expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Followers

Korang Yang Ke...

Wednesday, February 22, 2012

Asyik Nak Kutuk Dunia Hiburan Malaysia Je Aku Ni

Assalamualaikum~

Dulu aku gebang yang aku benci Astro. Mahal, tak de siaran bila hujan, dan sebagainya. Tapi bila dah ada kat rumah, maka aku pun kurang menghadap laptop. Pastinya leka menonton AXN, DIVA, AFC dan channel yang bernombor 70_.

RIA? PRIMA? TV3? Maaflah, memang kurang berminat. Nanti aku terangkan.

Sejak Astro ada di rumah aku, Memang hiburan Malaysia sendiri aku dah tak layan. Otak aku sudahpun berkiblatkan Barat dalam bab hiburan ni. Bila tengok series, rancangan realiti, drama, sitkom dan sebagainya, aku pun berangan. "Kalaulah boleh di adaptasi kat Malaysia..."

Tapi stop berangan bila memikirkan kekangan yang wujud kat Malaysia ni. Contohnya, rancangan Big Brother.


Laki perempuan duduk dalam satu rumah bebas buat apa-apa. Kita di Malaysia tak boleh nak adaptasi rancangan macam  ni sebab budaya di Malaysia tak menganjurkan cara hidup bebas. Tambah-tambah lagi umat Islam di Malaysia ni. Lagilah tak boleh. Mungkin lah kalau nak buat jugak untuk non Muslim. Tak boleh tayang jugak. Melanggar norma dan adab Timur katanya.

Running Man? Femes sekarang ni.


Gamaknya sesuai tak kalau diadaptasi di Malaysia? Pandangan peribadi aku sendiri, tak sesuai. Rasa pelik pun ada. Lagipun artis kat Malaysia ni ramai yang bermusuhan sesama sendiri. Buatnya nanti bersama dalam satu rancangan. Mampu ke jadi profesional? Entah. Tak tau la.

Cukup pasal adaptasi. Sekarang aku cerita kenapa aku tak berminat dengan RIA, PRIMA dan saluran Malaysia.

Selalu tengok cerita macam CSI, Blue Bloods, Leverage dan sebagainya membuatkan aku kagum dengan otak orang Amerika sebab tema cerita yang unik, menarik dan pelbagai. Resipi untuk aku melekat depan TV.

Lepas tu aku pandang Malaysia. Drama Malaysia. Asyik-asyik temanya kejar tender tanah berjuta-juta. Konflik dalam pejabat. Kejar kuasa. Yang cerita seram tak habis-habis dengan santau, bomoh, lepas tu panggil ustaz halau hantu.

Contoh cerita kejar tender juta-juta
Menyampah aku. Director kat Malaysia ni tak boleh kreatif lagi ke? Suka sangat stereotaip.

Dalam banyak drama Melayu ni, yang bagusnya sikit je. Macam Juvana. Menarik jugak sebab lain dari yang lain. Spa-Q pun bagus. Tu je lah yang menarik minat aku.

Paling tak boleh blah bila mak aku sendiri kalau dok nasihat aku pakai ayat drama Melayu. Dah la mak aku ni peminat no 1 Yusuf Haslam. Drama dia tak pernah miss tengok. Kang bila dia bebel aku guna dialog drama Yusuf Haslam, aku dari jadi insaf jadi meluat. Teruslah aku cakap "tak payah berdrama sangat lah mak." Haha~

Mengkritik tu mudah. Cubalah buat drama sendiri. Tengok bagus ke tidak.

Gitu hah kena paku balik. Kalau tak boleh dikutuk macam tu sampai bila tak maju. Aduyainyepunn~

~Kalau langgan Astro Tapi buang channel RIA, PRIMA tak boleh ke?~

1 comment:

Anonymous said...

bang bila nk byr bil astro?

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics