Update entri di petang hari. Hujan pulak. Sodap mengeram ni. Hahaha
Bila ada masa lapang, aku suka baca surat khabar. Dan aku tak suka baca online punya. Kertas juga mau. Haha~ Sebab seronok feeling jilat hujung jari kalau nak turn pages. Sila jangan meloya. Habit aku. Ehehe~
Setiap surat khabar ada banyak ruangan. Dan kita mesti ada ruangan yang kita suka. Most of the time, aku perhati orang lelaki akan baca dari belakang dulu. Kenapa? Sebab ruangan sukan ada kat bahagian belakang. Dan juga mostly lelaki beli surat khabar hanya untuk baca ruangan itu sahaja. Lepas tu, khatam. Ruangan lain tak mau baca. (Ye ke? hehe...)
Bagi aku, semua aku baca. Dan ruangan yang menarik perhatian aku ialah.....
RUANGAN SMS PEMBACA
Sejak SMS ni jadi satu keperluan, ruangan ni diwujudkan untuk memudahkan orang ramai buat aduan tentang apa sahaja yang berlaku di sekeliling kita. Dah tak payah dah nak terhegeh-hegeh nak ke pejabat daerah misalnya. Ada jalan berlubang, SMS je terus kat paper. Sebeb kekadang bila terus je naik kat paper, baru terhegeh-hegeh nak buat kerja. Kalau nak buat aduan terus kat pejabat daerah pun boleh. Hadaplah kerenah birokrasi. Kang nak kena isi borang itu, borang ini, cop sana, cop sini, tanya pegawai itu, tanya pegawai ini. Sudahnya, masalah berterusan je tanpa sebarang tindakan.
Okeh, dah masuk part yang berkaitan dengan tajuk entri aku.
Apa yang annoying?
Pernah tak korang ada terbaca komen seperti ini:
"Drama Ular Emas di TV3 banyak unsur tahyul. Minta TV3 hentikan sebab takut anak-anak terpesong."
"Pertandingan Idola Kecil di TV9 menggalakkan unsur hedonisme di kalangan budak kecil. Minta dihentikan"
"Drama Arjuna dah terlalu jauh menyimpang dari ajaran agama Islam. pihak berwajib patut buat sesuatu"
*Ayat di atas hanya rekaan semata-mata
Baguslah. Ramai yang concern pasal hal agama sekarang ni. Tak salah. Tapi satu hal yang mungkin ramai tak tahu atau buat-buat tak ambil tahu. Melulu je hantar SMS. Bajet dia sorang je yang kisah pasal kebejatan sosial dan agama di Malaysia. (Ayat karangan SPM pulak. Ehehe~)
Kalaulah mereka tu tak de pegangan agama, maka takkan ada ayat ini di awal-awal cerita:
DRAMA INI HANYA REKAAN SEMATA-MATA. TIADA KENA MENGENA SAMA ADA YANG HIDUP ATAUPUN YANG MENINGGAL DUNIA. JIKA ADA, IANYA HANYA SECARA KEBETULAN SAHAJA
Dan klasifikasi rancangan tak akan wujud. Ada yang tak tahu ada klasifikasi baru selain daripada 5 klasifikasi utama yang kita tahu seperti U, 18SX, 18SG, 18PA dan 18 PL. Yang baru tu ialah PG13. (kalau silap tolong betulkan)
PG 13. PG tu maksudnya PARENTAL GUIDANCE. Ertinya, pemantauan ibubapa dan orang dewasa adalah perlu sekiranya anak-anak yang dibawah umur 13 tahun menonton cerita itu. Slot Lagenda kat TV3 tu salah satunya lah. Sedar ke tak sedar? Tak. Sebab nak tunjuk yang kita ni alim sangat.
Tanggungjawab menjaga akidah anak-anak kecil ni terletak pada ibu bapa. Kalau takut anak-anak terpesong, terapkanlah anak-anak dengan ajaran agama yang sebetulnya. Ni tak. Kononnya sibuk nak hentam stesen TV. Anak-anak dia sendiri tak terjaga. Dia sendiri pun terumbang ambing.
Well, jika kita terlalu sibuk mencari keburukan sesuatu perkara, maka keburukanlah yang kita dapat. Sampai kita dibutakan untuk melihat kebaikannya.
Mungkin cara-cara ni boleh diikuti sekiranya ada yang risau dengan akidah:
1) Didiklah anak-anak dengan ajaran agama yang sebetulnya. Kuatkan akidah mereka.
2) Jika mereka menonton drama sebegitu, kita harus ada. Manalah tau kalau mereka bertanya nanti pasal drama.
3) Takut juga? Jangan benarkan anak-anak menonton TV. Suruh mereka ulangkaji.
4) Takut mereka tengok senyap-senyap? Jangan beli TV. Jangan beli radio. Jangan beli komputer.
Pendapat aku semata-mata. Tak perlu menuduh aku kafir semata-mata kerana entri ni. Lagipun berdosa mengkafirkan sesama Islam. (Fanatik teori konspirasi Yahudi. TAKE NOTE THAT!)
4 comments:
serius really annoying wehh... huhuuh...
well memang annoying.
tapi maybe ada yg tkt kot,
sbb tak semua parents jaga anak smpi mcm tu skali.
well masing masing ade pndpt la kan.
tak tau la plk.
deAnza-wAnda: kan? benci! hehe
alynn notnot: well, ni pendapat org bujang. belum kawen. tp kdg2 yg buat annoying tu bukan org dh kawen, tp org bujang gak. cet~
herm.ada betulnya.budak2 mudah terikut dgn tv.so sedikit sebanyk memang bg kesan.kita yang dewasa mungkin boleh berfikir.tp tak budak2 la.jelas mereka berfikir dr sudut parenting tu.nk menegakkan sesuatu yg baik memang pyh lately.huhu
p/s:cita hantu kt tv3 dan tv9 sangat sgt annoyying bg orang penakut mcm aku..serius.btw,aku komen dr segi pandangan aku lah.no harm~
Post a Comment