expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Followers

Korang Yang Ke...

Showing posts with label Eksotik. Show all posts
Showing posts with label Eksotik. Show all posts

Monday, May 9, 2011

Bizzare Food Slot 1

Assalamualaikum...

Seperti dijanjikan, aku mahu borak-borak pasal makanan pelik di serata dunia. Peringatan ye. Kalau rasa loya lepas baca ni, jangan salahkan aku. Pangkah awal-awal ye. Hehe...

Jom tengok.

1) Belalang goreng





Boleh dijumpai di Thailand. Actually, bukan belalang je. Banyak lagi serangga goreng yang boleh korang jumpa. Eh, kejap. Bukan ke belalang halal dimakan? So tak la bizzare sangat. Hehe...

2) Mata Tuna

Tuna Eyes. Photo credit - Altons Images & chloeandliah.

Boleh dijumpai kat Jepun. Terus aku teringat anime Yakitate Japan. Ok. Yang ni pelik. Orang suka makan mata ni mentah-mentah ataupun cicah kicap dengan bawang putih. Geli pulak aku tengok. Haha.

3) Otak kambing

Lamb's brains. Photo credit - The Rocketeer & QueenKv.

Dijual di India. Kembang tekak aku tengok. Makan otak-otak je yang aku mampu. Haha... Kalau tengok hidangan kat atas tu, diorang masak macam masak daging biasa. Sedap cicah dengan capati. (Mata ke atas. tangan ke dada)

4) Sup telur semut

White Ants Eggs Soup. Photo credit - Xose Castro & Marshall Astor.

Ada kat Thailand. Orang cakap jangan makan semut. Nanti jadi bengap. Haha...

5) Balut
Balut. Photo credit - Marshall Astor & Kerolic.


Dijumpai kat Filipina. Telur Itik yang hampir nak jadi anak itik. Ewww... muntah aku tengok. Camnalah orang Filipina boleh lalu makan benda ni.

Sumber: http://unearthingasia.com/feature-highlights/10-unusual-asian-delicacies/

Sikit-sikit dulu. Banyak lagi makanan pelik kat dunia ni. Selamat menjamu selera!!! (muntah sebaldi)

Slot My Precious Blog: Bizzare Food

Assalamualaikum...

Terasa nak bercerita mengenai sesuatu. Jadi aku rasa aku nak buat slot kat blog aku ni. Aku namakan slot sebab....... entah. Takkan nak panggil segmen pulak. Hehe...

So untuk minggu ni aku mahu bercerita mengenai makanan yang pelik. Yes. Pelik, jijik, yang akan membuatkan korang muntah-muntah bila melihat gambarnya. Haha!! So sila baca dengan penuh berhati-hati.

Banyak kan makanan pelik-pelik kat dunia ni. Contohnya kat Filipina, diorang ada Balut (if im not mistaken) iaitu telur yang lebih kurang 50% isinya ialah embrio anak ayam atau itik. Kat Indonesia, ada Tikus Goreng dengan Burger Ular. Yummy!! (Mata ke atas, Tangan ke dada). Sekadar contoh sahaja.


So aku mahu mulakan slot ni petang nanti, insyaALLAH.

~tidur sekejap~

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics