Soalan ni bagi lelaki. Adakah anda cukup "jantan"?
Menurut pandangan aku, orang-orang akan memandang kelelakian seseorang berdasarkan perkara berikut. Ni pendapat peribadi aku je.
1) Tak boleh menangis.
Pantang kalau lelaki menangis. Sedih mana pun kau, jangan sesekali nak menitikkan air mata. Well, malulah kalau lelaki menangis. Tu kata orang. Salah ke? Menangis tu kan salah satu ciptaan ALLAH jugak. Nak menunjukkan bahawa lelaki pun ada perasaan.
2) Tak takut cedera.
Bring it on bebeh! Patah tulang ke, luka ke, perut kena rodok dengan pisau ke, leher kena sembelih dengan Mat Rempit ke, jangan takut! Tak "jantan" la kalau tak de luka-luka kat badan!! KEPALA HOTAK KAU. Nyawa nak melayang pun tak payah takut ke? Pahala kau dah banyak ke?
3) Payung adalah barang terlarang untuk lelaki.
Seorang lelaki tak memerlukan payung seumur hidupnya. Dan aku sebenarnya hidup di dalam dunia dimana payung itu adalah barang yang terlarang bagi seorang lelaki. Kalau cuaca panas terik, seorang lelaki dilarang menggunakannya kerana nanti akan timbul gosip-gosip liar yang mengatakan lelaki itu tak cukup "jantan" sebab tak tahan panas. Even hujan lebat sekali pun, payung masih menjadi barang larangan. Gosip-gosip liar tetap akan timbul. Pendek kata, kalau nak nampak "jantan", payung tidak seharusnya wujud dalam kamus hidup seorang lelaki.
4) Mesti simpan janggut
Kau tak de janggut. Jadi kau pondan!!! (Eh, kau kan gay. =_=!) |
5) Pandai main bola sepak atau ragbi.
Ni dua sukan yang seharusnya seorang lelaki tahu main dan tahu apa sahaja berita mengenainya. Seorang lelaki yang tak tahu apa-apa tentang sukan ni bukan sahaja berpotensi untuk digelar "lelaki lembut" bahkan bakal disisihkan rakan. Ni jadi kat aku. Siapa yang nak berborak pasal bola sepak dengan orang yang tak tahu apa-apapun pasal bola sepak? Bosan kan? Dan dulu masa kecik-kecik, musuh dunia akhirat aku kat kampung pun panggil aku pondan sebab aku kaki bangku dan tak meminati bola sepak. Tak pe la. Otak budak kecik memang retard. As for rugby, ada quote mengatakan "Rugby is a tough game played by gentlemen". Orang tough je lah main rugby ni. Aku tak cukup gentlemen. Zzzz...
As a conclusion, apa yang aku nak sampaikan sebenarnya simple je:
Kenapa perlu nak judge semua benda dan perkara di dunia ni sedangkan kita memang tak layak nak menilainya? Sama ada lelaki tu cukup "jantan" atau tak, apa hak kita nak menilainya? Kita hidup di Bumi yang sama. Hak milik ALLAH. Bukan hak milik kita pun. Siapa yang tentukan jika lelaki tu guna payung tengah panas maka dia dilabelkan sebagai lelaki lembut? Siapa yang cakap kalau lelaki menangis tu pondan? Hukum manakah yang kamu gunakan ni? Tuhankah kita ni?~Aku muak dengan perangai manusia sebegini~
2 comments:
tp dlm agama, lelaki yg menangis adlh lelaki yg kuat imannya. menangis bila berdoa, dalam solat. sbb lelaki mmg susah menangis... dan sukar menjumpai lelaki mcm ni...
tak takut cedera??? tu bodoh namanya... lelaki suka pada aktiviti2 yg adventure, tp x bererti xksah cedera.
bawak payung memang agak memalukan. kalau member nampak, adoi... bunuh diri la jawabnya. tp berbeza bila dah bekeluarga. payung itu perlu. bagi manjaga anak dan isteri.
ada janggut ke tak, tak jadi masalah ikut keselesaan dan bentuk muka.
bola sepak dan rugbi??? aku tak minat langsung... aku minat sepak takraw... mmg bila main, tak ingat nak balik dah... kecuali dah mlm, tpaksa balik. hehe... kenapa mesti kata org kaki bangku tu pondan??? manusia ni lahir dalm pelbagai minat dan kecenderungan... kalau aku cakap sape yang tak reti lipat/kill bola takraw tu gay, korang setuju??? alamt, ramai la jadi bapok...
good point here. aku setuju sgt pendapat ko. mereka sangka semua manusia ni hidup dalam dunia mereka dan perlu ikut cakap mereka. pleaselahh~
Post a Comment