expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Followers

Korang Yang Ke...

Showing posts with label Zaman Muda-muda. Show all posts
Showing posts with label Zaman Muda-muda. Show all posts

Saturday, October 21, 2023

Anti Sukan

Assalamualaikum...

Sekadar meroyan. Ahh gtuh...

Frasa "blog berhabuk" terasa mengembangkan tekak dikala ini. Let's not do that. 

Baiklah. 

Bersukan, bersenam, berekreasi bersama keluarga, berbudaya sukan, jadikanlah amalan.... MALAYSIA CERGAS!!! YEAHH!!!




But not for me. Aku sangat benci dengan sukan. Seboleh-bolehnya aku mengelakkan diri daripada terlibat dengan apa-apa aktiviti sukan. 

Tapi kenapa?

Jom lah aku nak bercerita tragedi yang memberi kesan mendalam terhadap mentaliti aku terhadap sukan secara umum. 

Korang tahu kan subjek PJK? Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. 


Nohhh edisi SJKT hahaha...


Aku suka lah bila tiba masa PJK ni. Masa Darjah 1 - 3 kat sekolah rendah dulu, aku sekolah sesi petang. Jadi PJK ni memang masa terakhir dalam satu hari tu lah. Seronok masa tu cikgu ajar macam-macam mainan kanak-kanak. Aku suka main bola beracun (Kalau sekarang orang panggil "Dodgeball" kot). Rasanya dari darjah 1 sampai 3 tu memang permainan utama kanak-kanak la kot. 

Tapi...

Bila naik Darjah 4, dah kena sekolah sesi pagi pulak. Subjek PJK ni jadi subjek pertama pada hari berkenaan. Tak ada masalah. 

Cuma seiring dengan pertambahan umur, kita kena bertindak matang juga. Jadi dengan mindset yang tak rasmi ditetapkan seantero dunia, budak-budak lelaki diwajibkan bermain bola sepak dan budak-budak perempuan diwajibkan bermain bola jaring.

Aku emo. Kenapa dah tak boleh main bola beracun???

Aku terpaksa ikut serta, walaupun simpulan bahasa Melayu menetapkan orang yang tak reti bermain bola sepak macam aku digelar "Kaki Bangku". Aku sabar. 

Tapi...

Ada satu hari tu, cikgu PJK masa tu, Cikgu Azab (bukan nama sebenar) telah membuat peraturan yang seronok (untuk dia lah bukan untuk aku) dimana pasukan mana yang bolos kena tanggal baju sebagai denda. 

APENI CIKGU

Gambaran perasaan dalam hatiku ketika itu

Sebagai budak yang tak berdaya untuk melawan, aku terpaksa mengikut arahan tak munasabah tersebut dan bermain je macam biasa. 

Nak dijadikan cerita, team aku bolos. Makanya terpaksa lah buka baju. 

Aku memberontak. Kalau aku fasih English masa tu aku dah jerit kuat kuat "THAT'S IT!!! ENOUGH IS ENOUGH!!!" dan berlari ke tandas yang seperti kita tahu memang mengerikan rupanya. Patutlah ada je kes budak berak dalam seluar. Bukan aku lah.

Lupa. Setiap tindakan mesti ada kesan. Akibat tindakan aku tadi, Cikgu Azab telah mencubit pinggang aku sampai tersiat kulit. Zaman aku sekolah tak ada lagi nak saman-saman ni. Jadi terima je akibat tu. 

Minggu depannya, aku tetap memberontak. Aku nekad tak nak bawak baju sukan. Budak-budak dah mula nak menakutkan aku dengan denda sebab berani memberontak. Aku keraskan muka dan teguhkan pendirian je lah. Masa PJK, budak-budak bermain, aku duduk tepi je, enggan melibatkan diri. 

Tindakan aku ini juga ada akibatnya. Apa yang Cikgu Azab ni buat? Kali ni dia tak cubit. Tapi dia suruh aku berdiri depan kelas dan dia buat sesi public humiliation kat aku. Budak sekelas dah makin seronok tengok aku dimalukan. 

Sedikit backstory, aku ni dulu sejak kecik dah diejek pondan. Jadi bila aku ni pondan, tak reti main bola sepak pulak tu, lepas tu buat perangai macam tu, memang berganda lah ejekan yang aku dapat. 

Aku penat membina reputasi sebagai budak pandai dalam sekolah, setiap kali periksa mesti dapat nombor 1, 2, 3. Tak pernah lagi dapat nombor 4 ke bawah. Tapi budak-budak lelaki ni diorang tak pandang semua tu sebab asal kau tak reti main bola sepak kau bukan lelaki sejati dan kau pondan. 

Well, ni yang aku selalu cerita kat kawan-kawan yang aku dah kenal masa aku dewasa kini. Ada satu lagi tragedi yang buat aku bertambah benci kepada sukan, particularly bola sepak. Benci sial kimak arghhhhhhhhhh

Masa Darjah 4, budak-budak semua wajib join aktiviti ko-kurikulum. Cikgu dengan kuasa veto masa tu dah aturkan budak ni masuk unit beruniform mana satu, kelab mana satu, dan sukan mana satu. Bukan kita pilih sendiri, budak-budak tak ada kuasa tu. Tapi seronok la berebut nak tengok kat papan kenyataan masa tu kita kena join apa. 

Aku tengok la satu satu bermula dengan unit beruniform. 

Pengakap. Ok. Famous so semua nak jadi cool kids dapat jadi pengakap. Ada nama aku. 

Lepas tu kelab dan persatuan.

Nama aku kat Kelab Seni Kreatif. Ala-ala subjek pendidikan seni. Best la boleh berkarya. 

Then sukan... You guessed it...

Celaka

Bala apa yang menimpa aku ni. 

Perasaan aku ketika itu

Fast forward, hari tu ada perjumpaan untuk sukan. Sebagai budak tak berdaya, datang je lah. Ingatkan perjumpaan biasa macam Pengakap dan Kelab Seni Kreatif yang aku dah hadir sebelum tu. Cikgu yang jaga sukan bola sepak masa tu, Cikgu Husaini (ahh aku letak je nama sebenar. aku benci betul dia sejak tragedi ni terjadi) dah train budak secara professional. Dia suruh aku gelecek bola. Mana aku reti bodoh. Kau suruh pondan ni main bola buat apa? Lepas tu dia suruh kitorang semua lari pusing padang 5 round. Apa semua ni?????

Aku penat. aku pancit. Cikgu Husaini tu panggil semua budak tadi termasuk aku berkumpul. 

BOOM. Kena maki kena cerca sebab tak ada effort. Semestinya aku yang kena maki lebih sebab aku lembik, layaklah diejek pondan. Kata Cikgu Husaini. 

Kau tak rasa budak-budak seronok bila cikgu sendiri, sebagai manusia matang ada akal fikiran menjatuhkan maruah aku macam tu? 

Last-last Cikgu Husaini cakap: "Awak berhenti je lah join sukan ni. Buang masa saya je". 

Dah lah aku dipaksa masuk kelab Bola Sepak secara paksa, train aku tiba tiba, bila aku tak tunjuk effort buang aku macam tu je. Hello, aku pun tak nak lah jadi wakil sekolah!!!

Ya, dua tragedi silam ni lah yang buat aku benci dengan segala aktiviti yang melibatkan kecergasan dan semua aktiviti sukan, terutamanya bola sepak. Sampai sekarang aku benci bola sepak. 

Aku fokus betul dengan akademik aku masa sekolah rendah. Walaupun naik darjah 4 dah tak secemerlang dulu, tapi aku kekal dapat nombor 1, 2, 3 bila periksa. lepas tu jadi Ketua Murid bila Darjah 6, tu pun sebab  aku pandai semata-mata, bukan sebab aku berkaliber dan berkepimpinan. Budak-budak lelaki tak pernah respek aku masa tu sebab aku pondan, di mata diorang lah. 

Jujurnya, aku pun tak tau macam mana entah aku boleh terlepas masuk SBP bila aku berjaya dapat 5A UPSR. Eh korang tau tak apa tu UPSR? Tidakkkk pakcik dah tuaaaaaa (Pinjam ayat Jefri kat blog suci dia)

Teka lah kat mana ni hew hew hew

Aku tak ada langsung rekod penglibatan dalam sukan sepanjang aku sekolah rendah. Semua disebabkan tragedi tu. Ikutkan tak layak aku dapat masuk SBP masa tu walaupun aku ada rekod lain yang cemerlang. Aku ada jugak jadi wakil sekolah pertandingan bercerita, walaupun tak pernah menang. Tapi tu je lah. Aku syukur jugak dapat SBP ni sebab aku memang tak mau sambung sekolah menengah kat kampung aku sebab pastinya aku kena bersemuka dengan budak-budak yang selalu ejek aku pondan tu. 

