expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

HeartBeat

Followers

Korang Yang Ke...

Monday, January 24, 2011

Lagi konspirasi yahudi ciptaan melayu

Assalamualaikum~

Lama tak hapdet. Almaklumlah masih terbakar hati dengan peristiwa dalam entri lepas. Tindakan susulan bakal aku teruskan. Peduli hape aku. Orang pejabat mintak aku jangan kecoh hal ni. Gi mam sama kamu. Biar orang tahu kamu ni kerjanya suka makan harta anak yatim.

Okay. Sudah.

Sebenarnya, ni hal lama. Aku pun da lama tahu. Tapi aku tak tahu kenapa baru ni kecoh kat Facebook. Sila lihat ayat-ayat dibawah:



SALAM !! ,rakan2 sekalian dimohon untuk: Buka komputer/laptop anda pada direktori C:\Program Files\Microsoft Office\MEDIA\CAGCAT10, cari gambar bernama J0285926 . Anda akan temukan gambar Lambang/bendera zionis Israel lengkap (persis dengan warna aslinya) dengan lilin (sarana ibadah mereka). HAPUSKAN ! Gambar tersebut ada disemua PC di seluruh dunia.SEBARKAN SEMAMPUNYA..

Sudah femes menjadi status kebanyakan orang dalam friendlist aku.

Ni la gambar yang kasi kecoh tu:



Tak boleh cakap lebih-lebih. Ni cuma pendapat aku je.

Sila pergi ke mana gambar tu di simpan. Banyak lagi lambang agama lain. Itu tak mahu delete ke?

Ketakutan terhadap Yahudi sudah membarah. Sampaikan apa sahaja yang ada unsur Yahudi, terus nak dibuang. Nak tanya. Adakah dengan menyimpan gambar ni bukti kita ni kafir? Keimanan kita dah hilang?

Untuk keadaan sekarang ni, ya. Kau simpan gambar ni, kau kafir. Tuhan tak terima solat kau 44 hari. Mungkin itu yang berlaku bila ada di antara kita yang tak buang gambar tu. Bila hukum ALLAH diselewengkan sesuka hati oleh 'mereka' ini.

Keimanan kita ni diukur dengan gambar je ke?

Gelabah. Kalau macam tu, sila buang segala yang bukan berunsur Islam. Jangan tipu. Kat dalam laptop korang ada lagu Lady Gaga. Facebook tu warna biru putih. Delete akaun tu.

Apapun, aku buang je gambar tu. Sebab nanti orang kata aku kafir bila tak buang gambar tu. Orang laknat aku pulak nanti. Sesuka hati dia je nak kafirkan orang lain.

Eh, gambar ni aku letak kat entri aku. Jangan kata aku kafir pulak ye. Manusia biasa macam 'mereka' tak ada hak nak kata aku kafir.


Bosanlah aku dengan situasi ni. Malas nak layan. Sekian.

3 comments:

zaty luvlianncezzz said...

nice n3

:)

IQBAL ZARIN said...

tengs. hehe... :D

Mizah Sh said...

ohh. baru tahu kat mana semua media files disimpan. 2 tahun belajar pasal komputer, baru la ni tahu. ;D

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics