expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

HeartBeat

Followers

Korang Yang Ke...

Wednesday, November 21, 2012

McDonalds... Parappappappa... I'm Lovin' It

Siti Nadia Binti Alimin (bukan nama sebenar). Seorang mahasiswa di universiti awam di Malaysia. Mempunyai satu kegemaran. Belajar di restoran McDonalds. Selain daripada belajar, dia juga suka dengan burger di sana. Ditambah lagi dengan isian semula Coke percuma, mana mungkin McDonalds tidak menjadi tempat yang sesuai untuk belajar.

Pada suatu hari, ketika di laman sosial heboh tentang kempen memboikot McDonalds setelah ia amat sinonim dengan membantu Israel menghancurkan umat Islam di Gaza, dan kebetulan pada waktu itu akibat tidak mahu dilabel "kafir" oleh saudara semuslim, Siti Nadia Binti Alimin (bukan nama sebenar) terpaksa berhenti belajar di McDonalds dan memilih untuk belajar di bilik sahaja. Tetapi pada suatu hari sedang dia melayari Facebook, dia terlihat sesuatu yang menyentap hatinya.


Gambar dia sedang belajar di McDonalds sambil menikmati burger kegemarannya dengan kapsyen dibawah "Manusia yang telah menyumbang kepada butir-butir peluru di Gaza. Kafirlah perempuan ini!!!"

Siti Nadia Binti Alimin (bukan nama sebenar) telah menerima tekanan emosi gara-gara penyebaran gambar itu. Dia dicemuh oleh rakan-rakan sekuliah. Dikeji oleh manusia yang tidak dia kenali. Di herdik oleh golongan-golongan alim di universiti. Akibat tidak mampu mengawal emosi, dia telah ditemui pengsan akibat "overdose" minuman shake Herbalife dan masih koma sehingga sekarang.

Sebulan selepas kempen memboikot McDonalds berakhir, di suatu sudut di dalam restoran McDonalds, kelihatan dua orang gadis Muslim sedang rancak berbual.

"Padan muka Nadia. Puas hati aku. Asyik dia je yang score 4 Flat. Lepas ni bolehlah aku rampas takhta pelajar cemerlang tu dari dia!"
"Berangan!! Kau sedar tak kau tu paling kurang mesti ada satu dua subjek yang fail? Ni last semester ni boleh ke kau grad?"
"Ada aku kesah? Yang penting aku puas tengok dia merana! Hahaha.."
"Setan jugak kau ni kan?"

Gelak tawa disambung sambil mengunyah kentang goreng McDonalds.

3 comments:

themissingikmal said...

aku kenal minah tu...tiber!

IQBAL ZARIN said...

ah entah sape2 ko ni. hahaha

Perkongsian Ilmu said...

Assalammu'alaikum. Sekadar perkongsian. Ada company scam, di Mid Valley juga, Crescenza Consultant Sdn Bhd. Ni alamatnya:
Unit 11-9 Level 9 The Boulevard Offices, Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra.

Details mereka semua dah ada. Orang melayu tipu tak apa lagi, ini orang Islam tipu orang Islam. Kerana duit saja. Habis semua orang susah. Dunia pun akan terima laknat, akhirat pun akan kena jua. Makan hak orang lain secara haram pasti tak selamat. Doa orang zalim makbul.
Ni nama Senior Manager melayu yang kononnya berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang trading. Shaiful Bahri Samdin 710124-08-6147.
Ni nama kononnya Head Manager, lelaki India. Kononnya pun pengalaman hebat. Dua dua lesen haram dalam trading. Melibatkan jenayah Bank Negara. Allan J. Rick 760517-08-5689.

Company tu dah nak tutup bulan ni dan akan buka company baru seperti biasa. Dia ada komplot dengan beberapa orang termasuk secretary sekali. Mona nama dia. Details mereka semua ada. Cuma tunggu masa sesuai nak ambil tindakan. Insya Allah.

Jangan takut kerana kebenaran. Allah ada bersama. Redha dengan ujian. Mereka pun tak senang dan hidup dalam keadaan takut sentiasa.

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics