expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Followers

Korang Yang Ke...

Showing posts with label Filem dan Drama. Show all posts
Showing posts with label Filem dan Drama. Show all posts

Wednesday, February 22, 2012

Asyik Nak Kutuk Dunia Hiburan Malaysia Je Aku Ni

Assalamualaikum~

Dulu aku gebang yang aku benci Astro. Mahal, tak de siaran bila hujan, dan sebagainya. Tapi bila dah ada kat rumah, maka aku pun kurang menghadap laptop. Pastinya leka menonton AXN, DIVA, AFC dan channel yang bernombor 70_.

RIA? PRIMA? TV3? Maaflah, memang kurang berminat. Nanti aku terangkan.

Sejak Astro ada di rumah aku, Memang hiburan Malaysia sendiri aku dah tak layan. Otak aku sudahpun berkiblatkan Barat dalam bab hiburan ni. Bila tengok series, rancangan realiti, drama, sitkom dan sebagainya, aku pun berangan. "Kalaulah boleh di adaptasi kat Malaysia..."

Tapi stop berangan bila memikirkan kekangan yang wujud kat Malaysia ni. Contohnya, rancangan Big Brother.


Laki perempuan duduk dalam satu rumah bebas buat apa-apa. Kita di Malaysia tak boleh nak adaptasi rancangan macam  ni sebab budaya di Malaysia tak menganjurkan cara hidup bebas. Tambah-tambah lagi umat Islam di Malaysia ni. Lagilah tak boleh. Mungkin lah kalau nak buat jugak untuk non Muslim. Tak boleh tayang jugak. Melanggar norma dan adab Timur katanya.

Running Man? Femes sekarang ni.


Gamaknya sesuai tak kalau diadaptasi di Malaysia? Pandangan peribadi aku sendiri, tak sesuai. Rasa pelik pun ada. Lagipun artis kat Malaysia ni ramai yang bermusuhan sesama sendiri. Buatnya nanti bersama dalam satu rancangan. Mampu ke jadi profesional? Entah. Tak tau la.

Cukup pasal adaptasi. Sekarang aku cerita kenapa aku tak berminat dengan RIA, PRIMA dan saluran Malaysia.

Selalu tengok cerita macam CSI, Blue Bloods, Leverage dan sebagainya membuatkan aku kagum dengan otak orang Amerika sebab tema cerita yang unik, menarik dan pelbagai. Resipi untuk aku melekat depan TV.

Lepas tu aku pandang Malaysia. Drama Malaysia. Asyik-asyik temanya kejar tender tanah berjuta-juta. Konflik dalam pejabat. Kejar kuasa. Yang cerita seram tak habis-habis dengan santau, bomoh, lepas tu panggil ustaz halau hantu.

Contoh cerita kejar tender juta-juta
Menyampah aku. Director kat Malaysia ni tak boleh kreatif lagi ke? Suka sangat stereotaip.

Dalam banyak drama Melayu ni, yang bagusnya sikit je. Macam Juvana. Menarik jugak sebab lain dari yang lain. Spa-Q pun bagus. Tu je lah yang menarik minat aku.

Paling tak boleh blah bila mak aku sendiri kalau dok nasihat aku pakai ayat drama Melayu. Dah la mak aku ni peminat no 1 Yusuf Haslam. Drama dia tak pernah miss tengok. Kang bila dia bebel aku guna dialog drama Yusuf Haslam, aku dari jadi insaf jadi meluat. Teruslah aku cakap "tak payah berdrama sangat lah mak." Haha~

Mengkritik tu mudah. Cubalah buat drama sendiri. Tengok bagus ke tidak.

Gitu hah kena paku balik. Kalau tak boleh dikutuk macam tu sampai bila tak maju. Aduyainyepunn~

~Kalau langgan Astro Tapi buang channel RIA, PRIMA tak boleh ke?~

Saturday, January 7, 2012

Adaptasi Novel

Assalamualaikum...

Masa sekolah menengah dulu, wabak Novel Alaf 21 merebak luas dikalangan kami. Aku jugak berjangkit. Hasilnya, terkumpul 6 buah novel yang aku beli.

Novel Alaf 21 ni bagi aku terkenal sebab cover buku dia cantik. Omputeh cakap don't judge the book by its cover. Tapi untuk novel keluaran Alaf 21 ni, memang korang kena judge cover dia dengan kualiti novel tu. Memang mantap.

Salah satu kegemaran aku bila membaca novel ialah membayangkan seandainya novel yang aku baca diadaptasikan ke dalam drama atau filem. Dah terbayang jalan cerita yang sebijik macam novel ni dengan variasi pelakon yang mengikut kepala hotak aku sesuai dengan watak dalam novel tu.

OMBAK RINDU tu pun aku dah baca habis dan siap terbayang siapa yang sesuai bawa watak Hariz dan Izzah. Tapi aku lupalah siapa pelakon yang terbayang masa tu. Haha...


Tak ke cantik cover dia?

Sekarang dah tersiar dah pun filem OMBAK RINDU ni. Pelakonnya memang lainlah dengan apa yang aku bayangkan. Haha... Sambutan pun hangat. Dengar kata sekarang dah lebih RM11 juta. Oh, dah pun masuk Astro First.

Tapi aku sikit pun tak berminat nak tengok. Sebab bila dah terlalu overrated macam Nur Kasih dengan Merong Mahawangsa tu, aku jadi malas nak tengok.

Aku tak nak komen apa-apa tentang filem tu sebab aku tak pernah tengok dan tak akan tengok pun.

Lepas ni mungkin akan banyak lagi filem dan drama hasil adaptasi novel. Baguslah. Tak de lah asyik disodok dengan cerita nasi kandar, KOMTAR, nana mamu haprak apa jadah aih aku merepek nih!!!

Cuma bagi aku, ada sesetengah novel yang lebih baik dikekalkan dalam novel je. Mungkin jalan ceritanya baik di novel tetapi tak sebegitu bila difilemkan atau didramakan.

Tak sabar sebenarnya menunggu filem PECAH, adaptasi novel terkenal karya Khairulnizam Bakeri.


Baucer buku dah dapat ni, kena beli novel ni. Ehehe... Orang kata best.

Monday, June 6, 2011

Seth Tan

Assalamualaikum...

Pengejar trafik akan buat entri pasal Gambit dengan video lucah lite2 beliau dan sikap kurang ajarnya. Aku tak berminat nak buat entri pasal itu sebab ramai sangat buat. Jadi jom beralih pada topik lain.

Seth Tan. Macam SETAN pun ada bunyinya. Cubalah pilih nama elok sikit.

Oh, apa peduli kalau pemilik nama itu kachak kan. SETAN pun boleh jadi BIDADARA... haha...

Nora Elena
Tu dia Seth Tan. Aaron Aziz pemain peranan itu. Patutlah orang dok kecoh je. Besar betul fenomena dia. Sampai perempuan-perempuan gewdicks pun berangan nakkan lelaki seromantik Seth Tan. (Actually korang gilakan Aaron Aziz je)

Maka dialog ini akan terpacul dari mulut mereka yang gewdicks ini:
  1. Ala you ni. Tak Seth la macam ni...
  2. Bie, cuba awak teladani sifat romantik macam Seth...
  3. Awak, kalaulah awak ni sebaik Seth...
  4. Mak, cek nak kawen dengan laki macam Seth. Tak dak laki macam tu, cek rela jadi andartu...
So gewdicks. =_=!

Ni pendapat aku.

Pertamanya, watak Seth itu sangat tidak logik kalau nak diterjemahkan ke alam realiti. Sebab rasanya lelaki zaman sekarang nak romantik-romantik ni dia tak guna dah cara oldschool macam Seth ni buat. Ada ke zaman sekarang orang nak cakap macam ni?:

Seth Tan: Awak. Ada pelangi kat luar ni.
Nora Elena: Tipulah awak ni. Saja je nak mainkan saya.
Seth Tan: Iye. Orang cakap tak nak percaya, 
Nora Elena: Mana?
Seth Tan: Nilah pelangi saya... (merujuk pada wajah Nora Elena)
Nora Elena: (blushing)

Hell no! Geli geleman aku. Haha...

Keduanya,

....
....
....
....

Aku tak tau. tetiba hilang idea. Haha...

Aku baru sekali tengok Nora Elena ni. Bagi aku, ia tak sehebat Adamaya. Walaupun dulu mereka yang gewdicks ini juga tergila-gilakan Adam itu, tapi aku tak lah geli geleman. Sebab skrip yang mereka tuturkan tu menyerupai cara percakapan kita. Tak puitis macam Nora Elena. Sori. Aku sangat geli dengan ayat-ayat drama kalau ia dipertuturkan di alam realiti.

Yes. Adamaya still the best. Nora Elena tak boleh lawan. Haha...

Wednesday, May 25, 2011

2000: Angan-angan millenium

Assalamualaikum...

Siapa pernah tengok filem Back To The Future?






Ok. Aku tak pernah tengok. Bahaha... Tapi kalau tak silap la kan, filem ni pasal dunia di masa hadapan. Dunia teknologi lah katakan. Semua benda dah canggih. Kereta pun tak beroda. Semua kereta terbang je. Punya gempak imaginasi Seven Spielberg ni.

Tahun 2000 tu merupakan peralihan abad baru. Abad ke-21. Aku masa tu budak-budak lagi. Masa 2000, aku baru Darjah 4. Tapi masa tu aku ingat ada berita hangat. Kononnya ada virus bernama "Y2K" akan menyerang komputer melalui internet dan akan mengakibatkan komputer mengalami kekeliruan. Sebab apa entah. Gempar semua pengguna komputer dan berebut-rebutlah mereka membeli antivirus untuk menghalang Y2K ni. Tapi tak ada pun. Hanya propaganda pengeluar antivirus untuk mengaut keuntungan. Pandai diorang ni.

Oleh kerana 2000 tu adalah tahun millenium bak kata omputeh, aku pernah berangan yang dunia ni akan berubah secara total. Maksud aku, terus berubah. Antara perubahan yang pernah terlintas di kepala aku masa aku kecik:

1) Pakaian semua berubah kepada warna perak. Macam robot
2) Robot akan muncul sendiri memudahkan kerja-kerja rumah
3) Semua benda akan berfungsi secara automatik
4) Kereta, motor terbang dan tak guna tayar.

Aku dah lupa. Ni antara yang aku ingat la. Dan semua ni aku harapkan terjadi lepas aku bangun tidur. Last day of 1999, aku dah tak sabar-sabar nak tunggu hari esoknya. Bukan sebab esok tu besday aku. Haha... Tapi sebab nak tunggu perubahan tu. Tidur pun tak lena. Haha.

Esoknya, aku kecewa. Sebab semuanya masih dalam keadaan asal. Tak de robot. Motor dan kereta masih bertayar. TV masih memerlukan tenaga manusia untuk dihidupkan. Terus tak de mood sambut besday. LOL

Fikir balik, tah hape-hape aku angankan ni. Merepek je. Haha... Punyalah hebat angan-angan aku ni. Gelak sorang-sorang bila fikir balik.

Korang ada fikir macam aku tak masa kecik-kecik dulu?

Wednesday, May 18, 2011

K-Pop tu berhantu tau tak?

Assalamualaikum...

Kepada peminat K-pop dan juga untuk Gula-Gula dan Max 24/7, hentikanlah mengagung-agungkan K-pop tu. Bukan apa. Aku risau kalau nyawa korang melayang sebab minat sangat. Tau tak setiap lagu K-pop tu berhantu? Cuba bayangkan kalau-kalau tengah dok melayan lagu SNSD tu tetiba je leher korang kena cekik dengan hantu. Tak ke kojol sia-sia je? Yang Gula-Gula pulak, fikir banyak kali sebelum nak debut. Tolonglah.

Tak nak percaya? Kata aku mengarut? Tengok sendirilah video kat bawah ni.

Monday, May 2, 2011

Kegilaan baru: English Series dan TVB drama

Assalamualaikum...

Merajuk dengan segala benda dari Korea. Semuanya sebab exam aritu susah. Grr... Merajuk sampai aku decide nak continue level 2. Hahaha~

Sekarang aku suka tengok English series. Aku layan semua. Tapi lebih kepada yang bercorak investigation. Err.. tolak tepi CSI walaupun ia jugak best. Haha...

Nak download direct macam susah je. Jadi nak tak nak kenalah aku mencari torrent. Lembab pun lembab lah. Janji dapat tengok. Haha...

My waiting list:

1) Bones


2) NCIS

3) Criminal Minds

Dalam 2 bulan shortsem ni memang takkan sempat la nak download semua. Haha... Jadi tengok yang mana sempat je.

Dan sekarang aku kembali minat tengok drama Hong Kong. Kat rumah hari tu aku tengok cerita ni:

Rosy Business

Dulu kat Astro On Demand. Kena beli kalau nak tengok. Lepas tu 8TV pulak tayangkan. Maka melekatlah aku depan TV tengok cerita ni.

Bila dah tak boleh nak online 24 jam, TV jadi pengganti. Hehe...

Friday, January 7, 2011

Sejuta Cinta Marshanda = Blergh... Whatever...

Assalamualaikum...

Ada dengar cerita. Sinetron Alisa dah nak habis.


Lama gila baru nak habis? Masa aku tengah ambil lesen kereta tahun lepas cerita ni baru tayang. Wau~

Wednesday, January 5, 2011

Rakyat Malaysia Yang Annoying...

Assalamualaikum...

Update entri di petang hari. Hujan pulak. Sodap mengeram ni. Hahaha

Bila ada masa lapang, aku suka baca surat khabar. Dan aku tak suka baca online punya. Kertas juga mau. Haha~ Sebab seronok feeling jilat hujung jari kalau nak turn pages. Sila jangan meloya. Habit aku. Ehehe~

Setiap surat khabar ada banyak ruangan. Dan kita mesti ada ruangan yang kita suka. Most of the time, aku perhati orang lelaki akan baca dari belakang dulu. Kenapa? Sebab ruangan sukan ada kat bahagian belakang. Dan juga mostly lelaki beli surat khabar hanya untuk baca ruangan itu sahaja. Lepas tu, khatam. Ruangan lain tak mau baca. (Ye ke? hehe...)

Bagi aku, semua aku baca. Dan ruangan yang menarik perhatian aku ialah.....

Thursday, July 15, 2010

Bogel depan orang ramai itu gila dan berdosa...

Assalamualaikum...

Try sikit korang berjalan ditengah kesibukan Kuala Lumpur dengan 1 syarat.

Apa dia???

Syaratnya.....

|
|
|
|
V

BERJALAN DALAM KEADAAN BOGEL TANPA SEURAT BENANG

Sentap mak!!!! Moteeppp suruh mak bogel uols???


Sape tak sentap... Tiba-tiba suruh orang bogel. Lepas tu pergi jalan kat KL pulak. Aurat.... Ish ish ish... tak pasal-pasal kadar kemalangan jalan raya meningkat sebab asyik tengok free show nanti. Hahaha...

Malulah wei... adess... ingat orang porn star ke???

Mostly kita akan malu bila kena berbogel depan orang ramai. Yelah. Susah nak describe tapi kan aurat kita harus dijaga. Berdosa dedah aurat sesuka hati. Tambah2 lagi dedah pulak "that part"... opppssss... :P hehe

Tapi ni yang aku hairan sangat ni. Orang kita ada dah yang sangat berani berbogel. Kalau orang gila tak pe lah jugak. Diorang ni tak waras. Bukan sedar pun diorang tengah bogel ke tak.

Masalahnya yang bogel ni orang waras!!!

Precisely...

ARTIS MALAYSIA KITA LAA!!!

Lagi precise...

LELAKI PULAK TU!!!

Sudah berani terima tawaran untuk berbogel dalam filem... berbogel dengan rela hati pulak. Suka sangatlah tu tayang "anu" depan produksi filem. Nak buat krew2 "horny" tgk anu kau. Ceh...

Pastu bila wartawan interview, memacam jawapan cover diberikan:

"saya berbogel sebab skrip suruh..."
"saya menghayati watak yang diberikan..."
"saya berbangga kerana dapat menempuh cabaran paling besar sepanjang karier saya..."

Paling tak tahan, siap promot tonton filem bogel dia sebab filem ni sebenarnya mengajar masyarakatlah, mendidik masyarakatlah, membuatkan orang diluar sana insaf la...

WAK LUUUU.......


Kat Amerika biasanya aktres yang berbogel. Jarang sekali lelaki yang berbogel demi menjayakan sesebuah filem.

Kat Malaysia, aktor pulak yang tergedik-gedik nak telanjang bulat. Haiyooo...

Tau kan siapa gerangannya... paling best. ISLAM pulak tu....

Ni Arja Lee. Dialah yang bogel dalam filem "... Dalam Botol" tu...

Adeh... tak de apa yang nak dibanggakan dengan bogel tu.

Harap-harap mereka ada membaca teguran dari Datuk Noh Gadot kat surat khabar mane tah. lupa. Pape pon, saranannya, seluruh produksi yang terlibat dalam 2 filem tersebut diminta bertaubat nasuha....

Lepas ni tak payah la nak telanjang depan orang ramai. Loya tekak...

~seb baek 2 Alam x de adengan bogel kan??? kalau ada mau RM100 juta dalam genggaman~





Friday, June 11, 2010

2 Alam???

Assalamualaikum...

Sekian lama tidak update blog. Busy dengan urusan test lesen kereta dan motor. Alhamdulillah, pass test motor dengan sekali ambik dan test kereta juga pass dengan 2 kali ambik. Tinggal nak cari kereta je untuk dipandu. Hahaha...

Selalunya dalam kepala mesti banyak idea untuk ditaip tapi sebab kesukaran untuk on9 tyme di puchong membatasi keinginan aku. Maka idea tu lesap macam tu je. Aku kat rumah skrg ni, jadi senang sikit on9.

Baik, lets talk.

Tau kan pasal filem 2 Alam tu. Karya dari pengasas Jus Mate 5 tu laa... Kalau diikutkan, dah lama dah ada kat panggung. Nak jugak tengok. Katanya mampu dapat RM12 juta. Sebab tu nak tengok hebat ke tak cerita tu. Tapi aku bukanlah gila panggung. Juz waiting kalau ade orang upload, aku download la. Jimat duit. Hahaa...

Alim wajah Aaron Aziz...


Tapi, kenapa sepi je? Aku ada jugak belek jadual tayangan wayang. Tapi tak de pulak filem ni. Ke aku yang tak jumpa? Ulasan pun tak de. Bukan apa. Nak jugak tau apa kehebatan filem ni sehingga optimis filem ni mampu kutip RM12 juta.

Ada jugak baca akhbar bahagian hiburan yang menyindir filem ni. Macam-macamlah sindiran. Sampai lupa apa sindiran tu. Yang pasti ia bersandarkan tentang kutipan yang tak masuk akal tu. Pedas jugak sindirannya.

Bagi aku, memang tak masuk akal. Belum tayang pun dah optimis nak kejar 12 juta. Ni dengar cerita naikkan target kepada 20 juta. WAW! Supa dupa OPTIMIS!!! Adnan Sempit yang dapat komen dan respon positif pon lebuh kurang 7 juta. Dan ni selepas tayangan. Yang belum tayang ni pulak dah target tinggi gilaks!!! Boleh ke?

Pulak tu katanya tak dapat tayang sebab tak cukup panggung. Uiks? Ye la kot kalau dah asyik tayang Lagenda Budak Setan dengan Prince of Persia je, mane nak cukup masa. Haha... Macammana nak capai target kalau macam ni...

Im still waiting 4 this film. Sebab nak tengok ada ke x-factor yang mampu membuatkan aku lekat depan laptop tengok cerita ni. Sebab aku tak plan untuk pergi wayang.

sudah... ko ngutuk2 filem ni, kang ko cari jugak Jus Mate 5 die tu kan??

Dah tu apa masalahnye??

Friday, May 7, 2010

Adamaya... BEST!

Assalamualaikum...

Dah lama aku tak update blog. Lagipun aku bukannya selalu ada idea untuk menaip. Lainlah cam otai bligger (BLIGGER pon bolehhhh.... blogger) macam die ni. Satu hari dalam 5 6 entri. Rajin sangat. Haha...
Sekarang ni aku bercuti di rumah. Tak sangka ada WIFI free kat sini. Makanya hari2 nak online pon boleh. Hahaha... shioknya hidup. Download pun laju. Tadi download ADAMAYA 10 minit je.

Cakap pasal ADAMAYA, cerita ni sangatlah best. Seronok tonton. Melihat Adam yang kendu lite2 dan Maya yang kiut gile2, diorang memang berjaya melakonkan watak couple dengan berkesan. No wonderlah ramai yang emosi bila si Dani tak habis2 mengejar Maya lagi walaupun dah 5 tahun berlalu dalam cerita tu. aku tengok pun geram. Hahaha... tapi tu hanya cerita. rilek sudah. Jangan emosi sangat. Haha... Sebab kat UKM pun aku tak de masa nak tengok, petang pulak tu, maka download adalah cara terbaik untuk aku menonton ADAMAYA. Thanks Internet Download Manager kerana memudahkan urusan download aku. (ceh, siap promot). Kalau ada yang nak dari aku, boleh je. Aku kasi je. Tak de bayaran. Supaya korang pon leh tengok bila2 masa kalau korang sibuk macam aku. (sibuk apenye?)
Sweet.... Semak ah ko Dani! :(



ADAMAYA ni stok je. Sebab sekarang ni prioriti aku adalah cerita Korea. Gila tol aku kalau Korea nih. Sekarang tengah tengok cerita ni:

Jumong

Rasanya aku terkedepan sikit. Sebab tak tayang lagi kat Malaysia. Harap-haraplah. Banyak lagi drama korea dalam simpanan aku beratur untuk ditonton.

Oh, next sem aku pindah kolej baru. Jadi, bye2 lah untuk Keris Mas yang mahal. Harap2 jimat duit aku lepas ni. Amin~

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics