukan aku nak kondem produk Herbalife ni. Sebab aku macam yakin Herbalife ni mampu untuk menyihatkan badan. Cuma yang tak berkenan dengan Herbalife ni ialah ejen-ejennya. Aku sarankan Herbalife untuk adakan seminar tentang marketing management yang berkesan dan cara-cara yang halalan toyyiba untuk menarik pelanggan. Sebab kebanyakan ejen-ejen baru ni terlalu ghairah nak dapat side income sampai lupa yang "matlamat tak menghalalkan cara".

Pendapat peribadi semata-mata.


Wednesday, May 23, 2012

Mansuh itu ini

Assalamualaikum...

Malam tadi semua nak tweet atau berstatus pasal debat PTPTN yang berlangsung malam tadi. Aku tertunggu-tunggu kalau ada yang nak share link Youtube. Aku nak tengok.

Kalau ikut anak muda yang tweet malam tadi, ramai yang bajet tahu apa yang berlaku. Tak kurang jugak pesen yang nak menyindir wakil kerajaan dan pembangkang. Haha...

Bila cakap pasal mansuh PTPTN, rasanya apa yang patut dimansuhkan ialah faedahnya. Bukan keseluruhan PTPTN tu. Sebab PTPTN banyak jugak membantu pelajar yang tak berkemampuan atau tak layak menerima bantuan lain (macam aku. sobs). Interest itu yang tak patut wujud. Setelah banyak sistem perbankan Islam wujud kat Malaysia ni, kenapa PTPTN tak nak buat sistem pinjaman ini secara islamik? Mungkin banyak halangan yang wujud.

Tapi pesen sampai nak berdemo dan menyusahkan orang lain ni memang bagi aku sangat tak de kerja. Apatah lagi kalau tujuan asal nak tunjuk perasaan untuk mansuhkan PTPTN tapi menjerit terpekik terlolong "HIDUP ANWAR! GULING NAJIB! GULING ROSMAH!". Mana PTPTN punya laungan?

Aku memang tak suka nak berdemo. Tapi kalau demo yang ini mesti aku pergi:

1) Demo Mansuhkan Peperiksaan Universiti


Kih Kih Kih. Banyak sebab tau kenapa Peperiksaan Universiti kena tangguh. Sebab dah la satu sem berapa bulan je. Tak cukup masa nak setadi. Dan membazir pokok. Kesian pokok ditebang hanya untuk membuat kertas peperiksaan. Kalau pesen aku yang tak pernah jawab habis soalan lepas tu hantar, da siap tanda mestilah kertas tu kena buang macam tu je. Selamatkan pokok dengan mansuhkan exam!!! (masa ni la nak jadi aktivis alam sekitar ye?? haha)

2) Demo Mansuhkan Sistem CGPA


Ni pun aku join sekali. Sebab sistem CGPA terdapatnya jurang dalam segala macam hal. Baik dari segi mendapatkan kerja sampailah persahabatan. Semua nak ikut pointer. Haha... Jadi macam budak medik kan senang. Lulus gagal je yang diorang ambik tahu

3) Demo Mansuhkan Hantaran Kahwin Ribu-Ribu


Ini berkait rapat dengan 2 point kat atas ni. Bila exam gempak, CGPA 4.00, mak bapak sesuka hati moyang mereka je nak letak harga hantaran 50K minimum. Sebab anak aku ni belajar sampai PHd, katanya. Ini tak boleh jadi! Nanti sampai bila pun aku tak kahwin! Hahaha...

4) Demo Pecat Kakitangan Gomen Yang Pemalas


Ramai je yang ada masalah dengan kakitangan gomen. Pesen yang tak da integriti. Kalau nak cakap pasal perangan diorg ni pun cukup satu entri. Jap tengok apa perangai diorang:

  1. Kalau nak kelulusan/tandatangan, dia suruh kita jumpa orang tu. Lepas tu orang tu suruh jumpa orang ni. Orang ni suruh jumpa orang lain. Sampai kau dah letih, tetiba orang tu cakap "pegawai tu tak datang la harini. Datang esok ye" dengan muka tak bersalah.
  2. Lunchbreak pukul satu. Pukul 12.10 dah keluar pejabat. Orang nak berurusan disuruhnya tunggu pukul 2.30 baru bukak. 
  3. Pesen suka tengking-tengking orang kalau ada silap kecik dalam mengisi borang-birang tertentu. Kurang ajar betul.
  4. Masuk-masuk tengok semua kakitangan ada yang mengumpat, ada yang bukak Facebook, ada yang borak-borak dengan boifren guna telefon pejabat. Nak berurusan ni. Tak de sapa layan.
  5. Kalau hospital kerajaan pulak, nursenya pesen tak ikhlas. Mungkin nak kerja kat hospital swasta tapi tak dapat. Kerja kat hospital kerajaan lepas buat kerja nak merusuh je. Maki-maki pesakit tak kiralah budak-budak ke, orang tua ke.
Orang macam ni patu dibuang kerja. Benci!

Tapi kenapa tak de orang yang nak berdemo pasal perkara-perkara ni?

Sebab tak de unsur politik. Tu je.

~tesis~

Wednesday, March 21, 2012

Hantaran Beribu

Assalamualaikum...

Indahnya bila berkahwin. Kahwin pulak dengan gadis idaman. Rezeki kata orang.

Gambar semata-mata.

Tapi yang tak indahnya bila memikirkan soal hantaran.

Sekarang kahwin hantaran paling kurang RM10000 kena ada dalam tangan. Keluarga si bakal pengantin perempuan yang tetapkan biasanya. Almaklumlah anak kesayangan katanya. Lepas tu taraf pendidikan tinggi. Takkan nak kahwin dengan manusia marhaen tak de duit dan blaja tadika pun tak lepas.

Nilai hantaran sekarang

UPSR je dah RM1000. Eh banyak tu.

Disebabkan nilai hantaran ni, suasana merisik dah bertukar menjadi perbincangan tawar menawar. Sedar tak sedar mak bapak belah perempuan ni memperlakukan anak diorang macam barang kat pasar malam.

Sebab hantaran tinggi jugaklah banyak masalah yang timbul. Bayangkan. Nak kahwin punya pasal sebab takut awek dikebas jantan lain. Maka terpaksalah buat pinjaman bank. Ok setel. Tapi dah kahwin nanti, pening pulak nak membayar baik pinjaman bank tu. Dah lah kena bayar dengan "bunga-bunga cinta" sekali. Kalau pemegang PTPTN, dah pening kepala memikirkan. Hutang bank, hutang PTPTN, nafkah zahir lagi. Gaji ciput. Taraf kehidupan makin naik. RM100 bawak pergi hypermarket sekarang tak banyak barang boleh beli. Tu belum masa bini dah mengandung. Kos perubatan lagi. Hutang terdahulu tak langsai lagi ni. Tambah lagi dengan anak. Lampin, susu, baju, etc. Tu tak kira kereta punya ansuran lagi. Bil-bil lagi.

Congak-congak, paling banyak hutang yang ada dalam RM250000 keseluruhannya. Ni anggaran "main letak" aku je.

Kalau nak kata sebab penceraian meningkat, aku boleh kata masalah kewanganlah puncanya. Dan salah satu sub-puncanya, hantaran tinggi yang di luar kemampuan. Tapi sebab dah sayang. Apa boleh buat.

Aku, walaupun masih single sekarang, sering terfikir macammana keadaannya bila aku bakal berkahwin nanti. Dengan hantaran sebegitu tinggi. Pointer aku sekarang tak menjamin aku akan dapat pangkat CEO sesebuah syarikat. Mungkin kerja bagai nak rak pun takkan mampu untuk bagi aku naik pangkat. Gaji pun mestilah sikit je.

Jalan penyelesaian aku bila berhadapan dengan hantaran mahal-mahal ni ialah seperti berikut:

  1. Bila pihak belah perempuan meletakkan nilai yang tak tercapai akalmu (Hai elyana...), aku akan play the game. Maksud aku, mereka tawar menawar. Maka aku pun akan turut berada dalam keadaan itu.
  2. Bila mereka tetap mahu nilai hantaran sebegitu tinggi dan mengugut bahawa anak mereka tu hot sampai lelaki lain beratur nakkan anak dia, aku nak tarbiyah sikit mak bapak bakal bini aku ni. Terangkan betapa Islam tak menggalakkan hantaran tinggi-tinggi ni.
  3. Tak makan saman jugak? Aku nak aplikasikan lawak yang pernah aku dengar pasal hantaran mahal ni. Lebih kurang macam ni: Bagi saya try dulu anak makcik ni satu malam. Kalau semuanya ok, saya bayar pendahuluannya. Kalau tak ok, saya pulang balik. Well, dah dia perlakukan anak dia macam barang jualan.
  4. Bagi sebab kenapa anak dia ni hantarannya patut lebih rendah dari nilai yang tinggi tu. Kalau tak reti masak, kurang 25% nilai hantaran. Freehair, kurang 10%. Tak menjaga agama, kurang 30% dan sebagainya.
Sampai point keempat tu, aku rasa bapak dia dah acu senapang patah kat dahi aku. LOL

Apa guna nilai hantaran sampai RM30000 tapi bakal isteri tak reti memasak, tak menjaga maruah diri, tak menjaga agama, tak reti hormat orang tua, etc.

Jangan persoalkan kenapa. Lelaki mestilah nak "barang" yang diperoleh setimpal dengan nilai hantaran. Hahaha...

Perempuan sekarang tak sedar yang mereka ni dah jadi macam barang dagangan bila berkahwin. Macam daging lembu. Gred A lain harga. Gred B lain harga. Eh daging ada gred ke?

Aku tak tahu bagaimana masa depan aku nanti. Dengan siapa aku akan berkahwin. Dan aku harap aku mampu lakukan apa yang aku katakan di atas. Kalau boleh kahwin tu nak sekali je seumur hidup. Tak mahu cerai berai. Dimurkai ALLAH. 

Aku nak bini macam mana ye? Lain kali aku cerita, :D

~masih kecik hati~

Thursday, March 1, 2012

Mindfuck Yang Celaka

Assalamualaikum...

Tahu tak makna "Mindfuck"?

*Kanak-kanak bawah 17 tahun dilarang membaca dan mengetahui makna ini*

Ni terma bahasa urban. Maksudnya ialah "an idea or concept that shakes one's previously held beliefs or assumptions about the nature of reality". Kalau kefahaman aku la, bila kau baca sesuatu atau dengar sesuatu perkara, apa pegangan kau sebelum ni akan goyah. Kau akan rasa was-was.

Ni contoh mindfuck yang bagi aku macam shelaker. Sila klik link ini:

http://s1.hubimg.com/u/2016296_f520.jpg  

Perhati gambar tu. Katanya muka orang tu pernah datang dalam mimpi semua orang di dunia tapi in real life tak pernah wujud. Waddehel?

Gambar ini berjaya buat aku rasa was was. Benci. Buat aku rasa macam aku pernah jumpa muka itu dalam mimpi aku. Tapi aku konfiden 100% yang aku tak pernah jumpa muka ni.

Aku yakin ini hanyalah konspirasi Amerika semata-mata! Ehh...

Dan last-last... rupa-rupanya dah jadi meme dah. Puii...

Tapi muka dia creepy gila. Menakutkan.

~gundah gulana~

Wednesday, February 29, 2012

Tak Suka Gemuk... Tapi Suka Makan

Assalamualaikum~

Lama pulak tak menaip entri. Sempena hari lompat ni (29 Februari 2012), maka eloklah aku berceloteh sebentar. Ye dak?

Jeles betul bila tengok badan macam ni:


JANGAN FIKIR BUKAN BUKAN! :P

Lepas tu tengok badan sendiri. Alamak... Nak jugak kurus, ada six pack itu. Tapi sekarang ni tengok perut balik, macam susah je.

Ah, sedangkan Adele mampu kurus semula, ni kan aku! Oyeah!!!

Lagipun mempunyai lemak yang banyak itu berbahaya.

Aku selalu tonton Man vs Food kat channel 707.


Perkenalkan Adam Richman.


A normal person with a huge appetite. Kata beliaulah. Selalu tengok dia dalam rancangan tu sedang jalan-jalan cari makan kat restoran-restoran kat sekitar Amerika. Lepas tu di hujung rancangan dia akan bertanding untuk menghabiskan makanan dalam saiz yang agak besar dan mustahil untuk dihabiskan oleh manusia biasa dalam masa yang ditetapkan.


Kau mampu melantak burger gergasi ni sorang-sorang?

Dalam masa yang sama, aku geleng kepala jugak. Sudahlah restoran yang dilawati tu jual makanan yang mostly jenis fast food. Berlemak, bergula, berkalori tinggi. Dengan dia ni kalau cabaran makan tu tak nak besar pulak saiznya. Macam burger tu. Ni mahu berjuta kalori terkandung. Dengan melantak sorang-sorang.
Tersumbat salur darah aku melihatnya. :P Dah la dia ni saiz pun agak gemuk jugak.

Memang sedap kalau dapat makan makanan berkalori tinggi ni. Tapi kalau selalu je makan, memang tak lama lagi berkunjunglah diabetes, darah tinggi, sakit jantung dan sebagainya.

Patutlah 9GAG stereotaipkan Orang Amerika dengan masalah kegemukan. Tengoklah lambakan restorannya.


Aku pun takut satu hari nanti aku kena semua penyakit kegemukan ni. Tak guna dah hidup macam tu. Masa muda sedap la melantak tak ingat dunia. Bila tua nanti baru menangis.

Eii takut.. Nak kurus. Kalau duit PTPTN aku dapat sem ni, adalah sikit portion untuk usaha menguruskan badan.

Mohon pengedar-pengedar Jusmate dan Herbalife tak spam komen entri saya. HAHAHA~

Thursday, February 16, 2012

Drama "Aishiteru" dan UKM

Assalamualaikum...

Buat masa sekarang drama bertajuk "Aishiteru" sedang ditayangkan di TV9 setiap Khamis jam 8.30 malam. Masa cuti lepas, lepas makan malam aku terbuntang didepan tv bersama mak aku sambil mengunyah kacang Ngan Yin.


Hai Erin... awak chantek. :D

Dalam drama ni, ada shooting di UKM. Macam kebiasaan mana-mana drama tipikal Melayu, kalau shooting kat universiti, mesti watak tu sedang belajar dalam jurusan sains sosial. Maka itulah shooting drama ni dijalankan di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UKM.

Tapi peliknya, hero ni katanya belajar dalam kos Mechanical Engineering. Awatlah tak shooting kat Fakulti Kejuruteraan tu. Ish.

Dan satu lagi. Katanya beliau sedang menuntut di Universiti Malaya. Tapi suasana, fakulti, dan even hostelnya berasal dari UKM. Apekah??

Sebagai pelajar UKM, aku rasa kelakar sikit tengok cerita ni. Hairan pun ada. UM mengharamkan sebarang shooting drama dilakukan ke?

Tapi aku kena faham jugak. Nama pun drama. Tak perlulah terlalu realistik sangat kan? Tapi aku rasa kelakar sikitlah dengan usaha meng"UM"kan UKM. Haha~

~Santai saja. Tak perlu rage.~

Sunday, December 25, 2011

Serbanistas, serbanitas, apa-apa je lah.

Assalamualaikum...

Benda ni berlaku almost setiap tahun.

TAHUN BARU CINA
THAIPUSAM
WESAK
GAWAI
TADAU KAAMATAN
KRISMAS

Soalan, kenyataan, nota dan tweets yang sama akan muncul di setiap laman sosial.

HUKUM MENGUCAP SELAMAT ______ (isi perayaan di atas) 

Takkan untuk setiap perayaan tu kau nak tanya soalan yang sama?

Sekarang ni Krismas. Ok ada yang dah sibuk nak jadi ulama Facebook, ustaz Twitter dan sebagainya kalut nak share semua benda tu. Dan sekarang semua dah dapat jawapannya. Jadi sematkanlah dalam kepala hotak tu. Bukannya susah sangat nak ingat. Lainlah kalau formula matematik. Itu sampai kiamat pun kau orang takkan hafal.

Takkanlah untuk setiap perayaan tu lain-lain hukumnya ye dak?

Setiap kali perayaan, sibuk nak tanya benda ni. Korang fikir tak ape penganut agama lain fikir tentang Islam? Ke kau orang ingat kat Malaysia ni hanya ada Islam je?

Buruk imej Islam. Nanti dikatanya Islam ni kolot. Padahal setahu aku, Islam itu tidak sekolot mana. Yang kolot itu kau orang sendiri. Pemikiran kau orang yang kolot.

Macammana diorang nak tengok indahnya Islam kalau orang macam kau orang ni wujud?

Ni baru perayaan. Aku belum cerita pasal Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Guru, Hari Kanak-Kanak. Itu pun sama je. SEMUANYA FREEMASON. SEMUANYA ILLUMINATI.

Sibuk sangat takut haram itu ini, akidah goyah itu ini.

Yang aku herannya, kau orang ni tak pandang pulak diri kau.

Cukup ke tak solat 5 waktu? 
Aurat tutup ke tak? 
Puasa Ramadhan penuh ke tak? 
Zakat bayar ke tak?

Perkara yang penting pun terumbang ambing. Ni kan pulak sibuk nak bicara soal haram halal.

Bukan nak kata aku ni perfect sangat pun. Dan aku pun takkan nak claim aku ni cukup semua perkara diatas. Ibadah bukan untuk dipamerkan di laman sosial.

Macam-macamlah kerenah manusia sekarang. Pelik.

Friday, December 9, 2011

Budak Sekolah

Assalamualaikum...

Budak sekolah yang lelaki, sila jangan terasa. Entri aku sekarang tertumpu kepada:

1) Budak sekolah, jantina perempuan
2) Range umur 13-17 tahun
3) Peminat K-POP (again! dah la tu IQBAL!!!) yang butthurt dengan entri aku

Aku kena terangkan kepada siapa aku tuju ni. Ye lah budak sekolah. Sikit-sikit nak butthurt tak tentu pasal.

Korang tahu tak? Ada satu sempadan halus yang memisahkan antara ketidakpandaian dan kebijakan. Bagi aku, kehalusan itu tercipta sebab manusia ni boleh berubah dari tak pandai kepada bijak. Dan manusia juga senang berubah dari bijak kepada tak pandai. Memang sempadan itu halus dan barangkali takkan terlihat dek mata kasar. Manusia boleh merentas sempadan itu kerana kehalusannya.

Tapi ada sebilangan golongan manusia yang tak mahu merentasi sempadan itu. Mereka akan terus kekal dalam bahagian ketidakpandaian itu. Dan golongan itu ialah golongan yang aku nyatakan di atas.

Ah aku nak bersastera pulak. Bukannya diorang faham pun. KLW EJEW POWN MACARM NIEW, CARMNERW DIORG NARK PAHARM KAW???

Yang ramai sakit bontot dengan aku ni kebanyakannya ialah golongan itu. Yeah. Dah jangka dah pun. Setiap komen yang masuk, kebanyakannya meluahkan rasa tak puas hati, mengatakan aku kurang ilmu agama, biadap, dan sebagainya. Ehem.

So bila korang maki aku dengan harsh words yang tak perlu aku sebutkan kat sini, maka kau orang dianggap mulia? Tak kut. Aku cuma kata BODOH. Dan BODOH tu ada spesifikasinya. Ini semua miskomunikasyen je. Bak kata Ucop Wilcha. (sambil melayang-layangkan tangan)

Tapi beribu-ribu kata-kata kesat yang korang hamburkan. Aku tak marah. Aku geleng kepala je. Itu belum lagi yang menggunakan agama untuk menutup kesalahan sendiri. Astaghfirullah....

Susahlah lelaki sekarang nak cari bini. Kalau semuanya biadap, kurang ajar, dan sebagainya. Oh, korang kan nak kawen dengan orang Korea. Lupa pulak aku.

Dan ini yang aku tak boleh terima. Siap ugut nak cederakan orang semata-mata sebab k-pop. MasyaALLAH wahai wanita sekarang.... peliklah aku. Hei budak sekolah. Kau betul-betul berani sekarang. apa yang kau dapat dengan mempertahankan K-POP sampai bila ada orang kutuk K-POP kau dah nak ugut bunuh orang? Kau orang tau tak silap-silap kalau aku printscreen ugutan tu, bawak lapor ke balai polis, kauorang boleh kena dakwa tahu?

Tu aku persoalkan. Nabi Muhammad S.A.W hari-hari kena ejek. Kafir laknatullah buat kartun dia. Kata dia pedofilia sebab kahwin dengan Aishah R.A. Orang tuduh dia macam-macam lagi yang bagi aku memang patut kita isytihar musuh bagi si penuduh. Mana tindakan korang, wahai perempuan, budak sekolah? Takkan korang diam je? Tutup telinga dengar K-POP?

Tapi bila orang kutuk kau punya mamat Korea kegemaran kau, melenting. Melatah. Terus panggil segerombolan K-POPPERS korang tu boikot orang tu. Rela berbunuhan. Rela tumpah darah demi artis K-POP. Apakah semua ni???

Aku harap sangat sakit hati korang bila artis K-POP kegemaran korang tu dikutuk tu sama dengan rasa sakit hati apabila Nabi Muhammad dikutuk. Atau lebih pun takpe.

Aku tak maulah bila aku bukak Channel 391 KBSWorld, tengok berita dia, ada paparkan pasal korang yang sanggup berperang semata-mata K-POP. Diorang tak sedih. Bangga lagi ada bila tengok korang beria-ria mempertahankan K-POP, salah satu budaya diorang.

Tapi aku pun faham korang semua ni darah muda yang tengah menggelegak. Semua benda nak rebel. Still, aku masih hairan.

Dan satu lagi. Kenapa aku tak kutuk peminat Justin Bieber? Greyson Chance? Bruno Mars? Aku jawab senang je. Sebab aku langsung tak minat diorang. Aku tak pernah suka diorang. Laptop aku bersih dari lagu-lagu diorang. Sebab itu aku tak tahu menahu apa yang peminat dia buat. Aku kutuk peminat K-POP sebab aku suka K-POP. diulangi, AKU SUKA K-POP!!! Aku baca setiap berita pasal perkembangan lagu-lagu K-POP kat Malaysia ni. Sebab tu aku tahu cemana perangai peminat K-POP ni.

Aku bukan haters. Sebab aku suka K-POP. Tapi itu bukan bermakna bila aku suka, maka aku boleh terima perangai tak senonoh yang korang buat ni. Jagalah sikit tatasusila korang sebagai wanita Melayu. Yang bersungguh-sungguh nak memaki hamun si GIGI RABBIT tu apa faedahnya? Bukannya bantu korang dapat straight A pun ye dak?

Why K-POP haters hate K-POP? Sebab perangai koranglah. Senang je ceritannya.

Ah aku taip panjang berjela pun korang takkan baca punya. Aku gerenti 100%. Aku doakan perangai korang ni akan berubah satu hari nanti. Amin...

Oh lupa. Ugutan bunuh? Seriously aku ada dapat. Tapi aku delete je komen tu sebab yang mengugut bunuh tu BUDAK SEKOLAH. Dan aku kesiankan dia. Aku tak mahu masa depan dia musnah sebab benda remeh temeh macam ni. Kalau aku lapor polis kang, teruk jadinya.

Ini entri terakhir aku berkenaan benda remeh temeh ni. Lepas ni aku dah malas nak beri respon. Terpulanglah. Aku pun da bosan. Layan budak sekolah macam korang ni, sudahnya aku pun jadi macam korang.

Haters gonna hate. Bitches will be bitches forever.

Blogger Lelaki Pondan?

Assalamualaikum...

Ni lah akibatnya kalau idea bernas untuk taip entri dah terkeluar habis. Sekarang tak de idea dah.

Oh sekarang baru teringat. Title di atas? Kebetulan aku teringat kisah kawan aku seorang ni. Dia juga ada blog. Dan follower dia jugak ramai. Entri dia pun best. Kalau tak de 10 orang komen kat entri dia, memang something wrong.

Lately dia dah malas berblogging. Mungkin sibuk dengan tugasan pensyarah dan ulangkaji. Hurm... Satu hari tergerak aku nak bertanya ketidakatifan dia dalam blog.

Aku: Oit. Update la blog. 
Dia: Sibuklah. 
Aku: Sibuk apa kau. Kau bukannya aktif kolej dah pun.
Dia: Haha... Agak malas nak menaip sekarang ni. Tak de idea. Eh ada cerita nak bagitau.
Aku: Apa dia?
Dia: Blog aku ni mak sedara aku dah tau. Terus dia cakap kat aku: "Kau buat apa ada blog? Blog ni untuk perempuan je. Lelaki ada blog? macam PONDAN je".
Aku: *gelak guling-guling*

Makcik ni. Haih. Putus pulak urat kentut aku gelak tak sudah.

Nak difikirkan, populasi perempuan melebihi lelaki ni berlaku di mana-mana situasi. Di universiti, setiap kali pendaftaran baru, populasi wanita dengan lelaki adalah dalam nisbah 60:40. Dalam blog pun sama. Nak bukti? Tengok entri panas bawah tu. Jantina mana yang banyak komen sebab butthurt dengan aku? semua tu ada blog.

Makcik ni aku syak................................. Tak de papelah. Haha...

Blogger lelaki pun ramai jugak. Lagipun kegunaan blog ni bukannya terhad untuk dijadikan diari harian (sebagaimana kebanyakan perempuan lakukan). Yang lelaki ni guna blog sebagai medium memberi pendapat, berkongsi ilmu, dan sebagainya. Tak kurang juga ada yang mengejar trafik dan SEO. Ehh...

Ah makcik kalau selalu bukak blog perempuan memanglah makcik nampak yang ramainya perempuan je. Mencik. Haha...

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics