expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

HeartBeat

Followers

Korang Yang Ke...

Wednesday, August 4, 2010

Murid pukul Cikgu. Ouch!

Assalamualaikum...

Semalam gempar di TV3 apabila tersebarnya video pelajar di sebuah sekolah bergaduh dan bertumbuk dengan gurunya. Aku tak tengok TV. Ada pulak yang share link kat Facebook. Jadi donlod je la. Aku pun tengok...

Tak teruja pun. Biasa je. Haha...

Perkara tu biasa terjadi pada zaman sekarang. Zaman pelajar manja. Baru kena tegur dengan cikgu, esok mak bapak datang bawak surat saman. Teruk kan? Tak semua la. Tapi bila tengok video tu, ada persoalan kepada semua yang terlibat dalam video itu.

Pelajar

Kenapa menengking? Barang kali dah lama sakit hati dengan cikgu tu agaknya. Tapi seburuk mana pun, dia kan lebih tua dari awak. Tak tahu lah apa yang berlaku selama ini tapi tindakan awak memang tak patut. Memang remaja ni darah panas. Suka nak rebel. Tapi jangan biarkan emosi menguasai awak. Harapnya awak dapat belajar sumthing dari insiden ini.

Guru

Kenapa memalukan pelajar? Kemana tanggungjawab anda sebagai seorang guru? Dan kenapa anda menghina pelajar itu? Adakah sebab dah benci sangat dengan murid tu maka awak hina caci maki dia? Dah lupakah yang dia juga ada perasaan? Anda juga tak patut bertindak seperti itu. Orang muda sudah hilang hormat pada awak. Jangan salahkan merekalah jika tiada rasa respek pada orang-orang macam awak. Jauh di sudut hati, layak lah anda terima sedas dari murid itu. Anda juga perlu belajar sumthg dri insiden ini.

Yang merekod video

ANDA SANGAT BODOH! Dan lagi bangang kerana anda upload dalam Youtube pulak. Motifff rekod? Awak secara tak langsung dah cemarkan martabat seluruh pendidik di Malaysia dan sebab awak, hal ini sudah jadi satu isu perdebatan yang hangat. Awak nak satu dunia tahu betapa teruknya pelajar dan guru di Malaysia ke? Memang tak faham. KENAPA AWAK SEBARKAN DI YOUTUBE HAA??????????????

Pertanyaan aku mungkin nampak tak matang. Tapi tak salah lemparkan persoalan kan?

Memang ramai yang akan salahkan murid itu oleh kerana kurang ajarnya. Tapi sebagai orang yang tak tahu apa hal yang berlaku, diam dan tunggu sahaja apa yang berlaku. Tak perlu buat spekulasi awal. Nak kata pelajar tu memang salah lah, memang patut guru tu kena macam tu lah, diam lebih baik. Jangan biarkan fenomena dimana kes Arwah Aminur Rasyid (sori kalau salah eja) berlaku, ramai yang bising-bising menyalahkan pihak itu dan ini.

Kini aku faham kenapa pelajar sudah hilang respek terhadap guru apabila berlaku kes macam ini. Sebab dulu tugas guru ni memang mulia. Aku sangat takut untuk melawan guru. Tapi guru sekarang dengan guru dahulu lain. Tak mau cakap banyak. Pendeknya, guru-guru sekarang harus belajar jadi orang yang dihormati. Kalau nak pelajar hormat guru, guru itu perlu hormat dahulu pelajar itu. Tapi kalau pelajar itu tak reti nak hormat orang yang lebih berumur sekalipun, bukan bermaksud guru-guru tu kena benci pelajar itu. \

Sedih dengan apa yang berlaku sekarang... Tapi aku masih mahu jadi guru. InsyaALLAH...

~tiada yang sempurna di dunia ini. jadi kita tidak berhak untuk menuntut kesempurnaan dari pihak lain untuk kepuasan kita~

1 comment:

reefqi said...

yg merekod video tu mayb nk sebarkan dgn bertujuan supaya sumer org tahu dan amik tindakan...
kalu x mende ni mesti x bsg pas2 senyap mcm tu je..
just an opinion.. hurm...

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics