Sentap seketika. Rasa nak gelak pun ada. Mintak izin gelak terbahak-bahak kejap.
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!!!
Nak tau kenapa?
Meh aku stori.
Awal tahun ni, aku nak beranakkan duit aku. So aku join lah bisnes yang dipanggil INFINITY DOWNLINE. Juga dikenali sebagai BUKAK FACEBOOK DAPAT RM100. Dengan harapan dapat lah pulangan yang lumayan macam orang lain dapat. Tapi dah lama aku join, haram aku tak dapat duit langsung. Huh. sudahnya aku stop. Biarkan je. Dengan fatwa lagi yang mengatakan infinity downline tu haram sebab banyak keraguan, terus aku stop. Tak buat dah.
Dan hari ni, aku terjumpa blog yang masih promote bisnes ni. Sebenarnya saja bosan-bosan aku taip la nama aku kat google. Dan aku sangat terkejutlah bila dapat tau search resultnya.
Wah. Try baca ayat tu.
"Iqbal Zarin, Pelajar UKM telah dapat RM300 pada hari pertama dia sertai..."
Kejadahnye? Kalau nak tau, awal tahun ni jugak aku hilang RM300 lepas join amende tah masa ada event kat DECTAR. Hahahaha... sakit perut aku nak gelak weh. Serius. Aku tak dapat pun RM300 masa 1st aku join. Tipu ni.
"...Dia telah dapat RM800 dalam masa 5 hari sahaja..."
Auta semua ni! Haha... Ya Allah... Kok ye pon kau nak tipu orang lain janganlah guna nama aku hoi. Faktanya, 5 hari aku join langsung aku tak dapat apa-apa pun. Haa...
Haish. Semua yang dia gebang dalam blog dia tu tipu belaka. Aku join tak ada untung. Habis cerita. Yang lagi tambah tak berkenannya, Boleh pulak publish gambar aku. Wei. Aku tak suke tipu orang wei. Beragak lah aku dapat RM300 sekali join. kalau ye, aku dah pos kat mak aku dah duit untung aku tu. Apadaa~
Kalau admin blog itu ada baca blog ni, so ini aku tujukan khas untuk dia:
TOLONG KELUARKAN SEGALA FAKTA TIPU BERKENAAN INFINITY DOWNLINE NI DARI BLOG ANDA YA. SAYA TAK SUKA AWAK AMBIL GAMBAR SAYA TANPA KEBENARAN SAYA LEPAS TU AWAK REKA CERITA YANG SAYA DAPAT RM800 DALAM 5 HARI. KALAU AWAK NAK MAKAN REZEKI HALAL, TOLONG BERHENTI MENIPU ORANG LAIN DAN JANGAN LIBATKAN SAYA DALAM TAKTIK BUSUK AWAK NI. DAN SAYA DAH LAMA STOP BISNES LOGON DAPAT DUIT NI. PLEASE BUAT SECEPAT MUNGKIN SEBELUM SAYA AMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG TERHADAP AWAK. MUNGKIN SAYA AKAN ADUKAN KEPADA SKMM ATAS SEBAB AWAK MENCABULI HAK PERIBADI SAYA.
Marah pun marah jugak. tapi kelakar jugak bila nak menipu orang lain untuk join bisnes dia. Haha...
ni blog propa penipu dari dia: http://duitdarifb.blogspot.com
~nak duit, usaha lah bhai. bukan join benda syubhah macam ni~