expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Followers

Korang Yang Ke...

Wednesday, December 7, 2011

Ustaz Aku Suka Ni Betul! Ustaz Lain Salah!!!

Assalamualaikum. Mari bercerita.

**********

Tergerak hati Rahimi (nama olok-olok) untuk berkongsi dengan rakan-rakan Facebooknya tentang sebuah hadis. Rahimi merasakan hadis itu sangat berguna dan dapatn dijadikan panduan dan tauladan kepada rakan-rakan Facebooknya.

Dengan tindakan kopipes, hadis tersebut sudahpun dikongsi. Hamidi memang menggunakan Facebook untuk menyebarkan ilmu dan maklumat berguna. Bukan terbatas kepada agama Islam sahaja. 

Ada komen baru. Rahimi membacanya. Oh. Rohaimi (nama olok-olok jugak) yang komen. 

Rohaimi: Oit. Hadis ni palsu lah. 
Rahimi: Lahh... ye ke?
Rohaimi: Iye. Semalam aku tanya kat fan page Ustaz A.I. Dia cakap hadis ni palsu. Nanti aku tag kau.

Rahimi melihat gambar yang di tag.

Rahimi: Musykil pulak aku. Ada betul jugak cakap ustaz ni tapi macam tak lengkaplah. Tak pe nanti aku rujuk kat Ustaz kat fakulti aku.
Rohaimi: Susah-susah je kau nak rujuk kat orang lain. Dah Ustaz A.I cakap macam tu. Terima je.
Rahimi: Tak de lah. Tak salah pun kalau buat rujukan extra. Kan?
Rohaimi: Memang tak salah. Tapi tengoklah siapa yang berkata-kata. Ustaz A.I. Terkenal di seluruh Malaysia. Mestilah orang lebih percaya dia. Ustaz kat fakulti kau tu femes ke? Siapa je nak dengar?
Rahimi: Nak menuntut ilmu tak kiralah orang tu terkenal ke tak. Entah-entah yang tak terkenal tu betul cakap dia. Mana kita tahu. Kita pun janganlah taksub sangat. Kau ni, aku tahulah kau minat benar dengan dia. Tapi janganlah sampai menidakkan pendapat orang lain. (25 likes)
Rohaimi: Malas nak layan. Yang penting aku tahu dia tu betul. Kbai.

**********

1) Sekarang ni ulama pun diangkat tarafnya menjadi SELEBRITI. Untunglahh...
2) Bukannya aku anti kat Ustaz berkenaan. Aku BIG FAN dia pulak. Cuma berpadalah. Jangan taksub. Tak elok.
3) Bagi aku kalau bertanya kepada lebih sumber lagi elok.
4) Ustaz tetap seorang manusia. Mereka tak maksum seperti Nabi. Jangan nanti ada yang mengangkat taraf Ustaz tersebut sebagai NABI sudahlah. Silap-silap jadi ajaran sesat pulak. 
5) Jangan taksub macam ahli politik ni: "Kalau ditoreh tangan saya sampai berdarah, darah yang keluar tu darah UMNO!!!"



5 comments:

Hakeem Yusof said...

peh darah aku darah merah bukan darah umno

Mr.41 said...

fakk...gune name ak...

IQBAL ZARIN said...

hakeem: darah aku jenis B. haha

azuha: nama tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang dah mati. kbaizzzz

Jefri said...

kelas pendirian....ada bincang isu ni kat keretamayat...nantila aku belek cari

IQBAL ZARIN said...

cepat share! hahaha

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics