expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Followers

Korang Yang Ke...

Wednesday, July 18, 2012

Herbalife: Memutuskan Persahabatan?

Assalamualaikum...


Jangan salah faham. Aku bukan ejen Herbalife. Hehe...

Semakin ramai yang amat pentingkan kesihatan sekarang ni. Untuk memastikan badan kita ni boleh dipakai sampai terpisah roh dari jasad, macam-macam cara dan usaha dilakukan untuk tujuan itu. Baguslah. Lagipun Malaysia kan ada ramai manusia-manusia obesiti. Kira-kira 2 daripada 5 rakyat Malaysia mempunyai masalah obesiti. (Sambil tenung perut sendiri dan berkata: aku salah seorang daripada 2 orang tu.) Salah satu cara yang mainstream sekarang ni ialah dengan mengambil suplemen tambahan seperti Herbalife. Kalau ikut apa yang testimoni daripada pengguna yang berpuas hati kata, mereka merasakan perubahan positif lepas mengamalkan Herbalife. Dan untungnya apabila Herbalife turut membuka peluang perniagaan kepada mereka yang mahu menjana pendapatan sehingga RM500 seminggu. Itu apa yang ejen-ejen Herbalife claim.

Dan bahan entri aku dipagi yang hening (dan sakit dada yang kembali bila dapat tau result exam dah nak out) ialah berkenaan dengan perniagaan Herbalife ni dan bagaimana perniagaan ni boleh buat orang benci kat ejen-ejen yang tersebar di seluruh Malaysia.

Yang aku pasti, Herbalife ni mengamalkan pelan perniagaan MLM. Tengok. Sebut je MLM dah ramai yang meluat. Belum lagi aku nak cerita perihal taktik dan cara-cara nak approach orang untuk join.

Kita semua mesti ada kawan yang join Herbalife ni. Apa perasaan korang kalau kawan baik korang yang selama ni dekat Facebook dia penuh dengan status jiwang-jiwang tapi lepas tu dah berubah jadi tempat dia promosi Herbalife? Dan apabila dia memikirkan korang ni kawan dia, dia pun approach korang untuk makan Herbalife dan join bisnes?

"Aku tengok kau ni makin membesar. Apa kata kau makan Herbalife. Boleh kempiskan perut kau. Kalau kau jadi ejen, boleh dapat side income lagi..."

Tak rasa terhina ke? Nak approach tapi salah cara. Ada yang boleh terima, ada yang tak. Kalau yang rasa terhina (macam aku), memang hilanglah bakal customer kau.

Sekarang perihal side income yang dikatakan boleh dapat RM500 sampai RM2500 seminggu. Tengok je nilai tu, siapa tak mau. Tapi kan, marilah kita fikir secara logik. Andaikan kawan korang baru je join. Assume korang memang tau dia baru je join. 2 hari lepas tu dia claim dia da dapat pulangan modal. RM200 misalnya. Mustahil kan? Tak mustahil jugak sebenarnya kalau kawan korang memang pandai cari pelanggan tambahan pulak Herbalife  punya reputasi memang tengah baik. Tapi bila korang mintak kawan korang belanja, banyak pulak alasannya. Sepatutnya kalau da dapat banyak duit tu, belanja la kawan-kawan kan? Masa belanja tu, hah promot la Herbalife tu. Baru la orang yakin nak join. Barulah orang percaya yang Herbalife mampu bagi kesenangan.

Tapi masalah sekarang ni, pum pang kat status FB dapat duit riban-riban tapi realitinya non hadoo. Sekadar gebang semata-mata. Kebanyakan ejen baru memang macam ni.

Masa aku join Infinity Downline dulu, aku dapat banyak emel yang mengajar aku cara-cara untuk menarik dan memikat orang supaya tertarik dengan Infinity Downline ni. Ada skrip lagi untuk dijadikan status FB. Cemana aku nak kata yang hari ni aku baru je join da pulang modal RM100 padahal cari orang pun belum lagi? Kan ke menipu tu namanya?

Samalah konsepnya dengan ejen-ejen yang baru sehari join Herbalife tapi dah claim dapat RM500. Logik ke? Lu fikirlah sendiri.

Tak cukup ke sebab-sebab yang aku jelaskan ni jadi punca kenapa kadang-kadang hubungan persahabatan pun boleh terputus gara-gara Herbalife khususnya? Bukan aku sembang kosong. Kawan-kawan aku pun ramai dah meluat dengan cara ejen-ejen Herbalife ni approach orang. Cara dah la tak kena tempat. Menipu lagi. Ingat orang nak percaya ke?

Bukan aku nak kondem produk Herbalife ni. Sebab aku macam yakin Herbalife ni mampu untuk menyihatkan badan. Cuma yang tak berkenan dengan Herbalife ni ialah ejen-ejennya. Aku sarankan Herbalife untuk adakan seminar tentang marketing management yang berkesan dan cara-cara yang halalan toyyiba untuk menarik pelanggan. Sebab kebanyakan ejen-ejen baru ni terlalu ghairah nak dapat side income sampai lupa yang "matlamat tak menghalalkan cara".

Pendapat peribadi semata-mata.


3 comments:

XIX Dragunov said...

aku suka produk herbalife ni.. nampak bagus.. tapi produk je la.. kah3 XD

Unknown said...

sme laa..aq pn suka produk niee...tp ejennya aq xsuka...hehe

Unknown said...

sme laa..aq suka produknye..tp aq xske ejennye.. hehe :D

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics