expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Followers

Korang Yang Ke...

Saturday, August 28, 2010

Ending Doraemon

Assalamualaikum...

Sihat tak? Alhamdulillah. Mari aku share something yang menarik.

Mesti korang kenal makhluk ni:



Ni lah Doraemon. Penipulah kalau tak kenal. Haha... Comel kan? Aku suka gila tengok Doraemon ni. Robot yang banyak alat-alat dari masa depan yang telah didatangkan khas dari abad ke-22 untuk membantu the loser one, Nobita Nobi daripada terus hidup merana pada masa akan datang. Macam-macam cabaran dah ditempuh Nobita dan Doraemon bersama-sama.

Tapi mungkin ramai jugak yang tertanya-tanya. Bila Doraemon ni nak tamat? Ye lah. Penciptanya pun dah lama meninggal (Fujio F. Fujiko).

So tadi blogwalking blog Ezhan dan terlihat entri berkaitan Doraemon jugak. Menurutnya, Ramai yang sedih dengan pemergian creator Doraemon pada masa anime ni belum lagi tamat. Jadi ramai die-hard-fans Doraemon membuat ending mereka sendiri untuk dikongsikan di seluruh dunia. Ada yang tak masuk akal, ada yang sedih, ada yang happy ending, bermacam-macam lagi.

Tapi satu video ni mungkin yang paling terbaik pernah aku tengok. Ending Doraemon yang paling bermakna.

SINOPSIS

Setelah lebih kurang 35 tahun masa berlalu, Nobita telah menjadi salah seorang pakar dalam bidang robotik dan telah terkenal di seluruh dunia. Sementara itu, Dekisugi, Giant dan Sinyu bertemu semula sambil berborak mengenai kisah kanak-kanak mereka. Lalu Dekisugi bukak cerita pasal Doraemon. Giant marah sebab Doraemon pergi macam tu sahaja sedangkan mereka bersahabat. (Ye ke? Dah la dulu Giant suka menyusahkan Doraemon. lol) Kemudian Dekisugi menceritakan apakah kisah sebenar yang berlaku dahulu sebelum Doraemon lenyap dari pandangan mereka. Dan sejak itu Nobita juga berubah secara total. Apakah yang berlaku sebenarnya? Mengapa Nobita berubah?

Tengoklah video ni. Nak cerita semua, tak best la. Hehe~




Agaknya ramai dah yang tengok kot. Tak pe lah. Aku share je.

So, kalau dah ada yang tengok, leave your comment please...

~sayang sangat Doraemon~

1 comment:

Unknown said...

I like Doraemon..dah la come macam aku..cute macam aku..sizuka tu plak cantik macam aku..kira Doraemon ngan aku ni dah macam adik beradik..huhu

p/s
sama macam Epis..gila Doraemon..

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics