expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Followers

Korang Yang Ke...

Saturday, December 31, 2011

Entri Penutup 2011

Assalamualaikum...

Esok dah masuk Tahun Baru. Kesibukan membuatkan kita tak sedar yang sekejap je 2011 dah berakhir. Kan?

Aku rasa macam baru semalam aku buat entri ni. SILA KLIK

Dan seperti biasa, 1 Januari merupakan tarikh bermakna bagi aku. Dah tentulah sebab tarikh itu merupakan tarikh kelahiran aku.

"Iqbal, malanglah kamu kerana lahir pada hari itu. 1 Januari itu FREEMASON! Maka janganlah kamu menyambutnya. HARAMMMM...."

Eh serbanitas ni. Pelangkung jugak karang. MINGGIR KAMU!!! Sibuk je.

Paling bermakna dalam hidup aku pada 2011 ni bila aku mula kenal rakan-rakan blogger yang berhaluan kiri. Maksud aku, tak gila SEO, tak gila trafik, tak gila Nuffnang, tak gila segmen merapu tah hape-hape dan sebagainya. Tak macam blogger berhaluan kanan yang lain. Respek kat mereka. Banyak ajar aku yang semua itu bukanlah segala-galanya dalam berblogging ni. Selain itu, diorang ni jugak masuk air. Hahaha...

Takyah mentionlah nama mereka. Yang membaca entri aku ni pasti tahu aku maksudkan siapa. Makan cili, rasa sendiri pedasnya kan? Hahaha...

Dan juga aku tak sedar sudah 2 tahun aku berblogging sejak kali pertama aku mencipta blog aku atas nama MY PRECIOUS BLOG pada 2008. Yeah. Blog aku memang berharga bagi aku. Walaupun tak de flash header macam Faiz Tapit (curi trafik. kahkahkah) dan tidak secantik blog yang lain, tapi aku tetap sayang blog aku walaupun dulu pernah terbengkalai.

Cakap pasal terbengkalai, semua ni gara-gara aku buta HTML. Aku tak tahu apa aku buat mengakibatkan habis semuanya jadi caca marba. Aku cuma nak tukar background je pun. Bila dah terabur, maka aku biarkan blog ni mereput sendiri lalu membuka akaun Wordpress. Tapi tak lama sebelum aku decide untuk kembali ke Blogspot semula.

Kadang-kadang jeles jugak. Baru buat blog tapi follower dah ribu-ribu. Aku ni dah lebih 2 tahun tapi baru 330 follower. Itu dululah sebelum aku sedar yang semua benda-benda SEO, trafik, kejar follower, segmen semua ni buang masa dan tak berfaedah. Maaflah cakap ye. Itu pendapat peribadi aku.

Eh merapu panjang pulak. Maaf ye. Hehehe...

Oklah aku ada final exam 3 Januari ni. Harap-harap aku dapat buat yang terbaik untuk exam kali ni. Da penat jadi "the stupid person" dalam kelas tu.

Selamat ulangkaji bagi pelajar UKM.

Monday, December 26, 2011

Shoutmix Berbayar? Babai!

Assalamualaikum...

Setiap blog pasti ada ruang chatting. Ekceli bukanlah ruang chatting sangat. Ruang dimana pengunjung blog korang meninggalkan jejak. Kalau jenis kuat blogwalking, korang kena ada benda ni.

Tak kisahlah kan apa pun jenis yang korang guna. Shoutmix dengan Cbox je yang aku tahu.

Baru tadi owner Pak Cek Biola bagitahu kat aku yang Shoutmix da mula nak kenakan bayaran untuk penggunaan shoutmix diorang. Aku pun macam "WTF???"


Nak bangkrap barangkali. Sebab tu tetiba nak caj. Benci!

Tengok notis dia:



 

Pendek katanya, senang je. KAU NAK GUNA, BAYARLAH! BANYAK CHANTEK MUKA KAU NAK FREE. MASUK TOILET KLCC PUN BAYAR RM2 TAHU?!!

Sentap kena hanjeng sekejap.

Penggunaan akaun free Shoutmix sehingga 1 Januari 2012 ye. Timing baik je nak sentapkan aku lagi. Grrr...

Maka dengan itu, babailah dengan Shoutmix yang sedang berwajah Troll itu. Aku beralih kepada Cbox.

Tengok kat sebelah tu. Kosong je. Haha... Cepat jadi orang pertama tinggalkan jejak. 

~Sumber gambar:  Pak Cek Biola~

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics