expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Followers

Korang Yang Ke...

Tuesday, May 3, 2011

Tuah hari ini: Menang rice cooker

Assalamualaikum...

Aku pergi ke Pusat Pengajian Umum (PPU) untuk cek jadual subjek shortsem aku. Tak tau pulak hari ni kebetulan PPU ada buat ekspo. Apa tah namanya. Aku dah lupa. Tapi ada banyak program yang dijalankan pada waktu tu. So lepas aku cek jadual, aku pun ushar apa yang berlaku di tempat tu.

Eh, lupa. Aku ke sana dengan kawan aku, juga seorang blogger yang semakin dikenali ramai. Rozuan a.k.a Pak Cek Biola. Hehe...


Satu demi satu booth kami kunjungi. Kemudian aku tertarik dengan satu booth yang mengadakan pertandingan masak memasak. Namanya "Follow The Recipe". Aish! Aku pantang kalau nak memasak ni. Haha... Terus aku ajak Rozuan ni join sekali memandangkan hari ni memang tak de kelas lagi dan aku tak ada kerja.

Actually, sebelum kami, ade foreigner yang join jugak tapi diorang buat Shepherd Pie. So kiranya aku kena tunggu turn. Dapat jugak makan pai diorang buat tu. OK lah. Edible. Haha...

Then, sampai turn kami. Bahan dah tersedia, ikut je resipi yang dah disediakan. Maka kami pun mulakan eksperimen. Agak kelam kabut jugak la. Sebab resipi dalam English. So konfius mana satu nak buat dulu. Then kami decide ikut je arahan yang tersedia.

Tup tap, akhirnya siap trifle pudding kami.






Agak cincai sikit rupanya. Ye lah, 1st time buat. Aku kalau goreng-goreng, tumis-tumis, reti lah buat. Hehe... But rasanya sedap. Tak tipu. Lecturer pun puji. Sampai masa tasting, ada yang refill kami punya pudding ni. Dan aku of kos ambil selagi boleh. Sedap. Nom nom nom...

Ada yang nak mencuba kat rumah? Ni aku share resipinya. Boleh la buat untuk santapan keluarga.

FRUIT COCKTAIL TRIFLE PUDDING

Bahan-bahannya:

1 tin Fruit Cocktail (cari kat supermarket mesti korang jumpa)
1 tin susu sejat (apa brand pun boleh)
1 kotak serbuk jeli NONA perasa strawberi
1 gulung kek swiss roll

Cara membuat:

1. Swiss Roll dipotong kemudian disusun didalam bekas sehingga memenuhi tapak bekas.
2. Buka tin fruit cocktail dan asingkan buah dari jusnya. Taburkan buah tersebut di atas kek swiss roll tersebut sehingga menutupi swiss roll.
3. Jus yang diasingkan tadi dipanaskan selama 3 minit. Kemudian masukkan separuh daripada serbuk jeli tadi ke dalam jus yang telah dipanaskan. Kacau dan masak perlahan-lahan selama 2 minit
4. Buka tin susu sejat dan tuangkan didalam periuk. panaskan juga selama 3 minit dan masukkan baki serbuk jeli tadi. Kacau dan masak selama 2 minit.
5. Tuang jus yang telah dimasak tadi kedalam bekas berisi kek dan buah. Pastikan jus sampai ke dasar bekas supaya kek dapat meresap jus tadi. Kemudian susu sejat yang dimasak bersama jeli tadi dituang pula ke dalam bekas itu.
6. Sejukkan. Sedap kalau korang letak dalam peti sejuk.


Dan keputusan diumumkan. Kami menang sebab puding kami lebih terasa kemanisannya berbanding lawan kami. Hehe...

Let the gambar tell the cerita. (matilahh rojak bahasa)

This is me.

Ni la Rozuan. Pemilik blog Pak Cek Biola

Rice cooker yang kami menang

Ni pemenang saguhati.
Gambar ihsan blog Pak Cek Biola

So begitulah cerita pada hari ini. Yang penting kami pandai masak. Dan aku bukan pandai makan je. Haha... So sesiapa mak-mak mentua yang berminat dengan saya, boleh bagi borang calon menantu untuk saya isi. Wahaha...

~boleh celen Cik Mat Gebu tak? ehehe~

6 comments:

Unknown said...

amboi menjaja nampak,haha.serius sedap

p/s jom gi masuk masterchef!!

IQBAL ZARIN said...

jom2!! hahaha

Mr.41 said...

ngeri jek ak tgk puding tu,,,hahaha

IQBAL ZARIN said...

ahh! kau dengki!! janji aku menang. kau hadoo?? non hadoo!!! ahahaha

themissingikmal said...

kalo aku jalan ngan ko, mesti aku dapat bawak balik rice cooker tuh kan? aku nak masak gak!!!

JELES!

IQBAL ZARIN said...

haha~ x plan pon. sesaje suke2. haha

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics