expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

HeartBeat

Followers

Korang Yang Ke...

Wednesday, August 25, 2010

Broaden My Mind

Assalamualaikum...

Ketandusan untuk mencipta sebuah entri. Ni pun tak tau la apa aku nak merepek ni. Haish~

Actually, tentang stadi aku jugak. Minggu lepas, otak ini bagaikan di celup ke dalam clorox yang aku rasa molarnya berkepekatan 1000M. (Gosh! i miss chemistry!)

Kenapa?

Biasalah. Orang pointer rendah (< 3.00). Dah tau ngok ngek belajar. Haruslah dicuci sikit otaknya bagi sedar.

Tapi....

Jujur aku cakap. Apa yang di katakan tu semua tak de efek dah untuk diri aku.

Kenapa?

Balik-balik perkara yang sama diucapkan berkali-kali untuk kami sedar. Dan aku sedang melakukannya. Jadi aku rasa tak perlu nak panggil kami yang x sebijak mereka yang 3.00 keatas untuk sesi clorox otak tu. Dan aku akan buktikan yang aku ni taklah bodoh mana pun jika pointer jadi ukuran.

Tapi, memang sakit kalau kita berada dalam golongan bawah 3 tu.

ORANG PANDANG KAU MACAM NAJIS KALAU KAU NI POINTER RENDAH

Ni aku nak share da stori bout seorang hamba Allah tu. Yes. Walaupun bukanlah dean list, tapi memang langit dan bumi pointer dia dengan aku. Dan aku akan tunjukkan hinanya aku ini kerana pointer rendah. Ada 2 kes.

1) Tutorial Statistik

Kenalah submit. Tapi group aku tak buat lagi. Gelabah ringan2 (lyte2). Mujur dia dah siapkan. Lagipun kami yang aktuari ni ada lagi assignment untuk subjek kami yang mereka tak ambil tapi kami ambil. Kira subjek pengkhususan untuk setiap kos. Jadi tak terjangkau untuk membuatnya. Memang baguslah dia dah siapkan. Tapi apa katanya?

"biar aku buat sorang. korang ni tak boleh harap"

FUCKER GILA AYAT KAU!!!

2) Assignment Insurans

Juga aku satu kumpulan dengan dia. Akulah ketuanya. Tak perlu aku nak cakap apa tugasannya. Senang cerita, pilih syarikat, pergi buat temuramah. Maka semuanya sudah diaturkan. Pembahagian tugasan sudah dijalankan. Masa temujanji dengan syarikat telah dipilih. Tapi hamba Allah itu, di luar kesedaran aku telah bertindak melangkaui tugas aku sebagai ketua pabila dengan senang-senangnya dia membatalkan temujanji itu. Memang frust. Bila hal itu sudah selesai, sekali lagi dia bertindak kurang ajar dengan mengarahkan aku cepat-cepat hantar report bertulis itu sebelum masanya. Eh, patutnya aku yang arah-arah ni. Kau ke aku ketua ni??

Aku fikir balik dalam-dalam tentang diri aku.

"kenapa dia buat aku macam ni?"

Jawapannya mudah. POINTER AKU RENDAH DAN POINTER DIA TINGGI. Itu je sebabnya.

Betul. Dan fikir balik apa yang kawan aku ni kata (dia ni golongan aku gak. pointer rendah), mungkin ada betulnya:

""orang" buat kat kita macamtu, mungkin sebab dulu kita pernah buat kat orang lain benda tu. dan yang paling penting, "orang" yang buat kita macamtu, dia akan kena balik dengan orang lain satu masa nanti, mungkin lebih teruk. bumi ini bulat. pusing pusing jumpa tempat sama jugak."

Mungkin aku masa zaman pandai aku juga pernah buat macam tu. Dan ini balasannya.

Sudahlah. Orang tu nak pandang aku macam najis pun aku dah tak peduli. Aku tak kan kacau lagi hidup dia lepas ni.

Yamg aku tuju sekarang ni, naikkan pointer, siapkan assignment, tidak memandang rendah kapabiliti seseorang, dan tau nak menghormati orang. Itu je sekarang ni.

Enuff said.

No comments:

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics