expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Followers

Korang Yang Ke...

Saturday, June 19, 2021

Eurovision 2022: Planning

Assalamualaikum...

Haaaa jarang setahun buat lebih daripada 2 post ni. 

Baiklah straight to the topic.

EUROVISION

Aku rasa tak ramai orang kat Malaysia beri perhatian kat acara muzik tahunan ni. Ye lah berpandukan pada nama pun, terang-terang acara ni hanya melibatkan negara-negara sekitar Eropah sahaja. Tapi dah ramai peminat Eurovision ni diluar Eropah. Termasuk lah aku.

Logo Eurovision 2021 di Rotterdam, Belanda

Aku start layan Eurovision since 2018, masa tu tuan rumahnya Portugal sebab Portugal menang pada tahun 2017. Secara tradisinya, negara yang menang Eurovision pada tahun tu akan jadi tuan rumah pada tahun depan. Jadi untuk 2021, Belanda tuan rumah lepas negara diorang menang last edition pada 2019. 2020 dibatalkan sebab COVID jadi terpaksa extend pada tahun 2021. 

Untuk lebih info pasal Eurovision, bolehlah cari sendiri kat Google. 

Jadi, apa planning yang aku nak dokumentasikan dalam blog yang orang dah tak layan ni? Camtuu...

IT'S A PLANNING TO WATCH THE EUROVISION CONTEST LIVE!!!

Sebelum tu, sedikit cerita pasal aku.

Aku ni bukan seorang yang mampu untuk ke luar negara. Jangankan Singapura, nak pergi Sarawak/Sabah hanya untuk melancong pun aku tak mampu. Hajat nak tengok tempat orang lain sentiasa ada. Cuma banyak kekangan. Duit sentiasa jadi penghalang utama. PTPTN adalah sebab aku tak pernah fikir untuk melancong ke luar negara sebab takut aku kena halang kat airport. Mana lah nak tau kalau-kalau siapa yang belum langsaikan lagi pinjaman tu tak dibenarkan langsung ke luar negara. Sejak kewangan aku agak stabil, aku tak pernah miss bayar PTPTN tiap-tiap bulan. Tapi masih jauh lagi tempoh nak langsai tu. Tapi bila ada yang kata kalau rekod bayaran balik tu cantik, tak de masalah timbul, aku jadi lega. Logically pun, takkan nak halang orang yang ada rekod bayaran balik yang baik untuk bercuti kan? Janganlah kejam sangat. 

Balik kepada planning ni, ia datang secara tiba-tiba. Bukan idea aku, tapi idea kawan aku, Aiman. Masa kami tengok Eurovision kat Youtube live bulan Mei lepas, lepas diumumkan Itali juara untuk tahun ni dan edisi tahun depan akan dilangsungkan kat Itali, spontan idea untuk ke Itali datang. Aiman lah yang ajak kami yang layan ni untuk pergi ke sana. Once in a lifetime kata orang puteh. Aku excited dan terus setuju nak join, walaupun tahu tiket flight bukannya seringgit dua. Sekurang-kurangnya kena ada RM3,000 hanya untuk tiket sahaja. Belum lagi kos-kos lain. Tapi tak pe. Ada lagi setahun untuk menabung untuk perjalanan pertama aku.

Jadi, aku nak share kat blog ni apa yang aku buat sedari mula-mula idea ni datang sampai aku ke sana. Jadi ke tak jadi, aku akan share kat sini. Aku harap jadi lah.

Untuk permulaan. aku baru je bukak akaun bank untuk tujuan ni. Setiap bulan akan ada portion duit yang akan aku simpan (lepas bayar segala komitmen dan hutang). Andai kata planning ni tak jadi, akaun bank tu akan jadi emergency fund aku. Haaa umur dah nak tua, dengan diabetes lagi, baru nak buat emergency fund. 

Buat masa ni, halangan utama yang boleh membatalkan planning ni hanya satu: COVID. Malang betul  Malaysia ada kerajaan yang tak berguna. Kes makin hari makin naik, sedangkan Malaysia dulu dipuji sebab berjaya mengawal kes COVID. Sekarang semuanya haram jadah. Kalau situasi COVID kat Malaysia makin teruk, tak de maknanya planning ke Itali ni menjadi. 

Buat masa ni sharing aku hanyalah ini je. Next post aku nak share pasal vaksin, yang mana merupakan perkara terpenting untuk memastikan journey kali ni menjadi. 

Bye

No comments:

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics