Indahnya bila berkahwin. Kahwin pulak dengan gadis idaman. Rezeki kata orang.
Gambar semata-mata.
Tapi yang tak indahnya bila memikirkan soal hantaran.
Sekarang kahwin hantaran paling kurang RM10000 kena ada dalam tangan. Keluarga si bakal pengantin perempuan yang tetapkan biasanya. Almaklumlah anak kesayangan katanya. Lepas tu taraf pendidikan tinggi. Takkan nak kahwin dengan manusia marhaen tak de duit dan blaja tadika pun tak lepas.
Nilai hantaran sekarang
UPSR je dah RM1000. Eh banyak tu.
Disebabkan nilai hantaran ni, suasana merisik dah bertukar menjadi perbincangan tawar menawar. Sedar tak sedar mak bapak belah perempuan ni memperlakukan anak diorang macam barang kat pasar malam.
Sebab hantaran tinggi jugaklah banyak masalah yang timbul. Bayangkan. Nak kahwin punya pasal sebab takut awek dikebas jantan lain. Maka terpaksalah buat pinjaman bank. Ok setel. Tapi dah kahwin nanti, pening pulak nak membayar baik pinjaman bank tu. Dah lah kena bayar dengan "bunga-bunga cinta" sekali. Kalau pemegang PTPTN, dah pening kepala memikirkan. Hutang bank, hutang PTPTN, nafkah zahir lagi. Gaji ciput. Taraf kehidupan makin naik. RM100 bawak pergi hypermarket sekarang tak banyak barang boleh beli. Tu belum masa bini dah mengandung. Kos perubatan lagi. Hutang terdahulu tak langsai lagi ni. Tambah lagi dengan anak. Lampin, susu, baju, etc. Tu tak kira kereta punya ansuran lagi. Bil-bil lagi.
Congak-congak, paling banyak hutang yang ada dalam RM250000 keseluruhannya. Ni anggaran "main letak" aku je.
Kalau nak kata sebab penceraian meningkat, aku boleh kata masalah kewanganlah puncanya. Dan salah satu sub-puncanya, hantaran tinggi yang di luar kemampuan. Tapi sebab dah sayang. Apa boleh buat.
Aku, walaupun masih single sekarang, sering terfikir macammana keadaannya bila aku bakal berkahwin nanti. Dengan hantaran sebegitu tinggi. Pointer aku sekarang tak menjamin aku akan dapat pangkat CEO sesebuah syarikat. Mungkin kerja bagai nak rak pun takkan mampu untuk bagi aku naik pangkat. Gaji pun mestilah sikit je.
Jalan penyelesaian aku bila berhadapan dengan hantaran mahal-mahal ni ialah seperti berikut:
- Bila pihak belah perempuan meletakkan nilai yang tak tercapai akalmu (Hai elyana...), aku akan play the game. Maksud aku, mereka tawar menawar. Maka aku pun akan turut berada dalam keadaan itu.
- Bila mereka tetap mahu nilai hantaran sebegitu tinggi dan mengugut bahawa anak mereka tu hot sampai lelaki lain beratur nakkan anak dia, aku nak tarbiyah sikit mak bapak bakal bini aku ni. Terangkan betapa Islam tak menggalakkan hantaran tinggi-tinggi ni.
- Tak makan saman jugak? Aku nak aplikasikan lawak yang pernah aku dengar pasal hantaran mahal ni. Lebih kurang macam ni: Bagi saya try dulu anak makcik ni satu malam. Kalau semuanya ok, saya bayar pendahuluannya. Kalau tak ok, saya pulang balik. Well, dah dia perlakukan anak dia macam barang jualan.
- Bagi sebab kenapa anak dia ni hantarannya patut lebih rendah dari nilai yang tinggi tu. Kalau tak reti masak, kurang 25% nilai hantaran. Freehair, kurang 10%. Tak menjaga agama, kurang 30% dan sebagainya.
Sampai point keempat tu, aku rasa bapak dia dah acu senapang patah kat dahi aku. LOL
Apa guna nilai hantaran sampai RM30000 tapi bakal isteri tak reti memasak, tak menjaga maruah diri, tak menjaga agama, tak reti hormat orang tua, etc.
Jangan persoalkan kenapa. Lelaki mestilah nak "barang" yang diperoleh setimpal dengan nilai hantaran. Hahaha...
Perempuan sekarang tak sedar yang mereka ni dah jadi macam barang dagangan bila berkahwin. Macam daging lembu. Gred A lain harga. Gred B lain harga. Eh daging ada gred ke?
Aku tak tahu bagaimana masa depan aku nanti. Dengan siapa aku akan berkahwin. Dan aku harap aku mampu lakukan apa yang aku katakan di atas. Kalau boleh kahwin tu nak sekali je seumur hidup. Tak mahu cerai berai. Dimurkai ALLAH.
Aku nak bini macam mana ye? Lain kali aku cerita, :D
~masih kecik hati~
2 comments:
haha..series lawak..haha..pape pon klo nak kawin @ teringin nak pikat hati anak dara org kena cari pekerjaan tetap @ business yg mantop..haha..pastu ble kewangan da cukup nak tampung hidop anak dara org..langsungkan pernikahan lagi cepat lagi bagos..hehe..anyway , done follow here & komen my entry..hit me back..please visit & follow my blog & give ur opinion my entry also..tq =)
bab yang letakkan hantaran ikut pelajaran ni seyes dari dulu aku taleh terima...huihhhh...
Post a Comment