Assalamualaikum...
Masa sekolah rendah dulu, aku kena tunggu sampai umur aku 10 tahun ataupun Darjah Empat barulah boleh belajar Sains. Pebendelah Sains tu? Itu dalam fikiran aku. Macam seronok je. Sekarang ni masuk sekolah Darjah 1 terus belajar Sains. Beruntung anak sedara aku. Haha...
Belajar Sains masa sekolah rendah mungkin seronok bagi budak sekolah bandar. Maksud aku, mungkin diorang banyak buat eksperimen. Aku? Sekolah aku hanya ajar teori sahaja. Tak pernah ada eksperimen langsung. Walaupun masa belajar Sains kena pergi lab. Serius. Tak pernah ada eksperimen. Faham-fahamlah sekolah kampung. Mana nak ada kelengkapan yang cukup even nak buat eksperimen benda tenggelam timbul pun.
Dalam sains lab sekolah rendah aku, semua barang didalamnya tak boleh sentuh. Nanti rosak siapa nak ganti? Haha... Mungkin sebab itulah tak pernah buat eksperimen. Aku pernah kena marah dengan cikgu sebab aku bermain dengan bikar yang pada pandangan aku semasa itu bikar sains ialah benda yang menakjubkan. Kononnyalah kalau pecahlah satu bikar tu, gaji FELDA abah aku pun takkan mampu bayar ganti rugi tu. Begitu mudah seorang cikgu menakutkan anak muridnya ini.
Bila aku dah masuk SDAR, barulah merasa bereksperimen. Dan masa itu jugalah segala benda yang pantang disentuh semasa sekolah rendah bebas untuk disentuh. Even semasa eksperimen ada je test tube yang pecah dek reaksi kimia yang terlampau atau terlepas dari genggaman. Tak payah ganti. Damn. Kena tipu masa kecik. Lahanat. Masa tu belajar Sains untuk PMR seronok jugak. walaupun jarang skor A, tapi tak pernahlah fail. Hehe...
Naik Tingkatan 4, Sains pecah jadi 3. Fizik, Kimia, Biologi. Start ni feeling seronok tu dah hilang. Aku da tak de rasa apa-apa pun. Fizik selalu buat aku tertidur. Biologi dengan kejamnya selalu menyusahkan aku. Kimia je yang seronok lite-lite. Masa ni baru tau susahnya semua subjek ni. Aku pun dah mula rasa muak dengan eksperimen. Kena buat lab repot. Annoying. Tu yang dapat B3 semua tu masa SPM.
Masuk matrikulasi. Aliran sains Fizikal. Maknanya aku belajar Math, Kimia dan Fizik. Belajar tu seronok. Lab repot yang annoyingnya. Every week ada je eksperimen dan lab repot yang perlu dihantar. Muntah aku nak buat repot je. Masuk sem dua, semua tak seronok. Kimia kena belajar organik, part yang bagi aku masalah sebab relate sangat dengan biologi. I HATE BIOLOGY. Lupa pulak nak bagitau. Haha... Fizik semakin buat aku tak faham. Sebab tu masa isi UPU, aku tekad takkan ambik subjek sains lagi. Aku da tak nak susah-susah diri dengan segala eksperimen dan lab repot yang annoying ni.
Masuk UKM, aku ambil kos aktuari. Makanya semua lab repot dan eksperimen aku takkan jumpa lagi. Bahagia. Tapi sekejap je. Prestasi aku kat UKM ni teruk. Malas nak cerita panjang-panjang.
So begitulah kisah rindu dan dendam aku terhadap Sains. Hehe~
No comments:
Post a Comment