Peribahasa Melayu memang indah. Macam tajuk entri aku. Sebelum tu aku jamu dengan lagu dari peribahasa ni. Nyanyian Aishah. Dengan lirik sekali.
Di malam yang sunyi
Dudukku termenung sorang diri
Di jendela sepi
Hingga dinihari
Ku menantikan kepulanganmu
Namun kata hanya sekadar
Tinggal kata-kata
Bagaikan melukut di tepi gantang
Begitulah aku
Di dalam hidupmu
Ada tiada tak memberi kesan
Hanya aku menanggung
Kerinduan..
Dulu pernah kau katakan
Sayangg..
Ingin mendengarku berlagu riang..
Menawar duka laraku
Lupakan saja..
Derita yang berlalu
Tapi mengapa dirimu, kasih..
Ibarat lalang ditiup angin
Kasihmu diracun
Oleh kata fitnah
Penuh hina
Hingga kini kau biarkan saja..
Diriku menanggung sepi
Dengan irama dukaku
Yang tak bermakna
Bagimu...
Ah memalam buta nak bersedih-sedih pulak aku ni. Haha...
Aku besarkan salah satu baris lirik tu. Itulah maksud sebenar peribahasa ini. Faham ke tidak? *bunyi cengkerik*
Tu la urban sangat. Meh aku jadi cekgu Bahasa Melayu kejap. *sut formal*
Ada tiada tak memberi kesan. Maksudnya, kau wujud ke, tak wujud ke dalam sesuatu kumpulan, tak de efek. Kau beri sumbangan atau lenggang kaki tak buat kerja, tak memberi masalah pun.
And that is what i'm feeling right now.
Camni lah aku tanya kepada sesiapa yang tersinggah kat belog aku ni. Cuba bayangkan member-member korang plan sesuatu yang gempak macam bercuti ke Singapura ke contohnya. Tapi korang tak tahu menahu langsung pasal plan ni. Sadisnya, korang hanya tahu bila member korang check-in kat Pulau Sentosa dengan Foursquare (siap jadi mayor lagi) dan upload gambar-gambar yang seharusnya meriah dan penuh dengan keceriaan.
Yeah. Gambar member-member korang sedang bercuti bersama. Dan korang tak wujud pun kat situ. Dan korang tak tahu sikit pun selama ni diorang plan senyap-senyap tanpa pengetahuan korang.
Bengang kan? Kalau tak bengang, sama ada korang ni zuhud atau tak de perasaan. Tu je.
Semua tu jadi kat aku sekarang. Rasa DIPULAUKAN.
Benda ni da lama jadi kat aku. Adalah bermula dalam tahun kedua aku di UKM ni sampai sekarang. Aku seringkali dilupuskan dalam segala aktiviti yang "orang-orang" ni buat. Apa-apa saja aktiviti.
Logik akal aku bekerja untuk menafsir situasi ni. Biasanya bila jadi situasi ni, mestilah sebab aku ada buat sesuatu yang menyebabkan mereka benci kat aku. Otak bekerja lagi. Tapi tak jumpa. Well, mestilah aku tak tahu apa salah yang aku dah buat. Biasalah manusia kan.
Tapi tak salah untuk bagitahu apa kesalahan aku. Sekurang-kurangnya dapat jugak memperbaiki diri. Itulah masalahnya. Mereka ni tak pernah cakap apa salah aku. Terus hukum aku. Damn.
Kalau taknak sangat aku tahu apa mereka ni buat, apakah dengan tindakan check in kat Foursquare tu bijak? Tak kot. Oh, mungkin untuk menyakitkan hati aku. Mungkin.
Kadang-kadang aku tak tahu sama ada diorang ni pernah atau tak anggap aku ni wujud. Ye lah. Kalau dah kena pulau, tak de sapa nak kawan dengan kau. Kan?
Even besday aku pun mereka tak wish. Tak macam yang lain. Siap dibelikan kek, disambut meriah lagi.
Kenapa aku harus menjalani hidup yang pathetic gile macam ni? Sabar je lah.
Jadi, berbalik pada peribahasa di atas. Rangkuman entri aku hari ini adalah berdasarkan maksud peribahasa tersebut. Tapi jangan risau. Aku, dan mungkin korang takkan pernah jadi seperti ini:
Betul. Kerana akan ada orang lain yang akan menghargai kita lebih dari yang lain. Ia sentiasa ada. Jadi, genggam eratlah mereka itu. Abaikan mereka yang tak reti menghargai kita.
Jadi, jangan pernah ucapkan "FOREVERALONE" sebelum kita sedar bahawa ada insan lain yang tahu menghargai kita dan sentiasa membuat kita rasa yang kita ini penting dan sentiasa wujud di muka bumi ini. :D
~lama tak menaip~
9 comments:
mak wish kot birthday uols ari tuh,siap bg ole2 dari klate kot
alah ko aku tau le. hahaha
alololo siannya....*nah tisu*
biasala ups n downs hidup...apa2 pun kita tetap kena feeling nora danish walau badan masing2 gerga kan... bak kata lecturer aku, it's all about choices...
*tak tau la ada kaitan ke tak..ada kot...
feeling chantek jugaklah kekdahnye. hahaha
rilek bro...rilek...lets join the club. FA club.
u know what the FA stands for
bahaha....
jangan sedih k awak... saya pon rasa bnda yg sama k.. kita tetap ada kawan2 k... saya pernah sakitkan hati kawan2 saya, saya xnk bnda ni berlaku lagi jer.. =(
kawan2 kan ada.... =)
jgn sedih uuu...
Post a Comment