Assalamualaikum...
*sapu habuk dan kuman sekejap lantaran lama tak update*
OKEY BERSIH!!!
Situasi kewangan aku tak stabil sekarang ni. Sebab tu tetiba aku dapat idea nak update blog pasal gaji. Keh keh keh...
Tengah kering ni. Hulur sikit boleh? *Motif menggemis di blog? Haha*
Okey. Lepas dah grad, dah dapat kerja, cukup bulan dapat gaji. Biasanya apa yang korang buat dengan duit gaji tu?
Macam-macam dah terbayang dalam kepala. Handphone, kereta, makan sedap, etc.
As for me, kalau sudah dapat gaji, selain wajib membayar kepada "penaja paling kejam" sepanjang hidup aku kat UKM, ini yang aku akan buat dulu:
1) Hulur kat mak sikit. Bergantung pada kerja dan gaji aku pada masa itu.
2) Bayar segala utiliti (sewa rumah, bil air, letrik, etc)
3) Peruntukkan RM20 sebulan untuk simpanan ASB
4) Bukak akaun Tabung Haji, simpan RM20 sebulan
Dan seterusnya akan difikirkan kemudian...
Kalau nak berjoli tu, taklah salah. Cuma dahulukan yang utama. Tak de lah nanti kita dibelenggu masalah kewangan yang teruk.
Memang semua orang nak hidup mewah. Yang gaji ciput pun tak mahu kalah. Itu hak korang. Cuma pandai-pandai seimbangkan la ye.
Dan paling penting. Bagi aku, jangan sekali-kali menggunakan kad kredit dalam urusan pembelian seharian. Aku sangat takut dengan bahana yang berlaku akibat penggunaan kad kredit ni. Bukan apa, dah ramai yang muflis masa muda. Umur baru 20-an, hutang dah keliling pinggang. Last-last, muflis. Sakit tau kalau muflis. Dan muflis tu kebanyakannya sebab kad kredit.
Kawan aku pernah kata:
"Nak tak nak nanti kau akan perlu jugak kad kredit tu..."
Hurm.. ye la tu. Aku cuma berdoa harap-harap aku tak memerlukan kad kredit tu.
~Kalau korang, apa yang korang buat dengan gaji pertama korang?~
Followers
Korang Yang Ke...
Sunday, October 30, 2011
Bila Dapat Gaji
Jenama:
Pendapat,
Peringatan
Friday, October 28, 2011
Entri Pendek 5: Nak Tutup Blog
Bila seorang blogger mengatakan begitu,
Hanya ada dua kemungkinan:
1) Dia betul-betul nak mengundurkan diri
2) Dia ni traffic-SEO-statistic-Nuffnang seeker.
Kbai.
Jenama:
Entri Pendek
Saturday, October 22, 2011
Entri Pendek 4: Al-Quran Mobile
Al-Quran.
Sekarang dah jadi Apps dan boleh didownload ke dalam smartphones.
Lepas tu handphone tu simpan dalam kocek.
Sedar tak sedar kalau pergi tandas, dengan ayat-ayat Al-Quran sekali dibawak ke tandas.
Renung-renungkan.
Jenama:
Entri Pendek
Entri Pendek 3: UKMJaring Lembab
UKMJaring lembab cegampang
Nak update entri pun susah
Nak buat assignment pun susah
Kalau pengejar SEO mesti diorang dah risau blog dah lama tak di update
Nanti trafik jatuh
Jenama:
Entri Pendek
Tuesday, October 18, 2011
Entri Pendek 2: Subur
1 Januari, 14 Februari, 31 Ogos.
Tarikh dimana baik lelaki mahupun perempuan subur yang terlampau ketika itu.
Dan jika anda tiba-tiba mendengar kes bayi dibuang, mahupun DIKELAR secara banyak pada tempoh tertentu,
Itu bermakna barangkali itulah bayi hasil persenyawaan TAHUN BARU, VALENTINE, DAN MERDEKA.
p/s 1) Belum lagi seks yang berlaku pada hari-hari biasa...
p/s 2) Tak guna betei buat maksiat pada hari lahir aku. CISS!!! (rujuk entri dulu-dulu untuk mengetahui mana satu antara 3 tarikh itu adalah hari lahir aku. :P
Jenama:
Entri Pendek
Sunday, October 16, 2011
Entri Pendek 1: Artis
Artis
Bila kahwin, masuk Nona.
Bila cerai, masuk Melodi.
Renung-renungkan...
Jenama:
Entri Pendek
Thursday, October 13, 2011
Cara-cara nak hack untuk tambah topup...
Assalamualaikum...
Rasa nak jimat duit daripada asyik membeli topup?
Klik link dibawah ni:
Cubalah. Tiada virus. Gerenti!!!
Pastinya anda akan dapat berjimat selepas ini.
Rasa nak jimat duit daripada asyik membeli topup?
Klik link dibawah ni:
[LINK]
Pastinya anda akan dapat berjimat selepas ini.
Jenama:
Suka-suka
Wednesday, October 12, 2011
Wordless Wednesday 2: Meoww~
Jenama:
Suka-suka
Wordless Wednesday 1: Kita tahu...
Assalamualaikum...
Ini pertama kali aku buat "Wordless Wednesday".
Tapi kita tahu dimana destinasi terakhir dia dan pastinya bukan di syurga. KBAI.
Ini pertama kali aku buat "Wordless Wednesday".
Tapi kita tahu dimana destinasi terakhir dia dan pastinya bukan di syurga. KBAI.
Jenama:
Suka-suka
Tuesday, October 11, 2011
Diseksa 44 hari
Assalamualaikum...
INI BUKAN ENTRI GILA SEO!
Ada orang share kat Facebook. Hanya nak share dengan pembaca blog. Mari mengenal wanita ini. Junko Furuta.
INI BUKAN ENTRI GILA SEO!
Ada orang share kat Facebook. Hanya nak share dengan pembaca blog. Mari mengenal wanita ini. Junko Furuta.
************************
Jenama:
Informasi,
Pendapat,
Peringatan
Monday, October 10, 2011
The Amazing Race: Nak masuk... (=_=)
Assalamualaikum...
Kalau ada yang perasan, aku dah delete entri berkaitan respon aku pasal cara-cara nak up trafik tu. Bukan sebab owner dia mintak royalti ke apa. Cuma aku malas nak buat entri bersiri-siri ni. Nanti ada idea baru tak boleh nak taip. Lagipun, siapa peduli respon aku. Hahaha~

***********************
Okey. Sabtu dan Ahad lepas, tak stadi langsung gara-gara maraton dari petang sampai tengah malam maraton tengok The Amazing Race musim ke 18.
Dah lama aku minat tengok. Tapi sebagai seorang pelajar di SBP, bilalah masa aku nak tengok TV. Dan kat rumah pulak masa tu mana pasang ASTERUK lagi. Sekarang dah pasang. Nanti cuti kalau ada tayang boleh la aku melekat depan TV. Bahaha...
Dan sekarang tengah on-air musim ke 19. Tak ada apa yang menarik macam musim ke 18. Kalau musim ke 18 dia panggil semula contestant dari musim-musim lepas yang katanya "nyaris-nyaris nak menang tapi tak menang sebab ada masalah masa race" dan mereka ni diberi peluang kedua untuk merebut USD 1 juta itu. Seronoklah tengok. Sampai nangis aku tengok bila sampai part yang tacing gile. (T_T)
So sekarang ni latest season baru 2 leg berlangsung. Aku pun baru siap download dan belum tengok lagi. Aku nak siapkan kerja dulu. Lepas tu baru layan.
By the way, Nak jugak senaraikan peserta untuk latest season ni. Jom berkenalan.
Jenama:
Minat
Friday, October 7, 2011
Angry Birds Mangsa Konspirasi Terbaru Ciptaan Melayu
Assalamualaikum...
Adik-adik sekalian, inilah burung marah. Bahasa Inggerisnya "Angry Birds".
Adik-adik mesti suka bermain game ni kan? Abang tahulah. Budak-budak sekarang yang 6 tahun dah demand nak iPhone dari mak bapak kan. Adik-adik dapat iPhone, mak bapak adik-adik dapat iPaid. Ish ish ish~
Tapi adik-adik, Angry Birds ni dah tak boleh main tau. Pagi tadi abang terbaca kat Facebook. Tak tahulah MELAYU BANGANG mana yang buat cerita ni... cuba adik-adik baca:
Kalau adik-adik lastik burung biru ni, adik-adik cube dengar suara dia. Betul ke die sebut "Alhamdulillah"? Abang da 10++ cuba nak dengar tapi tak de pun.
Abang malulah dengan pencipta fitnah ni. Abang harap adik-adik bila dah besar nanti, buat sesuatu perkara tu selidik dulu ye. Jangan sesuka hati je sebar khabar angin. Memalukan MELAYU dan ISLAM je. Dengar ye pesan abang.
~Entri ini sangat MATA KE ATAS, TANGAN KE DADA~

PERHATIAN!!!!!!!!!!BERITE TERGEMPAR!!!!PERMAINAN GAME ANGRY BIRD ADALAH GAME YG TELAH MNGHINA ISLAM.....PERKATAAN ISLAM DISEBUT PADA BURUNG YG BERWARNA BIRU....KALAU KAMU DENGAR BETUL2 DIA MENYEBUT "ALHAMDULILLAH"....JADI ANDA AKAN TERUS BERMAIN.....??????ANDA AKAN TERUS UNTUK MNGHNA ISLAM...???????JADI RENUNG-RENUNGKANLAH....COPY AND PAST KEPADA UMAT ISLAM YG LAIN
Ehh... Aku pulak?? |
Kami tak bersalah! |
Kalau adik-adik lastik burung biru ni, adik-adik cube dengar suara dia. Betul ke die sebut "Alhamdulillah"? Abang da 10++ cuba nak dengar tapi tak de pun.
Abang malulah dengan pencipta fitnah ni. Abang harap adik-adik bila dah besar nanti, buat sesuatu perkara tu selidik dulu ye. Jangan sesuka hati je sebar khabar angin. Memalukan MELAYU dan ISLAM je. Dengar ye pesan abang.
~Entri ini sangat MATA KE ATAS, TANGAN KE DADA~
Subscribe to:
Posts (Atom)