expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Followers

Korang Yang Ke...

Thursday, October 28, 2010

Day 2: Financial Accounting. Another Disaster

Assalamualaikum...

Rasa pelik sejak kebelakangan ni. Bila tengok siapa yang view blog aku, aku jadi tertanya-tanya. Kenapa? Tengok gambar di bawah:

Wonder who are you~

Maybe tak pelik pun bagi orang lain. Tapi aku jarang-jarang dapat pengunjung dari tempat yang sama berulang kali. Just wonder je lah. Ada kawan-kawan aku yang further study kat Portugal ke? hurm~

Tuesday, October 26, 2010

Day 1: Numerical Method. Susah!!!!

Assalamualaikum~

Saja nak update blog. Sebab bila bukak blog mesti ada gambar obasan otak berulat tu. Menyesal pulak taruk gambar tu. Aku sendiri yang kembang tekak. Aigooo...... Tapi nak buang malas. Biar yang berkunjung tu kembang tekak pulak. Bahahaha~ Jahat gile aku.

********************************

Hari ni exam pertama aku. Kaedah Berangka atau Inggerisnya kita panggil Numerical Method. Satu-satunya subjek yang aku senang faham dan seronok buat latihan. Itu semasa sesi kuliah dan tutor lah. Tapi exam tadi....

WHAT DA HECK???

Jawab macam orang tak study. Umpamanya kau tak pergi kuliah subjek ni untuk satu sem lepas tu terus kau pergi jawab exam. Rasanya dah banyak dah aku study malam tadi.

Oh, kau study biasa-biasa je Iqbal. Ternganga lah kau jumpa uncle Ralston, Euler, Adam-Bashforth, bla3.....

Tapi bab awal-awal memang dah study pon. Datang lagi satu masalah dengan bab awal-awal ni. Kira-kira lepas tu tak dapat jawapan. Terbaiknya, soalan objektif ada 5 pilihan. Pilihan last sekali tu bagi aku macam celaka:

E. None of the above

Langsung tak terjawab~

Rasanya semua soalan objektif tu jawapannya E kot. Dah semua tak dapat jawapan.

Adoi... cammana nak naikkan pointer ni. Baru satu paper dah cam haram aku menjawabnya. Nak menghadap lagi 5 paper.

(T_T)

Positif je lah. Harap-harap ALLAH permudahkan laluan aku untuk lagi 5 paper.

Target: B- hingga C-

Friday, October 22, 2010

Makan sushi = otak berulat???

Assalamualaikum...

Doakan aku berjaya menempuh final exam Selasa nanti ya. Sangat berharap aku akan lulus nanti. InsyaALLAH...

*********************

Bab makan, aku sangat suka. Dan kalau makanan tu pelik, lagi lah aku terasa nak makan. Tapi sepelik mana pun, aku takkan makan kalau ia haram. Babi tu pelik. Dan ia haram. So aku tak makan. Dan haram tu dari segala aspek lah. Cuma kalau tak tahu, tak boleh kata apa lah. Dah masuk dalam mulut. Berdoa supaya diampuni ALLAH je lah.



Suka makan sushi tak? Sedap kan? Aku pun suka. Unik. Makan cicah dengan kicap campur wasabi. Terangkat woo. haha...

Kalau tengok gambar kat atas tu, semua nya macam mentah, Eh, bukan. Memang mentah. Kalau mentah, tak semua lalu makan kan. Tapi aku bantai je. Sedap je. Tak la hanyir pun macam mostly orang cakap.

Cuma perkara ini akan membantutkan minat aku terhadap sushi. Sila lihat gambar dibawah:

Jangan tenung lama-lama. nanti lauk Melayu pun korang tak lalu makan.

Obasan ni namanya Shouta Fujiwara. Umur die 80 dah. Mengadu sakit kepala teruk gila babas sejak 3 tahun sampai hilang kemampuan psikomotoric. (Apa ni? Medic student! Tell me!) Bila doktor bedah, inilah jawapannya.

Tapi memang tak sure lagi lah ini angkara sushi atau tak. Sebab sushi ni kan macam budaya diorang. Ramai lagi yang makan. Even umur sama macam obasan ni pun sihat wal afiat lagi. Ni kira kes satu dalam sejuta lah ni.

Tapi kalau betul-betul angkara sushi, so kurang-kurangkan lah makan ye. Aku pun dah lama tak makan. Mengidam tapi dah keluar berita yang belum tentu sahih ni, takut jugak.

Semua tau kan makanan mentah dan belum masak ni ada kuman-kumannya. Sebab tulah semuanya kena masak untuk membunuh kuman-kuman yang terdapat pada makanan mentah ni.

Ulat yang ada dalam kepala obasan tu katanya daripada parasit yang selalunya ada kat ikan. Tak kira lah ikan jenis apa. Ulat ni mampos kalau korang masak pakai haba. Sama ada goreng, rebus, bakar, dan seumpamanya yang menggunakan api. Ataupun melalui proses pembekuan selama seminggu dlm keadaan suhu bwh -10 darjah celcius.

Erk??? No komen. Ni pun tah betul ke tak.

Sekarang ni pun sushi dah tak selamat dimakan atas sebab halal haram. Sushi King tak pernah mintak sijil halal dari JAKIM. Cuma diorang gerenti free dari babi atau anjing. But then alkohol tak pulak dilarang. Hurm~~~

Buat sendiri lagi bagus. Teringat sushi buatan budak SDAR masa open block. Miss that moment lah. Tahun depan mesti pergi. Dah lama tak pergi. Hahaha~

~masakan melayu jugak sedap kan?~

Monday, October 18, 2010

Semalam ku bermimpi...

Assalamualaikum...

Tajuk entri nak yang best je. Haha.

Sebelum terbangun untuk subuh, aku ada bermimpi.

Apa? Ohh... dont worry. Aku tak cerita mimpi buruk pun. Kalau mimpi buruk elok kita simpan sendiri kan? Tak elok cerita kat orang lain.

Macam ni kisahnya~

Aku mimpi jadi ahli bomba. WAW! Siap pakai uniform lagi.


Aku pakai uniorm ni.

Dalam mimpi tu aku bertugas dengan sorang lagi bomba. Cuma tak ingat muka dia siapa. Dan dia sahabat rapat aku. Siapa ya? Entah. Dah lupa muka. Tapi ingat-ingat ada cam muka member matrix aku dulu. Tak payah sebut nama lah. Femes lak dia karang. Hehe~

Kami sedang bertugas untuk menyelamatkan mangsa terperangkap dalam lombong bawah tanah. So kami pergi untuk bertugas. Pendek cerita, dah selesai bertugas, nak keluar la dari lombong tu. Sekali............



........................





Batu jatuh hempap sahabat baik aku...





Tengok belakang, aku gamam. Pergi selamatkan dia. Dah diam. Aku teka dia dah tak bernyawa. Aku alih semua batu-batu yang hempap dia then bawak dia keluar cepat-cepat. Diam. Tak de respon. Masa-masa macam ni lah pulak hanset aku berbunyi.

Sekali alarm soh bangun subuh daa~

Begitu lah mimpinya.

---------------------------------

Semenjak 2 menjak ni asyik mimpi pasal sahabat baik aku mati je. Kenapa ya?

Tak pe lah. Malas nak berat kepala hotak.

~pagi yang indah~


Friday, October 15, 2010

Commonwealth Games 2010 Delhi: Tahniah Malaysia!

Assalamualaikum...

Sukan Komanwel 2010 baru saja melabuhkan tirainya semalam. Dan Malaysia telah menunjukkan prestasi yang amat menyerlah pada temasya komanwel kali ini. Aku sangatlah berbangga. Sebab dulu rasanya amatlah susah Malaysia nak tuai pingat emas. Dan tahun ni bukan sahaja Malaysia menepati sasaran 10 emas. Tapi dapat 2 emas bonus! So over target la kiranya. Bangga!

So mari tengok siapa penyumbangnya:

Emas - 12

  1. Amirul Hamizan Ibrahim - Angkat Berat (56 kg)
  2. Aricco Jumith - Angkat Berat (62 kg)
  3. Josiah Ng - Basikal Trek (Keirin)
  4. Badminton (Berpasukan)
  5. Nicol David - Skuash (Perseorangan Wanita)
  6. Nur Suryani Mohammed Taibi, Nur Ayuni Halim - Menembak (10m Air Rifle Wanita Berpasangan)
  7. Pandelela Rinong - Akuatik (Terjun 10m Platform)
  8. Bibiana Ng - Menembak (10m Air Pistol Perseorangan Wanita)
  9. Koo Kien Keat, Chin Eei Hui - Badminton (Beregu Campuran)
  10. Elaine Koon - Gimrama (Apparatus Gelung)
  11. Lee Chong Wei - Badminton (Perseorangan Lelaki)
  12. Koo Kien Kiat, Tan Boon Heong - Badminton (Beregu Lelaki)

Perak - 10

  1. Mohd Rizal Tisin - Basikal Trek (1,000m Ujian Masa Individu)
  2. Naharudin Mahayudin - Angkat Berat (62 kg)
  3. Hasli Izwan Amir Hassan, Hafiz Adzha - Menembak (25m Rapid Fire Pistol Berpasangan)
  4. Hasli Izwan Amir Hassan - Menembak (25m Rapid Fire Pistol Individu)
  5. Memanah (Recurve Berpasukan Lelaki)
  6. Nur Ayuni Halim - Menembak (10 meter Air Rifle Individu)
  7. Leong Mun Yee, Pandelela Rinong - Akuatik (Terjun 10m Platform Seirama)
  8. Nor Hashimah Ismail, Zuraini Khalid - Boling Padang (Berpasangan Wanita)
  9. Elaine Koon - Gimrama (Apparatus Bola)
  10. Wong Mew Choo - Badminton (Perseorangan Wanita)

Gangsa - 14

  1. Raihan Yusoff - Angkat Berat (53kg)
  2. Edward Khor, Benjamin Khor - Menembak (Double trap)
  3. Bibiana Ng - Menembak (25m Pistol Individu)
  4. Muhammad Hafifi Mansor - (69 kg)Ping Pong (Berpasukan Wanita)
  5. Basikal Trek (Pecut Berpasukan)
  6. Ping Pong (Berpasukan Wanita)
  7. Nur Suryani Mohammed Taibi - Menembak (10m Air Rifle Individu)
  8. Boling Padang (Regu Lelaki)
  9. Bryan Nickson, Yeo Ken Nee - Akuatik (Terjun 3m Papan Anjal Berirama)
  10. Ong Beng Hee, Datuk Nicol David - Skuash (Beregu Campuran)
  11. Bryan Nickson - Akuatik (Terjun 10m Platform)
  12. Elaine Koon - Gimrama (Individu All-Around)
  13. Elaine Koon - Gimrama (Apparatus Tali)
  14. Elaine Koon - Gimrama (Apparatus Riben)

Sumber » Pungutan Pingat Malaysia Sukan Komanwel XIX Delhi 2010 | KFZoom
credit: kfzoom.blogspot.com

Dalam banyak-banyak pencapaian emas, emas dari gimrama (gelung) dan akuatik (terjun) merupakan "emas ajaib". Sebab bagi aku acara tu susah dan memang didominasi negara-negara yang hebat seperti Australia contohnya. Memang tak di sangka lah Malaysia mampu dapat emas dalam acara ni. Tahniah!

Next is Sukan Asia kat Guangzhou, China. Kalau tak silap la. harapnya Malaysia terus menunjukkan prestasi yang lebih hebat dan memberangsangkan. Sebab saingan lebih kuat terutamanya dari negara-negara oriental seperti Jepun, China, dan Korea Selatan contohnya. So keep the spirit okay? Wish all of you luck!!

~jangan biar aku bersorak Arirang (cheers Korea Selatan)pulak. Derhaka pada negara sendiri. Haha~

Thursday, October 14, 2010

Ending Doraemon lagi?

Assalamualaikum...

Dulu pernah aku story pasal ending Doraemon kan? Rujuk entri ini.

Since Fujio F. Fujiko meninggal tanpa sempat menghabiskan Doraemon tu, kipas-susah-mati struggle nak menghabiskan sendiri anime kegemaran ramai ni. So let see the other 4 ending:

1) Nobita sebenarnya seorang penghidap autism. Semua karakter-karakter yang kita kenal selama ni iaitu Doraemon, Shizuka, Giant, Suneo, Dekisugi dan banyak lagi hanyalah imaginasi Nobita semata-mata kerana Nobita ni nazak dah sebenarnya. Jalan cerita yang kita baca selama ni hanyalah imaginasi Nobita dari katilnya untuk meringankan lagi beban siksaan yang ditanggung Nobita untuk meredakan kesakitannya.

(Siapa punya idea ni? Terlalu tragis untuk dijadikan ending. Lagipun ni kan manga ringan. Bukannya manga macam A Grave Of Fireflies yang Hayao Miyazaki buat tu. Sedih melampau. Btw, ending ni sangat kontroversi dan dapat tentangan.)

2)Nobita terjatuh dan kepalanya terhentak batu. Hasilnya, dia koma. Oleh kerana ketiadaan duit, Doraemon telah menjual semua barang-barang dalam poketnya untuk menampung kos pembedahan Nobita. Bagaimanapun, ia gagal. Doraemon hanya meninggalkan satu barang dalam poketnya iaitu Pintu Suka Hati untuk membolehkan Nobita pergi ke mana sahaja. Last sekali, tempat yang Nobita nak sangat pergi sebenarnya syurga.

(Satu lagi ending menyayat hati.. komik kanak-kanak ni tak boleh ke buat happy ending je?)

2 lagi ending ni aku pernah baca:

3) Macam biasa, Nobita balik menangis-nangis sebab dibuli Giant. Doraemon dah penat dengan semua tu. Dia marah Nobita dan menyatakan yang dia tak dapat pulang ke abad ke-22 dengan tenang kalau Nobita masih lemah macam tu. Doraemon terpaksa pulang ke abad ke-22 dengan segera dan mungkin tak akan balik semula ke dunia Nobita. Maka Nobita mahu Doraemon lihat Nobita mengalahkan Giant sebelum Doraemon pergi supaya dia dapat pulang dengan aman. pada malam itu, dengan menggunakan Loceng Mimpi, Giant datang ke padang dalam keadaan tidur supaya Nobita boleh menewaskan Giant dengan mudah. Malangnya, Giant tersedar. Tiada pilihan, Nobita berlawan juga dengan Giant sampai dia kehabisan tenaga. Menyedari yang Nobita tak mahu mengalah, Giant membiarkan Nobita rasa dia menang. Doraemon membawa pulang Nobita yang kotor dan berlumuran darah pulang ke rumah. Doraemon menemani Nobita tidur sehingga Nobita menyedari Doraemon tiada disisinya pada pagi esoknya.

4) Doraemon akan pulang ke abad ke-22 untuk selama-lamanya. Sebelum pergi, Doraemon meninggalkan kotak berbentuk dirinya untuk Nobita. Nobita mendapati ada barang terakhir yang ditinggalkan untuknya untuk membantu Nobita daripada dibuli Giant. Barang tu namanya Ubat Menipu (kalau tak silap) yang mana segala ayat menipu akan menjadi benar selepas Nobita minum ubat tu. Setelah Giant dan Suneo dapat balasannya, Nobita mengucapkan "Doraemon takkan kembali pada saya" tanpa menyedari ubat itu masih memberi kesan. Pulang ke rumah, Doraemon ada di biliknya semula. Dan Nobita menyedari apa yang berlaku selepas itu. Nobita gembira.

Macam-macam ending. Ni officially aku tau la. Belum lagi yang orang lain suka suki buat. Entah-entah banyak lagi ending agaknya. Apapun, Doraemon comel!

~saja update blog~

OPKIM di Kg. Janda Baik

Assalamualaikum

Kenapalah tak de study week. Kuliah and kuliah then exam. Tah pape. *sigh*

Like i care la kan? Buat study week sendiri. Haha...

************************************************

Jumaat lepas, aku sendirian join program yang dikendalikan oleh Persatuan Kebajikan Anak-anak Pahang (PKAP). Namanya, Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM). Ye la, sorang-sorang la. Tak pe. Delegasi UKM ke Kg. Janda Baik, Bentong, Pahang seramai 41 orang kalau tak silap. Terdiri daripada 6 lelaki. Lebih-lebih tu pompuan la. Bertolak pada pukul 11 approximately dan sampai di Janda Baik tepat2 waktu orang solat Jumaat.

Pendek cerita, lepas dibuat majlis penyerahan anak angkat, aku dan lagi 2 orang pun pulang ke rumah keluarga angkat kami. Terkejut sekejap. Sebab jarak rumah mereka dekat sangat. Setelah diberitahu, mereka adalah bersaudara. Kira adik beradik la tu. Unik. Mesti Raya aritu meriah agaknya.

Petang tu, kami (lelaki sahaja) dibawa menjenguk kuda. WAW! Ada kuda! 1st time pegang kuda. Feeling yang sangat best. Haha...

Comel jugak bila tengok dekat-dekat
Kuda ni nak geget je kejenye~

Tapi harus hati-hati. Kuda ni suka gigit dan tendang orang. Nanti kalau dia tendang kat part 'itu', mandul la jawabnya. Haha..

Malamnya ada tahlil ringkas pastu borak-borak dengan keluarga angkat untuk merapatkan lagi hubungan. Macam-macam diborakkan. Seronok juga. Almaklumlah 1st time join benda angkat mengangkat ni.

Pagi Sabtu. 9 Oktober 2010. Sarapan keluarga angkat sangat sedap. memang macam makan kat rumah sendiri. Hehe~ Then pergi berkumpul di depan lot kedai untuk memulakan senamrobik. Dah lama tak buat. Rasa malu pulak. Tapi buat je. Dah habis senamrobik, kami ke Sekolah Kebangsaan Janda Baik untuk program seterusnya. Dalam perjalanan, menikmati sebentar suasana kampung yang nyaman walaupun banyak najis-naj is lembu dan kerbau bertaburan. (Padahal tak jauh beza pun ngan rumah aku. Kampung jugak. Haha)

Cuba perhati betul-betul gambar kat atas ni. Nampak tak kat puncak bukit tu ada bangunan? Tu lah Genting Highlands. Dekat je Janda Baik ni dengan Genting Highlands. Unik. Hehe~

Sampai jugak di sekolah. Oh, ada program Kem Solat. Aktiviti J-QAF katanya. Dan-dan aku dijadikan fasi secara mengejut dan di minta mengajar c ara-cara mengambil wuduk. Erk... Merenung diri sendiri yang belum tentu betul berwuduk, ni pulak nak ajar budak kecik. Huhu~ Aku ajar ikut panduan yang diberikan. Ikut je lah. Haha~

Budak kecik yang comel.. yang baju merah tu ustaz. Young and available. Agaknyelah

Suasana pembelajaran

Tamat dalam tengah hari, kami pulang ke rumah. Mak angkat masak gulai tempoyak ikan patin. Nyum! Bertambah makan. Haha.. Sambil menonton filem Hindustan Mann yang dah berapa kali tayang.

Petangnya, di balairaya kampung, kami ada buat aktiviti bersama penduduk kampung. Budak-budak ada pertandingan mewarna. Dan makcik pakcik pulak ada pertandingan gubahan dan masakan. Simple je tapi boleh tahan jugak meriahnya. Okeh. Jamu gambar dibawah.

Lawanya dia colour...

Budak baju kuning ni tak sudah-sudah nak main game hanset aku. Cet

Sesi menggubah

Berikut adalah hasil gubahan:

Anggur apakah ini?

Ming-ming.. (itik 2 sejoli)


Yang aku rasa lawa itu je lah.

Lepas Asar, ada sukaneka bersama penduduk kampung. Hepi melihatnya. Mak angkat and da famili pun datang tengok.

Tiup sampai pecah

Malamnya, ada orang ternama buat open house. Aku lupa namanya. So sekeluarga pergi. Makanan memang sedap. Cuma satu ini yang buat aku tertarik.


Tau tak apa tu? Puding karamel. Yang aku minat sangat. Masa jual kat bazar ramadhan Bangi ni, satu polisterin sampai RM5. Jadahnya. Tuan rumah memang pemurah lah buat puding karamel ni free. Nyum2... tapi lalu makan 2 bekas je. Ruginya. Huhuhu~

Pagi di hari terakhir. 10.10.10. Oh sangat cantik nombor itu. Dr. Sheikh Muszaphar kawin ari tu. Buat gotong royong di balairaya semalam. Then pergi melawat kolam ikan dan ladang cili. Err... semua tu ada kat umah aku. So, boring. Berpecah dengan 2 lagi member, kami nak mandi sungai. Wee~

Sejuk dan nyaman

Petangnya acara majlis penutup OPKIM. Nak balik UKM dah. Nothing much to story about. Babai janda baik.. Miss u lah!


Dengan keluarga angkat

InsyaALLAH saya datang semula ye mak and famili semua~


Best jugak join program macam ni. Nanti nak join lagi kalau ada peluang.

~penat letak gambar~

Monday, October 4, 2010

Seksanya mendapatkan sekeping lesen

Assalamualaikum...

Start Ahad semalam aku terminate Facebook aku. Kali ke berape entah. Kononlah nak stadi untuk final exam.



Kena banned demi exam. Heheh~


Dulu pun pernah macam ni. Tak dan 2 3 hari. bukak balik. Ceh.

Tapi memang kena slow sikit bukak facebook. Sila lihat gambar di bawah:



Nightmare aku: jadual exam sem ni~

Dah la semua subjek hardcore. Mampos. So setadi jawabnye.

Tapi sempat lagi update. Hehe... Jp gi stadi la.

Ade gak yang merindui aku. Tertanya-tanya kenapa aku deactivate facebook. Itulah jawapannya. Nak stadi. Haha

Ok. Cukup merapu. Main topic.

Bila semua orang baya-baya aku ni sudah tau drive kereta. Aku pun jeles. Rasa nak bunuh je orang yang eksyen dengan aku. Maka sebelum SPM bermula aku dah plan nak belajar bawak kereta sekaligus mendapatkan lesen. Malangnya, perkara yang menggerunkan untuk setiap remaja 17 tahun akhirnya sampai jua kepada aku sekaligus ranap punah ranah plan aku. Babeng tol.


PLKN: igauan ngeri (untuk yang tak mau la)

Terus kena bahan dengan budak batch. Badigol tol. Haha... nak tak nak kenalah pergi jugak. Kalau tak kena masuk penjara. Dulu la. Sekarang ni kena buat khidmat masyarakat je hukumannya. Aku lagi rela buat khidmat masyarakat daripada pergi PLKN. Haha~ Tapi tak rugi pun. Best jugak.

*cari PLKN kat google bersepah gambar Diana Danielle. Luv u lah!

Dah habes 2 bulan setengah kat kem tu, dok melongo tak buat apa kat rumah. Ade la bermalam di Seremban sebab rindu kat kawan aku sorang ni. Haha~ Then dapat tawaran pergi Matrikulasi Pahang kat Gambang tu. Oh, lupa. Kem aku kat Penor. Dekat-dekat jugak dengan bandar Kuantan. So belajarlah bagai nak rak untuk setahun tu. Habis tempoh pengajian kat matrix, aku terus mulakan niat suci aku: ambik test kereta dan motor.

Bermula dengan pendaftaran yang kakak aku dah setelkan sementara aku kat rumah aku kat felda aku yang tercinta. Then, aku pergi lah ke Kuala lumpur sorang-sorang. Ok. Cuak. takut kena pukau ke, ragut ke, but then biasa je. Alhamdulillah. Lepas tu 1st day, ceramah lesen kereta. Omaigod~ bosan. Sumpah bosan. Macam dengar lecture fizik masa kat matrix. Apa lagi. ZZZZZ~ Dengan cuaca panas, berhabuk, completelah kalau aku nak demam aritu. Esoknya ceramah lagi. Motor pulak. Yang ni tak bosan. Ceramah dia best. Hehe~ Tapi tempat tu memanglah tak selesa. Dah lah surau tak de. Oh, aku lupa. Semuanya India dengan Cina. Tak de Malay yang kerja situ melainkan instructor. Dah lah sampai petang. Dush~

Siri ceramah tu termasuk dalam satu minggu paling memenatkan pernah aku alami. Kenapa? Lepas tu aku kena ambil computer test yang mana aku kena ambik 2 kali lepas fail untuk kali pertama. Tu hari Jumaat. Isnin pulak aku ada interview untuk course pendidikan yang aku mohon. So balik rumah hari Sabtu semata-mata nak ambik baju long sleeve aku dengan segala macam fail akademik aku, then esoknya balik KL semula. Tak sempat nak bermanja-manja dengan emak tersayang. Hehe~ Tenaga jantanku diperah sebanyak-banyaknya untuk itu. Nasib baik aku tak demam.

Ada rule baru dari JPJ katanya. Dah ambik test tu, kena tunggu sebulan baru boleh buat amali. ARGH!!!!! Sengal punya rule!!! Aku dah boleh dapat lesen dah kalau tak payah ikut rule tu. Balik Pahang semula dan dok melongo lagi. Cukup sebulan, UKM memanggil-manggil mintak aku belajar semula. Tangguh lagi. Hadoi~

Pendekkan cerita, habis tempoh setahun bergelar budak 1st year kat UKM, aku sambung balik.
Belajar segala-galanya. Paling menyeksakan ialah belajar bawak kereta. Orang baru 1st time pegang stereng kereta. Gelabah la. Haha~ Tak kesah. Tapi memang siksa. Belajar tengah panas. Sumpah rasa sangat azab pada masa tu. Ku gagahkan jugak. Lencunlah baju aku dengan peluh. Demm!

Hari penentuan. Aku test motor dengan kereta sekaligus. Motor aku pass. Masa aku tengah ditest tu, cun-cun aku siap, ada minah b*****t JPJ free hair dengan gaya tomboi marah aku. Katanya aku gerak sebelum dia kasi arahan. Badigol. Aku dah nampak dah lelaki sebelah tu kasi arahan. Aku pun tanpa berlengah terus berlakon ala-ala innocent. Haha~ dalam hati rasa nak seksa kau hidup2. Nasib baik pass.

Test kereta pulak. Demm lagi sekali. Fail kat bukit. Fail lah segala-galanya. Laju je mencarut. Bukan kat abang2 JPJ. Tapi kat diri sendiri. Huhu~ Bawak kat jalan lagilah. Moral dah down. Juga fail. Tensen. Aku kena lagi belajar tengah panas terik. Benci!!!

Retest minggu depan. Dah set dalam kepala. Mesti lulus. Esoknya nak balik pahang jugak. Dun care animore!! Segala ilmu aku muntahkan balik masa test kereta. Alhamdulillah aku pass kat bukit dan seterusnya. Juga di atas jalan juga aku lulus. Sebab kakak JPJ cun bertudung yang test aku. Sekali lagi berlakon ala2 innocent demi sekeping lesen.

Maka dengan ini aku mengishtiharkan....

AKU SUDAH LAYAK BAWAK KERETA DAN MOTOR ATAS JALAN SECARA HALAL!!



I got you!

Alhamdulillah. Puas hati. Ini memang journey aku yang paling memenatkan buat masa ni. lepas ni berangan nak kereta sebijik. Senang nak bergerak. Haha~

~lapar. duit tak de~

Friday, October 1, 2010

Untuk Pemain DOTA


Pergi lah cari. Semoga puas Korang bermain DOTA lepas ni.

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics