expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Followers

Korang Yang Ke...

Tuesday, September 24, 2013

Pointer Rendah. Senang Tak Nak Kerja?

Assalamualaikum...

Awal bulan 9 ni start sem baru dan freshie baru nak masuk universiti. *Kenapa bahasa aku pelik?* Apa-apapun, selamat belajar dan menempuh alam universiti.Nikmatilah kehidupan kampus sepuas-puasnya tetapi jangan lupa tanggungjawab sebagai mahasiswa.

Kalau malas belajar, nanti pointer rendah. Susah nak cari kerja. Hehe...

Dapat kerja atau tak itu rezeki masing-masing. Pointer cuma nilai tambah dalam menentukan hala tuju kehidupan kita selepas graduasi. Cuma dalam situasi sekarang, tak dinafikan pointer itu amat penting. Sebab bagi aku, bila pointer (atau CGPA) kita bagus, ia menggambarkan 3 perkara tentang diri kita:

1) Anda seorang yang bijak
2) Anda seorang yang rajin
3) Anda seorang yang berdisiplin

Maka sebab itulah digalakkan untuk berusaha mendapatkan pointer tinggi semasa belajar di universiti.



Kalau pointer rendah tak dapat kerja ke?

Siapa kata tak dapat kerja. Dapat. Cuma mimpilah nak kerja bagus-bagus. Sales executive je yang layak korang dapat sebab memang itu jelah position yang bersepah-sepah dan tak mengira apa yang korang belajar masa di universiti.


Ah pointer tu tak seberapa. Aku ada softskills. Konfem dapat kerja bagus.

Wake up my friend. Aku pun ada softskills. Tapi ternyata tak membawa aku kemana-mana pun. Kerja di bank misalnya, memang realitinya dia nak tenaga kerja yang pointernya bagus sebab menjimatkan masa dan kos untuk memberi latihan kepada pekerja baru. Softskills boleh dididik. Lagipun kalau setakat duduk di opis menghadap komputer je, ada praktik ke softskills yang bagus tu?

Habis tu cemana nak dapat kerja???

Sebab tu dari mula jejak kaki ke universiti, belajar elok-elok. Pada masa yang sama, enjoy your campus life. Tapi kalau dah nasib pointer rendah sampai kau rasa musnah masa depan kau, aku boleh suggest beberapa cara:

1) Rendahkan ego. Course memang gempak tapi pointer jahanam. Macam aku. Nama je student sains aktuari tapi pointer jahanam. Jadi jangan berangan nak kerja kat syarikat yang gah kalau result tak gah. Kalau memilih sangat, sampai tua lah kau tak kerja, tak kumpul harta, tak ada bini (pesen sekarang kan hantaran riban2) dan tak ada segalanya. Nak mati sia-sia?

2) Keep in touch dengan coursemate, terutamanya yang lagi pandai dari kau. Kira kau kena ada kabel jugak. Kalau desperate sangat nak kerja, mungkin kau boleh cucuk-cucuk kengkawan kau pasal kekosongan jawatan kat tempat kerja diorang. Mana tahu ada rezeki.

3) Kumpul pengalaman kerja banyak-banyak. Walaupun kau dapat kerja yang tak sealiran dengan apa yang dipelajari, teruskan. Aku cuma bekerja di 7-Eleven. Niat aku  untuk mencari pengalaman bekerja selama mungkin. Sebab dengan pengalaman kerja yang banyak, nescaya penemuramah akan lebih yakin untuk ambil kau bekerja, walaupun pointer rendah. Pointer bukan lagi satu perkara yang diberi tumpuan bila pengalaman kerja yang kau ada lebih meyakinkan diri mereka untuk ambil kau jadi pekerja mereka.

4) Paling penting, doalah banyak-banyak moga-moga urusan job hunting kau diredhai ALLAH.

itu je lah pendapat yang aku nak share. mungkin betul mungkin tak. Cuma pointnya, selagi ada masa, perbaikilah diri dan bangkit dari kegagalan. :)

Friday, September 13, 2013

American Series Yang Start Bulan 9

Assalamualaikum...

Baru sempat nak hapdet satu entri. Bizi je sekarang ni. Hiks...

Dulu aku pernah cerita yang aku suka layan series. Bila dah jumpa link, terus donlod. Terima kasih kat Internet Download Manager. Hehehe....

So, bulan 9 ni banyak series yang aku layan nak start season baru. Makanya sesi mendonlod sampai lebam akan bermula. Untuk sesiapa yang layan series jugak, aku nak share beberapa series yang bakal start pada bulan ni

1) How I Met Your Mother (Season 9)



2) Suits (Season 3)


*Dah start lama dah tapi nak jugak letak dalam list. :P

3) Once Upon A Time (Season 3)


4) Revenge (Season 3)


5) The Mindy Project (Season 2)


5) The Good Wife (Season 5)


6) Bones (Season 9)


7) New Girl (Season 3)


Dan tak lupa, reality series juga. :D

1) The Amazing Race (Season 23)


2) The Voice US (Season 5)


3) Survivor (Season 27)


*Gambar ihsan Google. :)

Ahh... bila dah reti donlod, who needs ASTRO? Ataupun layak dipanggil ASTERUK??

Lepas balik kerja, release tension, boleh tengok. :)

*7e tempat aku kerja tutup sebulan kena renovate. Hehehe...

Saturday, June 29, 2013

Bila Melayu Berniaga Makanan...

Assalamualaikum...

Kejap lagi kerja overtime ye kawan-kawan. 7 petang sampai 7 pagi. New experience for me. :)

Apapun, jom bincang pasal satu topik ni. Bila bangsa Melayu buka kedai makan. Paling lama berapa tahun boleh tahan? Paling lama aku boleh agak pun 5 tahun. Berbeza dengan kedai makan Cina yang ada sesetengahnya bertahan sejak zaman sebelum Malaysia merdeka lagi. Resipi turun temurun nenek moyang katanya. Sedap tak sedap itu aku tak tahu. Aku tak makan babi pulak nak bagi pendapat pasal rasa. Haha..

Kenapa kedai makan Melayu tak pernah nak kekal lama bertahun-tahun?

Sebelum tu, aku nak stori pasal kisah kedai makan kat Taiping, Perak yang menyediakan 10 jenis juadah yang berbeza setiap hari, hanya RM3 satu kepala. WAW!!!


Link berita: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0428&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm

Datang sorang ke, 10 orang ke, tetap RM3. Air minum free je. Alkisah kenapa RM3 tu, owner dia niat bukak kedai makan tu sekadar untuk bayar nazar selepas dia kemalangan. Nampak macam rugi, tapi menariknya dia masih boleh dapat modal pusingan. Lepas la beli barang basah hari-hari.

Nampak tak bila ikhlas nak berniaga, ALLAH tolong?

Lain sangatlah dengan kebanyakan kedai makan  dan restoran Melayu sekarang. Tak de variasi. Seluruh pelosok Malaysia ni ada restoran tomyam. Lepas tu bila burger bakar jadi fenomena, berduyun-duyun tumbuh gerai burger bakar. Harga pulak boleh tahan mahal. Belum aku sentuh topik kualiti makanan dan servis. Hampeh pun ada.

Korang jangan ingat kedai makan yang pernah masuk Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) tu betul-betul sedap dan bagus ye. Nak masuk TV je tu. Bila kita sendiri pergi, baru nampak realiti sebenar kedai tu.

Try baca kat sini. LINK

Aku teringat satu kedai makan yang pernah masuk JJCM dulu. Masa tu Maria Tunku Sabri masih jadi pengacara JJCM. Ada satu restoran dekat bandar yang berhampiran dengan kawasan FELDA aku. Nama restoran tu aku tak reti eja. Jamantogheeh. Macam tu la lebih kurang. Harga memang mahal. Harga KL la bak kata mak aku. Strategi tak kena. Masa tu orang FELDA tak de la mewah macam sekarang. Mana mampu nak makan harga mahal macam kat KL. Tak lama lepas tu lingkup. Jadi lot kosong kalau tak silap.

Belum lagi cerita kisah perangai Melayu yang suka dengki mendengki sampai pakai bomoh. Ah Metrowealth betul kisah macam tu.

Kesimpulannya, apa yang aku faham kenapa kedai makan dan restoran Melayu jarang boleh bertahan lama sampai bertahun-tahun adalah seperti berikut:

1) Harga cekik darah
2) Servis macam hampeh
3) Sifat Melayu suka dengki bila orang lebih sikit
4) Suka ikut mainstream

Baik pergi Perak makan kat kedai makan RM3 tu. Boleh jugak buat amal jariah untuk owner tu. :)

Thursday, June 27, 2013

Masterchef Malaysia dan Teori Naik Rating Astro

Disclaimer: Entri ini hanyalah pendapat semata-mata.

Assalamualaikum...

Lama aku tak meroyan di laman blog ni. Sibuk mencari kerja. Alhamdulillah dapat jugak aku kerja walaupun hanya menjadi Management Trainee merangkap cashier di 7-Eleven. Tak pe lah. Syukur dapat kerja. Cukup 2 bulan gaji dapatlah aku beli sematpon sebijik. :D

Sekarang ni aku banyak kerja syif petang. 3 petang sampai 11 malam. Jadi memang dah banyak terlepas tengok Masterchef Selebriti 2. Tau-tau je dah pun habis dan pemenangnya ialah Syura. Tahniah. Murah rezeki lepas bertudung ni.


Syura dengan suami dia. (gambar dari Sinar Harian)

OK. Teori Naik Rating Astro. Ni diperkenalkan oleh kawan aku yang suka baca forum dekat cari.com tu. Untuk makluman, kebanyakan ahli-ahli forum yang membincangkan pasal Masterchef ni (dan pasal gosip-gosip artis Malaysia) ialah pondan. Boleh detect daripada gaya bahasa mereka. Kelakar bila baca forum tu. Dalam tu jugaklah banyak prediction tentang juara Masterchef dibincangkan. Dan kebanyakan prediction itu berdasarkan Teori Naik Rating Astro ni.

Dalam Masterchef Malaysia, tak kiralah sama ada versi biasa ataupun selebriti, pada pendapat aku, teori ini diguna pakai untuk memilih peserta yang bukan sahaja mampu memasak dengan baik, tetapi juga mampu untuk menaikkan rating dan imej rancangan Masterchef. Lepas aku baca forum tu, dan analisis yang aku buat semasa aku kebosanan, begini caranya bagaimana Teori Naik Rating Astro ini berfungsi:

1) Keputusan hanya nampak keadilannya pada awal rancangan

Dalam 20++ orang yang terlibat, sekiranya ada dikalangan mereka tersingkir awal dalam pertandingan, memanglah oleh kerana mereka gagal dalam tugasan yang diberi. Maknanya, misal kata ada 25 peserta yang bertanding, 15 daripada mereka yang tersingkir tu memang tak reti masak la kiranya. Keputusan juri nampak adil pada awal-awal pertandingan je.

2) Latar belakang peserta diambil kira.

Kalau tengok kembali Masterchef 1, yang menang ialah Ezani, seorang doktor gigi yang menewaskan Wahidan, seorang petani. Petani je pun. Apa je tarafnya kalau nak banding dengan doktor gigi. Bagi aku, kalau Astro rasa rating itu penting, Wahidan patut menang. Bayangkan tajuk akhbar "Petani menewaskan doktor gigi". Tak ke sesuatu yang tak dijangka? Barulah realiti. Tapi doktor gigi jugak yang menang. Bukan aku kata kemenangan dia tak layak. Bukan ya. Tidak sekali-kali.

Masterchef Selebriti 1 pun sama. Final menemukan Fazley dengan Angah. Fazley dah seorang penyanyi, pelakon dan pakar motivasi. Angah pulak pelawak je. Nak banding pakar motivasi dengan pelawak. Mana satu yang nampak gah. Mestilah pakar motivasi.

Sama jugak dengan Masterchef 2. Izyan, pegawai geologi. Ah Hong, arkitek. Along, student je. Fikir logik dengan teori ni, layak ke student nak menang? Memang tewas la.

3) Bukan Melayu susah nak menang

Kalau masuk final sekalipun, kalau bukan melayu, jangan mimpi nak menang. Contohnya, Masterchef 2. Izyan dengan Ah Hong. Tak kiralah sedap manapun Ah Hong masak, susahlah untuk bukan melayu mewakili Masterchef untuk sebarang demonstrasi masakan. Masterchef Selebriti 2 pun macam tu jugak. Celina kalah dengan Syura.

Aku sendiri, dan mungkin ramai lg orang kat luar sana agak was-was sikit kalau makan makanan bukan Islam ni. Jadi bagi aku faktor ini mungkin diambil kira untuk memilih juara Masterchef.

4) Imej, dan rupa paras jadi ukuran

Macam apa yg cuba disampaikan Dang Suria dalam On-Air, kalau kau gemuk dan hodoh, kau tak layak masuk bidang seni. Sama jugak dengan Masterchef. Maksud aku, imej tu penting. Cuba tengok senarai pemenang. Semua ada imej yang bagus. Paling menakjubkan, Ezani, Izyan, dengan Syura. Semua bertudung.  Orang bertudung ni memang manis dipandang. Nampak tak imej tu penting? Haha...

Kesimpulannya....

Teori ni sekadar suka-suka dan pendapat peribadi semata-mata. Bukan nak kata yang menang tu berdasarkan teori yang aku senaraikan kat atas. Sebab kalau teori kat atas diguna pakai, baik tak payah ada juri-juri 3 orang tu. Kan?

Tapi kalau kurang ajar dengan juri, layaklah kau dibuang. Kelaut la masakan kau sedap ke tak. Haha...

Sunday, February 24, 2013

GCAP: Minggu terakhir

Assalamualaikum...

Seperti biasa, entri ini dimulakan dengan ayat pembukaan tipikal seperti "lamanya tak bukak blog. bersawang sudah". Memang dah lama tak bukak pun. Entri pun update sebulan sekali sekarang ni.

Ada orang kata. Kalau seorang blogger tu da malas nak menulis, maka dia tak ikhlas berblog. Itu kata top blogah la. Pegi mampos kau. Aku kadang-kadang je menaip blog ni. Haha...

Ok. Berbalik kepada cerita asal.

Ini merupakan minggu terakhir aku di Semenyih. Minggu terakhir aku menjalani program GCAP ni. Sepanjang 6 minggu lebih (sebenarnya 6 minggu je tapi cuti banyak pulak so ada kelas ganti la) aku menjalani program ni, banyak dah aku belajar. Segala aspek aku belajar. Dan paling penting, apa yang aku nak selama ni tercapai jugak, iaitu mempunyai kawan-kawan yang best, sentiasa ingat mengingati dan unite. Tidaklah seperti mereka-mereka yang memulaukan aku semasa di universiti selama 2 tahun. Aku pun cuba untuk meminimumkan keburukan yang ada dalam diri aku untuk mengelakkan diri aku dipulaukan untuk kesekian kalinya. Haha~

Untuk mempromotekan lagi program ni, bagi aku, korang kena join program GCAP ni. Bukan GCAP je, GEMS ke, SL1M ke, atau mana-mana program yang membantu graduan untuk meningkat kemahiran dalam diri untuk menempuh alam pekerjaan. Sebab pengisian program ni kalau aku boleh kata secara umumnya, sangat berfaedah dan mampu memberi nilai tambah kepada diri kita.

Bagi aku, kalau korang dapat tawaran untuk join GCAP ni, korang baik join kerana:

1) Free Of Charge. Bawak baju seluar je.
2) Elaun diberi. Cuma lambat la pemberian elaun tu dan kadangkala tak ikut jadual. Apa-apapun, pasal elaun lambat masuk, call je orang berkenaan. Maki-maki sikit, masuk la nanti. Jangan risau. :D
3) Tenaga pengajar yang happening. Diorang akan menghidupkan kelas dengan suasana yang ceria so korang takkan rasa tensen. :D
4) Modul yang mantap. Korang akan diajar segala aspek yang diperlukan untuk menempuh alam pekerjaan seperti skill berbahasa inggeris, skill komunikasi. kemahiran kendiri, keyakinan diri, kemahiran berfikir, kemahiran membuat keputusan, dan sebagainya. Korang boleh rasa termotivasi untuk mencari kerja nanti. :D
5) Ada tempat tinggal. Ini bergantung kepada korang. Kalau nak tempat tinggal, ada pilihan sama ada nak stay kat Semenyih atau tetap nak tinggal di KL. kalau korang budak bandar yang tak boleh hidup tanpa kemewahan, ambiklah kelas di KL. Tapi elaun untuk yang nak tempat tinggal tu kurang 200 la dari yang tak mintak tempat tinggal tu.
6) Peluang untuk korang dapat kerja yang setimpal dan berbaloi dengan korang adalah tinggi. Kalau ikut kata SCICOM (pengendali GCAP), hampir 97% peserta dapat kerja. Dan satu lagi, GCAP ni ada link dengan banyak company-company yang berprestij dan hebat-hebat. Boleh cari sendiri nanti. So takkan korang tak nak kerja kat company yang besar-besar? Mesti gaji masyuk jugak kan? Hahaha....
7) Sesuai untuk graduate yang tak berapa nak skor masa degree. Macam aku. Pointer menjadi penghalang bagi aku mendapatkan kerja yang sesuai. Jadi bila korang join, kira boleh jadi batu loncatan untuk korang ubah kembali masa depan korang. :D
8) Ada graduasi jugak. Yang ini apa yang dijanjikan la. Aku tak tau apa-apa. Tapi bila lagi nak pakai jubah grad lagi sekali kan? Haha~

Rasanya dah complete senarai yang aku bagi ni. Haa... apa lagi? daripada penat cari kerja tapi tak dapat-dapat, atau makan tidur makan tidur kat rumah, baik join program ni. Berbaloi-baloi. :D

~sedih nak tinggalkan kawan-kawan~


Monday, January 14, 2013

GCAP : Day 1

Assalamualaikum...

Lama tak online apatah lagi update blog. Haha... Baiklah. Aku sekarang sedang mengikuti program yang diberi nama Graduate Career Accelerated Program atau pendeknya GCAP. Oleh sebab aku belum mula kelas lagi, eloklah aku explain apa itu GCAP ni.

GCAP ni program untuk memantapkan lagi skil-skil yang diperlukan untuk mempersiapkan diri kita dalam menempuh alam pekerjaan. Macam skil berbahasa Inggeris, skil berkomunikasi, etc. Program ini khas untuk fresh graduate yang pointer dalam area 2.30 ke 3.00 dan masih tak bekerja. Aku pun tak tahu pasal program ni sebab aku menunggu satu lagi program yang lebih kurang macam GCAP ni iaitu GEMS. Tapi tak dipanggil-panggil pun. GCAP ni pun kosmet aku yang rekemen kat aku. Untuk lebih penerangan, korang google je lah. Haha...

Untuk hari pertama ni, macam biasa aku gerak dari rumah kakak aku kat Puchong tu. Naik Rapid U60 sampai KL Sentral then naik LRT sampai KLCC. Tempat yang dia suruh datang tu kat Menara TA. Belakang BSN katanya. Daftar semua apa yang patut. Dah selesai, aku dengar taklimat. Taklimat ni pasal penerangan tentang program ni lah. Dikendalikan oleh Uncle Vernon. (Dia suruh panggil UNCLE sebab senang dia tak nak behave katanya). Sempat jugak dia ajar movement sambil cakap "I love Mama, I love Papa". Kind of childlish tapi seronok dalam diam. Haha. Katanya nak buat flashmob kat KLCC nanti. Err~

Habis taklimat tu, another urusetia tadi kumpulkan peserta-peserta yang perlukan penginapan sepanjang program ini berlangsung. Aku la tu. Ada dalam 20 orang semuanya. Kami semua dihantar ke Semenyih. Amboi jauhnya dari KL!!! Aku ambil masa lama untuk digest jauh mana Semenyih tu. Rupanya di Kajang jugak. Tak de la jauh sangat kalau fikirkan jarak UKM ke rumah kakak aku tu. Hahaha...

Pendek cerita, kami ditempatkan di Mara Japan Industrial Institute. Kat sinilah kami akan menghadiri kelas dan menginap. Buat masa ni semuanya okay kecuali WiFi yang teramat siput. UKMJaring pun kalah.

Untuk hari pertama ni, itu je lah yang aku sempat update sebagai entri pertama di tahun 2013. InsyaALLAH sepanjang 6 minggu aku menjalani program ni, aku akan cuba update pasal program ni sebab katanya seronok dan bermanfaat untuk diri kita. :D

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics