expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Followers

Korang Yang Ke...

Sunday, January 16, 2011

Cara cepat popularkan blog dengan cara yang "terhormat"

Assalamualaikum...

Sesungguhnya aku benci dengan selsema. Coz it ruin my whole day!!! WAARRRRGGGHHHH!!!!!



Dok HATCHIU HATCHIU dari semalam. Now hidung tersumbat. Sekaligus aku bad mood. Shilakak~ Tak suka bad mood ni. Kalau boleh nak happy aje even problem berlambak.


******************************

Ramai nak ada blog sekarang ni. Kalau ikut sejarahnya, blog ni dicipta untuk artis dan orang ternama je. Tapi sebab buat blog ni free, so ramailah blogger-blogger wujud. Dan kewujudannya atas pelbagai tujuan. Ada nak kenal orang lagi ramai la, nak tambah pendapatan la, nak famous la, dan sebagainya. Oh, cakap pasal nak famous, Aku nak bawak korang mengenali cara-cara untuk membuatkan blog korang (sekaligus korang) popular. Sekelip mata je. Dengat cara yang sangat "terhormat". Ni berdasarkan pemerhatian aku la. Jom semak cara-caranya:

1) Kutuk pemerintah tertinggi negara

Ada dah yang naik famous dengan satu entri kalau buat cara ni. Buat je satu entri yang berunsur seperti itu. Konfem! Entri korang yang sebelum ni hanya ada satu atau dua komen (atau paling kesian kosong) esoknya akan bertambah bak cendawan tumbuh lepas hujan. Sampai 500++ pun ada beb! But beware. Mungkin korang juga kena sediakan beg kertas untuk tutup muka ataupun preparation secara mental. Sebab insyaALLAH korang bakal masuk lokap selepas itu. Hahaha~

2) Buat blog berunsur politik

Ahh... ni pun cara yang cepat nak jadi popular. Apa yang perlu dilakukan? Pilih mana-mana parti politik yang ada kat Malaysia ni. Eh, kalau korang student universiti, korang ada 2 parti nak pilih. Malas nak sebut. Faham-faham sendiri ye. Tapi nak side parti politik Malaysia pun boleh juga. Haha~ Then, korang defendlah parti yang korang sokong dan tonjolkan segala keburukan parti lawan. Dan lebih elok lagi kalau korang ni jenis yang suka carut-carut. Zaap!! Terus femes! Ahaha~ tapi kena juga berjaga-jaga dengan akibat macam poin no 1 tu.

3) Dedahkan konspirasi Yahudi dan Freemason

Orang Melayu Malaysia sekarang memang sensitif dengan menatang alah tu. Uols... i tak tipu noks... u try la buat. (awww...) Korang hanya perlu menonton Video The Arrivals berulang-ulang kali. Kalau boleh sampai khatam pun takpe. Lepas tu pandang sekeliling, cari apa sahaja yang boleh dikaitkan dengan unsur-unsur Freemason ataupun Yahudi. Contohnya, atas meja study aku ni ada tin air Revive. Tin dia warna biru. Uols... biru tu warna bendera Israel uols~ So, apa lagi. Hapdet blog cepat-cepat. Tajuk entri: 7UP REVIVE: SATU LAGI AGENDA TERSEMBUNYI YAHUDI. Nak kasi gempak, tulis entry dengan gaya yang penuh meyakinkan. Nanti konfem jugaklah blog korang ranking first dalam google. Kalau ada Nuffnang tu, sekali buat je terus esok mau boleh terus ambil gaji Nuffnang. Wa cakap luu~

4) Kutuk blogger otai

Korang haruslah dari jenis yang gilakan trafik blog dan juga punya point untuk kutuk blogger otai. Haha... senang je. Buat satu entri khas kepada mangsa anda. Kutuklah selagi boleh. Nak impak yang besar? Sharelah link kat facebook mahupun twitter. Haa... esok memang ramailah yang komen. Satu je pesan. Mental kena kuat dan haruslah menjadi orang yang heartless. Maksudnya lagi dikecam lagilah korang suka. Kalau nak impak yang kuat, carut balik orang yang komen. Umphh!!

Apa lagi ye? Yang ni je dapat aku kesan sepanjang pemerhatian aku. Haha... kalau ada yang nak share poin-poin lagi, sila komen ye. 

p/s: Bila aku taip terhormat sebagai "terhormat", means aku hanya cuba menjadi sarkastik. Bukan plastik mahupun ahli sarkas. Ok. cukup merepek. Sila jangan lakukannya. Aku percaya tak de manusia yang lurus sangat nak buat macam tu. So please, dont try this at anywhere.


11 comments:

whitecappuccino said...

ya, tentu famous meletop2!

IQBAL ZARIN said...

yup. hehe... :D

zaty luvlianncez said...

kutuk blogger otai

i knl ada sowg tue wat taktik nie n

menjadi!!!

hahaha

lwk tol

IQBAL ZARIN said...

nak tau!! hehe

.:padie_eyla:. said...

risiko tinggi nak buat empat2 tuh. aha

IQBAL ZARIN said...

kalau berani buat la. haha

Faiz Tapit said...

lensapokai la tu... hahaha
publisiti murahan..
ko nk poin lg best x?
jom kutuk dia ramai2... kah3

IQBAL ZARIN said...

die tu jenis jenis serupa cm ju on. x payah layan. lagi kita maki lagi die suke. hahaha~

IQBAL ZARIN said...

thanks! really helpful!

MamaSyaidah said...

laa..cam tu ke??mmm baru la mama tau...:P

Haril CP said...

info menarik....


http://arilimpian.blogspot.com/

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics