Assalamualaikum...
Masa sekolah rendah dulu, aku kena tunggu sampai umur aku 10 tahun ataupun Darjah Empat barulah boleh belajar Sains. Pebendelah Sains tu? Itu dalam fikiran aku. Macam seronok je. Sekarang ni masuk sekolah Darjah 1 terus belajar Sains. Beruntung anak sedara aku. Haha...
Belajar Sains masa sekolah rendah mungkin seronok bagi budak sekolah bandar. Maksud aku, mungkin diorang banyak buat eksperimen. Aku? Sekolah aku hanya ajar teori sahaja. Tak pernah ada eksperimen langsung. Walaupun masa belajar Sains kena pergi lab. Serius. Tak pernah ada eksperimen. Faham-fahamlah sekolah kampung. Mana nak ada kelengkapan yang cukup even nak buat eksperimen benda tenggelam timbul pun.
Dalam sains lab sekolah rendah aku, semua barang didalamnya tak boleh sentuh. Nanti rosak siapa nak ganti? Haha... Mungkin sebab itulah tak pernah buat eksperimen. Aku pernah kena marah dengan cikgu sebab aku bermain dengan bikar yang pada pandangan aku semasa itu bikar sains ialah benda yang menakjubkan. Kononnyalah kalau pecahlah satu bikar tu, gaji FELDA abah aku pun takkan mampu bayar ganti rugi tu. Begitu mudah seorang cikgu menakutkan anak muridnya ini.
Bila aku dah masuk SDAR, barulah merasa bereksperimen. Dan masa itu jugalah segala benda yang pantang disentuh semasa sekolah rendah bebas untuk disentuh. Even semasa eksperimen ada je test tube yang pecah dek reaksi kimia yang terlampau atau terlepas dari genggaman. Tak payah ganti. Damn. Kena tipu masa kecik. Lahanat. Masa tu belajar Sains untuk PMR seronok jugak. walaupun jarang skor A, tapi tak pernahlah fail. Hehe...
Naik Tingkatan 4, Sains pecah jadi 3. Fizik, Kimia, Biologi. Start ni feeling seronok tu dah hilang. Aku da tak de rasa apa-apa pun. Fizik selalu buat aku tertidur. Biologi dengan kejamnya selalu menyusahkan aku. Kimia je yang seronok lite-lite. Masa ni baru tau susahnya semua subjek ni. Aku pun dah mula rasa muak dengan eksperimen. Kena buat lab repot. Annoying. Tu yang dapat B3 semua tu masa SPM.
Masuk matrikulasi. Aliran sains Fizikal. Maknanya aku belajar Math, Kimia dan Fizik. Belajar tu seronok. Lab repot yang annoyingnya. Every week ada je eksperimen dan lab repot yang perlu dihantar. Muntah aku nak buat repot je. Masuk sem dua, semua tak seronok. Kimia kena belajar organik, part yang bagi aku masalah sebab relate sangat dengan biologi. I HATE BIOLOGY. Lupa pulak nak bagitau. Haha... Fizik semakin buat aku tak faham. Sebab tu masa isi UPU, aku tekad takkan ambik subjek sains lagi. Aku da tak nak susah-susah diri dengan segala eksperimen dan lab repot yang annoying ni.
Masuk UKM, aku ambil kos aktuari. Makanya semua lab repot dan eksperimen aku takkan jumpa lagi. Bahagia. Tapi sekejap je. Prestasi aku kat UKM ni teruk. Malas nak cerita panjang-panjang.
So begitulah kisah rindu dan dendam aku terhadap Sains. Hehe~
Followers
Korang Yang Ke...
Tuesday, May 31, 2011
Science: From Love to Hate
Jenama:
Aktuari,
Matrikulasi,
UKM,
Zaman Muda-muda
Wednesday, May 25, 2011
Babi memang haram. Tapi...
Kau begitu concern pasal halal haram.
Secret Recipe haram, terus kau tak berani sentuh.
KFC haram, kau tak berani singgah.
Pasal makanan memang kau betul-betul jaga.
Tahniah...
Secret Recipe haram, terus kau tak berani sentuh.
KFC haram, kau tak berani singgah.
Pasal makanan memang kau betul-betul jaga.
Tahniah...
TAPI...
Rambut kau terdedah. Itu haram. Kau tak ambik kisah.
Lutut kau terdedah. Itu haram. Kau tak ambil kisah.
Legging kau pakai menampakkan susuk tubuh badan. Itu haram. Kau tak ambil kisah.
Kau letak profile picture sedang berpelukan dengan boyfriend/girlfriend kau penuh ghairah. Itu haram. Kau tak ambil kisah.
Kau pakai mini skirt dan singlet ala-ala SNSD. Itu haram. Kau tak ambil kisah.
Kau comolot dengan couple kau depan public. Itu haram. Kau tak ambil kisah.
Kau buat seks luar nikah. Itu haram. Kau tak kisah...
*********************************
Ohh...halal haram itu hanya pada makanan dan minuman je...
Sumber inspirasi. Jangan marah ea bro joe. Kalau tak suka gua remove. Hehe~
2000: Angan-angan millenium
Assalamualaikum...
Siapa pernah tengok filem Back To The Future?
Ok. Aku tak pernah tengok. Bahaha... Tapi kalau tak silap la kan, filem ni pasal dunia di masa hadapan. Dunia teknologi lah katakan. Semua benda dah canggih. Kereta pun tak beroda. Semua kereta terbang je. Punya gempak imaginasi Seven Spielberg ni.
Tahun 2000 tu merupakan peralihan abad baru. Abad ke-21. Aku masa tu budak-budak lagi. Masa 2000, aku baru Darjah 4. Tapi masa tu aku ingat ada berita hangat. Kononnya ada virus bernama "Y2K" akan menyerang komputer melalui internet dan akan mengakibatkan komputer mengalami kekeliruan. Sebab apa entah. Gempar semua pengguna komputer dan berebut-rebutlah mereka membeli antivirus untuk menghalang Y2K ni. Tapi tak ada pun. Hanya propaganda pengeluar antivirus untuk mengaut keuntungan. Pandai diorang ni.
Oleh kerana 2000 tu adalah tahun millenium bak kata omputeh, aku pernah berangan yang dunia ni akan berubah secara total. Maksud aku, terus berubah. Antara perubahan yang pernah terlintas di kepala aku masa aku kecik:
1) Pakaian semua berubah kepada warna perak. Macam robot
2) Robot akan muncul sendiri memudahkan kerja-kerja rumah
3) Semua benda akan berfungsi secara automatik
4) Kereta, motor terbang dan tak guna tayar.
Aku dah lupa. Ni antara yang aku ingat la. Dan semua ni aku harapkan terjadi lepas aku bangun tidur. Last day of 1999, aku dah tak sabar-sabar nak tunggu hari esoknya. Bukan sebab esok tu besday aku. Haha... Tapi sebab nak tunggu perubahan tu. Tidur pun tak lena. Haha.
Esoknya, aku kecewa. Sebab semuanya masih dalam keadaan asal. Tak de robot. Motor dan kereta masih bertayar. TV masih memerlukan tenaga manusia untuk dihidupkan. Terus tak de mood sambut besday. LOL
Fikir balik, tah hape-hape aku angankan ni. Merepek je. Haha... Punyalah hebat angan-angan aku ni. Gelak sorang-sorang bila fikir balik.
Korang ada fikir macam aku tak masa kecik-kecik dulu?

Filem dan Drama,
Zaman Muda-muda
Subscribe to:
Posts (Atom)