Eheh. Nak jadi cikgu boleh? Cikgu ajar Bahasa Korea. Hehe...
Untuk pengetahuan, semester ni aku ambil Bahasa Korea sebagai subjek pilihan bebas aku. Saja suka-suka. Lagipun aku suka tengok cerita Korea. Nak jugak tengok drama korea tanpa subtitle. :P
So far, mudah lagi nak belajar. Baru takat kenal huruf. Oh ya. Bahasa Korea punya huruf sangat berbeza dengan bahasa Cina atau Jepun. Bahasa Korea punya huruf macam ABC. Bahasa Cina dan Jepun pulak guna sistem sukukata. Itu perbezaan utama.
Lecturer aku cakap, dalam 2 minggu konfem korang dah boleh baca huruf Korea. Haa... betul lah tu. Aku dah boleh dah. Sebab tu nak share sikit-sikit ilmu yang aku dapat ni. Hehe~
So aku nak share dengan korang mengenal huruf Korea dulu. Ni basic. Jangan korang ingat basic itu ialah annyeonghaseyo, kamsahamnida, atau segala bagai tu. Huruf ni korang kena kenal dulu. Untuk pengenalan pertama, kita kenal vokal dahulu.
Sebelum tu, sedikit fakta. Sistem huruf Korea, atau Hangul, ada 40 huruf iaitu 21 vokal (ada 10 vokal tunggal dan 11 vokal ganda) dan 19 konsonan (14 konsonan asas dan 5 konsonan ganda).
Ok. Dah sedia? Jom kita kenal vokal tunggal dahulu. Untuk panduan korang, huruf Korea aku taip dulu. Kemudian terjemahannya kat tengah. Dan dalam kurungan ialah cara menyebutnya.
ㅏ a (macam korang sebut AYAH)
ㅑya (macam korang sebut AYAH)
ㅓeo (macam korang sebut PERGI)
ㅕyeo (macam korang sebut SHUTTLE)
ㅗ o (macam korang sebut ORANG)
ㅛ yo (macam korang sebut NYONYA)
ㅜ u (macam korang sebut UBAN)
ㅠ yu (macam korang sebut KAYU)
ㅡ eu (macam korang sebut EMAK)
ㅣ i (macam korang sebut IKAN)
Sekian untuk sesi belajar bahasa Korea bersama aku. Hehe~ Lain entri aku ajar lagi ye.
Next Entry: Konsonan tunggal.
2 comments:
tibe tibe rasa macam tulisan n bahasa rusia lagi sng =.='
hehe..
senang je lah. :P
Post a Comment