Assalamualaikum...
Buat masa sekarang drama bertajuk "Aishiteru" sedang ditayangkan di TV9 setiap Khamis jam 8.30 malam. Masa cuti lepas, lepas makan malam aku terbuntang didepan tv bersama mak aku sambil mengunyah kacang Ngan Yin.
Hai Erin... awak chantek. :D
Dalam drama ni, ada shooting di UKM. Macam kebiasaan mana-mana drama tipikal Melayu, kalau shooting kat universiti, mesti watak tu sedang belajar dalam jurusan sains sosial. Maka itulah shooting drama ni dijalankan di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UKM.
Tapi peliknya, hero ni katanya belajar dalam kos Mechanical Engineering. Awatlah tak shooting kat Fakulti Kejuruteraan tu. Ish.
Dan satu lagi. Katanya beliau sedang menuntut di Universiti Malaya. Tapi suasana, fakulti, dan even hostelnya berasal dari UKM. Apekah??
Sebagai pelajar UKM, aku rasa kelakar sikit tengok cerita ni. Hairan pun ada. UM mengharamkan sebarang shooting drama dilakukan ke?
Tapi aku kena faham jugak. Nama pun drama. Tak perlulah terlalu realistik sangat kan? Tapi aku rasa kelakar sikitlah dengan usaha meng"UM"kan UKM. Haha~
~Santai saja. Tak perlu rage.~
3 comments:
Minggu lepas aku tengok. Kekonon laki tu nak balik rumah. So dia kemas beg, dan pergi ke kereta bawak beg. Tapi shoot kat FSSK. Bongok apa adehh.
aku lupa point tu. btol gak. bongok ke hape.
Ini dikatakan lembu punya susu sapi dapat nama. :-)
Post a Comment