expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Followers

Korang Yang Ke...

Monday, November 28, 2016

Financial Plan Untuk Seorang Aku.

Assalamualaikum...

Aku tak tau kalau-kalau aku share financial plan aku kat blog ni akan jadi satu perkara yang membahayakan aku. Tapi tak pe lah. Hopefully tak. Aku bukan orang kaya. Gaji pun biasa je. Tak de hasil pun rompak aku.

Lagipun siapa je tengok blog aku. Wakakaka.....

Dah 4 tahun bekerja. Sampai la ni aku masih tak de savings. I mean, LANGSUNG. Supposely dalam tempoh 4 tahun ni banyak dah savings aku. Let say aku simpan RM100 tiap-tiap bulan:


2013 (Julai - Disember)     : RM100 x 6 = RM600
2014 (Januari - Disember) : RM100 x 12 = RM1200
2015 (Januari - Disember) : RM100 x 12 = RM1200
2016 (Januari - sekarang)  : RM100 x 11 = RM1100

Total : RM600 + RM1200 + RM1200 + RM1100 = RM4100

Dah sedap hidup aku at least. Nak lagi sedap, tambahkan simpanan. So berganda lah.

Masalahnya aku sekarang, Gaji masuk, habis. Simpanan? Illek.

Angan-angan nak kahwin, beli rumah, kereta, boleh kelaut semuanya.

Kadang-kadang sedih jugak. Dah kerja patutnya duit gaji aku cukup untuk sebulan. Tapi kenapa mesti tak cukup. Something must be change.

Nak menghadap zaman Najib ni, terpaksalah jadi bijak mengawal perbelanjaan.

So untuk 2017, Aku berharap tak terlambat untuk aku mula menyimpan duit. Walaupun pakar-pakar kewangan kat Facebook semua kata macam dah terlambat. Ye ke? Entah. Saja je cakap camtu hahaha...

Planning kena rahsia dulu. Tak boleh share kat sini. Bahaya.

Tengok nanti cemana plan aku tu menjadi ke tak. Haha.

Tuesday, October 4, 2016

Pokemon Go: Patutkah Aku Stop?

Assalamualaikum...

Apa khabar pemain Pokemon Go semua?

Aku dah stop main. Bukan la sebab boring ke apa. Cuma aku tak boleh main. Aku ni masih guna Lenovo S939 yang dikuasakan dengan Android 4.2.2 (Jelly Bean) yang mana memang tak compatible langsung la dengan Pokemon Go. Sila rujuk entri di bawah label Pokemon Go untuk mengetahui bagaimana aku masih dapat bermain walaupun handphone aku tak sesuai langsung.

Sejak ada update terbaru ni, game ni jugak paksa aku untuk update jugak. Memang takkan dapat la aku update sebab memang tak compatible langsung. Mungkin aku kena repeat balik cara yang sama aku share dalam entri lepas cuma tak tau masih berkesan atau tak. Maklumlah sejak update yang tak benarkan handphone root/jailbreak main game ni dikuat kuasakan, jadi aku ragu-ragu kalau ia masih berkesan atau tak.

By the way, aku rasa aku patut stop main. Kerana...

1) Game ni terlalu banyak guna masa aku. Tambah pulak sekarang aku nak prepare untuk professional exam aku, jadi aku kena stop mencari Pokemon.

2) Niantic is such a bitch. Apa tah diorang fikir. Terlalu nak sangat player jadi real trainer. Hello. Realiti sekarang manusia ni ada life dia jugak. Bukan macam dalam game/anime tu. Kita manusia di alam realiti ni nak kerja, bersosial, kahwin, cari kerja dan sebagainya. Game ni setakat isi masa lapang je. Dan sepatutnya diorang less strict sikit la. Apa je salahnya orang guna 3rd party apps untuk memudahkan player bermain ikut life diorang. No harm pun aku rasa.

3) Gameplay yang nampak bercelaru. Pertama, Niantic banyak sorok ciri-ciri permainan ni. Basically orang yang casual ni hanya tahu CP, bilangan candy dan stardust je. IV? Apa tu? Tak de pun. Dan sampai sekarang pun aku tak tahu apa function IV tu. Kedua, Player tak boleh nak set move pokemon diorang sendiri. Macam lucky draw dah. Dapat moveset yang bagus, bertuah la. Dapat yang suam-suam kuku je? Terus transfer. Dah nak cari lagi. Ketiga, Pokemon tak de peluang untuk di latih. Takkan nak harap stardust je bagi naik CP Pokemon. Keempat. Gym battle entah apa apa. Kalau lawan one by one bagi la kita pilih dulu move mana kita nak guna. Ni dok tap je sampai nak retak skrin handphone. Tak boleh nak set tactical langsung. Sedang dalam anime pun si Ash battle dengan lawan dia one by one. Maksud aku, pokemon attack sekali dan pokemon lawan attack sekali. Battle apa macam ni.

Jadi, kesimpulannya, aku officially uninstall Pokemon Go dalam handphone aku. Dan ini ialah entri terakhir aku pasal Pokemon Go. Niantic, feel free to terminate my account. You are bitch. Gitu carut.

Friday, September 30, 2016

Penipuan

Assalamualaikum...

Minggu ni hangat betul kisah-kisah kat social media. Secara sengaja aku pun follow beberapa kisah tersebut. So untuk entri kali ni aku nak fokus pasal penipuan.

Siapa je suka kena tipu. Rasa dipermainkan tau dak. Tambah-tambah lagi kalau yang menipu tu seorang public figure. Orang yang dah menjadi idola sesetengah orang. Tapi zaman sekarang ni kalau idola kau menipu, kau akan pertahankan dia sehabis baik. Tak kiralah macam mana cara sekali pun. Mungkin sebab kita masih rasa yang idola yang kita sanjung tu kena khianat. Biasalah jatuh menjatuhkan orang yang dah berada di atas ni. Ada juga sampai tahap tak boleh terima hakikat. Tak faham manusia macam ni.

Jadi kes yang terhangat minggu ni ialah:

1) Fynn Jamal (Kokping)

Aku rasa dia memegang rekod sebagai selebriti paling ramai dibenci di Malaysia ni. Even yang minat dia pun kalau lama-lama perhati perangai minah ni pun akan benci dia. Gelaran selebriti ni pun tak layak untuk dia sebenarnya. Sebelum dia femes lagi pun dah banyak sangat kisah negatif pasal dia. Bermula dengan kisah dia mengaku OCD sebab rasa cool (rujuk entri aku pasal OCD), dengki tak sudah dekat bekas biras dia Atita Haris (forgot that name though), membuka aib sendiri dengan sebab mahu memberi pengajaran kononnya, bagai mana dia menjaga anak angkatnya Juna yang autism, you name it. Boleh search forum kat Cari tu untuk catch up kisah negatif pasal dia. Isu yang hangat sekarang ni pasal dia ialah kisah humble dia bernikah dengan laki dia dalam keadaan daif kononnya. Laki dia kononnya bernikah dengan dia waktu dia hanya kerja sebagai despatch dan dia sebagai lecturer.

Kenapa netizen bising?

Pertamanya, dia up kisah ni dalam beberapa hari lepas kisah Noh Hujan dan Mizz Nina viral di laman sosial. Boleh cari sendiri kisah tu. Apa yang membezakan kisah ni dengan kisah Kokping, kisah Noh Hujan ni kisah benar. Dan diakui oleh semua orang. Noh cerita yang dia tak pernah jejak kaki ke IPTA dan terus masuk ke bidang seni. Itu memang benar. Dan kisah dia kenal dengan Mizz Nina sampai bernikah dan berubah kerana ALLAH, itu semua benar. Nak dibandingkan dengan kisah Kokping yang dia sengaja up lepas beberapa hari tu, semua tu tipu! Kenapa tipu? Baca sendiri lah kisah dia yang viral tu dan search blog dia untuk bandingkan cerita tersebut. Sangat bercanggah!

Kedua, apa yang dia nak dengan up kisah humble rekaan dia tu? Nak beri pengajaran ke atau nak secebis kemahsyuran internet? Dia dah banyak buat kemahsyuran tu sejak dulu lagi. Dan semuanya negatif! Dan kenapa dia up kisah tu beberapa hari lepas kisah Noh Hujan Mizz Nina viral? Adakah minah ni gila femes?

Dan untuk wrap kisah dia ni, semua peminatnya menyokong tanpa ragu-ragu dengan tindakan salah dia. Bersatu nak hentam balik caci maki yang dilemparkan pembenci Kokping ni. Stupid i say. Takkan sebab kau minat dia maka dia ni maksum tak boleh dimaki? Jangan mendewakan dia sangat lah.

2) Azizan Osman

Tak tau nak panggil dia apa. Usahawan ke, entrepreneur ke, apa benda tah. Tapi aku tau dia ni seorang penceramah yang kononnya berniat nak majukan bangsa sendiri, nak tengok bangsa sendiri jadi jutawan dengan berbisnes. Orang yang dah bukak mata dah lama tau dia ni menipu. Bayangkan untuk menghadiri ceramah dia je kena bayar harga yang mahal. Ikut seat pulak tu. Macam konsert dah. Padahal kalau nak sangat mula berbisnes banyak sangat sumber-sumber ilmu yang boleh korang cari secara PERCUMA. Kenapa nak bazir duit? Ilmu dia berharga sangat ke?

Paling meragukan ialah credential dia. dua tiga master, dua tiga Phd. Tau tak nak setelkan master tu pun ramai yang berkorban apa je untuk habiskan. Kena banyak publish jurnal dan penerbitan atas nama sendiri untuk melayakkan kita dapat master tu. Bagaimana dia ni senang-senang buat master sampai 2 3 bidang? Lepas tu, mana tesis dia? Mana penerbitan dan jurnal dia? Kenapa cari atas nama dia tak de? Grad master daripada Gordon University. Universiti mana tu? Kenapa bila search tak wujud? Hal ni dah lama dibongkarkan.

Paling latest. Dia mengaku dapat gelaran Doktor daripada Universiti Malaya dalam bidang keusahawanan. Ada orang yang berjaya bongkarkan penipuan ulung dia dan akhirnya pihak UM sendiri buat statement yang mereka TAK PERNAH bagi ijazah kedoktoran tu kat dia. Apa yang aku faham kalau ikut undang-undang, UM boleh dakwa dia sebab menipu atas nama UM untuk mengaburi mata orang. Kita tengok nanti perkembangan kes ni. Tapi sekarang dah kepoh, ada yang dah terbukak mata.

Dan macam biasa, masih ada yang cuba untuk back up dia. Mula mainkan isu bangsa agama negara. Ada yang mengatakan hal ni tak patut dibongkarkan sebab ilmu dia berharga dan dia banyak tolong Melayu. Ada yang tuduh kita ni suka tengok bangsa sendiri mundur. Ada yang menghalalkan penipuan dia. This is sick! Tipu tetap tipu tak kira lah dia benar sekali pun.

Dalam dua kes ni, yang paling aku tak faham adalah pengkut tegar. Buta mata buta hati dah agaknya sampai tak boleh beza baik buruk. Lepas tu main isu bangsa. Tau tak kedua-dua manusia ni lah pengkhianat bangsa sebenarnya. Ini pun nak dijadikan idola lagi?

Harapnya mereka ni terbukaklah mata dan hati mereka untuk tengok kebenaran. Jangan selama-lamanya terpengaruh dengan mereka. Kalau rasa nak tau lebih lanjut, google lah sendiri kisah mereka. Kita masing-masing dah dewasa. Tahu menilai mana baik mana buruk.

Sekian.

Wednesday, September 28, 2016

Mula Belajar Actuary: Diploma atau Degree Terus?

Assalamualaikum...

Dah lama tak update pasal actuary. So far aku masih mencari nota-nota percuma yang sedikit sebanyak dapat membantu aku untuk study. Banyak dah jumpa. InsyaALLAH aku akan mula atur balik jadual hidup aku untuk study balik. By the way, aku start dengan first paper dahulu, berkenaan statistik dan kebarangkalian. Harap dapatlah aku catch up balik. Amin...

Kalau nak masuk bidang Actuary, paling penting kau kena ada ilmu Matematik yang teramatlah kuat. Sejak tadika lagi kau dah kena suka Matematik. Camtu. Ok let say, kau memang cemerlang. SPM kau pun cemerlang terbilang gemilang gitu. Matematik dengan Matematik Tambahan kau skor A+. Dan kau pun memang target nak belajar course Actuary. Tapi kau nak sambung belajar kat Malaysia je. Kat Malaysia, Ada dua pilihan cemana kau nak sambung belajar dalam bidang Actuary:

1) Diploma
2) Degree

Kalau nak lompat degree terus, kenalah kau sambung STPM ataupun Matrikulasi. Aku tak sure pasal diploma tapi rasanya masih sama. Isi UPU.

Jadi, antara dua pilihan ni, yang mana satu lagi baik? Mestilah ada pros and cons.

Diploma

Aku tak de pengalaman belajar level diploma so aku tak tahu cemana silibus diorang. Tapi boleh aku kata untuk level diploma ni dia banyak ajar basic dulu. Bagi aku bagus sebab tak de lah nanti student hilang arah. Student pun boleh kejar pembelajaran sepanjang tahun-tahun diploma. Dan paling penting, untuk Actuary khususnya, dalam tahun-tahun diploma ni kau boleh dah plan untuk ambil Professional Exam. Kalau banyak duit, konfiden, boleh daftar terus. Dalam 3 tahun tu insyaALLAH kau dah boleh lepas at least 2 atau 3 exam. Sambil-sambil tu mestilah boleh skor pointer 4flat untuk diploma. Nanti bila sambung degree, subjek yang betul-betul mendalam pasal actuary insyaALLAH boleh skor jugak. Cons ni aku tak jumpa lagi. Kena tanya diorang yang start dengan diploma lah.

Diploma Actuary hanya terdapat di UITM untuk IPTA. Aku tak keep track untuk IPTS.

Degree

Pilihan utama kebanyakan bakal student. Masa yang cepat sebab degree hanya 3 tahun je belajar. Banding dengan diploma 3 tahun lepas tu degree 2 tahun, maka ramai yang pilih untuk sambung belajar di Matrikulasi atau STPM dahulu kemudian terus masuk IPTA sambung degree. Itu pro. Cons dia, silibus memang pack (bagi aku) dan kalau tak bersedia, memang kau akan terkapai-kapai sepanjang pengajian kau. Macam aku lah. Haha... Tapi aku ni kes terpencil. Ramai yang pilih jalan ni skor dengan jayanya. Berkenaan professional exam, boleh ambil masa pengajian jugak. Banyak duit, konfiden, daftar je lah. Most student (Chinese usually) diorang dah habis 4 exam by the end of their 2nd year. Masa 3rd year dah rilek. Tumpu nak maintain pointer je.

Degree Actuary ada kat UKM, UM, USIM, dan UITM untuk IPTA. Aku tak keep track untuk IPTS.

Jadi, personaly, aku rasa kalau kau slow learner (macam aku. sedih tol dah 4 tahun lepas grad baru sedar haha), baik lah mulakan dengan diploma dulu. Kuatkan basic berkenaan actuary supaya nanti korang boleh skor professional exam dan pointer sepanjang pengajian. Degree bagi aku tak macam tu sebab expectation kau dah ada basic tu. Sebab tu ia menjadi masalah buat aku. Bayangkan student science yang tiba-tiba kena belajar ekonomi. Mau terkejut otak kau. Tapi kalau berusaha insyaALLAH boleh grab jugak.

Tapi kalau kau tengah memilih ni, make sure kau tahu apa yang kau buat. Aku dulu terlalu ikut mainstream flow. Sambung matrikulasi then dapat degree Actuary. Semuanya sebab mentaliti "diploma tu level cikai je". Ye aku memang berfikir macam tu dulu. Inilah hasilnya. Orang boleh bagi pendapat kat kau je. Jangan ambil diploma nanti lama sangat, katanya. Tak kiralah dari mana pun kau bermula, kalau kau ada keazaman tu, peluang kau kat luar lebih cerah kalau kau ada faktor yang mampu buat kau lebih menonjol. Walaupun kau bermula dengan diploma.

Satu lagi mentaliti. Aku dulu dimomokkan dengan kata-kata oleh manusia tersebut (rahsia) bahawa graduan yang bermula daripada diploma (senang cerita, kau masuk UITM) tak laku dalam pasaran kerja. Katanya asal company besar-besar dalam bidang actuary ni tau kau asal UITM, diorang tak pandang kau. NO. NO. NO. Screw that person. Aku sekarang tak percaya dengan teori sampah ni. Pendapat aku, asal kau ada ilmu Actuary yang kuat, lepas tu kau lulus banyak professional exam, itu dah cukup untuk buat kau menonjol daripada orang lain yang sama-sama fight dengan kau. Kat mana kau belajar tu tak penting sebab ilmu yang dituai tu sama je. I guess i was too young too dumb to realize what am i doing in my previous 7 years.

Lastly, mana-mana pun jalan yang dipilih, belajarlah betul betul. Diploma dan degree ada pros and cons tapi berdasarkan pengalaman aku, memulakan actuary dengan degree adalah satu kesilapan. Dan aku nak tebus kesilapan ni. Semoga semuanya berjalan lancar untuk aku. InsyaALLAH.

p/s: segala pendapat yang aku taip dalam entri ni adalah berdasarkan pengalaman aku semata-mata dan diharap tidak mempengaruhi mana-mana keputusan yang dibuat dalam hidup kau orang. Kalau rasa nak mula dengan degree, go for it. Kalau rasa nak masuk UITM, go for it also. Asalkan kau orang tau bagaimana nak aturkan jalan hidup korang. Hehe...


Sunday, September 11, 2016

Pokemon Go: Niantic Buat Hal Lagi

Assalamualaikum...

Hai pemain Pokemon Go semua. Hari ni (11/9/2016) ramai yang marah-marah dengan Niantic, pembangun permainan ni. Semuanya pasal update terbaru Pokemon Go.

Macam aku beritahu dalam last post berkaitan Pokemon Go, Niantic sangat mementingkan kejujuran dalam mewujudkan suasana permainan yang adil dan saksama. Jadi Niantic akan ban mana-mana akaun pemain yang menggunakan 3rd party apps walaupun ia berguna untuk korang. Peraturan ni je dah menyusahkan banyak pemain dimana ada diantara pemain yang menyalahgunakan peraturan ni untuk merosakkan akaun pemain lain. Niantic juga mengamalkan konsep "ban dulu, takde siasat, jangan main game kami dah" dimana kalau akaun korang kena report dengan manusia dengki ni, chance untuk korang dapatkan balik akaun korang adalah tipis atau tak de langsung. Selamat tinggal lah Dragonite CP 3456 korang tu.

Overrated creature. Zzzz...

Kalau yang ni je dah menyusahkan, hari ni ramai yang bising balik. Niantic mengeluarkan update terbaru dimana handphone/tablet korang yang dah di Root (Android) atau Jailbreak (iOS) juga tidak dibenarkan bermain Pokemon Go. Kalau peranti sedia ada korang tu sudah di Root/Jailbreak, Niantic akan ban jugak. Boleh tengok kat Appstore masing-masing banyak komen yang mengamuk kat Niantic kerana sikap pukul rata Niantic ni.

Bagi aku sendiri, Niantic melakukan tindakan yang amat bodoh dan sombong. Ramai yang Root/Jailbreak handphone diorang bukan semata-mata Pokemon Go sahaja. Bahkan Root/Jailbreak ni pun wujud sebelum Pokemon Go ni wujud lagi. Dan bukan semua pemain Root/Jailbreak peranti diorang semata-mata untuk Pokemon Go.

Tak lama lagi memang Pokemon Go ni orang tak main dah. Sia-sia. Kesian orang yang bermain secara jujur. Kalau sikap sombong Niantic ni berterusan, Tak mustahil Pokemon Go ni hanya tinggal kenangan je lah.

~Selamat Hari Raya AidilAdha~

Tuesday, September 6, 2016

Handphone Pre-Order: Tersontot Dan Menyontot

Assalamualaikum....

Lucah tajuk entri. Tapi sebenarnya tak lucah pun.

Muka depan Harian Metro (5 September 2016) pasal ejen jual handphone murah tengah tersontot dek supplier yang dah bawak lari duit hasil jualan handphone murah secara pre-order ni. Sampa kena ugut bunuh, rogol, santau, dan sebagainya. Bila kita cakap pasal kerugian dan handphone ni, boleh jangka lah sebenarnya berapa banyak kerugian tu. Jangan ingat handphone murah tu kalau rugi sikit je amaun nya. Handphone murah, order pun mesti banyak. Expecting amount tu juta-juta jugaklah.

Kenapa aku nak stori pasal pre-order handphone ni?

~SEBAB AKU MANGSA PENIPUAN NI LAH~

Tapi aku bukan ejen. Aku hanya customer sahaja. 

Macam mana aku terlibat?

Aku cuma nak support bisnes member je. Dia yang yang jadi dropship untuk jualan handphone ni. Lagipun harga murah kot. iPhone 5 harga RM 199.00. Kau rasa? Banyak lagi model yang dia jual ni. Tapi aku tak berapa gemar iPhone sebab dah lah kecik, bateri pun kecik. Aku ni suka handphone besar-besar. Maka aku order la Samsung J7 (2015) dengan harga yang sama. RM199.00. Sebab yakin jugak next sale aku order lagi iPad 2 dengan harga RM 280.00. Each product cas RM 30.00 penghantaran. Dibundarkan semua, RM 520.00 duit aku terbang.

Nak dipendekkan cerita, sehingga sekarang, handphone tah kemana entah. Maka makin ramailah yang mula panas punggung, termasuklah aku. (bukan kerana disontot. please~) Bukan apa. Aku order dalam bulan Januari ke Februari 2016 aritu. Sampai sekarang, dah dekat 8-9 bulan la menunggu. Habuk pun tara....Lama kot.

Tapi nak kata aku mangsa pun tak boleh jugak. Masa ni jugak aku desperate nak guna duit sebab baru pindah bilik sewa maka aku decide untuk offer kat sesiapa dalam group Whatsapp sale handphone ni untuk sambung tunggu. Ada lah sorang nak sambung tunggu untuk Samsung J7 (2015) aku. Untuk iPad 2 aku mintak refund. Alhamdulillah urusan dipermudahkan. Jadi sekarang kes aku boleh kata tutuplah.

So, biar aku explain sikit daripada pemahaman aku sendiri berkenaan bisnes pre-order handphone dan penipuan yang sedang berlaku.

Aliran (flow) bisnes ni seperti yang aku dan mungkin korang faham adalah seperti ini:

Kita (pelanggan) pesan barang kat dropship yang terlibat, diorang kumpul pelanggan, bagi kat ejen, kemudian ejen akan buat senarai berapa banyak model-model yang dipesan dan senarai tu akan dihantar kepada pembekal. Bila pembekal berjaya dapatkan model yang telah dipesan, ia akan diberikan kepada ejen. Ejen akan bahagikan model tersebut mengikut pesanan  daripada setiap ejen. Kemudian ejen akan beri model tersebut kepada pelanggan. Kalau rasa salah tolong betulkan. After all, ini cuma pemahaman aku.

Seems legit. Well it is kalau kitaran ni tidak dikacau.

Bagaimana penipuan berlaku?

Dalam kes sekarang, ramai yang mengatakan ia berpunca daripada pembekal sendiri. Pembekal MUNGKIN hanya mengumpul duit hasil jualan daripada pelanggan dan tidak membuat apa-apa pesanan handphone pun. Sebagai seorang yang dah mahir menipu orang, pelbagai cara dilakukan untuk mengaburi mata ejen, dropship, dan terutama sekali pelanggan untuk meyakinkan kita bahawa mereka sedang deal untuk membuat pesanan tersebut. Tapi sebenarnya non hadoo...

Pembekal tak lah songlap 100% duit jualan tu. Seperti yang dah dipersetujui MUNGKIN dengan ejen dan dropship, mereka akan dapat komisyen untuk setiap model yang dijual. Bisnes gini memang kena ada komisyen kan. Mana ada free free buat kerja.

Modus operandi untuk meyakinkan pelanggan? Macam ni:

1) Sale sulung akan dibuat. Promosi besar-besaran (hopefully) melalui akaun Instagram dropship dan ejen. Dalam masa sama diorang akan open vacancy untuk jadi dropship diorang jugak. Sale sulung ni akan berjalan lancar. Tempoh menunggu tak lama dan model handphone akan sampai on time. Kalau dijanjikan tunggu 2 bulan maka 2 bulan lah tunggu. Handphone dapat, pelanggan suka hati.

2) Bila dah dapat kepercayaan, bukak lagi satu sale. Atau boleh juga 2 3 sale selepas tu dengan cara yang sama. Proses berjalan lancar, barang yang ditempah dapat pada waktunya.

3) Bila dah tamak, di sini pembekal mula jadi setan. Setiap sales akan dibuka dalam jangka masa yang pendek dan kerap. Sales seminggu, habis dateline, tunggu dalam seminggu dua, kemudian bukak lagi sales lain. Dan lagi dan lagi. Pelanggan dah makin banyak untuk setiap sales. Bila duit dah dikumpul dan diserahkan kepada pembekal, pembekal dah bagi komisyen pada ejen dan dropship, dia pun pergi joli sakan dengan duit jualan tu.

4) Pembekal a.k.a penipu ni dia tak lah hilangkan diri terus. Dia masih wujud untuk mewujudkan kepercayaan terhadap ejen dan dropship. Sebab kalau lari terus nampaklah penyangak sangat. Jadi penipu ni masih boleh dihubungi ejen dan dropship berkenaan. Bila tanya bila stok sampai, macam-macam alasan la diberi. Padahal dah kenyang songlap duit masa tu.

5) Sales yang dibuka secara kerap itu pun sebagai alasan kononnya setiap sales banyak order dan kena settlekan satu satu sales dulu. Nak melengah-lengah je ni. Kononnya bizi buat quality control untuk setiap model.

Ada yang kata bisnes pre-order ni bisnes rolling duit. Aku tak faham. Tapi macam ni la kawan aku (mangsa jugak) explain:

Pembekal memang buat order untuk stok handphone tapi unit yang dipesan sikit je. Dalam 100 unit contohnya. Unit ni dijual sebagai unit READY STOCK. Maknanya macam pelanggan beli kat kedai. Buat order, terus ambik. Takde tunggu-tunggu. Harga unit tu mahal daripada unit pre-order tapi murah daripada kat kedai. Hasil jualan ready stock ni digunakan untuk next ready stock sales. 

Unit pre-order? Tak order pun. Duit dah songlap awal-awal. Unit ready stock tu sepatutnya jadi unit pre-order tapi dia buat ready stock. Sebab tu kalau korang perasan setiap sales mesti ada ready stock.

Jadi, siapakah yang menyontot dan disontot ni?

TERSONTOT

Pelanggan. Harapan nak guna iPhone untuk eksyen kat kengkawan hancur berkecai. Duit burn macam tu sahaja. Tunggu punya tunggu langsung tak dapat. Hati da panas. Mintak refund kat dropship memasing, kalau dapat syukurlah. Kalau tak dapat, memang mengundang kemarahan. Duit sekarang bernilai kot untuk dibazirkan dalam penipuan ni.

TERSONTOT DAN MENYONTOT

Ejen dan dropship. Situasi tersontot tu berlaku bila pelanggan dah mula mendesak untuk dipulangkan semula duit diorang. Kalau diorang masih tau halal haram, diorang akan gunakan harta benda diorang sendiri untuk bayar semula duit yang diminta. Ini ejen/dropship yang bagus. Masih ingat halal haram. Yang menyontot pulak yang tak ingat halal haram tu lah. Dah lah tak pernah jaga hati pelanggan. Bila pelanggan tanya selalu dibalas dengan sombong. Sekarang bila dah terduduk macam ni, masih lagi nak menyalahkan pelanggan yang dah bagi diorang ni rezeki sampai hidup senang. Malas panjang cerita. Korang jenguk blog ejen ni. KLIK SINI.

MENYONTOT

Pembekal. Perangai serupa Jho Low. Dah terang dah kat atas tu perangai supplier. Malas nak cakap lebih-lebih.

Fuh penat taip panjang-panjang. Bukan ada nak baca pun.

Conclusion. Lain kali kalau nak pakai iPhone simpan je la duit tu dulu. Dah cukup baru beli. Jangan dikejar sangat teknologi ni. Kita memang tak terkejar. Takkan setiap kali model baru keluar kita pun nak berhabis duit beli yang baru semata-mata nak up to date kan. Matilanakkk.... Untuk yang baru-baru nak berjinak nak berbisnes tolonglah jadi cerdik bisnes dulu. Dalami selok belok bisnes.

Ok lah itu sahaja. Bye

*kerja lah*

Monday, August 29, 2016

Pokemon Go: Main tipu aku report

Assalamualaikum...

Dah hampir sebulan rasanya Pokemon Go ni release kat Malaysia. Banyak dah Pokemon di tangkap. Banyak dah gym ditawan. Semua sibuk dengan taktikal, power, second power, IV, CP, menatang apa jadah semua ni.

Aku? Aku cuma berminat nak penuhkan Pokedex aku je. Lain daripada tu aku tak berminat.

Ada sebabnya. Personally, menangkap Pokemon lebih memberi keseronokan pada aku. Setiap kali kita jumpa Pokemon baru, mesti rasa excited. Walaupun CP dia rendah.

Oh. CP tu Combat Power.

Tapi keseronokan aku main Pokemon Go ni hanya terarah kepada menangkap Pokemon je lah. nak battle, rampas gym, aku tak minat.

Dulu aku nak buat semua tu. Tapi sekarang tak dah. Disebabkan perkara yang hanya wujud kat Malaysia je aku rasa.

BUSUK HATI DAN DENGKI

Biasa lah hal ni kat Malaysia kan. Pantang tengok orang berjaya. Rasa alergik. Maka segala usaha untuk menjatuhkan orang yang berjaya tu dibuat. Bila dah jatuh, rasa puas hati tu tak tergambar dek kata-kata. 

*Zoom in muka penjahat ala-ala sinetron*

Macam mana situasi ni berlaku dalam Pokemon Go?

Dalam usaha Niantic (developer) untuk mewujudkan suasana permainan yang adil dan saksama, Niantic telahpun menguatkuasakan peraturan ketat dimana sebarang penggunaan aplikasi 3rd party yang bertujuan untuk menaiktaraf tahap pemain ke tahap yang tak sepatutnya adalah dilarang sama sekali. Haram bak kata Yizlumik. Macam main tipu la kiranya. Semua applikasi 3rd parti tidak dibenarkan. Tak kira lah kau nak cek Pokemon kat sekitar kau ke, kau nak cek Eevee kau boleh jadi apa lepas evolve ke, kau nak cek IV Pokemon kau ke, semua tu TAK BOLEH. Ngerti nggak?

Peraturan Niantic ni tak salah tapi kelemahannya ialah pihak Niantic tak ada masa dan takkan mahu cek sama ada kau betul-betul main jujur atau menipu. Once kau kantoi, Niantic akan delete akaun kau selama-lamanya. Nak tau kau kantoi ke tak? Bila kau tak boleh log in game langsung. Biasanya keluar macam ni:

Keluar gambar bahasa Itali pulak. Tapi maksudnya server fail to get your data.

Bila kau cek emel yang kau guna untuk daftar akaun kau, ada emel daripada Niantic yang mengatakan akaun kau permanently banned. Maka sia-sia lah usaha kau selama ni.

Walaupun kau boleh merayu untuk dapatkan balik akaun kau, aku boleh kata yang Niantic malas nak layan rayuan kau. Kalau dapat reply kata diorang akan siasat, tapi jangan mimpi lah kau boleh dapat balik. Sekarang ni ada dua pilihan. Buat akaun baru atau tak payah main dah.

Kelemahan peraturan ni membuatkan banyak player di Malaysia ambik kesempatan untuk merepot player-player lain yang lebih tinggi level dia daripada sang perepot. Level ni tak kisahlah level kau ke atau level Pokemon kau. Biasanya berlaku bila kau menang battle kat gym. Previous owner of the gym tak puas hati sebab kau dah kalahkan dia maka dia pun report kau supaya kau tak boleh main dah game ni.

Dalam kes lain pulak, ada manusia yang tak percaya kau main jujur. Maka manusia ni pun berlagak pejuang keadilan a.k.a PokePolice akan report kau ke Niantic supaya kau dibanned walaupun kau tak pernah guna 3rd party apps ataupun mana-mana hack yang wujud. 

PokePolice, anda lah yang kami cari!
*Team Rocket cari pelapis*
Dah ramai yang kena ban kat Malaysia ni. Boleh aku teka dalam 60% yang kena ban ni main jujur tapi jadi mangsa pendengki macam PokePolice ni. Tak patut sungguh.

Macam aku cakap, hal ni berlaku kat Malaysia je. Aku tanya kawan aku kat England sekarang ni, yang kena ban kat sana pun sebab kantoi pakai 3rd party apps. Orang sana tak de masa nak repot-repot ni. Ye lah buang masa kut nak pedajal orang. Baik cari Pokemon.

Jadi orang Malaysia? Sakit hati tengok usaha orang sedangkan kau tu nak keluar pun malas. Bukak Pokemon Go dengan harapan datanglah segala pokemon kepada kau walaupun kau tak guna Incense. Dasar gemok pemalas.

Sebab benda busuk ni lah tujuan aku dah berubah daripada nak battle dan conquer gym kepada melengkapkan Pokedex semata-mata. Biarlah CP Pokemon aku tak tinggi pun. 

Jadi aku boleh cadangkan beberapa perkara untuk memastikan akaun kau kekal dan terselamat daripada dibanned Niantic:

1) Jangan mengada-ngada install 3rd party apps
2) Conquer gym at your own risk
3) Jangan kepoh sangat dengan pencapaian kau
4) Jangan join community group kat Facebook

Personally, aku rasa jelek dengan Niantic. Berlagak nok mapuh. Aku search kat internet pun ada khabar bilangan pemain dah jatuh sampai berapa billion je pemain yang setia. Memang masih ramai. Tapi trend ni dijangka akan terus menurun bila Niantic masih bertindak zalim macam ni. Bye bye je la lepas tu. Berlagak lagi kan.

*Nak Pikachu

Friday, August 26, 2016

OCD itu sesuatu yang cool?

Assalamualaikum...

Korang tau kan apa itu OCD (Obsessive Compulsive Disorder) ? Sejenis ............. (aku tak tahu nak guna perkataan "penyakit" atau "kecelaruan") yang mana penghidapnya semacam menitikberatkan kesempurnaan. Macam tu lah definisi aku sendiri. Nak yang lebih tepat bolehlah google sendiri. Bersepah jurnal kesihatan membincangkan pasal OCD ni.

Aku bukan OCD. Alhamdulillah tak pernah lagi ada kawan OCD. Sebab melalui pembacaan aku, orang yang x OCD takkan faham apa yang dialami penghidap OCD. Cuba bayangkan kalau kau kapel dengan penghidap OCD ni. Let say nak makan kat luar. Kau dah biasa duduk depan dia kat meja tapi kali ni kau nak duduk sebelah dia. OCD akan seboleh-bolehnya paksa kau untuk duduk depan dia jugak sebab dia tak biasa dengan perubahan tu. Atau susunan kutleri (lama gila tak guna perkataan ni) atas meja. OCD akan pastikan susunan tu betul mengikut kebiasaan dia. Terlari sikit, memang akan jadi bahan gaduh. (Adakah ini OCD? Betulkan kalau salah) Banyak lagi contoh-contoh yang terjadi pada penghidap OCD. Google lah sendiri yek.

Tapi paling utama sekali aku nak HIGHLIGHT kat sini ialah salah satu ciri-ciri OCD yang bagi aku sebagai bukan penghidapnya rasa unik. Kecenderungan untuk mengasingkan sesuatu mengikut bentuk, warna, saiz, dan sebagainya.





Sekadar beberapa contoh. Gambar ni nampak amazing kan?

Disebabkan ini lah ada yang tak OCD terus nak mengaku ada OCD sebab rasa awesome, rasa trendy, rasa cool bila dia dapat bagitahu kat orang yang dia OCD.

WHAT THE WHAT???

First and last (Tak de second third dah sebab ini yang paling utama), buat la research dulu sebelum nak claim diri tu OCD. OCD bukan setakat mengemas barang macam gambar tu. Tang ni semua boleh buat sebab nampak lawa. Even bukan penghidap OCD pun boleh buat. Rajin malas je. OCD lebih daripada itu. Dan sebenarnya penghidap OCD ni dia sendiri rimas sebab dia ada OCD. Diorang nak hidup normal macam orang lain. Macam kita yang bukan OCD ni. Cuba kau bayangkan hidup kau yang sebelum keluar kena hempas pintu kuat-kuat 3 kali, cuci tangan kena 10 kali, pakai kasut kena hentak kaki 5 kali, baru kau boleh hidup dengan aman. Tak buat semua tu tak lengkap hidup kau. Dan most of the time OCD ni akan menyusahkan orang sekeliling dia. Sebab tu yang bukan OCD takkan faham penderitaan OCD dan yang OCD pulak tertekan akibat orang sekeliling yang tak faham dia ada OCD. Kesian depa.

Memang aku tak fahamlah masih wujud manusia yang mengharap dia OCD sebab dia rasa dia cool dengan adanya OCD. Adalah artis yang suara mesin tebu tu, yang bela anak "tak sah taraf" kononnya mengaku dia OCD. Padahal rumah bersepah. (Jangan tanya cemana aku tau. Dia yang tayang rumah dia kat Instagram) Bila dah kantoi, banyak pulak justifikasi dia. Haram jadah punya perangai.

Last sekali, semua penyakit kat dunia ni tak cool pun.

Bye.

Wednesday, August 24, 2016

Kahwin

Assalamualaikum...

Hari ni aku bukak Facebook, skrol atas bawah, then terpampang satu gambar. Aduh. Sorang lagi batchmate Gemilang 03'7 dah kahwin. Aku tak tau pulak tu. Cis. Tapi tahniah jugak sebab dah berani pegang tanggungjawab sebagai suami. Haha... Moga kekal sampai kiamat jodohnya. Amin...

*batchmate Gemilang 03'7 = nama batch kami SDARian yang masuk Tingkatan 1 tahun 2003

Sebut pasal kahwin...

Umur aku sekarang 26 tahun. Memang dah layak sangat kahwin. Well, kalau kahwin itu semudah cari perempuan, tarik dia jumpa imam, akad, dan selesai. Semua boleh kahwin macam tu. Tapi ia tak semudah tu.

Ya kengkawan. Bukan mudah nak kahwin. Ia memerlukan lebih dari sekadar nafsu kau semata-mata. banyak benda nak kena prepare. Dari hal mencari calon pilihan, merisik, merancang, bla bla bla..... entah aku tak tahu sebab belum fikir nak kahwin jadi aku tak tau apa proses yang betul.

Bila tengok ramai kawan-kawan dah kahwin (aku khususkan pada lelaki je, perempuan kau kahwin masa Tingkatan 2 pun aku tak kisah) aku kagum sebab mereka dah bersedia nak pegang tanggungjawab sebagai seorang suami, imam, dan bakal bapa dalam keluarga dia. Lebih-lebih lagi yang kahwin pada usia muda ni. Tapi kalau kau anak orang kaya, hantaran pun mak bapak sponsor, aku tak heran lah. You are not my role model okay. Akasia sangat hidup kau. (Sumpah benci gila slot Akasia sekarang. Kenapalah aku boleh suka tengok Adamaya dulu sekitar 2010)

Niat memang nak kahwin. Tapi aku memikirkan keadaan aku sekarang ni, memanglah tak sesuai sangat untuk aku settle down. Kenapa?

1)Kewangan tak kukuh

Asal tengah bulan gaji habis. Dah lah nak menyimpan pun tak mampu. Aku sangat-sangat nak deal problem ni.

2) Belum berpunya

Asalnya aku nak salahkan keputusan aku masuk All-Boys School macam SDAR ni. Tapi aku tau bukan itu puncanya. Sebenarnya aku memang tak pernah mencari pun zaujah zaujah ni. Tapi aku bukan ummah LGBT ye. Haha...

3) Langsung tak de keyakinan diri untuk mencari pasangan hidup

Yakin kalau hal lain aku boleh buat tapi kalau nak yakin mencari pasangan ni, itu memang fail. Bukan apa. Tipulah kalau perempuan sekarang tak pandang rupa dan harta. Tambah-tambah lagi kalau kau peminat novel cinta dan slot Akasia pukul 7. Aku memang bukan lelaki yang menepati ciri-ciri yang difantasikan kaum wanita sebegitu. Tapi aku boleh kata yang aku tidaklah memandang sangat rupa perempuan. Bagi aku asal dia dapat menerima aku pun aku dah syukur sangat. Pokoknya, aku tak de keyakinan disebabkan hal memandang rupa dan harta nilah, which is aku tak ada. (Tapi aku rasa aku hensem je. Wah!!!!!!!!)

4) Memikirkan masa depan

Bukan hal kahwin je. Semua benda aku fikir kedepan dulu. Kalau kahwin ni, aku fikir situasi aku sekarang dan kalau aku kahwin, apa akan jadi. Kan aku ni lemah hal-hal financial. Cemana aku nak tanggung bini aku nanti? Besar tanggungjawab tu.

5) Mak aku tak desak pun

Korang jangan nak kata "dalam hati siapa tahu". Ni mak aku kot. Aku kenal mak aku cemana. Aku sebut pasal kahwin pun dia boleh gelakkan aku. Memang aku tak pernah sebut dah la hal kahwin ni. Mak aku pun tau anak dia sorang ni memang tak reti nak berjimat. Jadi cemana nak kahwin?

Sebenarnya boleh kata banyak jugak sebab kenapa aku tak boleh kahwin lagi walaupun rasa tu dah ada. Pendek cerita......


JODOH TAK SAMPAI LAGI


Tak pe lah. Biar aku stabil kan diri aku dulu dari segala aspek, barulah aku fikir pasal kahwin. Sabar je lah. Hahaha

*p/s: aku tak mula lagi stadi SOA ni. Cis.
*p/s 2: Tahniah batchmate, Muhammad Nazari bin Marso @ Samiran. Semoga dapat baby comel dan                       pandai cakap jawa. kikiki~

Wednesday, August 17, 2016

Nasi Goreng yang tidak digoreng

Assalamualaikum...

Dah seminggu lebih aku berada di rumah sewa. Sama je rasanya macam duduk kat asrama. Manage sendiri hidup. Dan tak de beza pun macam masa aku duduk kat rumah kakak aku.

Aim aku sekarang untuk jimat duit. Maka selagi boleh aku nak masak sendiri dan makan sendiri kat rumah tu. Cuma masalah utama sekarang ni, dapur yang ada kat rumah tu termasuk gas adalah kepunyaan peribadi. Maksudnya housmate aku punya lah. Memandangkan aku ni bukan pesen peramah nak ketuk bilik diorang bertanya pasal dapur, kebetulan pulak aku jarang nak jumpa diorang sebab diorang asyik duduk dalam bilik je (aku pun sama), jadi aku segan nak guna. Tapi aku tengok macam tak pernah berusik je dapur tu. Sebab aku ada basuh kuali minggu lepas dan sampai sekarang masih dalam keadaan yang sama, tak pernah berusik. Aku pun malas nak kongsi duit gas, maka sementara aku bergaji bulan depan, aku guna je lah apa yang ada sekarang. Aku ada periuk nasi je. Maka secara tak langsung terjadilah nasi goreng yang tidak digoreng a.k.a nasi goreng pemalas.

Bahan-bahan:

Nasi yang telah dimasak
Telur
Minyak
Perencah nasi goreng Seri Aji
*jangan guna Adabi punya sebab yang itu kena tumis.

Cara-cara:

1) Kalau belum masak nasi, masak macam biasa. Dah masak, kacau nasi, letak dalam besen.
2) Guna periuk nasi untuk goreng telur. Letak minyak dan goreng telur dalam periuk. Sendal button cook/warm supaya periuk sentiasa panas.
3) Sementara tu, tuang perencah nasi goreng Seri Aji dalam besen berisi nasi. Agak-agak sebab terlebih kang masin gila.
4) Telur dah siap, letak dalam besen tadi. letak dengan minyak sekali pun tak pe. Gaul sebati dan siap.

Kekurangan menjadikan kita lebih kreatif mengolah resipi. Lagipun bukan nak hidang kat orang lain. Isi perut sendiri je kan. Wakakaka...

Apa-apa pun, kebersihan kena jaga ye.

Sebenarnya sedap jugak nasi goreng stail pemalas ni. Tapi aku lagi prefer from scratch. Tumbuk semua bahan buat rencah sendiri. Lagi klimaks. Ehh...

Bulan depan beli dapur kecik sendiri.

p/s: Aku guna nasi dah masak sebab aku nak makan panas-panas.

Thursday, August 11, 2016

Pokemon Go Untuk Handphone Android Jellybean Kebawah

Assalamualaikum...

Hah siapa main menatang ni?


Wakakakaka.....

Semua memang teruja nak main. Aku pun sama. Cuma aku sedih. Handphone aku masih lagi Android Jellybean 4.2.2.

Ya kengkawan. Pokemon Go hanya support Android Kitkat 4.4 ke atas. Jadi kalau rasa stress kenapa handphone kau tak boleh download game ni, cek balik handphone kau. Jellybean lagi ke? Ke tetap setia dengan Gingerbread?

The only solution untuk korang main ialah beli handphone baru. Lagipun, kemonlah. Android dah masuk version Nougat kot.

Atleast itu yang aku fikirkan. Sampailah aku terjumpa kat Youtube.

ANDROID JELLYBEAN PUN BOLEH MAIN!!!

Macam mana tu? Haaa aku nak share kat sini. Mula-mula, tengok video ni dulu:


Ok aku terangkan step dia:

1) Download APK File Pokemon Go. Tak payah install dulu. Memang takkan boleh install punya.
2) Download pulak apps APK Editor Pro. Dah download, boleh install.
3) Masuk apps tu. Kat muka depan dia, pilih Select An APK File.
4) Cari APK Pokemon Go dan pilih. Kemudian pilih Full Edit.
5) Dia tunjuk dulu apa reason kau tak boleh main. Lepas tu kat hujung kanan tu ada Manifest. Sentuh kat situ.
6) Dia akan keluar coding result. Kat sini la kau kena ubah sikit coding tu supaya Handphone ko yang tak up to date tu boleh jugak main.
7) Pilih baris pertama dalam kelompok yang dinamakan Applications, Nampak tak baris tu ada nombor 19? Kat situ lah kita kena ubah no dia. Bergantung jugak pada version Android kau. ni list dia:
  • Android 4.3-18 
  • Android 4.2-17
  • Android 4.1-16
  • Android 4.0.4 , 4.0.3-15
  • Android 4.0 -14
  • Android 3.2-13
  • Android 3.1-12
  • Android 3.0-11
  • Android 2.3.7 , 2.3.3 -10
  • Android 2.3 - 9
  • Android 2.2- 8
  • Android 2.1-7
  • Android 2.0.1-6
  • Android 2.0-5
  • Android 1.6-4
  • Android 1.5-3
  • Android 1.1-2 
  • Android1.0-1
Tak mungkinlah ada lagi yang pakai Android 2.2 kebawah ye dak?

8) Save perubahan tu. Tunggulah dalam 5 minit untuk apps tu jalankan kerja dia.
9) Bila proses tu dah siap dan berjaya, kau boleh dah install. Have fun!

Link untuk download boleh didapati kat video description tu. Sila cek video tu. Jangan malas sangat.

Ok aku nak buat pesanan khidmat masyarakat ni.

PLEASE la jangan main Pokemon Go ni masa korang:

1) Tengah kerja
2) Tengah menunggang motor (kalau kau pembonceng takpe)
3) Tengah memandu kereta (kalau kau penumpang takpe)
4) Dalam kelas/kuliah masa cikgu/pensyarah korang mengajar
5) Mengunjungi sanak saudara, sahabat rapat, bakal mertua, etc
6) Sepatutnya tidur malam tapi sanggup bersengkang mata untuk tangkap Pokemon

Pandai-pandailah kawal diri ye. Orang yang tak main Pokemon Go ni pandang sinis je kat kau, terutama yang rasa dia lebih ISLAM daripada kau agaknya. Silap haribulan diorang ni ludah kau sebab kau jijik dan dia rasa dia mulia.

*pergi meninggal la orang camni*

Ok. Have fun and GOTTA CATCH 'EM ALL!!

Sunday, August 7, 2016

Wind Orchestra SBP ke 18: FINALE

Assalamualaikum...

Semalam dah berlangsungnya Finale Wind Orchestra SBP kali ke 18. Venue masih di DECTAR, UKM.

Aku rushing betul semalam sebab semalam jugaklah aku pindah ke bilik sewa aku yang baru. Sampai tahap aku dah malas nak pergi.  Tapi gigih jugak pergi ni sebab dah janji dengan Jefri (kawan aku) nak tengok jugak.  Sempat jugaklah aku sampai walaupum lewat daripada waktu yang ditetapkan. (Start 2.30. Janji Melayu)

Last entri aku dah bagi tau sekolah yang terpilih ke final. Sila rujuk entri sebelumnya ok. Overall, semua sekolah yang bertanding di finale ni gempak.  👍

Pengacara hari tu ialah Adibah Noor.  Aku starstruck jap.  Gila lah Adibah Noor jd MC.  Yeah, pertandingan ni makin berprestij dari tahun ke tahun.  I am proud to be a SBP student.

Did I mention that salah seorang hakim pertandingan ni ialah Dato Ramli MS? Nampak tak bertambah prestij pertandingan ni.

Pendek cerita,  habis semua persembahan,  tibalah pengumuman keputusan.  Walaupun aku tak bertanding tapi aku nervous.  Aku nak sangat sekolah aku (SDAR) menang tahun ni.  Dah lama SDAR berusaha untuk memjuarai pertandingan ni.

MC umumkan tempat kelima dahulu...

"Kolej Melayu Kuala Kangsar!"

I'm shocked.  MCKK juara tahun 2015. What happen this year?

Tempat keempat...

"Sekolah Menengah Sains Machang!"

Lega.  Bukan SDAR.

Tempat ketiga...

"Sekolah Menengah Sains Selangor!"

Yeah!! Top 2. Ini penentuan antara SDAR dengan SSAS. Dalam hati berharap SDAR menang.

MC umumkan johan dulu.  Dup dap dup dap hati berdebar...

"Tempat pertama..... "

*drumroll*

SEKOLAH DATO' ABDUL RAZAK!!!

BOOM!!! Warga SDAR bersorak kegembiraan. Aku pun sama bersorak.  Akhirnya sekian lama menanti,  juara milik SDAR akhirnya!

Ni result pendek, in case ada yang boring nak baca penceritan aku:

Yeah.  Fedtri Yahya pengacara MHI tu like tweet aku ngahahaha...

Aku happy,  Jefri dan Aiman yang sama-sama teman aku tumpang happy, dan pastinya Warga SDAR terlebih happy dengan kejuaraan sulung ini.

InsyaAllah kalau tahun depan pertandingan ni venue masih di UKM, aku akan tengok lagi.  Tahniah dan syabas SDAR!!!

Thursday, August 4, 2016

Wind Orchestra SBP ke 18: Day 2

Assalamualaikum...

Hari kedua pertandingan Wind Orchestra SBP ke-18 berlangsung. Aku merempit kembali ke UKM untuk menyaksikannya.

Hari ni sekolah-sekolah Divisyen 1 bertanding. Berikut ialah sekolah yang bertanding:

1) SMK Ave Maria Convent, Ipoh, Perak
     - Bukit Merah
     - Magellan's Voyage To Unknown Continent

2) SMS Machang, Kelantan
     - Resplendent Glory
     - Puteri Gunung Ledang Bagaikan Saktii

3) SMS Dungun, Terengganu
     - Suci Dalam Debu
     - Fate Of The Gods

4) Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak
     - Resplendent Glory
     - Kota Melaka

5) Sekolah Dato' Abdul Razak, Seremban, Negeri Sembilan
     - Puteri Gunung Ledang
     - Around The World in 80 Days

6) SMS Kuching, Sarawak
     - Novena
     - Putera Lantai Emas

7) SMS Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang
     - Legend Of The Ancient Hero
     - Debunga Wangi

8) Kolej Tunku Kurshiah, Nilai, Negeri Sembilan
     - The Star Of Dreams
     - Hikayat Merong Mahawangsa

9) SMS Selangor, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur
     - The Knight Of The Sky
     - Terang Ganu

10) Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya
     - Rakyat Suite
     - The Ascension

11) Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh, Perak
     - Tanah Pusaka
     - Like An Eagle, We Soar And Rise

12) SMS Muzaffar Syah, Ayer Keroh, Melaka
     - Abram's Pursuit
     - The Great Motherland (Tanah Pusaka)

Dan keputusannya.....

EMAS (Finalis)

1) SMS Machang, Kelantan
2) Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak
3) Sekolah Dato' Abdul Razak, Seremban, Negeri Sembilan (YEAYYY!!!)
4) SMS Selangor, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur
5) Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya

PERAK

1) SMS Raja Tun Azlan Shah, Taiping, Perak
2) SMS Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, Terengganu
3) Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
4) SMK Ave Maria Convent, Ipoh, Perak
5) SMS Kuching, Sarawak
6) Kolej Tunku Kurshiah, Nilai, Negeri Sembilan
7) Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh, Perak

GANGSA

1) Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah
2) SMS Dungun, Terengganu
3) SMS Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang
4) SMS Muzaffar Syah, Ayer Keroh, Melaka

Dan aku tunggu hari Sabtu ni untuk penentuan juara Finale Wind Orchestra ke-18 ni.

p/s: SMK Ave Maria Convent bukan SBP. Sekolah ni Sekolah Kluster.


Wednesday, August 3, 2016

Wind Orchestra SBP ke 18: Day 1

Assalamualaikum...

Ingat entri lepas pasal Wind Orchestra? Aku dapat apply leave dan hari ni dengan gigihnya aku merempit dari Puchong ke Bangi untuk menyaksikan pusingan awal Wind Orchestra SBP kali ke 18 tahun ni.  Hehehe...

Untuk hari ni ada 2 divisyen.  Pada sebelah pagi sekolah yang bertanding untuk Divisyen 2 memulakan saingan. Sebelah petang pulak 4 sekolah daripada Divisyen 1 bertanding.  Saingan akan diteruskan esok (4 Ogos) untuk sekolah daripada Divisyen 1 yang belum bertanding.

By the way,  entri ni bukan untuk mengulas kualiti persembahan mereka sebab aku tak layak langsung menilai.  Haha.

Untuk Divisyen 2 , Sekolah yang bertanding dan lagu yang dipersembahkan ialah:

1) SMK Tinggi Perempuan Melaka, Bandar Melaka
     - Jackson Lake Overture
     - Pulangkan

2) Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi, Johor
     - Pirates Of The Caribbean
     - P. Ramlee Medley

3) Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan, Pahang
     - Ulik Inai Overture
     - Di Dalam Sepi

4) Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
     - Ascentium
     - Hakikat Sebuah Cinta

5) Sekolah Menengah Sains Tunku Jaafar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan
     - Terakhir
     - Queen Of Dolomites

Keputusan untuk Divisyen 2 terus diumumkan selepas itu.  Maka inilah keputusan hakim:

Emas (Naik Divisyen 1 (?))
Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin

Perak
Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi

Gangsa
1) SMK Tinggi Perempuan Melaka
2) Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah
3) Sekolah Menengah Sains Tunku Jaafar

Pertandingan disambung petangnya dengan 4 buah sekolah daripada Divisyen 1 bertanding:

1) Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah, Taiping, Perak
     - Arabian Dances
     - Irama Medley Melayu

2) Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, Terengganu
     - The Path Tenma
     - Jingli Nona

3) Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
     - Rangkaian Lagu-Lagu Melayu
     - Russian Christmas Music

4) Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah
     - Lelaki Ini
     - Perseus

Saingan Divisyen 1 mesti sengit.  Hari ni SSP bolehlah aku gelarkan team celebrity lepas kejayaan diorang kat Los Angeles aritu.  Alah yang diorang wefie ramai ramai dengan Yuna tu.  Cuma lagu kedua diorang dipendekkan.  Rasa pelik sikit. Kekangan masa memang mengganggu. Tapi persembahan mantap.

Esok sekolah aku (SDAR)  pulak bertanding.  Aku tak sabar tunggu esok. Hehe...

P/s: 1) kalau salah tajuk lagu or salah eja nama sekolah bagitahu lah.  Hehe
       2) SMK Tinggi Perempuan Melaka bukan SBP. Sekolah ni Sekolah Kluster

Monday, August 1, 2016

Speck Of Dust (Hello August!)

Assalamualaikum...

It's August! Tak de apa-apa yang special melainkan bulan ni bulan kemerdekaan Malaysia ke-59.

#Syukur
#MalaysiaMasihAman

Syukur lah MakJah oii...
Bulan ni aku akan mulakan hidup baru. Aku dah dapat bilik sewa. Alhamdulillah. Sesudah 3 tahun menumpang di rumah kakak, anak-anak dia pun makin membesar dan memerlukan bilik sendiri. Maka eloklah aku mengundurkan diri.

Bukan senang nak cari bilik sewa ni. Cabaran utama ialah ketiadaan bilik atau rumah sewa untuk orang lelaki. Iklan yang ada semua untuk perempuan. See the struggle? Tu pun ada jugak perempuan yang masih berkata "Susahnya nak cari rumah/bilik sewa". Malas cari memanglah tak jumpa. Padahal bersepah.

By the way, let me show you this picture:


Tengok anak panah tu. Kat situ lah Bumi berada. Tempat tinggal kita ni kecik je kalau nak banding dengan berjuta-juta planet dan bintang lain di seluruh galaksi kita ni. Dalam halusnya saiz Bumi, ada penghuninya. Kita.

We are literally just a speck of dust in this universe.

Jadi apa yang membuatkan kita ni rasa kita ni hebat sangat? Adakah kita ni dah bagus sangat hidup di dunia ni?

Adalah dalam minggu lepas tu. Siapa tah komen dalam blog aku ni. Nak bash aku la pasal entri "Aktuari dan Aku" tu. Nasib baik aku kawal kemasukan komen dalam blog sendu aku ni. Maka eloklah aku delete sebelum ia ter'publish'.

Cuba bayangkan ye. Aku datang rumah kau, dalam keadaan kau memang tak kenal aku, main serbu je, salam pun tak bagi, lepas tu aku komen rumah kau kecik, sofa kau buruk, langsir kau tak match dengan dinding, rumah kau bau tengik, dan sebagainya. Adakah kau tak terasa nak terajang aku atau tembak aku dengan bazooka?

Mesti ada kan. Hehe...

So who is this fella, who I dont even know who he (assuming from the name) is, came here to say how negative I am? Haha...

Benda ni dah berlaku awal-awal aku start blog lagi. Hairan dah 2016 masih ada perangai macam ni. Sudahlah fake profile pulak tu.

Aku tak nak lah ajar pasal adab menegur. Semuanya kena ada common sense. Kalau aku tak kenal kau, tapi kau rasa nak sangat menegakkan kebenaran di alam maya ni, please gunakan ayat yang sesuai dengan hubungan kau dan aku sebagai strangers di alam maya ni. Kau tak boleh just serbu macam tu je.

Dan satu lagi, unless I state about you, please dont bother to comment about my life. Aku nak benci lecturer aku tu aku punya pasal la ye. Sebab sekarang aku berblogging bukan nak puaskan hati orang.

Itu baru aku. Belum lagi apa yang jadi kat Instagram. Random people main suka hati je kutuk gambar orang. Dahlah tak kenal pun orang tu. Main bash je.

Tolong ingat satu fakta ni. We are a speck of dust in this universe.

Tetiba rasa isu Cyberbully ni relate dengan apa yang aku sampaikan. That is for another entry.

Sekian.

Thursday, July 28, 2016

Rakyat Malaysia Sekarang Kelakar

Assalamualaikum...

Lately terlalu banyak isu dalam Facebook. Baik politik, ekonomi, sosial, dan sebagainya. Isu memang selalu timbul tapi apa yang kelakarnya cara orang kita respon.

TERUTAMA MELAYU.

Tak faham.

First, isu Selena Gomez datang buat concert kat Malaysia. Apa masalah Bani Melayu ni. Kau tak suka dia datang buat concert, diam je. Tapi reaksi Bani Melayu ni sampai solat hajat tengah padang. Apa jadah. Selena Gomez ni tahap Dajjal ke sampai nak menolak macam tu sekali. Dia buat concert nak jumpa peminat dia. Dan peminat dia bukan Melayu je. Korang yang menentang ni lupa kot Malaysia ni berbilang kaum. Lainlah kalau Malaysia ni 100% Islam macam Arab Saudi. Itu boleh lah tentang.

Tengok pic concert dia, semua ok je. Dia pun pakai sopan, kecuali rambutlah. Concert dia pun berjalan lancar. Tak de lah sampai ada yang mati telan ecstasy kot kot high sangat dengan Selena Gomez ni.

Just info, kalau korang rasa dia ni Syaitan sangat, Selena Gomez ni paling aktif dalam hal-hal kebajikan dan kemanusiaan. Dia dah buat banyak charity work seluruh dunia. KLIK SINI. Sebenarnya banyak je orang yang korang rasa kafir laknatullah wajib direjam batu neraka tu sebenarnya hati diorang lagi mulia daripada kita ni. Pandang balik diri kita. Apa je kebajikan yang kita dah buat kat dunia ni? Bagi seringgit kat tabung masjid pun liat.

Buat malu imej ISLAM je MELAYU ni.

Second, Yuna peluk Usher. Pergh semua melenting. Panggil Yuna sampah. OMG funny LOL ROFLMAO.

Aku try untuk tak biased sebab aku memang fans Yuna. Aku suka tengok usaha dia untuk maju kat negara orang. Tak bangga ke. Tengok kat mana dia berada sekarang. Album dia laku kot. Dapat pengiktirafan lagi. Dia berusaha naikkan nama Malaysia di mata dunia.

Tapi hanya sebab peluk Usher, terus hilang semua kebaikan dia. Terus kau panggil dia sampah.

Aku nampak dia ni berusaha jaga imej dia. Orang sana suruh dia bukak aurat sebab "you're not in Malaysia anymore" tapi dia tolak. Penampilan dia bolehlah dikatakan sopan walaupun tak sempurna. Boleh diperbaiki di masa hadapan. Satu kekhilafan je dia dah lakukan. Mana tau lepas terpeluk Usher tu Yuna balik solat taubat. Kita tak tahu apa dia buat belakang lensa. Lain la isu artis KPOP peluk budak tak matang aritu. Itu dah lah dia merelakan. Suka pulak tu kena peluk. Tapi tu pun kena bash jugak kan. Dan tak tau jugak kalau budak tu dah bertaubat. Who knows?

Isunya, ramai diantara kita letakkan diri kita lebih mulia daripada orang lain, sedangkan ada yang lagi mulia daripada kita tapi diorang pilih untuk senyap. Ye lah kebaikan bukan untuk ditunjukkan di laman sosial kan.

Tapi tunjuk kebodohan dlm laman sosial pulak. Hmmm...

Sekian royanan hari ni.

Tuesday, July 26, 2016

Aktuari dan aku

Assalamualaikum...

Entri ke-300 y'alls!



Tak de kaitan pun. Baiklah berbalik pada topik asal.

Aku asalnya seorang Student Sains Aktuari di UKM. Dan sekarang dah 4 tahun lepas aku habis grad pada 2012. Kalau tak kenal aku, bila aku bagitau yang aku ni student Aktuari, semua mesti rasa aku ni budak bijak. (Walaupun masih ramai yang tak tahu menatang apa tu Aktuari)

Hakikatnya tak.

Kalau kat sekolah kita ada kasta kelas cerdik dan kelas tak cerdik. Dah 2016 pun masih banyak sekolah yang gunakan sistem kasta ni. Duhhh... Taraf aku kat Universiti sama macam budak tak berapa cerdik tu. Kalau exam tu, kira aku la nombor last. Aku tak nafikan memang zaman aku kat Universiti dulu, aku banyak main-main. Tak study. Asyik Facebook Twitter je. Walaupun aku jarang ponteng kelas, tapi bila datang kelas pun aku langsung tak faham apa yang di ajar. Untuk cerita selanjutnya carilah kat entri sebelum ni.

Sekarang Alhamdulillah aku dapat kerja yang sedikit senang sekarang. Jadi Audit Assistant kat audit firm. Memang lari sangatlah dengan bidang aku dulu. Tapi banyak sangat masa terluang. Dan secara tiba-tiba aku tergerak hati untuk menyambung balik kerjaya aku dalam bidang Aktuari ni.

Cuma sekarang ni banyak persoalan dalam kepala aku.

1) Layak lagi ke aku
2)....
3)....

Tak. Sebenarnya itu je persoalan aku. Haha

Kalau aku nak proceed dalam Aktuari ni, jalan yang aku nampak sekarang ialah daftar professional exam. Yuran dia boleh tahan lah mahal. lepas convert dalam RM 1000 jugaklah. Aku dah tekad dah sebenarnya. Kumpul duit dan dalam masa yang sama study hard.

Aku kalau boleh memang tak nak refer kat mana-mana lecturer aku dulu. For sure diorang demotivate aku. Maklumlah masa belajar dulu main-main. Once stupid always stupid.

Aku sebenarnya tergerak nak sambung balik sebab aku nak upgrade diri aku. Sampai bila nak di takuk lama macam ni. Plus aku jeles jugak tengok life coursemate yang lain yang proceed dengan Aktuari lepas grad. Aku nampak cabang untuk memajukan diri dalam bidang Aktuari ni luas.

Kalau dulu memang diorang akan nasihat aku tak payah membazir duit nak ambik professional exam ni. Tapi sekarang aku rasa kalau aku push diri aku, aku boleh buat kot.

So aku harap semangat aku kuat untuk teruskan niat aku ni walaupun banyak masa aku doubt diri aku.

InsyaALLAH.

Saturday, July 23, 2016

Wind Orchestra SBP ke 18

Assalamualaikum...

Quick introduction.  Waktu aku baru menjejakkan kaki ke sekolah menengah (Aku SDARian), aku join Wind Orchestra sebagai aktiviti kokurikulum aku.  Malangnya aku quit lepas Form 2 sebab.... Well.... Senior aku celaka.  Dah.  Tu je.  Haha... Tapi minat aku tak pernah padam.  Aku suka dengar orchestra lepas tu.  Aku suka tengok performance wind orchestra.

Jadi aku amat excited bila dapat tahu edisi kali ini (kali ke 18) akan berlangsung di UKM.

Simple explanation.  Pertandingan Wind Orchestra antara SBP di Malaysia ni dah wujud sejak 1997 (maybe?) dan hanya terbuka untuk SBP je.  Tahun berapa tah penyertaan terbuka untuk Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Ok boleh search sendiri.

Ni jadual sepanjang berlangsungnya pertandingan ini...


Aku harap dapat apply leave untuk tengok event ni nanti.  Harap harap boleh lah.  Hihi...

Happy weekend.


Friday, July 22, 2016

Blog: Relevan lagi ke?

Assalamualaikum...

Entri pertama 2016 yalls!!!

Sekarang bulan 7 2016. Baru je lepas menyambut raya. Mood raya masih ada. Yang tak ada mood berblog.

Relevan lagi kah blog pada masa sekarang ye?

Depends. Tapi yang aku perasan, most of us stop blogging bermula pada tahun 2014 sampai sekarang. Tahun ni melihatkan ramai jugaklah blogger yang boleh dikatakan famous (blogfemes kalau tak silap termanya) dah mula slow berblogging.

Aku sendiri start buat blog tahun 2008. Tahun yang paling indah lah bagi aku sebab ni tahun aku mendaftar di Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh), kampus Gambang. Well, hari hari di matrix adalah sangat menyeronokkan walaupun stress dengan study. Tapi sebenarnya stress ni hampir tak de. Banyak masa terluang untuk study dengan member, beriadah, or lepak malam-malam layan movie, dan berblog la of course. Maka terlahirlah blog ini pada 2008.

Bermula dengan tanggapan bahawa blog ini ialah sebuah diari alam maya, tahun demi tahun aku mula mengetahui bahawa banyak perkara yang boleh dilakukan dengan blog. Ada yang mula menggunakan blog sebagai punca pendapatan. Tak kiralah sama ada meggunakan blog sebagai medium perniagaan, ataupun sebagai punca pendapatan pasif melalui agensi pengiklanan seperti Nuffnang (the famous one sebab banyak blog yang tepek iklan Nuffnang dalam blog diorang). Yang berusaha keras akan dapat pulangannya. Bila dah mencapai tahap blogfemes, semua kenal kita. Nuffnang pun ada jugak bagi pas-pas percuma untuk sebarang event anjuran mereka.

Masa ni jugak ramai yang berusaha untuk mengindahkan blog mereka. Background cantik-cantik, header blog yang menarik perhatian (ada jugak upah orang untuk buat header yang gempak), taruk lagu dalam blog untuk menemani waktu-waktu korang, dan sebagainya. Semuanya untuk beberapa tujuan. Nak tambah viewpage dan nak tambah pendapatan iklan Nuffnang. Masa ni jugaklah aku kenal Alexa.com, website yang paparkan ranking blog kita sama ada femes atau tidak. Salah satu cara nak bagi orang sentiasa baca blog kita ialah penggunaan Search Engine Optimization (SEO). Kena pandai main keyword yang membolehkan orang sentiasa berkunjung ke blog kita. Contohnya, kita taip "PTPTN". Ni salah satu keyword yang terkenal jugaklah. Of course bila orang google PTPTN, blog kita akan tersenarai dalam carian tu. Kalau blog tak femes, tengoklah page 5 6 ke belakang.

Ada jugak yang menggunakan blog ni sebagai medium mencari kenalan maya. Di sini peranan blogfemes amat kuat. Maka terlahirlah kelab-kelab blog secara rasmi ataupun picisan semata-mata. Masa blog masih femes ni, kelab-kelab ni banyak jugak buat aktiviti-aktiviti untuk mengeratkan silaturrahim mahupun menambah kenalan baru. Ada jugaklah bertukar pandangan dan fikiran tentang bagaimana nak mastikan blog mereka kerap dilawati.

Kalau tanya aku, yup memang pernah jugak rasa nak blog ni femes, nak guna blog untuk cari duit, macam-macam lagi lah. Tapi lama lama aku malas. Maka blog ni eloklah jadi tempat meroyan je. Hahaha....

Bila dah mula nak mencari kerja, aku sendiri pun dah jarang buka blog aku ni. Sibuk mencari kerja. Bila dah kerja aku pulak tak de masa nak berblog, Bila ada masa aku asyik main Facebook, Twitter, Youtube, macam-macam lagi lah.

Around 2013 sampai sekarang, dah makin banyak blog yang makin sepi. Ada yang dah delete terus blog dia. Lama kelamaan yang betul-betul aktif je yang masih wujud. Aku tak tergolonglah dalam kalangan yang aktif tu. Tapi untuk delete blog, aku rasa tak kot. Ini kenangan. Dokumentasi hidup aku start 2008 sampai sekarang. Dah 8 tahun rupanya usia blog aku ni. Bila baca balik entri lama-lama, aku rasa geli dan kelakar bila mengenangkan zaman-zaman BBNU aku.

Jadi, relevan lagi ke blog?

Tengok keadaan. Yang nak berniaga mungkin masih relevan walaupun dah ramai beralih ke Instagram untuk buat perniagaan online. Kelab-kelab blog pun rasanya dah sunyi.

Kalau ada masa, aku akan up entri baru, walaupun tak de orang jenguk, tinggal jejak, atau komen.

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics