expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Followers

Korang Yang Ke...

Wednesday, November 21, 2012

McDonalds... Parappappappa... I'm Lovin' It

Siti Nadia Binti Alimin (bukan nama sebenar). Seorang mahasiswa di universiti awam di Malaysia. Mempunyai satu kegemaran. Belajar di restoran McDonalds. Selain daripada belajar, dia juga suka dengan burger di sana. Ditambah lagi dengan isian semula Coke percuma, mana mungkin McDonalds tidak menjadi tempat yang sesuai untuk belajar.

Pada suatu hari, ketika di laman sosial heboh tentang kempen memboikot McDonalds setelah ia amat sinonim dengan membantu Israel menghancurkan umat Islam di Gaza, dan kebetulan pada waktu itu akibat tidak mahu dilabel "kafir" oleh saudara semuslim, Siti Nadia Binti Alimin (bukan nama sebenar) terpaksa berhenti belajar di McDonalds dan memilih untuk belajar di bilik sahaja. Tetapi pada suatu hari sedang dia melayari Facebook, dia terlihat sesuatu yang menyentap hatinya.


Gambar dia sedang belajar di McDonalds sambil menikmati burger kegemarannya dengan kapsyen dibawah "Manusia yang telah menyumbang kepada butir-butir peluru di Gaza. Kafirlah perempuan ini!!!"

Siti Nadia Binti Alimin (bukan nama sebenar) telah menerima tekanan emosi gara-gara penyebaran gambar itu. Dia dicemuh oleh rakan-rakan sekuliah. Dikeji oleh manusia yang tidak dia kenali. Di herdik oleh golongan-golongan alim di universiti. Akibat tidak mampu mengawal emosi, dia telah ditemui pengsan akibat "overdose" minuman shake Herbalife dan masih koma sehingga sekarang.

Sebulan selepas kempen memboikot McDonalds berakhir, di suatu sudut di dalam restoran McDonalds, kelihatan dua orang gadis Muslim sedang rancak berbual.

"Padan muka Nadia. Puas hati aku. Asyik dia je yang score 4 Flat. Lepas ni bolehlah aku rampas takhta pelajar cemerlang tu dari dia!"
"Berangan!! Kau sedar tak kau tu paling kurang mesti ada satu dua subjek yang fail? Ni last semester ni boleh ke kau grad?"
"Ada aku kesah? Yang penting aku puas tengok dia merana! Hahaha.."
"Setan jugak kau ni kan?"

Gelak tawa disambung sambil mengunyah kentang goreng McDonalds.

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics