expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Followers

Korang Yang Ke...

Saturday, October 21, 2023

Anti Sukan

Assalamualaikum...

Sekadar meroyan. Ahh gtuh...

Frasa "blog berhabuk" terasa mengembangkan tekak dikala ini. Let's not do that. 

Baiklah. 

Bersukan, bersenam, berekreasi bersama keluarga, berbudaya sukan, jadikanlah amalan.... MALAYSIA CERGAS!!! YEAHH!!!




But not for me. Aku sangat benci dengan sukan. Seboleh-bolehnya aku mengelakkan diri daripada terlibat dengan apa-apa aktiviti sukan. 

Tapi kenapa?

Jom lah aku nak bercerita tragedi yang memberi kesan mendalam terhadap mentaliti aku terhadap sukan secara umum. 

Korang tahu kan subjek PJK? Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. 


Nohhh edisi SJKT hahaha...


Aku suka lah bila tiba masa PJK ni. Masa Darjah 1 - 3 kat sekolah rendah dulu, aku sekolah sesi petang. Jadi PJK ni memang masa terakhir dalam satu hari tu lah. Seronok masa tu cikgu ajar macam-macam mainan kanak-kanak. Aku suka main bola beracun (Kalau sekarang orang panggil "Dodgeball" kot). Rasanya dari darjah 1 sampai 3 tu memang permainan utama kanak-kanak la kot. 

Tapi...

Bila naik Darjah 4, dah kena sekolah sesi pagi pulak. Subjek PJK ni jadi subjek pertama pada hari berkenaan. Tak ada masalah. 

Cuma seiring dengan pertambahan umur, kita kena bertindak matang juga. Jadi dengan mindset yang tak rasmi ditetapkan seantero dunia, budak-budak lelaki diwajibkan bermain bola sepak dan budak-budak perempuan diwajibkan bermain bola jaring.

Aku emo. Kenapa dah tak boleh main bola beracun???

Aku terpaksa ikut serta, walaupun simpulan bahasa Melayu menetapkan orang yang tak reti bermain bola sepak macam aku digelar "Kaki Bangku". Aku sabar. 

Tapi...

Ada satu hari tu, cikgu PJK masa tu, Cikgu Azab (bukan nama sebenar) telah membuat peraturan yang seronok (untuk dia lah bukan untuk aku) dimana pasukan mana yang bolos kena tanggal baju sebagai denda. 

APENI CIKGU

Gambaran perasaan dalam hatiku ketika itu

Sebagai budak yang tak berdaya untuk melawan, aku terpaksa mengikut arahan tak munasabah tersebut dan bermain je macam biasa. 

Nak dijadikan cerita, team aku bolos. Makanya terpaksa lah buka baju. 

Aku memberontak. Kalau aku fasih English masa tu aku dah jerit kuat kuat "THAT'S IT!!! ENOUGH IS ENOUGH!!!" dan berlari ke tandas yang seperti kita tahu memang mengerikan rupanya. Patutlah ada je kes budak berak dalam seluar. Bukan aku lah.

Lupa. Setiap tindakan mesti ada kesan. Akibat tindakan aku tadi, Cikgu Azab telah mencubit pinggang aku sampai tersiat kulit. Zaman aku sekolah tak ada lagi nak saman-saman ni. Jadi terima je akibat tu. 

Minggu depannya, aku tetap memberontak. Aku nekad tak nak bawak baju sukan. Budak-budak dah mula nak menakutkan aku dengan denda sebab berani memberontak. Aku keraskan muka dan teguhkan pendirian je lah. Masa PJK, budak-budak bermain, aku duduk tepi je, enggan melibatkan diri. 

Tindakan aku ini juga ada akibatnya. Apa yang Cikgu Azab ni buat? Kali ni dia tak cubit. Tapi dia suruh aku berdiri depan kelas dan dia buat sesi public humiliation kat aku. Budak sekelas dah makin seronok tengok aku dimalukan. 

Sedikit backstory, aku ni dulu sejak kecik dah diejek pondan. Jadi bila aku ni pondan, tak reti main bola sepak pulak tu, lepas tu buat perangai macam tu, memang berganda lah ejekan yang aku dapat. 

Aku penat membina reputasi sebagai budak pandai dalam sekolah, setiap kali periksa mesti dapat nombor 1, 2, 3. Tak pernah lagi dapat nombor 4 ke bawah. Tapi budak-budak lelaki ni diorang tak pandang semua tu sebab asal kau tak reti main bola sepak kau bukan lelaki sejati dan kau pondan. 

Well, ni yang aku selalu cerita kat kawan-kawan yang aku dah kenal masa aku dewasa kini. Ada satu lagi tragedi yang buat aku bertambah benci kepada sukan, particularly bola sepak. Benci sial kimak arghhhhhhhhhh

Masa Darjah 4, budak-budak semua wajib join aktiviti ko-kurikulum. Cikgu dengan kuasa veto masa tu dah aturkan budak ni masuk unit beruniform mana satu, kelab mana satu, dan sukan mana satu. Bukan kita pilih sendiri, budak-budak tak ada kuasa tu. Tapi seronok la berebut nak tengok kat papan kenyataan masa tu kita kena join apa. 

Aku tengok la satu satu bermula dengan unit beruniform. 

Pengakap. Ok. Famous so semua nak jadi cool kids dapat jadi pengakap. Ada nama aku. 

Lepas tu kelab dan persatuan.

Nama aku kat Kelab Seni Kreatif. Ala-ala subjek pendidikan seni. Best la boleh berkarya. 

Then sukan... You guessed it...

Celaka

Bala apa yang menimpa aku ni. 

Perasaan aku ketika itu

Fast forward, hari tu ada perjumpaan untuk sukan. Sebagai budak tak berdaya, datang je lah. Ingatkan perjumpaan biasa macam Pengakap dan Kelab Seni Kreatif yang aku dah hadir sebelum tu. Cikgu yang jaga sukan bola sepak masa tu, Cikgu Husaini (ahh aku letak je nama sebenar. aku benci betul dia sejak tragedi ni terjadi) dah train budak secara professional. Dia suruh aku gelecek bola. Mana aku reti bodoh. Kau suruh pondan ni main bola buat apa? Lepas tu dia suruh kitorang semua lari pusing padang 5 round. Apa semua ni?????

Aku penat. aku pancit. Cikgu Husaini tu panggil semua budak tadi termasuk aku berkumpul. 

BOOM. Kena maki kena cerca sebab tak ada effort. Semestinya aku yang kena maki lebih sebab aku lembik, layaklah diejek pondan. Kata Cikgu Husaini. 

Kau tak rasa budak-budak seronok bila cikgu sendiri, sebagai manusia matang ada akal fikiran menjatuhkan maruah aku macam tu? 

Last-last Cikgu Husaini cakap: "Awak berhenti je lah join sukan ni. Buang masa saya je". 

Dah lah aku dipaksa masuk kelab Bola Sepak secara paksa, train aku tiba tiba, bila aku tak tunjuk effort buang aku macam tu je. Hello, aku pun tak nak lah jadi wakil sekolah!!!

Ya, dua tragedi silam ni lah yang buat aku benci dengan segala aktiviti yang melibatkan kecergasan dan semua aktiviti sukan, terutamanya bola sepak. Sampai sekarang aku benci bola sepak. 

Aku fokus betul dengan akademik aku masa sekolah rendah. Walaupun naik darjah 4 dah tak secemerlang dulu, tapi aku kekal dapat nombor 1, 2, 3 bila periksa. lepas tu jadi Ketua Murid bila Darjah 6, tu pun sebab  aku pandai semata-mata, bukan sebab aku berkaliber dan berkepimpinan. Budak-budak lelaki tak pernah respek aku masa tu sebab aku pondan, di mata diorang lah. 

Jujurnya, aku pun tak tau macam mana entah aku boleh terlepas masuk SBP bila aku berjaya dapat 5A UPSR. Eh korang tau tak apa tu UPSR? Tidakkkk pakcik dah tuaaaaaa (Pinjam ayat Jefri kat blog suci dia)

Teka lah kat mana ni hew hew hew

Aku tak ada langsung rekod penglibatan dalam sukan sepanjang aku sekolah rendah. Semua disebabkan tragedi tu. Ikutkan tak layak aku dapat masuk SBP masa tu walaupun aku ada rekod lain yang cemerlang. Aku ada jugak jadi wakil sekolah pertandingan bercerita, walaupun tak pernah menang. Tapi tu je lah. Aku syukur jugak dapat SBP ni sebab aku memang tak mau sambung sekolah menengah kat kampung aku sebab pastinya aku kena bersemuka dengan budak-budak yang selalu ejek aku pondan tu. 

Dekat SBP tu lagi hebat aku kena ejek. Dan juga aku berjaya mengelak dari melibatkan diri dalam aktiviti sukan, terutamanya bola sepak. Tapi tu untuk entri lain lah bila aku rajin nak menaip lagi dalam blog sendu mendu ni. Siapa je berblog sekarang???

Tu je royanan. Sekian. 

1 comment:

Jefri said...

Tumpang lalu...blogwalking here... Sapu habukkkk *komen ala zaman Blogspot menduniah*

Semoga cikgu tu dpt anak kaki bangku jugak n kena kifarah. Cash

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics