Bertemu lagi dalam siri "Memori kanak-kanak"!! Dulu nak cerita pasal orang jual buku. Sudahnya terlupa. Ngeng sungguh.
And aku baru perasan yang ini ialah entri aku yang ke............
Yeah. Entri ke-100 aku. Ingatkan nak buat entri ke-100 ni bersempena hari jadi aku tak lama lagi. Tengah countdown je ni. Tapi nafsu nak update sudah membuak-buak hingga ke tahap klimaks. (
******************************
Sedang menumpukan perhatian kat cikgu yang setia mengajar anak muridnya. Tiba-tiba datang orang tah siapa-siapa. Potong stim tol.
"Assalamualaikum... Minta masa sekejap ya cikgu..." Kata orang itu. Cikgu aku pun bagi masa.
"Adik-adik, kami dari Syarikat XYZ Sdn. Bhd. akan mengadakan jualan buku esok jam 2 petang kat kantin. Ni katalog jualan buku kami. Kami ada buku ulangkaji, buku cerita, dan pelbagai lagi. nanti tunjuk kat mak bapak ye..." Manis je ayat orang tu nak lariskan jualannya.
Katalog buku... (contoh je)
Sambil-sambil tabur ayat-ayat manis tu ada sorang lagi pembantu dia dok sibuk edarkan katalog buku. Sorang dapat satu. Aku pun tengok sekejap sebelum cikgu aku yang macam frust sebab orang tu kacau sesi pengajaran dan pembelajaran dia suruh kami pandang papan hitam semula.
Masa rehat tengok semula katalog tu. Mulalah rambang mata nak beli buku itu buku ini. Tapi aku tak berminat kat buku cerita. Aku suka buku ulangkaji je. Jangan gelak. Aku masa kecik-kecik rajin ye. Serius. Sebab tu kalau exam masa sekolah rendah dapat no 1, 2, dengan 3 je. Tapi kalau boleh tiap-tiap kali exam aku kena dan wajib dapat no 1. Dapat no 2, siap la balik rumah kena bebel. Nasib baik tak pernah dapat bawah dari 3. Mungkin bakal disesah dengan batang paip dibelakang badan aku ni kalau dapat no.4 kebawah.
Dalam katalog tu siap tanda-tanda mana buku yang nak dibeli. Semangat nak ulangkaji berkobar-kobar. Malam tu tunjuk kat abah katalog tu. Dengan harapan yang tinggi menggunung. Last-last abah aku cakap...
TAK BOLEH.
Pecah berderai harapan...
Semudah itu je ayatnya. Cukup untuk buat hati aku memberontak.
Tapi most of da time bila salesman tu datang and buat perkara yang sama tu semula, bila aku mintak kat abah aku, memang aku dapat beli.
Masa tu ada perasaan seronok membeli buku. Dan bila tengok budak lain beli buku dan aku tak beli, memangla ada perasaan jeles. Dan tambah-tambah lagi bila aku diejek oleh musuh-musuh dunia akhirat aku masa kecik sebab tak ada duit nak beli buku. Sakit hati. Alah, padahal diorang tu beli buku ape kalau korang nak tau???
Buku sifir je pun. Harga 80 sen. Tu pun nak show off kat aku. Kau exam matematik pun fail jugak. Haha~
Oh. Aku ada 3 kenangan pasal orang datang bertandang buat jualan kat sekolah.
Pertama: Ada jualan kat sekolah. Bukan buku. Dah lupa. Tapi aku masih ingat harga benda itu. Sebab harga itu yang buat aku malu lepas tu menangis. Harga benda tu RM 3.70 dan sebab aku nak sangat beli benda tu, aku bayar 30 sen. Sebab aku konfius dan tak tengok harga tu betul-betul. Sebab aku nangis? Bila kena gelak dengan satu kelas termasuklah musuh-musuh aku tu. Shit
Kedua: Jualan buku lagi. Kali ni abah aku kasi izin tapi duit beli buku dia kasi bila waktu jual buku tu lah. Masa rehat. Abah aku terlupa nak datang masa rehat tu. Aku tunggu dan tunggu tapi tak datang-datang. Bila abah aku datang, orang jual buku tu dah balik. Lagi sekali, tangki air mata pecah. Tanpa segan silu aku menangis di depan orang ramai. Abah aku pujuk aku. Masa tu aku tak marah pun. Cuma nangis je. Haha...
Bila fikir balik, aku masa kecik kuat menangis...
Ketiga: Ada orang Cina datang jual buku panduan sifir matematik dan panduan silap mata. Silap mata? Sapa tak suka? Haha... Ramai jugak yang beli termasuk aku. Dah beli, masuk kelas. Eh, cikgu dah masuk. Duduk kat meja dengan muka asid hidroklorik masam. Dah semua masuk, dia marah kami satu kelas sebab beli benda tak berfaedah tu. Panduan matematik tu katanya sekolah pun ada ajar. Dia marah sebab masa dia mengajar dah terbazir macam tu je. Tapi, memang benda tu tak berfaedah. Ajar buat silap mata tapi semua tak jadi. Pandai orang Cina tu bohong aku. Cis.
Tulah kenangan yang paling kuat dalam minda aku. Sekarang ni nafsu nak membeli buku tu masih ada. Tiap-tiap tahun aku simpan harapan nak pergi pameran buku kat PWTC. Sampai sekarang aku tak pernah pergi.
Eh, pameran tiap-tiap tahun tu memang buat kat PWTC ke???
~esok mula sem baru~
4 comments:
menarik!
btw..
yup2..tiap2 thun kt pwtc..
g la..best!
yani: oo... tgk la tahun dpn pg kot.
hehe..nostalgik sgguh...tp kat skul aku, aku xingat plak ade org ketuk masuk kelas, tau2 ade jek list buku yg djual..mmg nak beli ah atas dasar 'showing off:aku beli, kau mampu?'
keji gler perangai..hehe.rindu skolah.aku skola felda gak (eh, ko pun kan?) so mmg tahu la perangai lahanatz bbudak felda cmne tp still yg tu la jadi kenangan best kan. eh, panjang plak komen aku, kang silap2 jadi entri di ruangan komen...=))
p/s : dah balik ukm? aktif blogging la pasni...
p/s : balik sendiri ke parents hantor? kalu sendiri ikut pekeliling ek?
p/s : hepi bday in advanced takut nanti perasan bz..hihi
jefri: mase kecik2 banyak sgt perkara keji kita buat. hahaha.... opkos la aku skola felda. haha
p/s: kat ukm la ni. Nanti slalu update blog la gamaknye. haha
p/s: Barang2 sume kat umah kakak aku kat puchong. so dri phg aku balik sndri la. yup. ikut pekeliling.
p/s: ade mase ko wish kat fb. hadiah jgn lupe! haha
Post a Comment