Assalamualaikum...
Penat belajar, aku ambil masa untuk blogwalking. Terlekat kat
blog EL. Browse through entri dia dan tetiba memberi aku idea untuk entri hari ni. Of course ambil idea dari entri beliau. El, pinjam entri naa... :D
Aku. 5 tahun yang lepas. Sekarang 22. Tolak 5. Yes. 17 tahun. Kalau ambil exact date hari ni (9 Januari) aku baru lagi bergelar seorang pelajar Tingkatan 5. Crucial year kata orang. Tahun ambil SPM. Still kat sekolah yang sama, Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR). Banyak perkara yang berlaku 5 tahun lepas. Sedih dan suka mesti ada. Tapi bukan itu yang aku nak cerita. Jenguk point-point dibawah.
GADGET
My first gajet masa ni ialah Nokia Tiga Tiga Sekupang (3310). Handphone paling kukuh di alam semesta. Alah iPhone. Syiling jatuh atas skrin pun crack. Cam bapok. Haha... Tapi, sebagai seorang pelajar di Sekolah Berasrama Penuh (SBP), handphone merupakan barang larangan. Sebenarnya, semua sekolah pun macam tu. Atas sebab-sebab tertentu, maka ia menjadi barang larangan. Tapi tetap bawak jugak. Ye lah siapa tahan nak telefon mak kat rumah dengan syiling yang kekadang ada berapa sen je. Seronoknya, tiap kali inspection, handphone aku tetap selamat. Sebab aku sorokkan di tempat paling selamat. Loker kelas. Loker aku sentiasa berkunci. Dan cikgu yang memeriksanya pun taklah sakai habis nak kopak loker aku. Jadi ia sentiasa selamat. :D
|
Miss you... |
Oh lupa. Budak sekarang first gajet diorang mesti iPhone. Tak pun Galaxy. Gila tol. Terkedu aku dengan budak sekarang. Tak dapat benda-benda ni, teruslah rasa mak bapak diorang paling teruk didunia ni. WTF?? Manja syal. Aku hantar ke kem Battle Royale sekor-sekor lagi bagus.
STYLE
Style? Ada banyak. Sebab masa tu aku ada jugak keinginan untuk nampak smart walaupun perut makin membesar. Eh, bukan sebab mengandung. Salah blog ni. Saya lelaki. Haha... Aku boleh cerita pasal rambut je lah sebab kalau pakaian, nak outing pun ada uniform. So gaya berpakaian tak payah cerita sangat. Gaya rambut masa panjang kat sekolah dulu, aku suka sikat ke depan, lepas tu rambut depan tu naikkan ke atas. Kalau malas, belah tengah je lah. But most of the time, aku botak. Botak rambut 2 inci je. Semua sebab mak aku suruh. Jimat duit tak payah nak gunting rambut katanya. Nak berfesyen pon tak boleh. Hurm~
FAMILY
Tahun ni jugak rasa sedih sebab hilang tempat bergantung. Abah aku pulang ke Rahmatullah, waktu aku kat sekolah. Hari tu jugak aku balik rumah dan cuti seminggu. Hurm, tak nak cerita banyak pasal ni. Bikin hati sebak je.
FRIENDS
Zaman sekolah berasrama ni, akan ada beberapa golongan yang mudah dikenalpasti. Ada geng "awww" (
senang dikenalpasti dengan penglibatan mereka dalam orkestra sekolah, tapi ada yang tak awww jugak), geng rulebreaker (
yang kononnya bawak masalah kat sekolah), geng alim (
biasanya merupakan ahli jawatankuasa masjid) dan sebagainya. Tapi, as a batch, tak kiralah manapun golongan, kami tetap unite dalam satu batch. Tak kira lah jahat mana pun. Bagi aku, satu batch aku tu aku anggap kawan. Well, dipihak mereka aku tak taulah aku ni diorang anggap apa. Anyway, i don't give a damn bout it.
SOCIAL SITES
Aku hanya ada Friendster masa ni yang aku create masa aku Form 1. Tapi jarang-jarang bukak sebab kesukaran untuk mendapatkan komputer. Masa aku Form 5, Friendster completely disekat. Jadi kalau dapat on9 pun, tak dapat bukak jugak.
Itu sahaja bingkisan 5 tahun aku yang lepas. 5 tahun akan datang? Aku malas nak jangkakan.