expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

HeartBeat

Followers

Korang Yang Ke...

Sunday, December 25, 2011

Serbanistas, serbanitas, apa-apa je lah.

Assalamualaikum...

Benda ni berlaku almost setiap tahun.

TAHUN BARU CINA
THAIPUSAM
WESAK
GAWAI
TADAU KAAMATAN
KRISMAS

Soalan, kenyataan, nota dan tweets yang sama akan muncul di setiap laman sosial.

HUKUM MENGUCAP SELAMAT ______ (isi perayaan di atas) 

Takkan untuk setiap perayaan tu kau nak tanya soalan yang sama?

Sekarang ni Krismas. Ok ada yang dah sibuk nak jadi ulama Facebook, ustaz Twitter dan sebagainya kalut nak share semua benda tu. Dan sekarang semua dah dapat jawapannya. Jadi sematkanlah dalam kepala hotak tu. Bukannya susah sangat nak ingat. Lainlah kalau formula matematik. Itu sampai kiamat pun kau orang takkan hafal.

Takkanlah untuk setiap perayaan tu lain-lain hukumnya ye dak?

Setiap kali perayaan, sibuk nak tanya benda ni. Korang fikir tak ape penganut agama lain fikir tentang Islam? Ke kau orang ingat kat Malaysia ni hanya ada Islam je?

Buruk imej Islam. Nanti dikatanya Islam ni kolot. Padahal setahu aku, Islam itu tidak sekolot mana. Yang kolot itu kau orang sendiri. Pemikiran kau orang yang kolot.

Macammana diorang nak tengok indahnya Islam kalau orang macam kau orang ni wujud?

Ni baru perayaan. Aku belum cerita pasal Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Guru, Hari Kanak-Kanak. Itu pun sama je. SEMUANYA FREEMASON. SEMUANYA ILLUMINATI.

Sibuk sangat takut haram itu ini, akidah goyah itu ini.

Yang aku herannya, kau orang ni tak pandang pulak diri kau.

Cukup ke tak solat 5 waktu? 
Aurat tutup ke tak? 
Puasa Ramadhan penuh ke tak? 
Zakat bayar ke tak?

Perkara yang penting pun terumbang ambing. Ni kan pulak sibuk nak bicara soal haram halal.

Bukan nak kata aku ni perfect sangat pun. Dan aku pun takkan nak claim aku ni cukup semua perkara diatas. Ibadah bukan untuk dipamerkan di laman sosial.

Macam-macamlah kerenah manusia sekarang. Pelik.

5 comments:

Rozuan Ismail said...

orang kita gemar bercerita tentang isu halal haram pada benda yang tak pasti.

padahal benda yang pasti haram wat bodoh je tak nak ikut

Faiz Tapit said...

jom g keris mas. hahahah

eh, kapir! kapir!

AKIM IQBAL said...

Semat semat entri ni !!! hahahaha

IQBAL ZARIN said...

rozuan: tu lah. kuman seberang laut nampak, gajahdepan mata x nampak. gtuhh

tapit: ye! jangan pergi keris mas! kapir! hahahah

akim IQBAL: hai another IQBAL. hahaha...

Ninja Turtleneck said...

http://www.blogkencang.com/2012/04/kenali-puak-puak-kecil-dalam-kaum.html

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics