expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Followers

Korang Yang Ke...

Saturday, December 25, 2010

Diserang Bakteria

Assalamualaikum...

Pada suatu hari yang tak berapa nak cerah tapi nyaman, Puan Ziela ke supermarket untuk membeli barang dapur yang sudah kontang di peti sejuk rumahnya. Dalam perjalanan nak masuk ke supermarket, dia secara tiba-tiba ditahan oleh seseorang yang berpakaian seperti seorang doktor. Lantas Puan Ziela menyedari bahawa ada promotion ubat gigi rupanya.



Doktor gigi: Puan tahu tak mulut puan kena serang sekarang? (Kurang ajar gile tak kasi salam)
Puan Ziela: Oleh apa?
Doktor gigi: Pembentukan bakteria.





Puan Ziela: Ye ke?
Doktor gigi: Mari kita buat imbasan mulut

Puan Ziela pun ikut "doktor gigi" tu. Alat berupa 'scanner' dihalakan ke arah mulut Puan Ziela yang dah tersenyum hingga nampak giginya yang cantik putuh bersih. Setelah di'scan', Keputusan telah ditunjukkan kepada Puan Ziela.

Doktor gigi: Lihat mulut puan.
Puan Ziela: Eeeeeee...

Doktor gigi: Pembentukkkan bakteria dalam mulut puan terlalu banyak. Ini boleh mengakibatkan puan mengalami masalah gusi.
Puan Ziela: Tapi saya berus gigi pagi tadi.
Doktor gigi: Apa kata puan bertukar kepada jenama ini. Ubat gigi XYZ. Berkesan melindungi mulut dan gigi puan selama 12 jam.
Puan Ziela: Baiklah. Nanti saya beli.

Setelah beredar, maka Puan Ziela menyambung niat asalnya ke supermarket.

Esoknya, Puan Ziela pergi ke supermarket yang sama untuk membeli baju pula. Sekali lagi dia bertemu dengan "doktor gigi" semalam.

Doktor gigi: Saya rasa puan dah cuba ubat gigi kami. Jadi mari saya tunjukkan keajaiban.
Puan Ziela: Ok.

Mulut Puan Ziela di'scan' lagi. Keputusannya ditunjukkan.

Puan Ziela: Waww~ bakteria kurang.
Doktor gigi: Ya. Untuk gusi yang lebih sihat, gunakanlah ubat gigi XYZ.
Puan Ziela: Hairan saya.
Doktor gigi: Jangan pelik. Inilah keajaiban ubat gigi kami.
Puan Ziela: Tak. Bukan pasal tu.
Doktor gigi: Habis tu?
Puan Ziela: SAYA TAK GOSOK GIGI PUN PAGI TADI. MACAMMANA BAKTERIA BOLEH BERKURANG DENGAN BANYAKNYA BERBANDING DENGAN SAYA MENGGOSOK GIGI???
Doktor gigi: Errr~ (kantoi sudah)

~ beragak la nak menipu. haha~

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics