expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

HeartBeat

Followers

Korang Yang Ke...

Friday, July 22, 2016

Blog: Relevan lagi ke?

Assalamualaikum...

Entri pertama 2016 yalls!!!

Sekarang bulan 7 2016. Baru je lepas menyambut raya. Mood raya masih ada. Yang tak ada mood berblog.

Relevan lagi kah blog pada masa sekarang ye?

Depends. Tapi yang aku perasan, most of us stop blogging bermula pada tahun 2014 sampai sekarang. Tahun ni melihatkan ramai jugaklah blogger yang boleh dikatakan famous (blogfemes kalau tak silap termanya) dah mula slow berblogging.

Aku sendiri start buat blog tahun 2008. Tahun yang paling indah lah bagi aku sebab ni tahun aku mendaftar di Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh), kampus Gambang. Well, hari hari di matrix adalah sangat menyeronokkan walaupun stress dengan study. Tapi sebenarnya stress ni hampir tak de. Banyak masa terluang untuk study dengan member, beriadah, or lepak malam-malam layan movie, dan berblog la of course. Maka terlahirlah blog ini pada 2008.

Bermula dengan tanggapan bahawa blog ini ialah sebuah diari alam maya, tahun demi tahun aku mula mengetahui bahawa banyak perkara yang boleh dilakukan dengan blog. Ada yang mula menggunakan blog sebagai punca pendapatan. Tak kiralah sama ada meggunakan blog sebagai medium perniagaan, ataupun sebagai punca pendapatan pasif melalui agensi pengiklanan seperti Nuffnang (the famous one sebab banyak blog yang tepek iklan Nuffnang dalam blog diorang). Yang berusaha keras akan dapat pulangannya. Bila dah mencapai tahap blogfemes, semua kenal kita. Nuffnang pun ada jugak bagi pas-pas percuma untuk sebarang event anjuran mereka.

Masa ni jugak ramai yang berusaha untuk mengindahkan blog mereka. Background cantik-cantik, header blog yang menarik perhatian (ada jugak upah orang untuk buat header yang gempak), taruk lagu dalam blog untuk menemani waktu-waktu korang, dan sebagainya. Semuanya untuk beberapa tujuan. Nak tambah viewpage dan nak tambah pendapatan iklan Nuffnang. Masa ni jugaklah aku kenal Alexa.com, website yang paparkan ranking blog kita sama ada femes atau tidak. Salah satu cara nak bagi orang sentiasa baca blog kita ialah penggunaan Search Engine Optimization (SEO). Kena pandai main keyword yang membolehkan orang sentiasa berkunjung ke blog kita. Contohnya, kita taip "PTPTN". Ni salah satu keyword yang terkenal jugaklah. Of course bila orang google PTPTN, blog kita akan tersenarai dalam carian tu. Kalau blog tak femes, tengoklah page 5 6 ke belakang.

Ada jugak yang menggunakan blog ni sebagai medium mencari kenalan maya. Di sini peranan blogfemes amat kuat. Maka terlahirlah kelab-kelab blog secara rasmi ataupun picisan semata-mata. Masa blog masih femes ni, kelab-kelab ni banyak jugak buat aktiviti-aktiviti untuk mengeratkan silaturrahim mahupun menambah kenalan baru. Ada jugaklah bertukar pandangan dan fikiran tentang bagaimana nak mastikan blog mereka kerap dilawati.

Kalau tanya aku, yup memang pernah jugak rasa nak blog ni femes, nak guna blog untuk cari duit, macam-macam lagi lah. Tapi lama lama aku malas. Maka blog ni eloklah jadi tempat meroyan je. Hahaha....

Bila dah mula nak mencari kerja, aku sendiri pun dah jarang buka blog aku ni. Sibuk mencari kerja. Bila dah kerja aku pulak tak de masa nak berblog, Bila ada masa aku asyik main Facebook, Twitter, Youtube, macam-macam lagi lah.

Around 2013 sampai sekarang, dah makin banyak blog yang makin sepi. Ada yang dah delete terus blog dia. Lama kelamaan yang betul-betul aktif je yang masih wujud. Aku tak tergolonglah dalam kalangan yang aktif tu. Tapi untuk delete blog, aku rasa tak kot. Ini kenangan. Dokumentasi hidup aku start 2008 sampai sekarang. Dah 8 tahun rupanya usia blog aku ni. Bila baca balik entri lama-lama, aku rasa geli dan kelakar bila mengenangkan zaman-zaman BBNU aku.

Jadi, relevan lagi ke blog?

Tengok keadaan. Yang nak berniaga mungkin masih relevan walaupun dah ramai beralih ke Instagram untuk buat perniagaan online. Kelab-kelab blog pun rasanya dah sunyi.

Kalau ada masa, aku akan up entri baru, walaupun tak de orang jenguk, tinggal jejak, atau komen.

No comments:

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics