expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Followers

Korang Yang Ke...

Friday, January 13, 2012

McDonalds dan Tutti Fruiti - Mahal Dan Tak Memuaskan

Assalamualaikum...

Nafsu makan aku memang serupa gajah. Tengok badan la. Haha... Aku amat berkira dalam membelanjakan duit untuk baju, seluar, buku, alatulis dan sebagainya tapi kalau pasal makan, aku sanggup bayar mahal asalkan mengenyangkan dan memuaskan. Kalau mahal tapi end up aku kena korek periuk nasi (kat rumah) atau ke kafe untuk makan nasi (kalau kat uni), aku akan menyesal kerana telah membazirkan duit belanja aku untuk makanan yang amat mahal tapi tak mengenyangkandan memuaskan. Tak berbaloi.

Banyak sebenarnya contoh makanan mahal tapi tak pernah memuaskan perut aku. Tapi aku lebih berminat untuk menjadikan dua tempat makan ni sebagai modal entri aku kali ni. McDonalds dan Tutti Frutti.


1) McDonalds. 

Pernah beberapa kali aku pergi. Tapi lepas tu aku cakap kat diri aku, aku takkan pilih tempat ni untuk makan. Harga makanan bagi aku kalau nak dibandingkan dengan tahap kekenyangan aku memang tak sama. Jauh beza. Spicy Chicken McDeluxe sebagai contoh. Ayam dua ketul jugak. Kenapa lepas makan aku tak kenyang walaupun sudah baca doa makan? Jauh beza dengan makan ayam dua ketul kat KFC. Jadi lepas tu memang aku tak pernah nak makan-makan kat McDonalds dah. Cuma aku masih suka dengan McFlurry Strawberi. Aiskrim memang tak mengenyangkan. Dan aku memang beli bukan untuk kenyang. Haha...


2) Tutti Frutti

Aku baru sekali merasa benda alah ni. Itupun kakak aku belikan untuk aku sebagai usaha memujuk. (Tak payah tahulah pujuk apa). Aku cuma tahu, nak makan benda ni, mula-mula kena layan diri. Okey. Bagus. Yang azabnya ialah sistem pembayaran. Harga dikira mengikut berat frozen yogurt yang kita ambil. Tak tahulah berapa untuk 1 gram. RM2.00 mungkin? Atau lebih? Yang pasti, terlebih ambil, memang terkejutlah bila membayar nanti. Oh, ia juga bukanlah untuk mengenyangkan tapi ia tak memberi kepuasan pada aku. Aku salahkan sistem dia tu. Haha...

Sebenarnya kalau bisnes makanan ni, mana boleh fikir untung je. Kepuasan pelanggan kena kira jugak kan? Rugilah kedua-dua restoran ini sebab kehilangan seorang pelanggan macam aku. (Bajet retis) Tapi kalau ramai lagi yang fikir serupa dengan aku, boleh gulung tikar jugak.

Ok aku lapar. Fuuu~

10 comments:

Anonymous said...

nasib baik gathering hari tu kita makan kfc. hahahahha kalau tak, maunya mengamuk ko kat situ

IQBAL ZARIN said...

tau x pe! jgn pergi mcd pasni! hahaha

Asy Faro said...

=D

Unknown said...

ayam penyet jugak yang untung kan.haha

IQBAL ZARIN said...

Asy Faro: :D

Rozuan: haruslah! haha

ain akasyah said...

sangat setuju.. pengusaha tau cekik darah je aishhh

IQBAL ZARIN said...

semua nak hidup jugak. semua nak pentingkan diri je.

miss no right said...

mcd mmg hebat. lepas satu jam makan, aku terus lapar balik -,-

Mr.41 said...

gua mampu apple pie jek... 2 inngit...

IQBAL ZARIN said...

miss no right: jimat2lah duit dri makan mekdi tu. hahaha

azuha: kaye siot makan apel pai...

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics