expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Followers

Korang Yang Ke...

Friday, July 30, 2010

Kalau sayang, tinggal-tinggalkan

Assalamualaikum...

Tak taulah tajuk aku tu ada kena mengena dengan apa yang aku nak taip ni tapi kalau sudi, sila membacanya sampai habis.

Mulanya macam risau akan bahana yang aku dapat jika aku ceritakan. Dah la dalam blog pulak tu. Tapi aku tak peduli. Nanti makin disimpan makin makan hati. Mau sewel aku. Mujur juga bukan berkaitan dengan isu-isu politik atau kaum. Haha...

Mari mulakan ceritera ini...

Masa aku di tahun pertama pengajian aku di UKM ni, aku join debat bahasa melayu. Sebab dulu tiada peluang untuk terlibat lebih awal. Dan dulu juga aku memang selalu join pertandingan yang melibatkan cakap-cakap ni. Masa sekolah rendah la. Terhenti di sekolah menengah akibat sudah ramai orang yang lebih handal dari aku. Jadi biarkan mereka mengharumkan nama sekolah aku. Support dari belakang. Oleh kerana aku nampak ada peluang di UKM ni, dan orang yang tiada latar belakang sebagai seorang pendebat juga boleh sertai, maka aku fikir, why not aku cuba. Lagipun masa orientasi, aku mewakili kolej untuk pertandingan debat piala naib canselor. Maka aku pun join.

Sepanjang setahun aku melibatkan diri, banyak suka duka yang aku dah lalui. Dan sampai satu tahap, aku terpaksa membuat keputusan untuk keluar dan tidak terlibat langsung dengan dunia debat. Rasa sayang pula tapi akibat beberapa sebab, maka aku putuskan untuk keluar sahaja.

Mengapa aku rasa sayang nak keluar? (ini pinjam format entry Zhyne Seven. pinjam yee~)

  • Rugi untuk menimba pengalaman sebagai pendebat
Aku sedang cuba untuk develope diri aku untuk menjadi pendebat yang boleh mewakili
UKM suatu hari nanti. Berangan nampaknya. Tapi itu yang aku cuba dan aku azam untuk
berubah ketika aku berada di tahun kedua pengajian aku. Nampaknya hajat itu tak akan
tercapai...
  • Suasana 1 keluarga yang mendamaikan
Dalam debat itu, ahlinya seperti 1 keluarga. Sentiasa ambil berat dan melakukan aktiviti
bersama-sama. Ikatan tu bagaikan sangat rapat. Almaklumlah mak jauh kat rumah. Jadi
seronok jugalah bila dapat gather bersama. Bagaikan tak datang latihan pada malam hari,
macam tak lengkap hidup ni.

  • Dapat berkenalan dengan pendebat lain dan melihat pertandingan debat
Kenal-kenal orang ni memang seronok walaupun aku tak de lah peramah sangat. Tapi
dapat kenal dari jauh pun dah memadai. Juga mengenali latar mereka sebagai pendebat,
hebat ke tak, baru boleh develope semangat tu. Dan aku suka tengok debat sejak dari dulu
lagi.

Rasanya itu sahaja sebab aku sayang nak tinggalkan dunia debat. tapi aku harus mengalah dengan beberapa faktor yang menyebabkan aku harus berambus dari debat. Kalau point atas tu sekadar utk play safe, point dibawah ni ialah risiko.

Jadi, apa sebabnya?

  • Halangan dari keluarga
Menyertai debat sama seperti menyertai askar untuk analoginya. Kena rela berkorban cuti
sem kerana setiap cuti sem memang tak boleh cuti lama-lama. Ada sahaja tournament
yang berlangsung. Jadi aku terpaksa bertahan dimarahi mak aku yang asyik tanya kenapa
tak boleh cuti. Plus, kakak-kakak aku pula menentang penglibatan aku dalam debat
kerana banyak unsur-unsur yang tak baik (straight forward: songsang) dalam ahli debat
tu. Dan kakak aku pula memang masak dengan hal ini kerana dia juga graduan universiti.
Jadi memanglah dia tahu.

  • Senioriti yang melampau
Tidaklah semua mengamalkannya. Sebab macam aku taip kat atas tu, kami bagaikan 1
family. Senioriti harus ada sekadar untuk mengingatkan yang muda supaya hormat yang
lebih senior. Namun ada seseorang yang merasakan kami (baca: batch) ni naik lemak
sangat. Manja. Tak tau lah. Bukannya tak kami respek. Entahlah. Mati ayat.

  • Teguran yang melampaui batas
  • Warkah menyakitkan hati yang aku terima masa cuti
Aku golongkan 2 poin ini dalam satu cerita. Alkisahnya, Ketika aku selesai solat maghrib
di rumah dan baru start nak masak, ada sms masuk meminta aku cek inbox mesej di
Facebook. Sebab rumah aku mana ada internet. Jadi aku cek esok je. Esoknya, bukak
Facebook, baca. Mak aih... panjang bona eh. Go through, okay. Ini ialah hanjengan. tak pe.
Baca lagi. Sentap. Sumpah sentap. Apa ni? ribut taufan tsunami tak beri amaran, tiba-tiba
kena macam tu. seriously, WHAT THE FUCK??? (oh... ku tak censored... sengaja) I mean,
nak tegur tu beradab sikit la. Jangan ingat sebab dah senior maka junior ni macam kain
buruk nak lanyak-lanyak macam tu je. Walaupun banyak teguran (baca: hanjengan) yang
ada juga benarnya tapi yang tak patut disebutkan juga terpacul. Mapley pon nak jadikan
isu ke? Orang tu minat karaoke ko nak naikkan jadi pertikaian? Tu la. sebab sudah
bergelar SENIOR, maka kami yang JUNIOR ni macam kena telan semua teguran yang
tak berasas tu. Sebab tak pernah nak respek do's and dont's yang orang lain ada. Dan
paling aku rasa macam nak mengamuk satu felda aku pada hari tu ialah satu perenggan
yang khas untuk aku. Sebab mak aku marah, maka aku tak boleh la nak join aktiviti debat
masa cuti semester lepas. Aku dah explain kat senior masalah aku ni. Mereka faham.
Namun seorang ni, haih... aku tak tau la nak cakap apa dah. Lain kali tanya la sebab aku
tak dapat stay. Bukan buat serangan melulu. Ye la. Nampak aku online saban hari, siap aku
upload picture aku pergi bercuti kat Bukit Tinggi dan I-City, dalam masa mereka pula get
ready utk tournament segala bagai. Ingat aku dok senang lenang tak buat kerja. Aku nak
balik awal pun sebab aku rasa nak buat kerja yang dah dipertanggungjawabkan oleh aku.
Itu pun mak aku tak tau. Apa dia taip? Tak perlu aku nak kopipes kat sini. Rumusannya,
dia nak terangkan kat aku, aku ni penyibuk, gila nak orang raikan aku masa aku
balik,
lepas tu nak buat aku hanya sebagai tempai orang melepaskan
kemarahan.
BITCH YOU!!! Kannn..... sebab kau SENIOR maka kau pandang JUNIOR
macam aku ni tak de maruah kan. Macam cacai. Hilang semangat aku nak tolong diorang
buat kerja lantas aku batalkan niat aku nak balik awal. Lantaklah. Buat apa aku kerja
dengan orang yang hanya fikirkan kepentingan diri dan menafikan hak orang lain.

  • Keghairahan untuk berdebat sudah lenyap
Oleh sebab hanjengan itu jugalah, lenyap sudah passion aku. Oh, dalam hanjengan tu jugak,
katanya kalau ada yang nak quit sebab hanjengan tu, maka terbukti yang sebenarnya kami
semua memang x de passion dalam berdebat. Hello, aku jawab senang je. Sila letak
kesalahan itu pada mulut hanjeng kau. Niat mungkin baik. Nak kasi orang sedar. Namun
ingat ye. Sebab mulut hanjeng kau tu lah yang membunuh minat kebanyakan antara kami
dalam debat.

Ada banyak lagi kot. Tapi itu sahaja yang aku rasa aku ingat.

Merapu dan membebel. Sori kepada sesiapa yang membaca. Sebab aku kena luah dan takat nak taip dalam word memang tak memuaskan hati. Biar aku taip dalam blog. Senang.

Konklusinya, begitulah ceritanya. Actually, aku baru perasan yang sebenarnya masalah aku ni berlegar dengan masalah yang berpunca dari orang yang sangat-sangat aku respek dahulu kerana kehebatannya dalam perdebatan. Namun maaflah. Kerana anda sendiri yang sudah mula munculkan belang anda, saya minta maaf sebab tiada lagi hormat untuk anda. Minta maaf.

~dah baca, diam. Jangan nak serang aku di dunia realiti lepas ni. Aku tak redha~

Tuesday, July 27, 2010

Aku guna BlackBerry...

Assalamualaikum...

Banyak duit kau. Haha...

Memang aku tak mampu nak beli BlackBerry sekarang ni. Lagipun sayang la kat Nokia 5800 aku tu. Haha...

Agak-agak berapa ribu ye???


So, nak feeling ada BlackBerry pon jadilah. Haha... Jadi ini yang berlaku di Facebook semalam:

Tengok aku update guna apa...haha

Aku tak ada BlackBerry pun boleh update stauts guna BlackBerry. Haha... Macammana aku buat?

Its a simple trick. Pergi je kat website ni. Then sign up je. Start la buat status korang guna pelbagai devices. Nokia 3310 pon boleh. Haha...

~nanti mesti ada yang marah aku beli BB ni... padahal trick internet je. Haha~







Sunday, July 25, 2010

Tiada sesalan

Assalamualaikum...

Sudah masuk minggu ketiga semester 1 sesi 2010/2011 di UKM. Semua tahu aku sudah berpindah kolej kediaman. Alhamdulillah, selesa aku berada disini.


Kolej Dato Onn, kolej kediaman baru aku

Dapat pulak bilik solo... tenang sikit hidup aku. Berbanding dulu. Ergh... tutup kisah lama. Biarkan.

Dari dulu aku tau KDO ni memang femes dengan announcement yang terlalu kerap. Kekadang annoying pun ada bagi sesetengah pihak. Pencemaran bunyi katanya. Sampai tertubuhnya 1 page di Facebook berkaitan pengumuman yang teramat kerap ini.


Klik kalau nak besar. Abaikan kumpulan korea itu. Haha...


Hambek ko. Gitu tahap annoyingnya walaupun just for fun katanya... haha...

Aku, secara jujurnya memang ada sikit rasa menyampah bila hari-hari ada pengumuman sampaikan yang tak penting pun nak buat pengumuman jugak. Tapi aku tiada sebab untuk membenci kolej ini hanya kerana aku annoying dengan bunyi pengumuman itu. Kerana kebaikan yang aku dapat mengatasi satu keburukan ini iaitu:

  1. Aku hanya jalan kaki ke kuliah. Tak perlu tergopoh gapah naik bas. (juga leh excercise pagi-pagi. Hehe...)
  2. Bilik aku sekarang ni luas. Fasiliti juga amat baik. Contohnya, loker baju yang luas dan besar, katil yang selesa, dan juga meja stadi yang kukuh. Tak macam bilik dulu. Sila negatifkan contoh-contoh itu jika mahu tahu keadaan bilik aku dulu.
  3. Yuran yang lebih murah berbanding dahulu. Sesuai untuk aku yang kurang mampu.
  4. Kosmate aku ramai disini. Berbanding dahulu, aku hanya lone ranger.
  5. Dekat juga dengan perpustakaan. Jalan kaki sahaja.
  6. Paling penting, makanan di kafe sentiasa ada sampai ke malam. Dan juga murah. Kafe juga ditutup agak lewat jadi kalau lapar tengah malam, tak perlu risau. Kalau kafe KDO tutup, kafe KTHO (kolej jiran) ada juga. Banyak pilihan.
Dan banyak lagi kebaikan yang aku peroleh tapi tak berapa nak ingat semuanya. Hehe...

Jadi, memang tidak patut aku nak bising-bising dan merungut sebab satu keburukan sedangkan aku dapat lebih banyak kebaikan. Lagipun, tiada yang sempurna di dunia ni tapi kalau banyak sangat ketidaksempurnaan tu menyemakkan otak! Haha...

Final word, aku suka di sini. Tiada sesalan. Harap-harap aku kekal di sini sampai aku habis graduasi. Amin~

~stadi2!!!~

Saturday, July 24, 2010

Menyampah

Assalamualaikum...

Orang kata kalau kita ada benda yang kita tak suka, buang je. Tapi aku masih simpan lagi. Dan bila aku tatap, rasa nak maki, caci. carut, segalanya ada.

Apa dia?

Biar aku tau sendiri. Open sangat nak stori kat blog. Nanti sah-sah jadi bahan caci makian di belakang.

Kenapa aku simpan lagi? Entah.

Oh, dah tau. Untuk develop rasa benci dan dendam yang teramat. Bukanlah... walaupun ada terselit sikit niat itu. Hahaha...

Rasa tak mau buang. Sebab nak jadikan itu satu kenangan yang pahit yang masih aku ingat. Jadi kubiarkan je ia disitu, tidak berusik. bila boring, aku tengok balik dan aku memaki-maki lagi.

LAYAKLAH!! KO HENGAT KO TU DIVA???!!!

~mood x stabil~

Tuesday, July 20, 2010

Aktuari juga bisa buat orang gila

Assalamualaikum...

Macam biasa, awal-awal sem ni banyak je masalah yang menimpa aku. Currently, aku ada masalah dengan jam kredit aku. Aku kena ambik kursus Penyelidikan Operasi sem ni tapi jam kredit aku tak cukup 1. (akibat pointer yang sangat sangat low. Padan muka) Pening aku. Jadi aku pergi jumpa mentor aku pagi tadi untuk merujuk masalah aku ini. tapi lain pulak yang aku dapat. Sesi kaunseling pulak yang aku dapat. Katanya, dengan pointer aku sebegitu, jangan ambik. Nanti aku sangkut, susah. Kena extend pulak nanti.

Okay. Enuff with my dilemma. Yang nak diceritakan ialah kisah salah seorang student mentor aku yang juga pernah ambil kos aktuari suatu ketika dahulu. Dia ceritakan kepada aku bagaimana dia ni boleh jadi gila akibat perbuatannya "mencari diri yang telah hilang". Ngehhh?????

Aku tak tau apa yang terjadi. Sama ada pointer dia begitu teruk atau ada masalah lain yang berlaku pada dia. Tapi dalam proses mencari diri yang hilang tu, dia bereksperimentasi dengan hukum-hukum ALLAH. Dia cuba untuk mengingkari segala perintahNya yang wajib untuk menemui sebab dan akibat dia meninggalkan hukum ALLAH. Dia tinggal sembahyang, tinggal puasa, tak baca Quran, dan sebagainya. Tak tau la sama ada makan babi dan minum arak juga termasuk. Aku harapkan tidaklah. Perkara itu berlanjutan selama satu semester. Tak datang kuliah langsung.Pergi mencari diri yang hilang sampai dirinya juga hilang, tak muncul-muncul dalam kuliah.

Akhirnya, dia menjumpai jua dirinya yang hilang tu. Dirinya yang gila. Itulah dirinya yang hilang itu. End up menjadi orang yang tak waras.

Tak sangka kos aku ni juga boleh buat orang jadi gila...

Aku macam baru bangun tidur lepas dikaunseling secara free itu. Ditambah lagi dengan cerita itu. Huhuhu...

Serius aku nak naikkan pointer sem ni. Banyak efek kalau aku terusan sebegini. Kena buktikan kat diorang semua yang aku boleh buat sem ni. I need a change and i can do it!!!

~kos medic dan engineer buat orang gila aku tak heran langsung~

Monday, July 19, 2010

Nak cantik ke nak bodoh???

Assalamualaikum...

Entri ini agak kotor sikit. Bukan kotor lucah! Tapi aku hendak bercerita mengenai perbuatan yang menjijikkan juga boleh aku anggap.......


SANGAT BANGANG DAN BODOH!!!


Nak tau apa??? Go through la! Hahaha...

Hari tu aku bosan-bosan mengadap laptop ni. Lepas tu aku pun saja-saja blogwalking. Terjumpa satu blog yang aku pilih secara random. Probability ialah... kira sendiri. Hahaha.... Then aku melihat satu entrinya yang memaparkan bagaimana orang-orang di Jepun menjaga kecantikan dan kesihatan mereka dengan cara yg aku katakan bangang dan bodoh.
Apa dia???

MAKAN NAJIS MANUSIA.

Nak muntah aku...


Tak mau upload gambar di sini kerana aku cukup loya dengan perbuatan itu. silap-silap 2 bulan tak lalu makan. Kurus aku kang. Tak payah beli JusMate. Hahaha... Dan aku pun tak mau orang lain loya dan muntah2 pulak.
Dalam bijak2 orang Jepun, ada jugak bangangnya. Apa mereka dah kaji ke apa khasiat najis manusia ni? (Eish... geli aku...) Sampai sanggup tadah muka kat bontot orang yang tengah berak. Pastu lumur kat muka ala2 scrub. Adeh... busuk tol!!!

Tu belum lagi yang dok lumur muka dengan darah haid la, makan plasenta orang bru pas beranak. Semuanya demi 1 tujuan. NAK CANTIK.

Meh aku nak tanya...

KO HENGAT KO TU CHANTEKKK????



I memg chantek uolls!!! X pakai papepon natural chantekk!!!


Hahaha...

Nak cantik senang je. Pergi berwuduk 5 kali sehari. Bersih wajah dengan cahaya keimanan. Sejuk bakal mak mertua. Hehehe...

~oh... solat asar jom!~





Sunday, July 18, 2010

Earn A Respect

Assalamualaikum...

Dari kecik kita diajar untuk hormat dengan sesiapa sahaja. Paling penting, ibu bapa dan keluarga kita yang harus kita hormati. Betul kan???

Bila dah dewasa, kita akan ada satu keinginan untuk meminta agar diri kita dihormati juga. Penat juga asyik nak hormat orang je. Bila pulak kita nak dihormati? Cuma kita kadang-kadang tak tahu bagaimana nak mendapatkan penghormatan daripada orang. Atau ada juga yang saja tak mahu tahu dan mahu orang lain hormat dia jugak tak kira apa pun yang berlaku. Tak patut...

Perlu ke nak explain simple rule ni?:

KALAU NAK ORANG HORMAT KITA, KITA HORMAT DULU ORANG LAIN

Or dalam kebanyakkan versi, diri sendiri juga yang perlu dihormati dulu. Tapi bagi aku, menghormati orang lain adalah sangat-sangat penting. Selain daripada menghormati ALLAH yang wajib untuk kita laksanakan, yang ini juga harus dititik beratkan.

Memang senang je nak hormat orang. Tapi ego yang menghalang kita sebenarnya. Contohnya, kita sudah berjawatan besar dalam sesebuah syarikat. Maka nak atau tak orang bawahan kita mesti hormatkan kita. ego kita sebagai orang berjawatan tinggi telah menyebabkan kita jadi seseorang yang tidak elok perangainya. Macammana orang bawahan nak hormat kita?

Hormat itu tidak akan datang pada kita jika kita tak tahu nak hormat orang. Janganlah selfish sangat. Nanti jadi bahan kejian dan umpatan orang pulak. Memanglah dapat pahala free. Tapi sanggup ke diperburukkan di belakang kita?

Seseorang itu aku lihat telah berjaya mencapai tahap penghormatan jika orang berkata baik tentangnya mahu didepan atau dibelakang. Seronok kan macam tu?

Sebab dah selalu melihat situasi orang besar tak pernah nak belajar hormat orang bawahannya lah sebab aku menaip entri ini. Menyampah dan sakit hati.

Friday, July 16, 2010

Channel 703: Asian Food Channel tak pernah tak tayang pig-based food

Assalamualaikum...

Cuti semester dulu aku banyak habiskan masa di rumah kakak aku di Puchong. Sebab masa tu belajar bawak kereta untuk ambik lesen. Bila keseorangan kat rumah, selain main laptop aku ni, aku tengok tv je lah. Hahaha... memang aku seorang penternak lemak.... (ceh... x de kaitan)

Walaupun ramai merungut dengan Astro sebab tayang cerita yang sama dan berulang kali setiap hari, aku sebenarnya tak bosan kalau ada Astro. Mujur kakak aku ada pasang Astro. Tapi dalam berpuluh-puluh channel yang tersedia, hanya 2 je channel yang aku tengok dengan kerap:

303: KBS World

dan

703: Asian Food Channel

Aku lebih berminat nak menaip pasal channel 703. Yang 303 tu ramai tau. Channel korea. Hehehe...Ni lah logo channel 703

Channel 703 tu kan channel yang khas untuk tatapan suri rumah yang suka memasak. 24 jam akan menayangkan pelbagai rancangan atau dokumentari yang hanya berkaitan dengan makanan sahaja. Suka lah aku menontonnya. Hahaha... mana tau kot2 ada resipi yang boleh aku try.

Tapi, berbalik dengan title entri aku ni, timbul persoalan:

KALAU TAK TUNJUK MAKANAN BERASASKAN BABI TAK BOLEH KE?

Sekurang-kurangnya 65 hingga 70% rancangan yang memaparkan makanan berasaskan babi ditayangkan dalam tempoh waktu dalam sehari AFC bersiaran. Jijiks....

Macam tak sedap makanan tu kalau tak de babi. Buat steambot soup base dari tulang babi, kari ayam guna stok babi, yang babi panggang sah-sah la guna daging babi. Jijik teramat!

Sila klik sini kalau ada yang tak mengetahui mudarat babi kepada kesihatan kita.

Haih... rasa loya nak makan daging...

Pas ni tengok 303 je lah. Tapi itu pun sama. Orang korea bukan main kuat makan babi. Eeeee.......

Haih... TV3 jugak yang best. Hehehe...

~mintak izin gune logo ye. jangan saman. x de duit nak bayar. huhuhu~

Thursday, July 15, 2010

Bogel depan orang ramai itu gila dan berdosa...

Assalamualaikum...

Try sikit korang berjalan ditengah kesibukan Kuala Lumpur dengan 1 syarat.

Apa dia???

Syaratnya.....

|
|
|
|
V

BERJALAN DALAM KEADAAN BOGEL TANPA SEURAT BENANG

Sentap mak!!!! Moteeppp suruh mak bogel uols???


Sape tak sentap... Tiba-tiba suruh orang bogel. Lepas tu pergi jalan kat KL pulak. Aurat.... Ish ish ish... tak pasal-pasal kadar kemalangan jalan raya meningkat sebab asyik tengok free show nanti. Hahaha...

Malulah wei... adess... ingat orang porn star ke???

Mostly kita akan malu bila kena berbogel depan orang ramai. Yelah. Susah nak describe tapi kan aurat kita harus dijaga. Berdosa dedah aurat sesuka hati. Tambah2 lagi dedah pulak "that part"... opppssss... :P hehe

Tapi ni yang aku hairan sangat ni. Orang kita ada dah yang sangat berani berbogel. Kalau orang gila tak pe lah jugak. Diorang ni tak waras. Bukan sedar pun diorang tengah bogel ke tak.

Masalahnya yang bogel ni orang waras!!!

Precisely...

ARTIS MALAYSIA KITA LAA!!!

Lagi precise...

LELAKI PULAK TU!!!

Sudah berani terima tawaran untuk berbogel dalam filem... berbogel dengan rela hati pulak. Suka sangatlah tu tayang "anu" depan produksi filem. Nak buat krew2 "horny" tgk anu kau. Ceh...

Pastu bila wartawan interview, memacam jawapan cover diberikan:

"saya berbogel sebab skrip suruh..."
"saya menghayati watak yang diberikan..."
"saya berbangga kerana dapat menempuh cabaran paling besar sepanjang karier saya..."

Paling tak tahan, siap promot tonton filem bogel dia sebab filem ni sebenarnya mengajar masyarakatlah, mendidik masyarakatlah, membuatkan orang diluar sana insaf la...

WAK LUUUU.......


Kat Amerika biasanya aktres yang berbogel. Jarang sekali lelaki yang berbogel demi menjayakan sesebuah filem.

Kat Malaysia, aktor pulak yang tergedik-gedik nak telanjang bulat. Haiyooo...

Tau kan siapa gerangannya... paling best. ISLAM pulak tu....

Ni Arja Lee. Dialah yang bogel dalam filem "... Dalam Botol" tu...

Adeh... tak de apa yang nak dibanggakan dengan bogel tu.

Harap-harap mereka ada membaca teguran dari Datuk Noh Gadot kat surat khabar mane tah. lupa. Pape pon, saranannya, seluruh produksi yang terlibat dalam 2 filem tersebut diminta bertaubat nasuha....

Lepas ni tak payah la nak telanjang depan orang ramai. Loya tekak...

~seb baek 2 Alam x de adengan bogel kan??? kalau ada mau RM100 juta dalam genggaman~





Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics