expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Followers

Korang Yang Ke...

Sunday, December 14, 2014

My Pathetic University Life

Assalamualaikum...

Bila aku berblog kembali, seolah-olah aku terperangkap kembali dalam kehidupan aku semasa di universiti. Maklumlah aku aktif berblog semasa di universiti dan selepas habis pengajian aku seolah-olah tak de mood dah nak update selalu. Dengan job hunting lagi yang bagi aku tak pernah berhasil. Ibarat seorang pemburu yang berangan-angan mendapatkan seekor kijang tetapi habuk pun taraa... Digigit semut dan nyamuk pulak.

Aku saja nak up entri baru dan bercakap pasal betapa teruk life aku sepanjang tiga tahun di menara gading. Aku sentiasa berharap andai ada masa lampau yang boleh aku padam dalam hidup aku, maka 3 tahun itu lah yang aku pilih.

*kenapa ayat serupa keling?*

Lepas habis matrix, aku mulakan pencarian kursus yang aku nak sambung semasa aku bakal melangkah ke menara gading nanti. Aku mahu jadi cikgu. Jadi aku pilih kursus berkaitan perguruan. Aku suka matematik. Jadi aku pilih kursus perguruan matematik. Aku dapat temuduga tersebut. Dipendekkan cerita, aku gagal. Tapi aku tak tahu adakah aku gagal atau tidak sebab tiada surat "dukacita dimaklumkan..." tu. Tapi aku dapat surat tawaran melanjutkan pengajian di UKM dalam bidang Sains Aktuari. Apakah itu. Jadi aku boleh buat dua kesimpulan. Sama ada aku memang gagal secara total dalam temuduga itu atau aku terlalu cemerlang gemilang terbilang untuk menjadi guru maka aku ditawarkan untuk kursus yang bakal menjamin masa depan aku. Kononnya. Lagipun ada kawan sekolah aku yang melanjutkan pelajaran di Australia dalam bidang yang sama. Jadi aku pun rasa tak salah mencuba.

Cuba-cuba tu lah yang menyebabkan hidup aku serabut lepas tu.

Dalam tahun pertama aku belajar di UKM, aku sudah menempuh cabaran. Aku terpaksa belajar subjek Ekonomi. Ya Tuhan tak pernah aku belajar sepanjang aku berada di sekolah kenapa mesti aku jumpa subjek ni semasa di universiti. Sudahnya final result aku memang teruk. Taklah aku gagal Ekonomi tapi gred D. Apa yang nak dibanggakan? Dan sepanjang 3 tahun itu, aku tak pernah dapat pointer 3 ke atas. Semuanya 2.5 kebawah. Subjek semakin lama semakin susah, dan aku seolah olah semakin lama semakin bodoh. Dan aku merasa jugak pengalaman apabila PTPTN aku disekat sebab pointer bawah 2. Azab. Dan aku nyaris-nyaris extend pengajian aku kerana aku fail subjek Teori Risiko semasa di semster akhir pengajian aku. Ini amat menyedihkan. Aku repeat exam subjek tersebut dan aku lulus akhirnya. Cukup syarat untuk aku merasa menyarung jubah konvokesyen. Aku tak gembira semasa hari konvokesyen aku. Pertamanya sebab result aku sepanjang pengajian aku. Sebab keduanya.......................

Aku tak de kawan. Bukanlah tak de langsung tapi dalam kalangan kosmet aku, ditolak kaum cina yang merasakan Melayu tak layak belajar Sains Aktuari dan kosmet perempuan yang tiada masalah dengan aku (kecuali dua orang), aku keseorangan. Perkara ni aku sedar masa aku di tahun kedua. Dan sejak itu aku belajar terima keadaan itu. Tak de siapa yang nak satu grup dengan aku dalam setiap assignment. Tak de siapa yang nak ajak aku bergembira pergi ke sana sini bila cuti menjelma. Bila bukak Facebook nampak gambar diorang berseronok menikmati hujung minggu mereka sementara aku terperap dalam bilik berseorangan menghadap laptop. Dan paling parah, Soalan spot exam pun diorang tak share dengan aku. Aku kena pulau. Teruk perasaan tu. Teruk. Apa salah aku pun aku tak tahu. Kat situ silap aku. Tak berani nak tanya diorang apa salah aku. Sebab aku tak berani nak tahu apa salah aku.

Kawan aku kat universiti adalah mereka yang berlainan kursus dengan aku. Yang boleh menerima aku seadanya. Sebab aku terfikir. Andainya aku ni teruk sangat, banyak sifat-sifat mazmumah, kenapa yang lain boleh berkawan dengan aku? Aku yang bermasalah atau diorang yang bermasalah? Aku tak tahu.

Dah 3 tahun lepas aku grad. Aku tak pernah berhubung lagi dengan diorang. Aku remove diorang dari list kawan Facebook aku, aku block diorang, aku delete semua gambar yang ada berkaitan dengan 3 tahun neraka itu. Aku betul-betul nak lupakan diorang. Tapi sebenarnya tak boleh jugak. Aku sentiasa tahu apa kerja diorang sekarang ni lepas grad. Mungkin aku tak bersihkan sepenuhnya facebook aku.

Banyak yang aku nak ceritakan. Tapi bila diingat kembali sakit hati pun ada. Baiklah aku berhenti setakat ini. Cuma apa yang aku nak jelaskan disini, bagaimana dengan satu pilihan yang salah menyebabkan kita merana sepanjang hidup. Buatlah pilihan yang bijak, terutama kepada adik-adik yang bakal ke menara gading. Pilihan kursus bagi aku tak de salah betul, cuma dalam kes aku, ia pilihan yang salah. Apapun pilihannya, jadikan ianya terbaik. Nikmatilah university life korang. Jaga perangai dan tutur kata. Itu sudah memadai. Tak perlu jaga hati orang sangat. Nanti merana diri. Sekian.

Saturday, November 15, 2014

Kembali Semula

Assalamualaikum...

Aku dah lama tak berblog. Dah kerja ni memang tak de masa nak jenguk blog.

Rasanya dah nak dekat setahun lebih jugak aku tak jenguk. Tapi blog ini masih dikunjungi. Terutama budak sekolah yang panas hati dengan entri blog aku yang kutuk KPOP. Eh salah. Kutuk diorang budak sekolah yang dah miang nak kahwin dengan jambu jambu KPOP and whatsoever. Pergi baca buku lah. Aku sampai malas nak layan. Haha..

Sebelum itu, jangan nak jadi bodoh sangat nak kaitkan penulisan aku dengan tempat aku belajar. Aku ialah aku. Tempat aku belajar tak de kaitan dengan penulisan aku sama ada aku bersopan atau kurang ajar. So leave it kalau sakit buntut. Faham kan? Unless BM PMR (atau PT3) ko fail. Haha...

Oh. Dan satu lagi. Terima kasih kepada bakal-bakal pencari kerja yang nyaris ditipu oleh MELAYU sendiri. Real Ingenious, Dynamic Wise, Premier Podium, lepas tu ape entah lagi syarikat FOREX SCAM yang akan tertubuh bila diorang dah tutup. Malang sekali kenapa penipu penipu tu masih bebas berdagang dan menipu para-para graduan yang berniat baik nak bekerja, cari duit, bina hidup baru.

Untuk koramg yang nyaris ditipu lepas membaca entri tersebut, aku gembira dapat membantu korang sebelum korang ditipu dan mengalami kerugian yang banyak. Bagi yang dah rugi, takziah aku ucapkan. Jadikan ia pengalaman hidup dan usah rasa terkesan sebab korang dah rugi banyak. KJerja boleh dicari. Duit pun boleh dicari. Usahalah sekuat mungkin.

*Mungkin kita boleh buat grup di Facebook untuk berkongsi pengalaman dan seterusnya membantu orang diluar sana daripada terus ditipu. Tak pun kita boleh pergi ke pejabat operasi diorang untuk heret diorang ke muka pengadilan. :)

Ok lah itu saja. Blog ni takkan diabaikan. Andai ada masa aku akan cuba update sekerap mungkin. Daa~

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics