Aku bangun awal pagi untuk solat Subuh. Alhamdulillah masih bernafas untuk hidup. Lepas tu, aku terus mandi. Terlupa. Hari ni, tanggal 1 Januari, tarikh yang disambut seluruh dunia. Bermulanya tahun baru. Selamat tinggal 2010, dan selamat datang 2011.
Ironinya, 1 Januari juga ialah tarikh lahir aku. Seperti yang tercatat dalam surat beranak dan kad pengenalan.
Usai mandi, aku lihat ada SMS. Oh, ada orang mahu celebrate birthday aku. Diajaknya aku keluar. Alang-alang aku sudah mandi, aku terus bersiap. Destinasi, Mid Valley. Di situlah bakal berlangsung acara sambutan hari jadi aku.
Tepat pukul 10 pagi, aku keluar dari bilik selepas mengucapkan terima kasih kepada rakan Facebook yang wish birthday aku. Aku naik bas menuju ke stesen Komuter. Rakan yang mengajak aku dah sampai. Mereka dah membelikan aku tiket tatkala aku baru nak masuk barisan untuk membeli tiket. "Birthday boy tak payah susah-susah. Hari ni hari kau. So biar kau rasa bertuah sikit hari ni," kata rakan aku itu. Aku tersenyum gembira.
Dalam pukul 11 pagi, kami tiba di Mid Valley. Aktiviti pertama yang dilakukan kami, main bowling. Heh, aku tak reti. Bahkan bila lontar bola, sentiasa longkang. Namun aku rasa macam skill aku dah hebat semasa main bowling, ataupun mereka saja kasi aku menang sebab hari ni hari jadi aku. Apapun, pertama kali dalam sejarah, aku menang. Hahaha~
Lepas tu, pergi karaoke pulak. Melolong dan melalak sepuas hati. Aku rasa jeles bila rakan aku dapat menyanyi high pitch. manakala aku sentiasa terkucil vokalnya. Tapi yang penting kami puas dapat melalak sepuas hati.
Petang itu, kiranya sebagai penutup majlis, Kami ke KFC. Sedang duduk, tiba-tiba lagu Happy Birthday berkumandang bersama dengan sebiji kek dari Secret Recipe. Ohh, tak habis-habis dengan kejutan. Terharu. Aku sangat gembira walaupun agak malu apabila hari jadi aku di sambut di depan orang ramai. Hahaha~
Petang itu, kami bertolak pulang. Sampai semula di UKM pada jam 7 petang. Handphone Nokia 5800 aku berbunyi lagi. SMS masuk. Aku diminta datang ke Pusanika segera selepas maghrib. Ada apa hal?
Maka aku pun pergi jua. Ada seorang lagi rakan aku menunggu di sana. Tanpa banyak bicara aku ditarik ke kafe. Sampai sahaja...
HAPPY BIRTHDAY!!!
(diiringi balingan tepung)
Siot! Puas bermain tepung, kami berehat. Eh, lagu Happy Birthday lagi. Dengan kek lagi. Haha~ kenyang kek aku hari ini. Kami makan dengan seronoknya disulami gelak ketawa walaupun diri aku sudah serupa zombie kampung pisang.
Selesai sudah celebrate. Aku pulang ke bilik. Selesai mandi, aku cek Facebook. Ramai lagi yang wish. Tak mampu aku nak balas. Hanya terima kasih sahaja aku ucapkan. Aku dah letih sangat. Usai Isyak, aku terus tidur.
Hari yang indah, bukan?
Dan ini yang aku harapkan berlaku.
Tetapi~
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
SEMUA ITU HANYA ANGAN-ANGAN BELAKA
(T_T)
Sebetulnya, dari pagi sampailah saat ini, aku hanya di bilik. Online Facebook, download games, download album Maher Zain, Taylor Swift dan Siti Nurhaliza, dan tidur petang. Ya, aku hanya keluar untuk makan tengah hari. Itu pun di kafe kolej. Kemudian aku berkurung lagi dalam bilik. Ya, dari pagi sampaiu sekarang, aku hanya di bilik.
Maaf kalau ada yang baca entri aku ni nak kata aku ni penggemis perhatian. Lagipun aku nak update jugak sempena tahun baru ni. Hehehe~ So kalau ada yang meluat nak baca, sila klik butang "X" kat atas kiri. Okay?
Selamat ulang tahun ke-21, Mohamad Iqbal Bin Mohamat Zarin.
18 comments:
AHAHAHAHA....kesian kau bro... serius nice la entri ini..
happy birthday,
from KakiBLOGGERS. Ada kejutan untuk kau di fan page..
haha. alalalala. kesian.. hepy besday iqbaalllll.!
ok. terkejut. hahaha... thanks semua!!
camat ari lahir ke 21...
wish u gudluck in ur life...
crew2 kakiBLOGGER sentiasa bersama awk...
don't be sad k...
smile alwayz bezday boy.. :D
thanks mizz ainie 4 all ur wishes! i will always remember that. :DD
oh kami semua dari kakiBLOGGER~!!! yeahhhhaaa~!!! hepi bufday yaww~!!! dah boleh daftar mengundi ni, yok2~ hahahaha :D
lavender harum wangi: itu dalam perancangan. nak daftar lah nanti. tanggungjawab utk negara. hahaha
happy birthday yawww :D
..haha,,lawak je..~
nway,,hepi bezday..^_^
alynn notnot dan maizura maizan: thanks utk korg! :DD
hadoii... punyelah hepi aku bace kt atas,... haha
rilek2... aku pun cm ko gak selalu...
nothing interesting.... huuuuu
haha~ saje je mengupdate. act x harap pon. haha
harap ko tabah..haha
lebih dri tabah. haha
weh. smlm nmpk noti kat fb pasal bday ko, pastu lupe nak wish, hari ni bukak, nak cek balik sbb nak kompemkn tp xleh kompem so aku dah kompem skang sbb ko dah update so aku wish akt sini jela ek. hepi bday 2 u. moga terus cemerlang di masa akan datang...=)
*part mandi pagi pas subuh tu dah rasa mcm ada kecelaruan plot ...he3.peace.
haha... thanks!
ape yg celarunye? aku memg mandi pas subuh la. haha
poon poooon..nk tompang gak..
hepy belated bufday!!
^^
thanks kechik!! :DD
Post a Comment