Dekat SBP tu lagi hebat aku kena ejek. Dan juga aku berjaya mengelak dari melibatkan diri dalam aktiviti sukan, terutamanya bola sepak. Tapi tu untuk entri lain lah bila aku rajin nak menaip lagi dalam blog sendu mendu ni. Siapa je berblog sekarang???

Tu je royanan. Sekian. 

Wednesday, January 11, 2012

Untunglah Muka Jambu

Assalamualaikum...

Muka jambu. Bukan muka buah jambu. Lelaki yang bermuka ala-ala keperempuanan. Cute, muka flawless, bulu-bulu muka sikit pun tak de (melainkan bulu mata dan bulu kening, juga bulu hidung. Ehh...), jerawat sebijik pun tak de. Itulah sedikit sebanyak ciri-ciri muka jambu.


Senang cakap, macam muka jejaka Korea, Jepun, dan China. Ehh... jejaka ke?

Randomly, bila aku terbaca status cikgu SDAR aku (sekarang tidak lagi) berkenaan murahnya makanan di kantin sekolah baru beliau, aku teringat satu situasi semasa aku berumur 14 tahun. Ah senang cakap masa aku Form 2. Berkenaan dengan salah seorang pekerja di kantin sekolah aku tu.

Beliau ni aku namakan Bob lah. Sebab memang dia ni gempal. (kenapa orang gemuk mesti nama Bob ea?) Dia ni memang peramah. Bolehlah dikatakan baik jugak. Tapi tang jual beli makanan, no kompromi. Tak boleh nak kurang-kurang. Eh, siapa pulak yang nak tawar menawar hal-hal makanan ni? Masa tu harga masih berbaloi.

Yang sangat tidak menyenangkan hati, ada unsur pilih kasih telah berlaku di kantin itu. Bob ini, dikatakan mengenakan harga murah untuk sesiapa yang bermuka jambu. Let say, aku yang tidak jambu ni, makan nasi, ayam seketul, dengan air kosong kena bayar RM3.20. Untung bagi pemilik wajah jambu, harga bagi makanan yang sama dikenakan bayaran RM2.50. Sebab dia jambu. Fuuuu....

Gay kah si Bob ni?

Entah. Tapi lama kelamaan, orang tau jugak. Tak lama lepas tu, dia bertukar ke tempat lain. Aku rasa ada orang buat aduan agaknya. Padan muka. Haha...

Untunglah bermuka jambu. Dilayan kelas pertama. Huhu~

Monday, January 9, 2012

Aku 5 Tahun Yang Lepas

Assalamualaikum...

Penat belajar, aku ambil masa untuk blogwalking. Terlekat kat blog EL. Browse through entri dia dan tetiba memberi aku idea untuk entri hari ni. Of course ambil idea dari entri beliau. El, pinjam entri naa... :D

Aku. 5 tahun yang lepas. Sekarang 22. Tolak 5. Yes. 17 tahun. Kalau ambil exact date hari ni (9 Januari) aku baru lagi bergelar seorang pelajar Tingkatan 5. Crucial year kata orang. Tahun ambil SPM. Still kat sekolah yang sama, Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR). Banyak perkara yang berlaku 5 tahun lepas. Sedih dan suka mesti ada. Tapi bukan itu yang aku nak cerita. Jenguk point-point dibawah.

GADGET

My first gajet masa ni ialah Nokia Tiga Tiga Sekupang (3310). Handphone paling kukuh di alam semesta. Alah iPhone. Syiling jatuh atas skrin pun crack. Cam bapok. Haha... Tapi, sebagai seorang pelajar di Sekolah Berasrama Penuh (SBP), handphone merupakan barang larangan. Sebenarnya, semua sekolah pun macam tu. Atas sebab-sebab tertentu, maka ia menjadi barang larangan. Tapi tetap bawak jugak. Ye lah siapa tahan nak  telefon mak kat rumah dengan syiling yang kekadang ada berapa sen je. Seronoknya, tiap kali inspection, handphone aku tetap selamat. Sebab aku sorokkan di tempat paling selamat. Loker kelas. Loker aku sentiasa berkunci. Dan cikgu yang memeriksanya pun taklah sakai habis nak kopak loker aku. Jadi ia sentiasa selamat. :D

Miss you...
Oh lupa. Budak sekarang first gajet diorang mesti iPhone. Tak pun Galaxy. Gila tol. Terkedu aku dengan budak sekarang. Tak dapat benda-benda ni, teruslah rasa mak bapak diorang paling teruk didunia ni. WTF?? Manja syal. Aku hantar ke kem Battle Royale sekor-sekor lagi bagus.

STYLE

Style? Ada banyak. Sebab masa tu aku ada jugak keinginan untuk nampak smart walaupun perut makin membesar. Eh, bukan sebab mengandung. Salah blog ni. Saya lelaki. Haha... Aku boleh cerita pasal rambut je lah sebab kalau pakaian, nak outing pun ada uniform. So gaya berpakaian tak payah cerita sangat. Gaya rambut masa panjang kat sekolah dulu, aku suka sikat ke depan, lepas tu rambut depan tu naikkan ke atas. Kalau malas, belah tengah je lah. But most of the time, aku botak. Botak rambut 2 inci je. Semua sebab mak aku suruh. Jimat duit tak payah nak gunting rambut katanya. Nak berfesyen pon tak boleh. Hurm~

FAMILY

Tahun ni jugak rasa sedih sebab hilang tempat bergantung. Abah aku pulang ke Rahmatullah, waktu aku kat sekolah. Hari tu jugak aku balik rumah dan cuti seminggu. Hurm, tak nak cerita banyak pasal ni. Bikin hati sebak je.

FRIENDS


Zaman sekolah berasrama ni, akan ada beberapa golongan yang mudah dikenalpasti. Ada geng "awww" (senang dikenalpasti dengan penglibatan mereka dalam orkestra sekolah, tapi ada yang tak awww jugak), geng rulebreaker (yang kononnya bawak masalah kat sekolah), geng alim (biasanya merupakan ahli jawatankuasa masjid) dan sebagainya. Tapi, as a batch, tak kiralah manapun golongan, kami tetap unite dalam satu batch. Tak kira lah jahat mana pun. Bagi aku, satu batch aku tu aku anggap kawan. Well, dipihak mereka aku tak taulah aku ni diorang anggap apa. Anyway, i don't give a damn bout it.

SOCIAL SITES

Aku hanya ada Friendster masa ni yang aku create masa aku Form 1. Tapi jarang-jarang bukak sebab kesukaran untuk mendapatkan komputer. Masa aku Form 5, Friendster completely disekat. Jadi kalau dapat on9 pun, tak dapat bukak jugak. 

Itu sahaja bingkisan 5 tahun aku yang lepas. 5 tahun akan datang? Aku malas nak jangkakan. 

Tuesday, May 31, 2011

Science: From Love to Hate

Assalamualaikum...

Masa sekolah rendah dulu, aku kena tunggu sampai umur aku 10 tahun ataupun Darjah Empat barulah boleh belajar Sains. Pebendelah Sains tu? Itu dalam fikiran aku. Macam seronok je. Sekarang ni masuk sekolah Darjah 1 terus belajar Sains. Beruntung anak sedara aku. Haha...

Belajar Sains masa sekolah rendah mungkin seronok bagi budak sekolah bandar. Maksud aku, mungkin diorang banyak buat eksperimen. Aku? Sekolah aku hanya ajar teori sahaja. Tak pernah ada eksperimen langsung. Walaupun masa belajar Sains kena pergi lab. Serius. Tak pernah ada eksperimen. Faham-fahamlah sekolah kampung. Mana nak ada kelengkapan yang cukup even nak buat eksperimen benda tenggelam timbul pun.

Dalam sains lab sekolah rendah aku, semua barang didalamnya tak boleh sentuh. Nanti rosak siapa nak ganti? Haha... Mungkin sebab itulah tak pernah buat eksperimen. Aku pernah kena marah dengan cikgu sebab aku bermain dengan bikar yang pada pandangan aku semasa itu bikar sains ialah benda yang menakjubkan. Kononnyalah kalau pecahlah satu bikar tu, gaji FELDA abah aku pun takkan mampu bayar ganti rugi tu. Begitu mudah seorang cikgu menakutkan anak muridnya ini.

Bila aku dah masuk SDAR, barulah merasa bereksperimen. Dan masa itu jugalah segala benda yang pantang disentuh semasa sekolah rendah bebas untuk disentuh. Even semasa eksperimen ada je test tube yang pecah dek reaksi kimia yang terlampau atau terlepas dari genggaman. Tak payah ganti. Damn. Kena tipu masa kecik. Lahanat. Masa tu belajar Sains untuk PMR seronok jugak. walaupun jarang skor A, tapi tak pernahlah fail. Hehe...

Naik Tingkatan 4, Sains pecah jadi 3. Fizik, Kimia, Biologi. Start ni feeling seronok tu dah hilang. Aku da tak de rasa apa-apa pun. Fizik selalu buat aku tertidur. Biologi dengan kejamnya selalu menyusahkan aku. Kimia je yang seronok lite-lite. Masa ni baru tau susahnya semua subjek ni. Aku pun dah mula rasa muak dengan eksperimen. Kena buat lab repot. Annoying. Tu yang dapat B3 semua tu masa SPM.

Masuk matrikulasi. Aliran sains Fizikal. Maknanya aku belajar Math, Kimia dan Fizik. Belajar tu seronok. Lab repot yang annoyingnya. Every week ada je eksperimen dan lab repot yang perlu dihantar. Muntah aku nak buat repot je. Masuk sem dua, semua tak seronok. Kimia kena belajar organik, part yang bagi aku masalah sebab relate sangat dengan biologi. I HATE BIOLOGY. Lupa pulak nak bagitau. Haha... Fizik semakin buat aku tak faham. Sebab tu masa isi UPU, aku tekad takkan ambik subjek sains lagi. Aku da tak nak susah-susah diri dengan segala eksperimen dan lab repot yang annoying ni.

Masuk UKM, aku ambil kos aktuari. Makanya semua lab repot dan eksperimen aku takkan jumpa lagi. Bahagia. Tapi sekejap je. Prestasi aku kat UKM ni teruk. Malas nak cerita panjang-panjang.

So begitulah kisah rindu dan dendam aku terhadap Sains. Hehe~

Wednesday, May 25, 2011

2000: Angan-angan millenium

Assalamualaikum...

Siapa pernah tengok filem Back To The Future?






Ok. Aku tak pernah tengok. Bahaha... Tapi kalau tak silap la kan, filem ni pasal dunia di masa hadapan. Dunia teknologi lah katakan. Semua benda dah canggih. Kereta pun tak beroda. Semua kereta terbang je. Punya gempak imaginasi Seven Spielberg ni.

Tahun 2000 tu merupakan peralihan abad baru. Abad ke-21. Aku masa tu budak-budak lagi. Masa 2000, aku baru Darjah 4. Tapi masa tu aku ingat ada berita hangat. Kononnya ada virus bernama "Y2K" akan menyerang komputer melalui internet dan akan mengakibatkan komputer mengalami kekeliruan. Sebab apa entah. Gempar semua pengguna komputer dan berebut-rebutlah mereka membeli antivirus untuk menghalang Y2K ni. Tapi tak ada pun. Hanya propaganda pengeluar antivirus untuk mengaut keuntungan. Pandai diorang ni.

Oleh kerana 2000 tu adalah tahun millenium bak kata omputeh, aku pernah berangan yang dunia ni akan berubah secara total. Maksud aku, terus berubah. Antara perubahan yang pernah terlintas di kepala aku masa aku kecik:

1) Pakaian semua berubah kepada warna perak. Macam robot
2) Robot akan muncul sendiri memudahkan kerja-kerja rumah
3) Semua benda akan berfungsi secara automatik
4) Kereta, motor terbang dan tak guna tayar.

Aku dah lupa. Ni antara yang aku ingat la. Dan semua ni aku harapkan terjadi lepas aku bangun tidur. Last day of 1999, aku dah tak sabar-sabar nak tunggu hari esoknya. Bukan sebab esok tu besday aku. Haha... Tapi sebab nak tunggu perubahan tu. Tidur pun tak lena. Haha.

Esoknya, aku kecewa. Sebab semuanya masih dalam keadaan asal. Tak de robot. Motor dan kereta masih bertayar. TV masih memerlukan tenaga manusia untuk dihidupkan. Terus tak de mood sambut besday. LOL

Fikir balik, tah hape-hape aku angankan ni. Merepek je. Haha... Punyalah hebat angan-angan aku ni. Gelak sorang-sorang bila fikir balik.

Korang ada fikir macam aku tak masa kecik-kecik dulu?

Friday, April 8, 2011

Rhymes

Assalamualaikum...

A B C
Cekodok basi
Bangun pagi tak gosok gigi
Pergi sekolah cikgu benci
Balik rumah bunuh diri
Pergi hosiptal
Hospital tutup
Panggil bomoh
Bomoh kentut!

*Hidup orang yang malas gosok gigi memang malang...*

Ola Oli
Kuberi nama
Saudara saudari
Cikebung cikebung

Putih putih melati Ali Baba
Merah-Merah menyala riau-riau
Rambut kusut 
Perut buncit
Siapa lambat jadi anak patung!

*ni lagu masa main cuit patung*

Tu tuu tuuu tuuuu.... TUNANG~
Ka Kaa Kaaa Kaaaa.... KAWEN~

*ni gunanya masa nak tunjuk sesuatu yang tak de pun kat situ*

Apa boleh buat
Tahi kambing bulat
Boleh buat ubat/cokelat
Seposen empat

*sekarang gula-gula nak dapat seposen dua pun susah*

Tak nak kawan sudah
Bini kau Doyah Gayah
Teteknya sebelah!

*Tak nak kawan tu dah la. Pahal nak main bini-bini pulak?*


Ni merupakan contoh-contoh lagu masa zaman kecik dulu. Selalu kami nyanyi masa main permainan atau dalam situasi lain. Best je masa tu.

Korang ada favourite and famous rhymes tak masa masih jadi budak hingusan??

Monday, November 3, 2008

Teringat Ku Teringat...

Aritu, ade kenduri depan umah aku. Aku kat umah studi. Malas nk pegi. Hehehe... Balik je mak aku citer...

Mak: Kenal anak Sudin??
Aku: Kenal. Firdaus. Napenye???
Mak: Die dtg td. Tye mak "Iqbal ade kat rumah??"
Aku: Ingat lagi die kat kebal..
Mak: Die ckp "Iqbal dah sombong ye. X kenal sye dah..."

Hahaha... Sori la kawan. Aku ingat lg kat ko. Bukan tak menegur maknenye aku sombong. Ko kene pikir cmne idup aku dulu tyme skola rendah...

Dah la sume bdk laki jahat ngan aku. Aku kenal lagi diorang. Hamzani, Isa, n geng2 diorang. Sampai sekarang aku x paham nape la jahat sgt diorang ngan aku. Teringat lagi tyme skola agama. Hamzani punye cerita. Dalam kelas, aku duduk tepi tingkap. Pantang lalu tepi kelas aku, die ketuk kepale aku. sekuat hati plak tu. Celake.

Cerita si Isa. Die byk kwn n cekgu sgt syg kat die. Sume berkaitan sukan, mesti die yg cikgu pilih. Dari olahraga, hoki, bola sepak, sume die bolot la. Aku mendak sukan. N myb sbab 2 la die rmi kwn n agak berpengaruh. Selalu memperbodoh2kan aku even aku antara orang yg pandai kat skola n aku plak ketua pengawas kat skola. Selalu ejek aku. Geramnye...

Biar lah. Tu cerita zaman dulu2. diorang pun aku dengar cerite tah jadi ape entah. Rokok tersepit je kat jari. Isa 2 aku dengar SPM die x de A langsung. X mau gelakkan die. Riak namenye. Mungkin balasan Tuhan agaknye. Tapi 1 bende yang aku sure, kalau la ditakdirkan aku kene tendang matrix nanti, (mintak2 la x...) mesti diorang gelakkan aku.

Jangan mimpi nak gelakkan aku. Aku akan bertahan.

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics